Cruise Cinta Lebaran




Cruise Cinta Lebaran _ Aida Maria merupakan seorang editor majalah fesyen terkemuka. Pada tanggal 20 Ramadhan, dia diajak berbuka puasa dengan teman lelakinya, Ikmal. Aida menjangkakan bahawa Ikmal akan melamar namun sebaliknya. Hubungan mereka terputus dan Aida membawa diri bercuti dan menaiki kapal cruise mewah. Setibanya Aida di atas kapal mewah, Maizal Hairi tersilap hantar begnya ke bilik penumpang lain. Tercetus sedikit pergaduhan antara mereka. Ketika solat tarawih malam itu, dia terkejut melihat Maizal yang menjadi imam dan mendengar laungan azan yang merdu. Sejak itu, mereka banyak meluangkan masa bersama. Pada pagi hari raya, Aida terkejut apabila melihat, Maizal ada di rumahnya. Rupanya Maizal adalah lelaki yang ingin dijodohkan dengan Aida oleh neneknya. Di situ juga terbongkarlah rahsia bahawa Maizal adalah pemilik cruise tersebut.

Cari monolog, puisi jiwa dan catatan hati di sini.

0 Comments:

Catat Ulasan

“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”