#tiktok 001
DIA - MAT ZAIN
The Masked Singer Malaysia: Reno Terkeluar Minggu 6 (Suku Akhir)
The Masked Singer Malaysia: Reno Terkeluar Minggu 6 (Suku Akhir)
Kedudukan peserta Minggu 6 (Suku Akhir)
IKHSAN LOPA - JAUHKAN DERITAKU ( Official Music Video )
AKU MASIH DISINI- XPDC
Jangan pandang rendah pada si penjual susu.
Jangan pandang rendah pada si penjual susu. Sam Walton meninggal dunia 28 tahun yang lalu. Kekayaan pemilik Wal-Mart ini dianggarkan melebihi RM104 bilion dengan 8,000 gudang di 15 buah negara pada waktu itu. Super kaya. Jualan di Wal-Mart mencecah RM364 juta sehari. Semua ini bermula daripada seorang pemerah dan penjual susu lembu.
Posted by Shamsudin Zakaria on Friday, October 2, 2020
WIDURI : MARYAM ELIANA
Saksikan lakonan Lia Natalia, Fathil Dhani, Lan Shiro, Nadiya Nisaa’, Nur Intan Suria dalam #MaryamEliana (Ep.5) pukul 7.00 malam ini di TV1 | myklik.rtm.gov.my | #RTMMobile
Janji Yang Terakhir - Samudera
Suci wajahmu, murni kasihmu
Teguh bersemi pasti di hati
Tanpa peduli hatimu, kasih, dilanda lara
Kerana aku dalam belenggu
Amuk asmara yang sementara
Belati beracun kini masih di tanganku
Lembut sentuhan cintamu makin menyentuh hati
Baru aku sedari tulus kasihmu
Meskipun bermula dari diriku
Tak mungkin akan terulang kembali
Ini janjiku yang terakhir
Belati beracun kini masih di tanganku
Lembut sentuhan cintamu makin menyentuh hati
Baru aku sedari tulus kasihmu
Meskipun bermula dari diriku
Tak mungkin akan terulang kembali
Ini janjiku yang terakhir
The Masked Singer Malaysia | Gerak Mask – EP6
Bekerja dari rumah, budaya kerja baharu
Bekerja dari rumah (BDR) tidak boleh lagi dianggap sebagai pilihan atau penyelesaian sementara berikutan berlakunya penularan wabak COVID-19, namun ia sebenarnya suatu praktis baharu di tempat kerja, ketika ini.
Pensyarah Fakulti Komunikasi Gunaan, Universiti Multimedia Adlene Aris berkata jadual yang fleksibel dan bekerja secara jarak jauh diihat sebagai aturan baharu yang ideal untuk meningkatkan produktiviti dan mengimbangi kehidupan pekerjaan yang akan memberi kesan positif terhadap kesejahteraan fizikal dan mental pekerja.
"Kita akan mempunyai Gen Z yang akan menyertai industri pekerjaan dalam beberapa tahun lagi. Ini merupakan generasi yang sedang menjalani kelas secara dalam talian perbincangan dan perdebatan yang tidak berkesudahan sama ada dengan pensyarah atau rakan sebaya. Bahkan latihan indunstri mereka dijalankan secara jarak jauh, semasa penularan pandemik ini,
"Walaupun saya mungkin tidak mewakili semua pendidik di luar sana, tetapi saya kagum dengan kualiti kerja yang pendidik hasilkan walaupun proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan secara dalam talian.
“Oleh itu, Gen X dan golongan melinium bertanggungjawab atas perubahan ini, agar Gen Zs dan generasi selepasnya dapat menghargai budaya kerja yang lebih baik,” katanya dalam artikel yang diterbitkan di ruangan Tinta Minda Bernama.com, hari ini.
Tetapi di Asia, katanya, golongan pakar mendapati bahawa orang Asia kurang bersedia untuk mengamalkan BDR.
"Dua faktor biasa yang menghalang perkara itu iaitu talian internet yang perlahan dan pengurus yang mencurigai dan tidak mempercayai pekerjanya.
"Faktor kedua, merupakan masalah yang sering dihadapi ramai pekerja dari seluruh Asia, khususnya dalam kalangan generasi muda yang telah pun mengamalkan waktu kerja yang fleksibel, malah telah bekerja secara jarak jauh sebelum berlakunya penularan wabak itu lagi," katanya.
Adlene menambah bahawa pekerja di Malaysia biasanya bekerja lima hari seminggu, sembilan jam sehari dengan waktu rehat makan tengah hari selama sejam dan ini mengecewakan ramai pekerja.
"Mereka bukan sahaja perlu bekerja untuk waktu yang panjang di pejabat, malah mereka terpaksa melalui perjalanan yang panjang untuk pulang ke rumah. Lazimnya, keseimbangan antara kehidupan dan kerja hakikatnya tidak wujud di negara-negara Asia.
"Pegangan kita bahawa waktu kerja yang panjang dapat menyamai produktiviti yang tinggi dan kepercayaan organisasi terhadap pekerja merupakan dua faktor umum mengapa waktu kerja yang fleksibel dan BDR tidak dijadikan budaya kerja," katanya.
-- BERNAMA -KUALA LUMPUR, 23 Okt
15 soalan dan jawapan berkaitan darurat
15 soalan dan jawapan berkaitan darurat
MASIH belum tenang suasana politik negara. Kita doakan moga yang dikatakan “gencatan politik” tiba jua dan sekali gus menjadi penamat kepada bahang panas keadaan semasa. Kita doakan yang baik-baik untuk semua.
Pada paparan kali ini saya mahu berkongsi beberapa fakta perundangan berkenaan DARURAT. Saya mengambil tajuk ini kerana DARURAT mula menjadi bualan dan cakap-cakap dalam media dan saya juga sering ditanya tentangnya oleh media.
Di bawah adalah 15 soalan dan jawapan saya berkaitan DARURAT. Mungkin akan ada soalan lain selepas ini, dan saya akan cuba berkongsi pandangan kemudian nanti. Selamat membaca, moga bermanfaat.
Soalan 1: Apakah maksud darurat
Jawapan: Darurat maksudnya suatu keadaan berkaitan keselamatan, ekonomi dan ketenteraman awam yang tidak dapat dikawal melalui sistem pentadbiran biasa. Pengisytiharan darurat adalah suatu pemasyhuran yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong melalui suatu pewartaan bahawa keadaan tersebut telah wujud atau hampir berlaku.
Soalan 2: Apakah kesan pengisytiharan darurat
Jawapan: Kesan umum pengisytiharan darurat ialah, Perlembagaan digantung dan pentadbiran negara adalah ditentukan oleh pihak eksekutif. Tentera juga boleh mengambil alih teraju dalam hal berkaitan keselamatan sekiranya keadaan memerlukan, lebih-lebih lagi apabila darurat diisytiharakan kerana berlakunya ancaman kepada keselamatan negara. Parlimen masih boleh bersidang sekiranya tidak dibubarkan.
Ketika proklamasi darurat berkuat kuasa, kuasa eksekutif Persekutuan adalah juga meliputi semua perkara dalam kuasa perundangan Negeri dan memberi arahan kepada kerajaan negeri atau mana-mana pegawai atau pihak berkuasa Negeri. (Perkara 150(4)).
Kesan lain, dari segi pentadbiran dan perundangan dibincangkan dalam jawapan kepada soalan seterusnya.
Soalan 3: Adakah pengisytiharan darurat dibenarkan oleh Perlembagaan
Jawapan: Ya. Perlembagaan membenarkan pengisytiharan darurat melalui Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 150 adalah satu daripada tiga peruntukan yang berada di bawah Bahagian XI Perlembagaan Persekutuan, iaitu Bahagian berkaitan Kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif, Keganasan Terancang, Dan Perbuatan Dan Jenayah Yang Memudaratkan Orang Awam Dan Kuasa Darurat.
Bahagian XI ini membenarkan undang-undang bagi tujuan pencegahan dibuat, termasuklah tahanan pencegahan bagi tujuan menangani keadaan darurat.
Soalan 4: Apakah yang membolehkan Yang di-Pertuan Agong membuat pengisytiharan darurat
Jawapan: Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan darurat di bawah Per 150(1) Perlembagaan Persekutuan jika darurat besar kepada keselamatan atau kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya (TELAH) wujud.
Dibawah Perkara 150(2), Yang di-Pertuan Agong juga boleh membuat proklamasi darurat sekiranya baginda berpuas hati ancaman darurat besar, atas sebab keselamatan negara, atau kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam HAMPIR BENAR berlaku.
Tiga asas atau alasan boleh digunakan oleh Yang di-Pertuan Agong bagi membuat pengisytiharan darurat, iaitu, ancaman ke atas
i. Keselamatan negara; atau
ii. Kehidupan ekonomi; atau
iii. Ketenteraman awam
Soalan 5: Bilakah dan Dimanakah darurat boleh diisytiharkan
Jawapan: Darurat boleh diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada bila-bila masa, sama semasa Parlimen masih ada, sedang bersidang atau pun tidak, atau juga semasa parlimen bubar. Syarat yang diperlukan ialah, telah dibuktikan elemen yang dinyatakan, iaitu ancaman atau darurat atas keselamatan, kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam telah atau hampir benar berlaku.
Darurat boleh diisytihar atas seluruh Persekutuan atau mana-mana bahagian dalam Persekutuan. Perkara 150(1) dan (2).
Soalan 6: Adakah Yang di-Pertuan Agong membuat pengisytiharan darurat atas kuasanya sendiri atau atas nasihat Perdana Menteri
Jawapan: Pegisytiharan darurat ialah kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong. Kuasa prerogatif ringkasnya bermaksud kuasa yang dimiliki oleh institusi beraja dari awal bahkan jauh sebelum gubalan Perlembagaan Persekutuan bagi Tanah Melayu (Malaysia). Kuasa tersebut kekal dalam milik institusi beraja. Walaubagaiamana pun, persoalan timbul ialah, adakah kuasa prerogatif tersebut dilaksanakan secara budi bicara atau atas nasihat Perdana Menteri?
Perkara 150(1) menyatakan “Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku yang menyebabkan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya terancam, maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat dengan membuat dalamnya suatu perisytiharan yang bermaksud sedemikian”.
Frasa “Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati” atau dalam Bahasa Inggeris, “if the Yang di-Pertuan Agong is satisfied” menjadi persoalan, adakah puas hati Yang di-Pertuan Agong seorang diri (as sole judge) atau atas nasihat.
Beberapa keputusan kes telah membuat pernyataan tentang perkara ini.
Kes Stephen kalong Ningkan (No.2) (tahun 1968) menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan darurat sekiranya baginda berpuas hati. Barakbah Lord President, dalam keputusan majoriti menyatakan “....In my opinion the Yang di-Pertuan Agong is the sole judge...”
Walaubagaimanapun, keputusan kes Teh Cheng Poh oleh Privy Council pada tahun 1979 menyatakan tindakan Yang di-Pertuan Agong adalah atas nasihat Jemaah Menteri. Ini adalah kedudukan undang-undang yang disepakati. Lord Diplock menyatakan:
“Although this, like other powers under the Constitution, is conferred nominally upon the Yang di Pertuan Agong by virtue of his office as the Supreme Head of the Federation and is expressed to exercisable if he is satisfied of a particular matter, his functions are those of a constitutional monarch and except on certain matters that do not concern the instant appeal, he does not exercise any of his functions under the Constitution on his own initiative but is required by Article 40(1) to act in accordance with the advice of the Cabinet. So when one finds in the Constitution itself or in a Federal law powers conferred upon the Yang di-Pertuan Agong that are expressed to be exercisable if he is of opinion or is satisfied that a particular state of affair exists or that particular action is necessary, the reference to his opinion or satisfaction is in reality a reference to the collective opinion or satisfaction of the members of the Cabinet, or the opinion or satisfaction of a particular Minister to whom the Cabinet have delegated their authority to give advice upon the matter in question”.
Justeru, menerusi keputusan kes Teh Cheng Poh ini, pengisytiharan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong perlu dibuat atas nasihat Perdana Menteri, atau Jemaah Menteri, atau seorang Menteri yang diberikan kuasa oleh Jemaah Menteri.
Soalan 7: Adakah Keputusan Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytihar darurat dan membuat Ordinan semasa darurat boleh dipersoalkan (justiciable)
Jawapan: Keputusan kes Stephen kalong Ningkan (No.2) secara nyata Barakbah Lord President, dalam keputusan majoriti menyatakan “....In my opinion the Yang di-Pertuan Agong is the sole judge and once His Majesty is satisfied that a state of emergency exists, it is not for the court to inquire as to whether of not he should have been satisfied”. Maksudnya, menurut Ketua Hakim Barakbah, mahkamah tidak boleh mempersoalkan tindakan Yang di-Pertuan Agong.
Pandangan majoriti ini disanggah oleh Ong Hock Thye, Hakim Mahkamah Persekutuan, dalam penghakiman sama. Hakim Ong Hock Thye menyatakan pandangan minoriti. Beliau menyatakan,
“His Majesty is not an autocratic ruler since Article 40(1) of the Federal Constitution provides that “in the exercise of his function under this Constitution or federal law the Yang di-Pertuan Agong shall act in accordance with the advice of the Cabinet...Article 150 specifically provide that the emergency must be one ‘whereby the security or economic life of the Federation or any part thereof is threatened.. If those words of limitation are not meaningless verbiage....Article 150 does not confer on the Cabinet an untrammeled discretion to cause an emergency to be declared at their mere whim and fancy”
Maksudnya, Yang di-Pertuan Agong bukan memerintah secara autokratik kerana baginda bertindak atas nasihat. Dalam pelaksanaan kuasa baginda, mahkamah boleh memeriksa keputusan yang dibuat oleh baginda dan juga Jemaah Menteri ketika membuat proklamasi darurat supaya ia terhad kepada keadaan yang disebut, iaitu keselamatan negara dan kehidupan ekonomi. Perkara 150 tidak memberikan kuasa budi bicara yang tidak teratur.
Keputusan Teh Cheng Poh, seperti yang dipetik di atas adala juga menyatakan tindakan Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 150 boleh disemak oleh mahkamah. Selepas keputusan kes Teh Cheng Poh seperti yang dipetik di atas, Perlembagaan Persekutuan telah dipinda dengan memasukkan peruntukan yang secara jelas TIDAK membenarkan mahkamah menyemak keputusan Yang di-Pertuan Agong, atau apa-apa tindakan yang dibuat oleh baginda berkenaan kuasa, fungsi dan peranan di bawah Perkara 150
Hal ini terdapat pada Perkara 150(8) yang menyatakan: Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan Persekutuan ini –
(a) hal puas hati Yang di-Pertuan Agong yang disebut Fasal (1) dan Fasal (2B) adalah muktamad dan konklusif dan tidaklah boleh dicabar atau dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan; dan
(b) tiada mahkamah boleh mempunyai bidang kuasa untuk melayan atau memutuskan apa-apa permohonan, soal atau prosiding, dalam apa-apa jua bentuk, atas apa-apa alasan, mengenai kesahan
(i) sesuatu Proklamasi di bawah Fasal (1) atau sesuatu perisytiharan yang dibuat dalam Proklamasi itu yang bermaksud seperti yang dinyatakan dalam Fasal (1):
(ii) kuat kuasa berterusan Proklamasi itu;
(iii) mana-mana ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B); atau
(iv) penerusan kuat kuasa mana-mana ordinan itu.
Walaupun begitu, Fasal 8 ini belum diuji di mahkamah.
Soalan 8: Apakah kuasa Yang di-Pertuan Agong berkaitan Pengisytiharan Darurat
Jawapan: Kuasa Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 150 mengenai pengisytiharan darurat termasuk kuasa untuk membuat proklamasi yang berlainan atas alasan berlainan atau keadaan berlainan.
Ini bermaksud Yang di-Pertuan Agong boleh membuat beberapa proklamasi darurat pada masa sama atau pada masa berlainan. Hal ini terdapat dalam Perkara 150(2A).
Soalan 9: Bilakah Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan Darurat
Jawapan: Yang di-Pertuan Agong boleh boleh mengisytiharkan dan menguatkuasakan darurat ketika Majlis Parlimen masih ada, sama ada semasa berlaku persidangan atau tidak, atau ketika Parlimen telah dibubarkan.
Soalan 10: Apakah peranan Yang di-Pertuan Agong semasa Darurat
Jawapan: Sekiranya proklamasi dibuat semasa Majlis Parlimen tidak bersidang serentak, Yang di-Pertuan Agong boleh memasyhurkan undang-undang, yang dinamakan Ordinan, sekiranya baginda berpuas hati hal atau keadaan tertentu menyebabkan perlu bagi baginda mengambil tindakan serta merta.
Ini disebut dalam Perkara 150(2B). Maksud “Majlis Parlimen tidak bersidang serentak” boleh difahami dalam fasal (9) Perkara 150, yang memperuntukkan “Majlis-Majlis Parlimen hendaklah dikira sebagai bersidang HANYA jika ahli setiap Majlis itu masing-masingnya berhimpun bersama dan menjalankan urusan Majlis”.
Sekiranya Parlimen telah mula bersidang secara serentak, kuasa Yang di-Pertuan Agong terhenti dan kuasa perundangan dipulangkan kepada Parlimen. Sekiranya Parlimen telah kembali bersidang secara serentak, semua kuasa membuat undang-undang kembali kepada Parlimen walaupun keadaan darurat masih berlangsung.
Walaubagaimana pun, Parlimen boleh membuat Ordinan untuk memberikan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membuat undang-undang (keputusan Privy Council dalam kes Teh Cheng Poh).
Soalan 11: Adakah parlimen boleh membuat undang-undang semasa darurat
Jawapan: Semasa keadaan darurat ini Parlimen boleh membuat Ordinan jika didapati oleh Parlimen dikehendaki bagi tujuan darurat dan prosedur perundangan boleh diketepikan. Undang-undang ini adalah sah walaupun ia tidak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.
Dalam kes En Keok Cheng, Wylie C.J menyatakan, “The true effect of Article 150 is that, subject to certain exceptions set out therein, Parliament has, during an emergency, power to legislate on any subject and to any effect, even if inconsistencies with articles of the Constitution (including the provisions on fundamental liberties) are involved”.
Fasal (2C) Perkara 150 menyatakan “...Parlimen berkuasa membuat undang-undang, tanpa menghiraukan tatacara perundangan atau tatacara lain yang dikehendaku diikuti, atau perkadaran jumlah undi yang dikehendaki diperoleh dalam mana-mana satu Majlis Parlimen”. Lihat juga Perkara 150(5), yang mana Parlimen boleh membuat undang-undang tanpa persetujuan atau keizinan, atau tanpa perundingan bersama mana-mana pihak sebagaimana disyaratkan oleh undang-undang.
Parlimen tidak boleh membuat Ordinan darurat dalam beberapa perkara tertentu sahaja, iaitu Hukum Syarak (Undang-Undang Islam), adat Melayu atau undang-undang atau adat anak Negeri di Sabah dan Sarawak. Parlimen juga tidak boleh membuat Ordinan yang tidak selaras dengan peruntukan Perlembagaan dalam perkara berhubungan dengan agama, kewarganegaraan atau bahasa. (Lihat 150(6A)).
Proklamasi darurat dan Ordinan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong semasa darurat hendaklah dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen apabila keduanya bersidang serentak.
Soalan 12: Apakah kesan Ordinan yang dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong semasa Darurat
Jawapan: Ordinan yang dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong itu adalah berkuat kuasa dan berkesan seolah-olah ia adalah Akta Parlimen. Ia boleh berkesan sehingga dibatalkan. Setelah Parlimen bersidang, Ordinan yang dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong hendaklah dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen. Ordinan tersebut boleh diteruskan sekiranya diluluskan dan hendaklah dihentikan sekiranya tidak diluluskan oleh Parlimen.
Sekiranya Ordinan tersebut tidak diluluskan oleh Parlimen, ia tidak memberi kesan ke atas apa jua yang berlaku sebelum itu menurut kuat kuasa Proklamasi darurat atau Ordinan.
Bahkan, ketidaklulusan oleh Parlimen juga tidak menjejaskan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk membuat proklamasi darurat yang lain atau Ordinan yang lain bagi tujuan darurat lain tersebut. (Yang di-Pertuan Agong boleh membuat beberapa proklamasi pada masa sama atau pada masa berbeza, atas sebab yang sama atau atas sebab yang berbeza).
Soalan 13: Bolehkah Yang di-Pertuan Agong membuat Ordinan Perbekalan (Bajet)
Jawapan: Melihat kepada kuasa yang ada pada Yang di-Pertuan Agong, yang mana baginda boleh, sekiranya perlu dan baginda berpuas hati, memasyhurkan apa-apa ordinan semasa dua Majlis (Dewan) Parlimen tiada atau tidak bersidang serentak, maka sekiranya baginda berpuas hati dan perlu bagi memasyhurkan apa-apa perbelanjaan negara, baginda boleh berbuat demikian.
Namun setiap Ordinan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong hendaklah dibentangkan kepada kedua Majlis Parlimen setelah keduanya bersidang serentak. Ordinan tersebut boleh dirungkaikan oleh resolusi yang dibuat oleh Parlimen. (Lihat Perkara 150(2) dan (3))
Soalan 14: Bilakah Darurat akan Berakhir dan siapa yang mengumumkan darurat telah berakhir
Jawapan: Perkara 150 tidak menyebut secara nyata tentang isu pengungkaian (annulling) proklamasi darurat – bila dan siapa.
Perkara 150(3) menyebut secara tidak langsung, “Proklamasi Darurat dan apa-apa ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B)... hendaklah terhenti berkuat kuasa jika ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis yang mengungkaikan Proklamasi...” Frasa yang bergaris ini menunjukkan pengungkaian (annulment) suatu proklamasi dan undang-undang darurat yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong itu boleh dibuat melalui resolusi yang diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen.
Kes The Cheng Poh menyatakan, The power to revoke, however, like the power to issue a proclamation of emergency, vests in the Yang di-Pertuan Agong, and the Constitution does not require it to be exercised by any formal instrument. In their Lordships' view, a proclamation of a new emergency declared to be threatening the security of the Federation as a whole must by necessary implication be intended to operate as a revocation of a previous Proclamation, if one is still in force.
Soalan 15: Apakah akan berlaku kepada Ordinan yang dibuat semasa darurat apabila darurat berakhir
Jawapan: Ordinan yang dibuat bagi tujuan darurat hendaklah terhenti berkuatkuasa setelah tamat tempoh enam bulan dikira dari tarikh Proklamasi Darurat terhenti berkuat kuasa. Maksudnya Ordinan tersebut boleh berkuat kuasa lagi sehingga habis tempoh enam bulan dari tarikh darurat berakhir. (Lihat Perkara 150(7)).
** Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz ialah pakar perlembagaan
Artikel Penuh : Sinar Harian
Goyang Sama-Sama (Lagu Asal Goyang Upin & Ipin) - TYKA | Official Music ...
HADITH TENTANG TULANG SULBI (IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-145)
HADITH TENTANG TULANG SULBI (IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-145)

Soalan: Apakah sahih hadith berkaitan kesemua badan anak Adam akan dimakan tanah kecuali tulang sulbi?
Jawapan :
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Berdasarkan soalan di atas, sudi bagi kami untuk memetik beberapa ayat al-Qur’an berkaitan penciptaan manusia. Antaranya:
- Firman Allah SWT:
لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam sebaik-baik ciptaan (rupa)”. [al-Tin:4]
Melihat pada ayat ini, kita ketahui bahawa Allah SWT telah mencipta manusia dengan sebaik-baik ciptaan serta Allah SWT menjadikan manusia ini sebagai salah satu tanda-Nya yang agung. Selain itu juga, ia juga menunjukkan akan kekuasaan dan kehebatan Allah SWT dalam mencipta sesuatu yang Dia kehendaki. Di dalam ayat yang lain:
- Firman Allah SWT:
فَلْيَنظُرِ الْإِنسَانُ مِمَّ خُلِقَ
Maksudnya: “(Setelah mengetahui yang demikian), maka hendaklah manusia memikirkan: dari apa ia diciptakan”. [al-Thoriq:5]
Ayat ini menunjukkan bahawa Allah SWT memerintahkan kita agar sentiasa berfikir dan melihat ciptaan-ciptaan-Nya dan ini adalah yang difahami oleh para mufassir.
Hadith-Hadith Berkaitan Tulang Sulbi
Di sini kami datangkan beberapa buah hadith sahih berkaitan persoalan di atas:
- Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
لَيْسَ مِنَ الإِنْسَانِ شَيْءٌ إِلَّا يَبْلَى، إِلَّا عَظْمًا وَاحِدًا وَهُوَ عَجْبُ الذَّنَبِ، وَمِنْهُ يُرَكَّبُ الخَلْقُ يَوْمَ القِيَامَةِ
Maksudnya: “Tidak ada pada manusia itu melainkan kesemuanya akan hancur melainkan satu tulang yang dinamakan ‘Ajb al-Zanab dan daripadanya itu akan dibangkitkan manusia pada hari Kiamat”. [Riwayat al-Bukhari (4935)]
- Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
كُلُّ ابْنِ آدَمَ يَأْكُلُهُ التُّرَابُ، إِلَّا عَجْبَ الذَّنَبِ مِنْهُ، خُلِقَ وَفِيهِ يُرَكَّبُ
Maksudnya: “Setiap anak Adam akan dimakan oleh tanah kecuali ‘Ajb al-Zanab daripadanya diciptakan serta padanya juga akan dibangkitkan”. [Riwayat Muslim (2955)]
- Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
إِنَّ فِي الْإِنْسَانِ عَظْمًا لَا تَأْكُلُهُ الْأَرْضُ أَبَدًا، فِيهِ يُرَكَّبُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ قَالُوا أَيُّ عَظْمٍ هُوَ يَا رَسُولَ اللهِ ؟ قَالَ: عَجْبُ الذَّنَبِ
Maksudnya: “Sesungguhnya pada manusia itu terdapat satu tulang yang tidak akan dimakan oleh bumi selama-lamanya. Dengannya akan dibangkitkan manusia pada hari Kiamat. Mereka bertanya: Tulang apakah itu wahai Rasulullah SAW? Nabi SAW bersabda: ‘Ajb al-Zanab”. [Riwayat Muslim (2955)]
Definisi ‘Ajb al-Zanab (عَجْبُ الذَّنَبِ)
Menurut lisan al-Arab, ‘Ajb al-Zanab bermaksud:
الْعَظْمِ الَّذِي فِي أَسفل الصُّلْب عِنْدَ العَجُز
Maksudnya: “Tulang yang berada di hujung sulbi pada tulang tongkeng ”. [Lihat: Lisan al-Arab, 582/1]
Imam al-Nawawi mengatakan ‘Ajb al-Zanab adalah tulang yang halus terletak di hujung sulbi serta ia juga merupakan hujung tongkeng dan dikatakan juga bahawa ia adalah tulang ekor. Tulang ini merupakan ciptaan Allah SWT yang pertama bagi manusia dan ia akan kekal sehingga dikembalikan ciptaan manusia (pada hari Akhirat). [Lihat: al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, 92/18]
Fiqh al-Hadith
Daripada hadith ini, kita dapat merumuskan beberapa perkara:
- Pertama: Proses ciptaan manusia bermula daripada ‘Ajb al-Zanab.
- Kedua: ‘Ajb al-Zanab tidak akan musnah dan tidak akan di makan oleh bumi.
- Ketiga: Daripada ‘Ajb al-Zanab akan dibangkitkan manusia pada hari Akhirat kelak.
Penutup
Kesimpulannya, hadith berkaitan sejenis tulang yang tidak akan hancur adalah sahih kerana ketiga riwayat tersebut datang dari dua buah kitab yang menjadi ijma’ umat Islam akan kesahihannya dan kita wajib beriman dengan perkara tersebut. Akhirnya, semoga Allah SWT membangkitkan kita di hari Akhirat kelak dalam kalangan orang yang soleh dan beriman. Amin.
Wallahua’lam
Sumber : Muftiwp.gov.my
PPj terima Anugerah AIM - Future City Awards

PUTRAJAYA: Perbadanan Putrajaya (PPj) melakar nama di pentas dunia apabila menerima Anugerah Annual Investment Meeting (AIM) - 'Future City Awards' di bawah kategori 'Future Government Award' bagi Sistem Pemantauan OSC 3.0 PPj.
Sistem itu berkebolehan untuk menerima, memproses, meluluskan dan memantau semua projek perancangan, pembangunan, landskap, infrastruktur, serta ubahsuai sehingga ke pengeluaran Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC).
Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat, Tengku Aina Tengku Ismail Shah, berkata sistem itu dilihat sebagai cerminan ketelusan PPj dalam berurusan dengan pemegang taruh yang terbabit serta dapat mempercepatkan proses kelulusan.
Menurutnya, penganugerahan itu adalah yang pertama di peringkat antarabangsa diterima PPj bagi Sistem Pemantauan OSC 3.0.
"Beliau berkata, anugerah ini diterima atas pencapaian markah tertinggi PPj dalam penyertaan Pertandingan Inovasi Antarabangsa AIM Future Cities Award Dubai 2020.
"AIM Digital 2020 adalah ekspo digital yang dianjurkan oleh AIM, satu inisiatif daripada Kementerian Ekonomi Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk menghimpunkan komuniti pakar pelaburan global di bawah satu platform virtual.
"Anugerah diterima melalui Majlis Future Cities Award Ceremony secara maya bersempena penganjuran AIM Digital 2020 yang berlangsung dari 20 hingga 22 Oktober 2020 di Dubai," katanya dalam kenyataan hari ini.
Tengku Aina berkata, Sistem Pemantauan OSC 3.0 mudah dan boleh diakses secara pangkalan web dan telefon.
Katanya, sistem itu menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan di arena tempatan seperti Anugerah Presiden di Malaysia Institute of Planners (MIP) for Planning Excellence 2018, Anugerah Emas di Regional Team Excellence 2019 oleh Malaysia Productivity Corporation, Anugerah 5 Bintang Emas di The Annual Productivity and Innovation Conference (APIC) Exposition 2019 dan Pemenang Kategori Sektor Awam di APIC 2019.
Tengku Aina berkata, sistem itu juga dapat dilihat sebagai kayu ukur kepada pembangunan Sistem OSC 3 Plus oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang diguna pakai oleh pihak berkuasa tempatan di Malaysia.
Katanya, anugerah yang diterima itu adalah satu pengiktirafan kepada usaha PPj dalam usaha memajukan Putrajaya sebagai Smart City menjelang 2025.
"Blueprint Smart City Putrajaya menggariskan 93 inisiatif pintar yang bermula sejak 2018," katanya.
Sumber : BHOnline
Word 296
Word 296
Wahai Tuhan Yang Maha Hidup, wahai Tuhan Yang Berdiri Sendiri (tidak perlu segala sesuatu) dengan rahmatMu aku minta pertolongan, perbaiklah segala urusanku dan jangan diserahkan kepadaku sekalipun sekejap mata (tanpa mendapat pertolongan dariMu)
SINOPSIS MAEL TOTEY THE MOVIE
SINOPSIS MAEL TOTEY THE MOVIE
GRADUAN ASPIRE 2020
GRADUAN ASPIRE 2020
GRADUAN ASPIRE IS GOING VIRTUAL!!
We're taking VIRTUAL to a whole new level! Engage with over 100 leading Malaysian employers from the comfort of your home only at GRADUAN ASPIRE! Live webinars, insider insight, exclusive content, on-the-spot interviews and many more happening only at GRADUAN ASPIRE this 24-27 October! Registrations are open now only at graduan.com/aspire What are you waiting for? Change your life today through meaningful careers!
More info here
Word 294
Word 294
Menjawablah pemimpin-pemimpin nanti diakhirat kerana masih adanya golongan yang hidup melarat sekarat seperti ini sedangkan kalian hidup bermewahan, tidak menjalankan tugas dgn adil & menyalahkan rakyat atas gelombang baru ini. Demi Tuhan, aku harapkan pembalasan dari Tuhan. https://t.co/01ayImZWSO
— Hestia (@casyuewnut) October 21, 2020
Word 293
THOMAS ARYA - TERBUANG TAK BERMAKNA
Produk makanan bumiputera mendapat tempat di pasaran. Jenama tempatan juga popular, sedap dan berkualiti.
Produk makanan bumiputera mendapat tempat di pasaran.
Jenama tempatan juga popular, sedap dan berkualiti.
Industri makanan berperanan penting dalam mempengaruhi ekonomi negara, malah dikatakan salah satu industri yang ‘tidak akan mati’. Peningkatan terhadap produk makanan dipengaruhi oleh permintaan pengguna.
Produk makanan akan menjadi kegilaan dan popular bukan sahaja kerana jenamanya tetapi rasa dan kualiti. Rakyat Malaysia bertuah kerana dimeriahkan dengan lambakan produk makanan tempatan yang memenuhi kriteria
Sokonglah barangan Malaysia dan kenali siapa di sebalik produk keluaran tempatan yang mungkin selama ini menjadi antara produk pilihan anda.
Jenama makanan: Fatihah Jenis makanan: Sejuk beku Pengasas: Fatihah Anis Ibrahim Produk pertama: Karipap Senarai produk: Royale Paratha Durian, Royale Paratha Garlic, Roti Canai dan Roti Boom
Fatihah Frozen Food Sdn Bhd (Fatihah) bermula dengan karipap pusar sejak lebih 30 tahun lalu.
Fatihah yang diasaskan oleh Fatihah Anis Ibrahim kini mengeluarkan lebih 20 jenis makanan sejuk beku seperti roti paratha, roti boom, kuih-muih tradisional dan aiskrim goreng.
“Produk kami dijamin halal dan telah mempunyai pensijilan HACCP dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pengiktirafan sijil Halal Jakim, Mesti dan Good Manufacturing Practice (GMP).
"Ramai yang kenal Fatihah melalui ekspo, pernah dilabel ‘muka ekspo’. Kini produk Fatihah boleh didapati di pasar raya terkemuka dan aktiviti promosi terus dijalankan untuk kukuhkan jenama,” kata Fatihah Anis yang juga Pengarah Urusan syarikat.
Produk roti pertama Fatihah dengan menggunakan mesin ialah Royale Paratha Original. Lebih membanggakan, Fatihah turut diterima di China, Brunei dan Singapura.
Jenama: Ryverra, Estana ReeVo Jenis makanan: Coklat Pengasas: Sharil Omar & Muzairee Daud Produk pertama: Strawberi bersalut coklat Senarai produk: Estana Chocolate Bar, Estana Chocolate Box, Estana Tirmaisu Chocolate, Estana Simply Chocolate Bars, Ryverra Premium Drink dan Reevo Chocolate Malt
SYARIKAT bumiputera, Ryverra Chocolate & Confectionery Sdn Bhd (Ryverra) komited mengeluarkan produk coklat dan berjaya menembusi pasaran Arab Saudi, China,Singapura dan Dubai.
Sharil Omar selaku Pengarah Eksekutif mengusahakan syarikat bersama rakannya, Muzairee Daud pada tahun 2008 bermula di sebuah rumah pangsa tiga bilik.
“Kami bermula dari bawah dan menjual coklat di kios, menyediakan tempahan cenderahati untuk majlis perkahwinan dan hari jadi. Kini permintaan Ryverra semakin berkembang.
“Kami mahu menembusi pasaran serantau dengan menjadikan Indonesia sebagai negara pertama. Kesemua produk Ryverra telah mendapat pengiktirafan Halal Jakim,” kata Sharil.
Untuk meyakinkan pengguna pada awal pengeluaran Ryverra, mereka bertemu penggemar-penggemar coklat melalui pemberian sampel produk secara percuma.
’Let’s Our Chocolate Do the Talking’, antara usaha yang dilakukan. Produk Ryverra terpilih sebagai produk IKS Top 20 dalam program ‘Realisasikan Impianmu bersama Shell’.
Jenama: Pertima Jenis makanan: Dalam tin Pengasas: PMINT Produk pertama: Sardin Senarai produk: Sardin Dalam Sos Tomato, Sardin Family, Kari Ayam, Kuah Sate, Kuah Laksa Terengganu, sambal bilis dan kaya
SYARIKAT pengeluar produk makanan dalam tin, Pertima Terengganu Sdn Bhd (Pertima) giat meningkatkan pengeluaran ke tahap maksimum bagi memenuhi permintaan pelanggan.
Pertima yang ditubuhkan pada 1972 adalah anak syarikat Kerajaan Negeri Terengganu (PMINT) dan menjalankan operasi pengeluaran di Chendering, Terengganu.
“Pertima mencatatkan peningkatan jualan sebanyak 100 peratus sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan disebabkan penularan koronavirus (Covid 19),”kata Pengurus Besarnya, Syed Mohd Asdi Tuan Ngah.
Bagi mengukuhkan kedudukan Pertima, syarikat melantik ejen dan pengedar baharu serta melaburkan RM1 juta untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran pada masa akan datang.
Pertima memiliki persijilan Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Mesti oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, HACCP dan ISO. Pertima turut dianugerahkan ‘World Halal Bestbrand Award’ oleh Brandlaurette.
Jenama: Noraini’s Cookies Jenis makanan: Kuih dan biskut Pengasas: Noraini Ahmad Produk pertama: Kuih-muih basah Senarai produk: Butter Cookies, Blackcurrant Cookies dan GoodKiss
NORAINI’S Cookies berada di pasaran lebih 30 tahun lalu dengan jualan kuih tradisional dan biskut raya sebagai permulaan.
Kini cookies Worldwide Sdn Bhd (Noraini Cookie’s) telah memasarkan pelbagai jenis biskut dan tepung serbaguna.
Menurut Pengarah Noraini’s, Hezlee Ezha Norsham Mohd Shamsi, pada awal perniagaan mereka bergantung sepenuhnya kepada promosi dari mulut ke mulut.
“Kualiti produk membuatkan kami lebih mudah dikenali. Pihak agensi kerajaan juga banyak bantu mempromosi produk di ekspo-ekspo,” ujarnya.
Produk yang dikeluarkan Noraini Cookie’s bercirikan harga mesra rakyat dan terdapat dihampir semua kedai RM2.
Terkini, Noraini’s Cookies lebih dikenali dengan produk tepung adunan segera, malah permintaan masyarakat terhadap tepung adunan segera melebihi produk biskut.
“Cabaran Covid-19 telah membuka ruang kepada kami untuk menjual produk di platform e-dagang dan saluran ini sesuai untuk jangka masa yang panjang,” katanya.
#barangbaikbarangkita
#belanjauntukmalaysia
#Kpdnhep
Sumber : SinarHarian
Vokal Mania (2020)
Filem Syahmi Tak Keluar Lagi, Pelakon Dihina Cacat Dan Dikeji
Seringkali disajikan dengan kisah-kisah klise drama Melayu, kehadiran Youtuber Syahmi Sazli ternyata berjaya merubah minat penonton terhadap sesuatu yang belum pernah dibawakan sebelum ini.
Memperkenalkan satu persatu watak yang mempunyai keistimewaan masing-masing, kini bermula dari Youtube, Syahmi bakal hadir dengan sebuah filem dengan tajuk Mael Totey The Movie.
Jika anda ingin tahu, selain Syahmi, ada beberapa lagi barisan Youtuber yang turut hadir dengan drama mereka sendiri dan seringkali jika drama tersebut dapat perhatian, akan ada komen-komen yang berharap karya tersebut dijadikan dalam bentuk filem pula.
Inilah apa yang terjadi pada siri Mael Totey. Namun belum pun filem ditayangkan, Syahmi terkesan dengan sikap segelintir netizen bertindak biadap dengan menghina barisan pelakon dan mengeluarkan kata-kata yang boleh mengundang fitnah setelah trailer filem tersebut dilancarkan.
“Baru-baru ini saya ada terbaca beberapa komen yang menghina pelakon-pelakon filem Mael Totey dengan mengatakan mereka pelakon cacat dan pelbagai kata nista lain”
“Jadi saya pertahankan mereka dan meminta netizen tidak sewenangnya mengeluarkan kata-kata kejian yang boleh mengundang fitnah. Kemudian mereka kata saya pula yang tak boleh menerima kritikan”
“Saya tak kisah mereka nak kritik filem saya, tetapi jangan sampai mengeluarkan kata kesat terhadap pelakon saya, mengeluarkan ayat yang boleh jatuh fitnah,” jelasnya kepada portal Sinarplus.
Usaha Syahmi membawa empat insan istimewa (Asif, Yoe, Yatin & Bedul) ini di dalam filem Mael Totey sememangnya dinantikan peminat dan pengikut tegar mereka di Youtube.
Entah di mana silapnya, masyarakat kita terlalu cepat menilai malah lebih berani mempersendakan mereka yang kurang upaya.
Sumber : Gulapop
