RESEPI : Sate Ayam Kuah Kacang Terlajak Lazat

Resepi Sate Ayam Kuah Kacang Terlajak Lazat



resepi satay ayam
Imej via Google

Bahan-bahan Yang Digunakan

  • Ayam/Daging 2 kilo.
  • Bawang putih 1 labu.
  • Bawang besar 2 biji.
  • Halia 2 1/2 inci.
  • Serai 6 batang.
  • Lengkuas 2 inci.
  • Ketumbar 10 grm.
  • Jintan Manis 50 grm.
  • Jintan Putih 20 grm.
  • Kunyit serbuk 50 grm.
  • Kunyit hidup 3 inci.
  • Gula melaka 1 cawan.
  • Gula pasir 1 cawan (kurangkan jika tak nak manis).
  • Garam 3 sudu kecil.

Cara Membuat Satay Ayam

1. Blend semua bahan satay kecuali ayam.
2. Kemudian satukan bahan blend dengan ayam dan gaul sebati.
3. Rendamkan dahulu lidi satay 1 jam untuk memudahkan cucuk dan bakar nanti lidi tidak hangus.


resepi satay ayam
Imej via Facebook

Bahan Untuk Kuah Kacang

  • Kacang tanah, goreng dengan minyak sedikit atau tanpa minyak dan blend setelah sejuk.
  • Lada kering, blend.
  • Gula melaka.
  • Garam.
  • Gula.
  • Halia.
  • Serai.
  • Asam keping.
  • Bawang besar dan bawang putih.

Cara Membuat Kuah Kacang

1. Tumis bawang dan lada kering sehingga naik bau.
2. Masukan Kacang, gula melaka, halia, serai, asam keping, garam dan gula.
3. Akhir sekali masukkan air.



resepi satay ayam
Imej via Google

BIOGRAFI NABI M U H A M M A D (S. A. W)

BIOGRAFI NABI M U H A M M A D (S. A. W)
Nama : Muhammad (SAW)

Bapa : Abdullah
Ibu : Aminah
Tarikh Kelahiran :
12hb Rabi Ul - Awwal (571 M)
Tarikh Kemangkatan:
08 Jun 632 M (11 after Hijra)
Tempoh Usia : 63 tahun
Tempat Kelahiran : Makkah
Tempat Kemangkatan : Madinah
Tempat Tinggal :
Makkah kemudian berhijrah ke Madinah
Pekerjaan :
Ahli perniagaan, di angkat menjadi Rasul.
: Usia : 63 tahun
* Menetap di Makkah : 50 tahun
Usia Nabowat : 40 tahun
Menetap di Madinah ; 13 tahun
Tahun Berdakwah : 23 tahun


Berniaga : 26 tahun 583–609 M
Berdakwah :23 tahun 609–632 M
☆ TINDAKAN ☆
1) Sifat2 Kebaikan
2) Berdakwah
3) Berjihad didalam Islam

☆ SIKAP ☆
1) Kedamaian dan Keadilan
2) Suka kepada orangramai
3) Suka kepada orang Islam
4) Suka menderma
5) Menghormati semua makhluk

ISTERI2
1) Khadija bint Khuwaylid 595–619
(2) Sawda bint ZamΚΏa 619–632
(3) Aisha bint Abi Bakr 619–632
(4) Hafsa bint Umar 624–632
(5) Zaynab bint Khuzayma 625–627
(6) Hind bint Abi Umayya 625–632
(7) Zaynab bint Jahsh 627–632
(8) Juwayriyya bint al-Harith 628–632
(9) Ramla bint Abi Sufyan 628–632
(10) Rayhana bint Zayd 629–631
(11) Safiyya bint Huyayy 629–632
(12) Maymunah bint al-Harith 630–632
(13) Maria al-Qibtiyya 630–632

ANAK2
★ Lelaki :
(1) Al-Qassem
(2) Abdullah
(3) Ibrahim

★ Perempuan:
(1) Zainab
(2) Ruqayyah
(3) Ummu Kalthoom
(4) Fatima

10 mukjizat setiap orang perlu tahu berkenaan Nabi MUHAMMAD (S.A.W)
Selain AlQuran mukjizat agong baginda..
1) Tahukah anda >
"Tubuh Nabi SAW tidak pernah di hinggapi atau digigit oleh sebarang serangga spt lalat, serangga, semut dan nyamok.
2) Tahukah anda >
Nabi SAW tidak pernah menguap sepanjang hayat Baginda.
3) Tahukan anda >
Binatang jinak dan buas tidak pernah menunjukkan rasa marah kpd Baginda (S.A.W)
4) Tahukah anda >
Semasa “tidur” Baginda boleh mendengar segala “perbualan”
5) Tahukah anda >
Baginda SAW boleh melihat segala pemandangan di hadapan dan di belakang pada waktu yang sama tanpa perlu menoleh.
6) Tahukah anda >
Baginda SAW sentiasa “satu kaki lebih tinggi” daripada sesiapa sahaja yang mendekati diri Baginda.
7) Tahukah anda >
Baginda SAW telah “di khatankan, di mandikan dan dibersihkan” didalam perut ibunya sebelum dilahirkan ke dunia lagi.
8) Tahukah anda >
Baginda SAW tidak mempunyai sebarang bayang daripada matahari, bulan atau sebarang pengcahayaan.
9)Tahukah anda >
Baginda SAW sentiasa dilindungi oleh awan setiap kali berjalan di kawasan terbuka.

Perbezaan antara kuih tepung pelita, kuih tako dan kuih limas

Ramai orang, tak kira pembeli atau pun penjual, masih keliru antara kuih tepung pelita, kuih tako, dan kuih limas. Di laman dan blog resepi pun selalu tertukar nama dan bahan-bahan tiga kuih ini.
Mari lihat apa perbezaannya:-
KUIH TEPUNG PELITAAsal : pantai timur
Atas : tepung beras, santan, garam
Bawah : tepung beras, gula, pandan
Cara : masak dalam periuk, tuang ke bekas
Bekas : daun pisang
Tekstur : lembut, cair di mulut
KUIH TAKO/TAKUPAsal : selatan semenanjung
Atas : tepung jagung, santan, garam
Bawah : tepung jagung, gula, pandan, sengkuang
Cara : masak dalam periuk, tuang ke bekas
Bekas : daun pandan
Tekstur : seperti agar-agar lembut
KUIH LIMASAsal : Perak
Atas : tepung gandum, santan, garam
Bawah : tepung gandum, gula, pandan
Cara : kukus dalam bekas
Bekas : daun pisang
Tekstur : lembut, cair di mulut
Rupa bentuk dan warna ketiga-tiga kuih ni sama sahaja, tetapi rasa dan teksturnya berlainan. Ada orang suka tekstur lembut tepung pelita dan limas, ada suka tekstur kental dan sengkuang pada tako.
Jadi, bagaimana nak bezakan jika nak beli, terutamanya jika pembelian atas talian?
1. Tanya penjual bahan apa yang digunakan untuk buat kuih berkenaan. Jika kita tanya nama, belum pasti betul, kerana kadang-kadang penjual pun keliru nama kuih yang dia jual.
2. Kadang-kadang, ada penjual buat bahagian atas dan bawah kuih ni guna padanan tepung berlainan. Ini sukar sikit, sebab tak tahu nak kategorikan kuih tersebut sebagai kuih mana satu.
3. Tak usah gunakan daun pembungkus sebagai kepastian jenis kuih. Ada penjual buat tepung pelita dan limas guna daun pandan, dan ada penjual buat tako guna daun pisang.
Kesimpulannya, sebagai penjual dan pembeli, kita perlu tahu bezakan kuih tepung pelita, kuih tako dan kuih limas supaya tak berlaku salah faham semasa urusan jual beli.
Eh, kuih sampan yang mana satu? Aduh!

PKP 45

Nak simpan kat sini jugak la.. kenangan yg takkan di lupakan.. Utk aku baca di tahun² hadapan jika masih dipanjangkan umur πŸ˜’😒

Takkan sesekali aku lupa, setahun sekali FB akan remind..

18 MAC - 31 MAC 2020 fasa 1
01 APR - 14 APR 2020 fasa 2
15 APR - 28 APR 2020 fasa 3
29 APR - 12 MEI 2020 fasa 4

Perintah Kawalan Pergerakan seluruh πŸ‡²πŸ‡Ύ

πŸ“ harga minyak jatuh sehingga RM1.25/liter

πŸ“Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.

πŸ“Semua sekolah dan pendidikan dilaksanakan di atas talian.

πŸ“Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan

πŸ“Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan

πŸ“ Restoran dan kedai - kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus sahaja.

πŸ“Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.

πŸ“Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.

πŸ“Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta

πŸ“ Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan.

πŸ“Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan.

πŸ“Tiada lagi jemaah di masjid, dan rumah - rumah ibadat ditutup.

πŸ“Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu dibenarkan.

πŸ“Taman permainan kanak - kanak ditutup.

πŸ“Kekurangan stok penutup muka, gaun,
dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.

πŸ“Kekurangan alat bantuan pernafasan
bagi pesakit kritikal.

πŸ“Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan

πŸ“Rak - rak di kedai menjadi kosong.

πŸ“Kilang - kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.

πŸ“Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.

πŸ“Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.

πŸ“Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari.

πŸ“Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari.

πŸ“ Jalan raya menjadi kosong tanpa kelibat manusia.

πŸ“Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.

πŸ“ Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah.

πŸ“Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.

πŸ“ "Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita harus menang"

Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 mac 2020 πŸ˜­πŸ˜­πŸ˜­πŸ˜­

Kenapa saya copy paste status ini?

Kerana, satu hari nanti, status ini akan muncul di paparan ingatan FB saya, dan ia memberikan peringatan kepada saya, supaya menghargai nyawa ini dan orang - orang yang kita sayang.
πŸ€—πŸ€—πŸ€—

Nikmat mana lagi yang telah kita dustai?
Bersyukurlah. Dan sentiasa berterima kasih
Lakukan kebaikan antara satu sama lain - sayangi antara satu sama lain - dan sentiasa menyokong antara satu sama lain

Kita semua adalah satu ! ❤️πŸ‡²πŸ‡Ύ❤️πŸ‡²πŸ‡Ύ❤️

Hari ini, 1 April 2020 dh masuk Fasa ke 4, hari ke 45 PKP.

#copyNpaste
#forMyReference
#stayathome
#dudukrumah
#coronavirus
#covid19
#staysafe
#kitapastimenang



Kedah kini zon hijau

KEDAH menjadi negeri terbaru diisytihar zon hijau Covid-19 apabila tiada kes aktif dikesan di negeri itu setakat 12 tengah hari semalam.
Sebelum ini, Perlis muncul sebagai negeri pertama zon hijau kerana merekodkan kes jangkitan sifar bagi tempoh melebihi dua minggu diikuti Kelantan pada Selasa.
Kedah menjadi negeri ketiga bebas wabak itu selepas semua 11 daerah merekodkan sifar kes aktif berbanding jumlah keseluruhan 95 kes sebelum ini.


Menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), zon hijau terus bertambah 88 daerah setakat semalam berbanding 85 daerah hari sebelumnya.
Infografik CPRC juga menunjukkan jumlah zon merah kekal 12 kawasan walaupun terdapat pertambahan 94 kes baharu Covid-19 di negara setakat 12 tengah hari semalam.
Tiga daerah di Kuala Lumpur masih berada dalam zon merah kecuali Cheras yang mencatatkan penurunan kes aktif iaitu kini sebanyak 27 kes.
Selain itu, Sarawak turut mencatatkan kedua tertinggi kes positif Covid-19 yang masih aktif di zon merah iaitu 229 kes, diikuti Johor sebanyak 132 kes, Selangor (103), Negeri Sembilan (57), Pahang (37) dan Melaka (48).
Sehingga kini, Malaysia mencatatkan sebanyak 5,945 kes dan daripada jumlah berkenaan 1,758 kes masih aktif.

07 RAMADHAN 1441

Hari ni dah masuk hari ke 7 Ramadhann

Dah seminggu kita berpuasa ya 

COD RM3/SEORANG

Malam ni KakYa nak cerita sikit.
Alkisah Lepat Labu & Tepung Bungkus Eksklusif tajuk dia😁
Cerita dia camgini.
Pagi tadi, kitorang kat klinik ni kumpul-kumpul order lepat labu dan tepung bungkus ni.
Rm5 untuk 10 biji.
Mahal ke murah, KakYa tak tau.
Yang penting, ada orang mai cod, KakYa tak payah gi kedai. Haha..
So, kumpul punya kumpul, adalah dalam 33 order.
Seller kata charge cod rm3.
So kami kata ok lah kan.
Tup-tup, bila kami submit order yang banyak, almost rm100 lebih, ehh..dia tukar pulak, kata charge cod rm15.
Masa tu semua orang like😱😱
Biar betul? rm15? Bukan jauh pun.
Tung tang tung tang, oklah malas nak pening-pening, kami pun ok laa rm15 cod tu. Huhu..
Last-last korang tau tak kejadiannya apa??
Bila dia sampai, dia dah siap-siap packing ikut list nama yang order.
Ok, part ni alhamdulillah la.
Sebab asalnya seller mintak kami masing-masing sediakan plastik sebab dia akan hantar banyak sekaligus, bukan individual packing (kami yang kena bahagi-bahagi sendiri).
Masa ni kami dah pelik la jugak.
Tapi kami mintak jugak plastik dengan dia.
Tapi kan korang..
Kejadian yang tak pernah KakYa jumpa sejak KakYa berniaga selama hampir 8 tahun ni adalah...
DIA CHARGE COD RM3 UNTUK SETIAP ORANG YANG ORDER!!🀭
Total staf yang order dalam 33 orang.
Charge cod lepat labu & tepung bungkus kami tadi adalah rm99 uollsπŸ˜‚πŸ˜ͺ
Tak tahu nak marah ke, nak nangis ke or nak gelak.
Aduhh..
KakYa rasa lah, seller mungkin tak pernah cod kot sebelum niπŸ˜…
Kaya wei kalau charge cod camgini. Haha..
Salah kan seller tu?
Ke dia betul KakYa yang salah?
Entah laa..🀷‍♀️
KakYa pikir, biarlah. Rezeki dia. Haha..
Tapi kan korang..
Jangan la camni.
Ini namanya amik kesempatan tau.
Kalau camni, baik kami mintak seller cod kat rumah kami masing-masing.
Ini, hantar tempat sama.
Pasaipa nak charge cod per head?
Haaihh...Hairan..
So, malam ni KakYa gurau kata kat semua.
Kulit balut lepat pun kita kena makan jugak.
Mahai ooiii🀣🀣
×××××××××××××××××××××
OKLAH KakYa EDIT SIKIT TAMBAH NOTA KAKI NI SEBAB RAMAI YANG TANYA..
Mula-mula bila deal cod katanya rm15.
Bila dia sampai, tup-tup dia kata rm3/kepala.
Disebabkan tadi seller pun sampai lambat, kami dah lewat dah, masing2 kejar nak balik masak-masak pulak.
So malas nak argue. Bayar je.
Tapi tak order dah la lepas ni. πŸ˜…πŸ˜†


Apa itu MITI dan MATRADE?

Apa itu MITI dan MATRADE?



   MITI merupakan sebuah kementerian dalam persekutuan Malaysia. organisasi ini bertanggungjawab dalam menyelia kegiatan perdagangan yang dijalankan seperti eksport dan import di Malaysia. organisasi ini juga menyelaras kegiatan dan dasar-dasar perindustrian negara. organisasi ini ditubuhkan bermodelkan kementerian yang sama di jepun.
 Peranan MITI
1.    Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar2 pelaburan, pembangunan perindustrian dan perdagangan luar negara.
2.    Merangka dasar dan strategi pembangunan perindustrian
3.    Menggubal dan menggalakkan hubungan perdagangan dua hala dan pelbagai hala serta kerjasama perdagangan serantau
4.    Merancang dan menggalakkan pembangunan prestasi eksport Malaysia di pasaran antarabangsa   
5.    Merancang, menyelaras dan mengesan pembangunan perusahaan2 kecil dan sederhana.
6.    Memaju dan membaiki kemahiran pengurusan, penyeliaan dan keusahawanan amnya kepada golongan swasta dan bumiputera
7.    Memastikan negara mendapat faedah yang maksimum daripada institut pembuatan




2. MATRADE
ΓΌ Ditubuhkan pada 1 Mac 1993
ΓΌ Ditubuhkan di bawah Kementerian Perindustrian Dan Perdagangan Antarabangsa ( MITI )
ΓΌ Merupakan satu agensi ( badan berkanun ) promosi perdagangan luar negara.

Peranan MATRADE
1.    Memperkenalkan, mewujudkan dan membangunkan perdagangan luar negara dengan penekanan kepada eksport barang siap dan separuh siap.
2.    Memastikan keupayaan bersaing di peringkat antarabangsa bagi keluaran Malaysia
3.    Merangka dan melaksanakan strategi pemasaran
4.    Menyediakan sistem maklumat pasaran yang menyeluruh
5.    Membangunkan, mempromosikan dan memberikan khidmat nasihat berkaitan dengan perdagangan
6.    Mewakili Malaysia dalam forum antarabangsa berkaitan dengan perdagangan
7.    Menasihati kerajaan kepada perkara yang berkaitan dan bertindak sebagai agen kepada kerajaan, individu atau organisasi berkaitan perdagangan luar negara.

Sumber

Telefilem Jihad Ramadan (TV3)

Juita dan Hasan hidup secara sederhana dan bahagia dengan anak perempuan mereka, Alina. Sebuah tragedi telah berlaku sebelum tibanya bulan Ramadan apabila Hasan diperangkap dan didakwa atas tuduhan memiliki ganja.

Telefilem Jihad Ramadan lakonan Nabila Huda, Pekin Ibrahim dan Fauzi Nawawi pada Sabtu ini (2 Mei), pukul 9 malam di TV3

SINOPSIS DRAMA DEGUP CINTA (ASTRO)

Degup Cinta

SINOPSIS DRAMA DEGUP CINTA

Pertemuan dua hati yang lara dalam situasi yang tidak disangka. Reza membawa diri setelah setelah kematian isterinya, Jasmin akibat kemalangan. Apabila Reza pulang semula ke Malaysia, dia bertemu Zahlia yang pengsan di kawasan chaletnya. Zahlia patah hati setelah melihat tunangnya, Haikal bersama gadis lain

Zahlia sebenarnya mempunyai sakit jantung dan dimasukkan ke hospital. Zahlia curiga siapa Reza yang tinggal di chalet mak ciknya, Ana.

Zahlia pergi ke majlis perkahwinan sahabatnya dengan Reza sebagai kekasih baru untuk membalas dendam pada bekas tunangnya, Haikal.

Haikal mencari kembali Zahlia dan mengupah orang untuk menyiasat siapa Reza. Zahlia dan Reza meneruskan lakonan mereka sebagai kekasih dihadapan Haikal.

Drama 26 episod 'Degup Cinta' adaptasi daripada drama Turki berjudul Ruzgarin Kalbi disiarkan mulai 27 April 2020, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di Astro Ria HD saluran 104 dan Astro Ria saluran 124.


Lakonan Josiah Hogan, Shiqin Kamal, Juliana Evan, Mathni Razak, Zalif Sidek, Zaryn Min, Laila Nasir, Faez Nick, Hanif Safuan, Sahronizam, Ruzana Ibrahim, Cinta Deline, Shuhanty Hanafiah, Zalfa Zin ...

Wadah Terkini