SIMPAN NOMBOR CONTACT SERVIS BREAKDOWN TAYAR SEPANJANG LEBUHRAYA JUGA JALAN LAMA



SIMPAN NOMBOR CONTACT SERVIS BREAKDOWN TAYAR SEPANJANG LEBUHRAYA JUGA JALAN LAMA

1. Along tiup MELAKA  017675 0021
2. Alor star kangar awang 0194625777
3. Alor star mat 0194919301
4. Ampang 0193388857
5. Ayer itam ramesh 0127594674
6. Ayer keroh 0139292855
7. Balakong ah fatt 0123785002 / 0122686109
8. Bayan baru 0174104830
9. Bentong 0169333389
10. Bentong segaran 0109083596 / 0129218783 / 0169538783 / 0169616935
11. Bidor 0174634277 / 0134001875
12. Cheras ivan 0193911234
13. Dungun 0199434796 / 0139754376
14. Endau 0127288739
15. Gambang 0139103309
16. Gopeng ismaju 0124578717
17. Gopeng union 0125213336
18. Grik 0194289733
19. Gua musang hazrul 0145069541 / 01125733500 / 0145034783
20. Gua musang 0199442644
21. Hulu selangor panjang 0193388857 / 0192697166
22. Ipoh ismail 0124578718
23. Ipoh - tanjung malim 0174634277 / 0195574298 ' 0134001875
24. Jengka 8 ali 0109266532
25. Jenjarum 0173170501
26. Johor kgv 0127085927
27. Kajang 0193388857
28. Kajang anuar 0123747326 / 0176315361
29. Kajang Panjang 0193388857
30. Kajang wong 0193911236
31. Karak asia 0129553150
32. Karak puva 0199858468
0199398468
33. Karak siva 0199328468
34. Kemaman 0199152732
35. Keratong 0197779713
36. Kg subang 0102096275
37. Kg subang muni 0162622251
38. Kl Panjang 0193388857
39. Klang raja 0166692921
40. Klang syed 0162881921
41. Klang-kl Panjang 0193388857
42. Kuala selangor zul 0175417730
43. Kuala trengganu 0139944254
44. Kuala kangsar - tapah 0175444667 / 0195507138
45. Kuantan 0111949243
46. Kulai onn 0167360540
47. Lenggong 0125462201
48. Lpt 1 rizal 0199870129
49. Mentakab ah min 0169399838 / 0179459838
50. Mentakab subra 0129503533
51. Muadzam 0199053428
52. Muar 0126317008
53. Nilai ah 0193388857
54. Padang tengku 0109264116 / 0179274116 / 0199274116
55. Pagoh ait 0197902065
56. Pagoh bukit pasir 0196234704
57. Paka 0199849204
58. Pedas / Linggi abg jumaat 0122724897
59. Port klang 0163097220
60. Puncak alam 0193388857
61. Rantau panjang klate 0199367986 / 0139353681
62. Raub 0133913309
63. Rawang 0193388857
64. Rawang ah fatt 0123620620
65. Rawang panjang 0193388857
66. Rawang 0193388857
67. Sabak bernam 0133626599
68. Sabak bernam botak 0175417730
69. Saujana putra 0193388857
70. Selangor 0193388857 / 0122245795
71. Semenyih black 0102801704
72. Semenyih loga 0142251749
73. Seremban 0142309004
74. Sungai buloh 0193388857
75. Sungai dua - kuala 0194473745 / 0124234083
76. Sungai petani ganesan 0194744092
77. Simpang renggam farid 0127269002
78. Sri jaya 0129838825 / 0169209492
79. Sungkai 0193982622 / 0134001875
80. Tangkak 0196858528 / 0167160113
81. Tapah - Bidor - sungkai 0174634277 /  0134001875
82. Teluk intan 0165126644
83. Temerloh 0199677884
84. Temerloh alim 0122196220
85. Tanjung bungah 0174212316
86. Tanjung malim 0193388857
87. Tanjung malim kumar 0123994386
88. Tanjung malim muni 0123706722
89.cangkat jering&bukit merah 0125900492
90.alon..alor setar 0197091800 & 01135727936
91.kuala Lumpur/ 0193388857
92.sg buluh /  0193388857
93.batu Caves  0193388857
94.subang 0193388857
95.Genting Highland/ 0193388857
96.kajang/putrajaya/cyberjaya/bangi 0172831899

Untuk kemudahan kita semua ketika dalam kesusahan !!!

 #copypaste #whatsappgroup #jmbelog

Word 6

Word 6 

SoZCyili


SoZCyili

Telefilem Dekatkan Kami Dengan Mu (Solat TV3)

Telefilem Dekatkan Kami Dengan Mu (Solat TV3).



Telefilem istimewa ramadan yang memaparkan kisah teladan mengenai kewajipan bersolat.

Doa seorang isteri supaya suami kembali taat kepada agama. 

WAKTU SIARAN : Sabtu, 9 Jun 2018, 11:00 malam
SIARAN : TV3
PENULIS SKRIP : MF Kencana
PENGARAH : Nazir Jamaluddin
TERBITAN : Qiuara One Production Sdn Bhd
PELAKON : Hafidz Roshdi, Elvina Mohamad, Izzue Islam, Sura Sojangi


Biodata Ringkas Azar Azmi Pelakon Taubatku (TV3)

Biodata Ringkas Azar Azmi Pelakon Taubatku (TV3)


Nama Penuh: Siti Azhar A binti Azmi

Nama Popular: Azar Azmi

Tarikh Lahir : 13 Mac 1989

Umur: 29 tahun (2018)

Bangsa: Melayu

Warganegara: Malaysia

Agama: Islam

Drama: Syurgaku Tak Sempurna, Red Velvet, Biar Aku Jadi Penunggu, Mukhlis 2, Mr Boss Miss Stalker, Suri Hati Mr Pilot, Gerak Khas, Tiada Arah Jodoh Kita, Cinta Fatamorgana. 

Telefilem: Bayangan Emilia, Taubatku (TV3)

Instagram: @azarazmi

Facebook: azar Azmi 

Twitter: azarazmi

Kle-Peq

Telefilem Taubatku (TV3) - Syafiq Kyle, Azar Azmi

Telefilem Taubatku (TV3) -  Syafiq Kyle, Azar Azmi


SINOPSIS TAUBATKU
Selepas 5 tahun berumah tangga, Ismail dan Maisarah dikurniakan rezeki seorang anak lelaki, Yusof. Kehidupan bahagia mereka hanya sementara apabila mereka terlibat dalam kemalangan dan Yusuf disahkan lumpuh seumur hidup.

WAKTU SIARAN : Sabtu, 16 Jun 2018, 9:00 malam 
SIARAN TV : Slot Cerekarama TV3
PENGARAH : Heykal Hanifah
TERBITAN : Luqsar Kreatif Sdn Bhd
PELAKON : Syafiq Kyle, Azar Azmi, Syed Ali Murtadha, Syazuwan Hassan, Fauziah Nawi, Rusdi Ramli


Telefilem Ayah (TV3) Fahrin Ahmad & Rita Rudaini

Telefilem Ayah (TV3) Fahrin Ahmad & Rita Rudaini


SINOPSIS AYAH

Kisah seorang ayah yang bertanggungjawab untuk menjaga keluarganya, setelah isterinya jatuh sakit. Demi menanggung kos perubatan yang tinggi, si ayah juga melakukan lebih daripada satu pekerjaan.

WAKTU SIARAN : Sabtu, 9 Jun 2018, 9:00 malam 
SIARAN TV : Slot Cerekarama TV3
PENGARAH : Amie Maziah
TERBITAN : Zeel Production Sdn Bhd
PELAKON : Rita Rudaini, Fahrin Ahmad, Dato Rahim Razali, Duerra Mitilda, Faiz Fathullah, Azar Azmi,

A post shared by qal707 (@amiemaziah_makmie) on

Jangan Terhalang Daripada Kebaikan

Jangan Terhalang Daripada Kebaikan

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ دَخَلَ رَمَضَانُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ هَذَا الشَّهْرَ قَدْ حَضَرَكُمْ وَفِيهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ مَنْ حُرِمَهَا فَقَدْ حُرِمَ الْخَيْرَ كُلَّهُ وَلَا يُحْرَمُ خَيْرَهَا إِلَّا مَحْرُومٌ

Dari Anas bin Malik RA ia berkata, "Ketika datang bulan ramadan, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya bulan ini telah hadir kepada kalian. Di bulan ini ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa diharamkan darinya, maka dia telah diharamkan kebaikan semuanya. Dan tidak diharamkan kebaikannya kecuali bagi yang terhalang dari kebaikan. " (HR Ibnu Majah No: 1634) Status: Hasan Sahih

Pengajaran:

1.  Dalam bulan Ramadan terdapat satu malam (lailatul Qadar) yang barang siapa beramal soleh pada malam tersebut, seumpama  dia telah melakukan amal soleh melebihi 1000 bulan

2.  Barang siapa yang terhalang daripada beribadah pada malam lailatul qadar, sungguh ia telah terhalang dari kebaikan seluruhnya, dan tidaklah terhalang dari kebaikan malam itu kecuali orang yang mahrum (terhalang dari kebaikan).

3.  Setiap muslim sangat dianjurkan untuk menghidupkan lailatul qadar dengan penuh iman dan mengharap pahala yang dijanjikan. Sehingga apabila ia ikhlas melaksanakannya, dosa dan kesalahan yang pernah dilakukan pada masa lalu akan diampunkan  Allah.

4.  Rebutlah peluang untuk beribadat seperti solat berjemaah di masjid, solat terawih dan solat sunat yang lain, bersedekah, tilawah al- quraan, berzikir dan sebagainya. Jangan sampai kita tergolong dari kalangan yang terhalang melakukan amal ibadat khususnya di sepuluh malam akhir Ramadan.

JANGAN biarkan masjid kita lengang dan kosong
JANGAN biarkan kita disibukkan untuk persiapan Hari Raya
JANGAN biarkan kita buat tak tahu je...

RAMADAN MUBARAK MEMBINA GENERASI RAHMAH

Ayah. Insan yang banyak berbohong demi melihat kebahagiaan isteri dan anak-anak.

Ayah. Insan yang banyak berbohong demi melihat kebahagiaan isteri dan anak-anak. 

"Ayah, adik nak kasut Spiderman yang ada lampu untuk raya tau."

"Kakak nak gaun yang ada ropol-ropol tu. Yang kita tengok kat pasaraya minggu lepas."

Si ayah tersenyum lantas mengangguk-angguk kepala. Tidak sanggup dia untuk berkata tidak pada anak-anaknya yang dikasihi sepenuh hati.

Lagi pun anak-anaknya tahun ini puasa penuh. Padahal baru sahaja menjejak kaki ke Tadika dan Sekolah Rendah.

Isterinya memandang dari jauh. Melihat suaminya melayan karenah anak-anak yang tak sabar hendak beraya. Hendak pakaian baru sama seperti kawan-kawan mereka.

Anak sekecil itu tidak faham. Gaji ayah mereka tidaklah besar mana. Lagi pun, bulan ini tuan rumah berkeras supaya tunggakan sewa bulan lepas dilangsaikan sekali gus. Sudah minta bayar ansuran, namun tidak diendahkan.

Barangkali tuan rumah nak beraya sakan. Mereka tak nak fikir masalah orang. Janji payment masuk setiap bulan seperti perjanjian.

Sewa bulan lepas tertunggak bila tayar kereta kena tukar baru. Kena pula sambung road tax yang dah mati. Ingatkan tuan rumah boleh bertolak ansur bayar secara ansuran. Rupanya tidak.

Nak kata apa? Itu rumah dia. Turut sajalah.

Maka bajet untuk raya lari jauh. Si isteri faham sangat, namun budak-budak apa mereka tahu? Mereka hanya tahu raya hari bergembira. Dapat pakai baju baru, seluar baru, kasut baru.

Itu sahaja. Sedang si ayah bertungkus lumus bekerja. Kerja sampingan pun buat juga demi anak isteri tercinta.

"Bang, baju raya saya tak perlulah tahun ni. Baju tahun-tahun sudah elok lagi. Saya tak kisah pun."

Kata si isteri di suatu malam. Dia diam sambil tersenyum sahaja. Isterinya sangat memahami. Tidak meminta-minta dan tahu kemampuan kewangannya.

Namun disudut hati yang paling dalam, dia rasa sedih sangat. Dia ketua keluarga. Tidak dapat menyediakan persiapan sepatutnya kepada anak isteri mencalar egonya. Sangat meruntun jiwanya.

Dua hari sebelum raya, si ayah pulang bawa kasut ada lampu buat adik. Buat kakak, gaun beropol-ropol macam Cinderella. Anggun sekali.

Anak-anak bersorak riang. Isteri memandang dengan senyuman walau hati masih bertanya di mana suaminya cari duit beli semua itu.

"Awak. Sini kejap."

"Apa bang?"

"Nah. Cuba dua pasang baju raya ni."

Si isteri terpaku. Walau mulut kata tak mahu, namun disudut hati dia juga hendak merasa pakai baju baru di hari raya nanti.

"Abang! Mana abang dapat duit. Terima kasih banyak. Cantiknya!"

"Ada rezeki lebih abang bantu kawan pindah rumah. Dia bagi upah. Cubalah."

Si suami tersenyum puas melihat anak isterinya gembira. Baginya, itulah bahagia. Tidak ternilai harganya.

Dia sanggup korbankan apa saja untuk kebahagiaan keluarganya. Apa sahaja.

"Baju raya abang mana?" soal si isteri.

"Esok abang beli. Pergi tadi saiz tak ada," bohong suami disebalik senyuman.

Sedangkan memang tak ada bahagian dah untuk dia. Tak apalah dia pakai baju lama pun. Asalkan dapat melihat anak isteri tersenyum ria.

"Eh abang. Mana cincin dan jam kesayangan abang?"

Si suami tidak menjawab. Dia buat-buat tidak dengar dan terus pergi ke arah anaknya sambil melayan anak-anak itu mencuba pakaian baru.

"Abang!"

Dan air mata menitis laju di pipi sang isteri. Walau langit tidak mendung, namun ada hujan mencurah-curah diwajah.

*******

Sebenarnya, banyak pengorbanan seorang lelaki bergelar suami dan ayah pada keluarga mereka.

Tidak banyak yang tertulis, tidak banyak yang terlukis. Kerana lelaki menelan semua air mata, menyorok segala kegusaran disebalik sebuah senyuman.

Demi melihat gelak tawa dan kegembiraan ahli keluarganya.

Hormati suamimu, taati ayahmu. Jasa mereka tidak terbalas. Allahu Akbar... Percayalah!

FB: Mohd Fadli Salleh.
- Ayah. Insan yang banyak berbohong demi melihat kebahagiaan isteri dan anak-anak. 

# copy & paste.

Wallahu a'lam...

Aizamia3


Aizamia3

Sihir Guna Sup Bunjut Drama Nur TV3

Sihir Guna Sup Bunjut Drama Nur TV3


Part ni kelakar sup bunjut pun tidak kenal adoi la Ecah ni, tula jarang masuk dapur...


JM jarang tengok drama ini.

JM pun dengar kawan-kawan cerita.

Terus JM cari kat google...

Drama Nur TV3

Melipat Gandakan Amal Di Sepuluh Akhir Ramadan

Melipat Gandakan Amal Di Sepuluh Akhir Ramadan

قَالَتْ عَائِشَةُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَجْتَهِدُ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مَا لَا يَجْتَهِدُ فِي غَيْرِهِ

Aisyah Radhiyallahu anhuma, berkata:  “Rasulullah SAW lebih giat (dalam beribadah) pada sepuluh hari terakhir ini yang tidak baginda lakukan pada hari-hari lainnya.” (HR Muslim No: 2009) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Rasulullah mempergiatkan amal ibadah pada 10 terakhir daripada bulan Ramadan melebihi daripada waktu lain.

2.  Antara ibadat yang boleh dilakukan pada 10 terakhir Ramadan ialah iktikaf di masjid, perbanyakkan ibadat khusus seperti membaca al-Quran, sedekah, berzikir solat sunat seperti duha, solat tahajud, solat tasbih dan lain-lain:

a.  Dikatakan Saidina Umar sibuk menunaikan solat sepanjang malam hingga fajar.

b.  Qatadah pernah mengkhatam seluruh al-Quran setiap malam pada 10 malam terakhir Ramadan

3.  Ada orang yang sanggup mengambil cuti semata-mata untuk menumpukan ibadat sepanjang 10 hari terkahir Ramadan.  Anda bagaimana?

4.  Mari kita lipat gandakan amalan di sepuluh hari terakhir daripada Ramadan ini.

a.  Menjaga solat terawih dan pergi awal ke masjid, bersungguh untuk berada di saf paling hadapan dan tidak beredar sehinggalah imam meninggalkan tempatnya.

b.  Iktikaf – usahakan pada sepuluh terakhir bulan Ramadhan, ajak ahli keluarga, jiran dan kenalan ke Masjid sekurang-kurangnya bermula waktu magrib sehingga tamat solat tarawikh.

c.  Perbanyakkan doa "Sesungguhnya doa di waktu sahur adalah anak panah qadar".  Doa untuk diri dan keluarga, doa untuk dakwah ini,  doa untuk kesejahteraan umat Islam di Malaysia. Doa untuk kerajaan Pakatan Harapan agar berjaya membawa perubahan yang lebih baik kepada negara Malaysia kearah Negara Rahmah yang diberkati. Juga doa kesejahteraan umat Islam di Palestin, Syria, Iraq, Rohinga dan di seluruh dunia…semoga Allah mengembalikan hak mereka dan melegakan musibah mereka.

RAMADAN MUBARAK MEMBINA GENERASI RAHMAH

Memburu Lailatul Qadar Sepuluh Malam Terakhir Ramadan

Memburu Lailatul Qadar Sepuluh Malam Terakhir Ramadan 

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُجَاوِرُ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ وَيَقُولُ تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ

Dari 'Aisyah radliallahu 'anha berkata: Rasulullah SAW beriktikaf pada sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadan dan bersabda: "Carilah Lailatul Qadar pada sepuluh malam yang akhir dari Ramadhan". (HR Bukhari No: 1880) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Rasulullah SAW menyuruh beriktikaf pada 10 malam terakhir dari Ramadan untuk memburu lailatul Qadr.

2.  Bersungguh beramal pada 10 malam terakhir Ramadan untuk memperoleh lailatul Qadar yang ganjaran amalan pada malam tersebut melebihi 1000 bulan iaitu 83 tahun 4 bulan.

3.  Sepatutnya kita tidak hanya memilih malam-malam tertentu untuk memburu lailatul Qadar kerana tidak ada satu tarikh yang tepat dan ia dirahsiakan untuk menjadi pendorong kepada kita mencarinya pada sepuluh malam terakhir Ramadhan.

4.  Bangunkan ahli keluarga kita untuk bersama merebut peluang bertemu lailatul Qadar.

5.  Perbanyakkan iktikaf, pelihara solat fardhu berjemaah di masjid, tingkatkan tilawah al-Quran, perbanyakkan doa dan permohonan ampun kepada Allah.

6.  Bayangkan seolah-olah inilah Ramadan terakhir kita dan mungkin ini peluang terakhir untuk bertemu Lailatul Qadar

Ayuh Memburu Lailatul Qadar yang bermula malam ini. JOM BERIKTIKAF

RAMADAN MUBARAK MEMBINA GENERASI RAHMAH

Syafaat Al-Quran Untuk Kedua Ibu Bapa

Syafaat Al-Quran Untuk Kedua Ibu Bapa

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ قَالَ: أَمَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِتَعَلُّمِ الْقُرْآنِ وَحَثَّنَا عَلَيْهِ وَقَالَ:"إِنَّ الْقُرْآنَ يَأْتِي أَهْلَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَحْوَجَ مَا كَانُوا إِلَيْهِ فَيَقُولُ لِلْمُسْلِمِ: أَتَعْرِفُنِي فَيَقُولُ: مَنْ أَنْتفَيَقُولُ مَنْ أَنْتَ فَيَقُولُ: أَنَا الَّذِي كُنْتَ تُحِبُّ وَتَكْرَهُ أَنْ يُفَارِقَكَ الَّذِي كَانَ يَسْحَبُكَ وَيُدْنِيكَ فَيَقُولُ: لَعَلَكَ الْقُرْآنُ فَيُقْدَمُ بِهِ إِلَى رَبِّهِ عَزَّ وَجَلَّ فَيُعْطَى الْمُلْكَ بِيَمِينِهِ وَالْخُلْدَ بِشِمَالِهِ وَيُوضَعُ عَلَى رَأْسِهِ السَّكِينَةُ وَيُنْشَرُ عَلَى أَبَوَيْهِ خَلَّتَانِ لا يَقُومُ لَهُمْا الدُّنْيَا أَضْعَافًا فَيَقُولانِ: لأَيِّ شَيْءٍ كُسِينَا هَذِهِ وَلَمْ يَبْلُغْهُ أَعْمَالُنَا فَيَقُولُ: هَذَا بِأَخْذِ وَلَدِكُمَا الْقُرْآنَ".

Dari Abi Umamah RA katanya, Rasulullah SAW telah memeritahkan kami agar mempelajari al-Quran.  “Belajarlah kamu al-Quran, ia kelak di hari kiamat akan datang pada ahlinya ketika sangat berhajat kepadanya. Maka ia datang dalam bentuk yang seindah-indahnya, lalu bertanya: kenalkah engkau kepadaku? Maka dijawab: Siapakah engkau?.Akulah yang kamu cinta dan kamu sanjung, bahkan kamu telah bangun malam untukku, dan biasa membacaku di siang hari. Lalu ia berkata: Mungkin engkau al-Quran?. Kemudian menuntun orang tersebut mengadap kepada Allah, lalu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kiri, dan dipasang mahkota di atas kepalanya dan kedua ayah bondanya yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda. Maka keduanya bertanya: Dari manakah kamu mendapatkan ini? Padahal amal kami tidak sampai ke sini. Lalu dijawab: Ini kamu dapat kerana anakmu telah mempelajari al-Quran maka kamu berdua diberi ini”  (HR Tabrani No: 4408)
  
Pengajaran:

1.  Mempelajari al-Quran adalah suatu tuntutan kepada setiap Muslim.
2.  Al-Quran pada hari kiamat akan datang dalam bentuk yang indah kepada orang yang "ahli" al-Quran (semasa hidup sentiasa mendampingi – membaca, memahami dan menjadikan petunjuk). Membacanya siang dan malam.
3.  Pembaca al-Quran akan memperoleh syafaat (pertolongan) daripada al-Quran
4.  Ibu bapa pembaca al-Quran juga akan mendapat syafaat antaranya diberi perhiasan mahkota di atas kepalanya yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda.

وَيُوضَعُ عَلَى رَأْسِهِ تَاجُ الْوَقَارِ  وَيُكْسَى وَالِدَاهُ حُلَّتَيْنِ لَا يُقَوَّمُ لَهُمَا أَهْلُ الدُّنْيَا  فَيَقُولَانِ : بِمَ كُسِينَا هَذِهِ  فَيُقَالُ : بِأَخْذِ وَلَدِكُمَا الْقُرْآنَ  ثُمَّ يُقَالُ لَهُ : اقْرَأْ وَاصْعَدْ فِي دَرَجَةِ الْجَنَّةِ وَغُرَفِهَا  فَهُوَ فِي صُعُودٍ  مَا دَامَ يَقْرَأُ هَذًّا كَانَ أَوْ تَرْتِيلًا

“Akan dipakaikan di kepalanya mahkota dan kedua ibu bapanya akan diberi perhiasan yang tidak boleh dinilai oleh penduduk dunia. Lalu mereka bertanya: “Mengapa kami diberi perhiasan seperti ini?”. Allah menjawab: “Kerana anak kamu mempelajari al-Quran?”. Kemudian dikatakan kepadanya: “Bacalah dan naiklah ke tingkat syurga dan bilik-biliknya”. Dia akan terus naik selama dia membaca (ayat al_Qur’an)”.(HR Ahmad No: 22950) Status: Sanad Hasan.
Ayuh kita mempelajari, membaca, memahami dan menghayati serta beramal dengan al-Quran agar menjadi syafaat buat kita dan kedua ibu bapa.

RAMADAN MUBARAK MEMBINA GENERASI RAHMAH

Jaminan Masuk Syurga

Jaminan Masuk Syurga 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ أَصْبَحَ مِنْكُمْ الْيَوْمَ صَائِمًا قَالَ أَبُو بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَا قَالَ فَمَنْ تَبِعَ مِنْكُمْ الْيَوْمَ جَنَازَةً قَالَ أَبُو بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَا قَالَ فَمَنْ أَطْعَمَ مِنْكُمْ الْيَوْمَ مِسْكِينًا قَالَ أَبُو بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَا قَالَ فَمَنْ عَادَ مِنْكُمْ الْيَوْمَ مَرِيضًا قَالَ أَبُو بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا اجْتَمَعْنَ فِي امْرِئٍ إِلَّا دَخَلَ الْجَنَّةَ

Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW pernah bertanya: "Siapakah di antara kalian yang pagi ini sedang berpuasa?" Abu Bakar menjawab, "Aku." Baginda bertanya lagi: "Siapa di antara kalian yang hari ini telah menghantar jenazah?" Abu Bakar menjawab: "Aku." Baginda bertanya lagi: "Siapa di antara kalian yang hari ini telah memberi makan orang miskin?" Abu Bakar menjawab: "Aku." Baginda bertanya lagi: "Siapa di antara kalian yang hari ini telah menjenguk orang sakit?" Abu Bakar menjawab, "Aku." Selanjutnya Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah semua itu ada pada seseorang kecuali dia pasti akan masuk syurga." (HR Muslim No: 1707) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Syurga disediakan untuk mereka yang beriman dan melakukan amal yang soleh.

2.  Abu Bakar adalah contoh sahabat Rasulullah SAW yang menunjukkan amal soleh.

3.  Melaksanakan ibadat puasa adalah sebahagian daripada ibadat peribadi setiap Muslim sebagai bukti ketaatan dan keikhlasan seseorang kepada Allah.

4.  Menghantar jenazah, memberi makan kepada orang miskin dan menjenguk orang sakit merupakan kewajipan Muslim kepada masyarakat. Ia adalah sebahagian daripada penunaian tanggungjawab terhadap hak orang lain apabila kita hidup dalam masyarakat.

5.  Mukmin yang melaksanakan kewajipan ibadat individu seperti solat, puasa, zakat serta kewajipan untuk cakna kepada masyarakat seperti ziarah orang sakit, menolong orang susah, pasti akan masuk syurga.

Ayuh kita bersegera menyantuni orang miskin, orang lemah, anak yatim sempena bulan Ramadan ini dengan sumbangan Ramadan untuk golongan yang memerlukan.

JOM bersegera menziarahi atau bertanya khabar kerabat, sahabat, teman, jiran, rakan kita yang kurang sihat.

RAMADAN MUBARAK MEMBINA GENERASI RAHMAH

Soul Reflection

Soul Reflection

Jika Anda FAIL (gagal) jangan putus asa, sebab FAIL bermaksud 'First Attempt In Learning' (Langkah Pertama Dlm Pembelajaran)

END (Tamat) bukanlah Pengakhiran malah END bermaksud 'Effort Never Die' (Usaha Tidak Sesekali Mati/Berhenti)

Jika Anda dapat NO (Tidak) sebagai jawapan, ingatlah NO bermakna 'Next Opportunity' (Peluang Seterusnya)

Dan jika anda dapat mengharungi NO, maka anda akan dapat YES (Ya) yang bermaksud 'YOUR EFFORT SUCCEED' (Usaha Anda Berjaya) Always be positive and motivated.

Jana pendapatan tambahan : http://tambahrm.wasap.my


"You will never need another soul to make you complete,
but you will always need one to see the reflection of your existence."

Sha MyHeart


Sha MyHeart

Menulis, suka-suka saya

 
Menulis, suka-suka saya
 
Kita tulis apa yang kita suka
 
Terpulang kepada pembaca untuk baca atau tidak

 
Jani kita tak kata kat orang
 
Janji kita tak menyakiti hari orang
 
Terpulang apa orang nak kata kat kita
 
Yang baik kita senyum
 
Yang buruk kita tetap tersenyum
 
Sebab lain orang lain pendapat
 
Ambil yang positif
 
Yang negatif buang jauh-jauh

 
Usah pening memikirkan kata-kata orang
 
Sebab kata-kata itu belum tentu betul
 
Think positive
 
All can be good
 
Happy blogging
 
(@_-)
 
 

Word 5

Word 5
 
 
Yang HIDUP pasti akan MATI,
Qadak Qadar Ilahi...
 
#jmbelog

Bau Mulut Orang Berpuasa

Bau Mulut Orang Berpuasa

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قال النبي صلى الله عليه وسلم: وَالَّذِي نَفْسُ ‏ ‏مُحَمَّدٍ ‌‏ بِيَدِهِ ‌‏ لَخُلُوفُ ‌‏ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ

Dari Abu Hurairah RA, Bersabda Nabi SAW: Demi diriku berada ditangannya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih baik di sisi Allah pada hari kiamat daripada bau kasturi.  (HR Bukhari No: 1771) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Setiap kesusahan dan rasa kelaparan yang timbul kerana ketaatan akan memperolehi ganjaran yang manis di akhirat kelak.

2.  Pada hari kiamat, ketika manusia dibangkitkan dari kubur, ciri-ciri orang yang berpuasa adalah bau harum yang akan keluar dari mulut mereka, yang keharumannya melebihi harumnya minyak kasturi.

3.  Allah akan mengganti bau mulut orang yang berpuasa  dengan ganjaran yang besar di hari akhirat. Mengikut Ibnu Rajab, Segala sesuatu yang dianggap kurang di dunia menurut pandangan manusia namun jika disebabkan melakukan taat kepada Allah dan mencari redhaNya, maka hakikatnya kekurangan tersebut adalah  kesempurnaan di sisi Allah (Latoiful Maarif, hal 288).

4.  Allah lebih menghargai dan menghormati bau mulut orang berpuasa daripada bau mulut orang tidak puasa. Jadi maksud kalimat tersebut lebih merupakan penghormatan kepada orang yang berpuasa. Kerana orang yang berpuasa, baunya mulut adalah sesuatu yang sukar untuk dihindari.

5.  Menurut al-Qadhi Iyadh, di akhirat kelak Allah SWT akan membalas orang yang berpuasa dengan bau wangi di mulutnya yang mengalahkan wanginya minyak kesturi. Oleh kerana itu ulama mengatakan bahwa balasan wangi bau mulut untuk orang berpuasa berlaku di akhirat.

6.  Hal ini bukan bererti digalakkan kepada orang berpuasa agar mulut berbau tidak enak dengan tidak menggosok gigi. Menggosok gigi adalah amalan Rasulullah SAW setiap kali sebelum solat termasuk ketika berpuasa.

7.  Orang yang benar-benar berpuasa semestinya hati orang tersebut bersih dan suci dari segala kotoran dan niat jahat.

8.  Segala ucapan yang keluar dari mulut orang yang berpuasa tiada lain adalah yang baik, zikrullah dan perkataan menasihat serta mengajak orang lain kepada jalan Allah.

Orang yang berpuasa seperti itu, Allah memberi penghargaan  kepada bau mulut orang tersebut dengan darjat yang indah dan tinggi kerana di hari akhirat nanti bau mulutnya menjadi wangi lebih dari kesturi.

RAMADAN MUBARAK MEMBINA GENERASI RAHMAH

Word 4

Word 4

Fakta Anak No 4 - 7 Sifat Menarik Pada Anak Nombor Empat | theAsianparent  Malaysia


[em.pat] | امڤت

Definisi : bilangan tiga dicampur satu; 4: ~ belas 14; ~ puluh 40; ~ ratus 400. ~ penjuru alam arah yg empat di dunia (timur, barat, utara, selatan). ~ segi mempunyai empat sempadan lurus (bkn sesuatu bentuk). berempat empat jumlahnya: Orang yg ~ itu ke mana perginya? berempat-empat setiap kali empat; setiap kumpulan empat banyaknya: Mereka masuk ~. mengempat; ~ puluh hari mengadakan majlis bertahlil dan berdoa pd hari yg keempat puluh setelah seseorang meninggal. mengempatkan menjadikan jumlahnya empat. memperempat membahagikan kpd empat bahagian. keempat yg nombor empat: Rukun iman yg ~ ialah percaya akan sekalian rasul. keempat-empat empat-empat sekali. perempat dibahagikan dgn empat. seperempat, = satu perempat satu dibahagikan dgn empat; satu drpd empat bahagian yg sama; suku ( ). (Kamus Pelajar Edisi Kedua) _ DBP

SI CANTIK AKU - NINA NADIRA feat. Toby

SI CANTIK AKU - NINA NADIRA feat. Toby

dan bila engkau datang
ku terpaku melihatmu
terasa kebas seluruh anggotaku
melihat wajah yang ayu aku terpegun

dan bila kau disisi
menyentuh pipi ini, wo o oouw
wangianmu menusuk di sanubari
menggetarkan jiwa ini
aku terjatuh

dengarkan lagu ini
biarkan aku pimpin jemari lembutmu
biarkan aku bawa kau bersamaku
biarkan satu dunia bangga padaku
kerna ku ada kamu, si cantik aku

dan bila aku resah
ku ingin kau ada bersamaku
jadilah bunga di hati ini
yang mekar dan mewangi aku terpaku

dengarkan lagu ini
biarkan aku pimpin jemari lembutmu
biarkan aku bawa kau bersamaku
biarkan satu dunia bangga padaku
kerna ku ada kamu, si cantik aku

uhhhh... uhhhhuuhhuuhhh

genggam erat tanganku sentiasa
jangan pernah kau lepaskan tanganku
ku tak ingin engkau pergi dariku
setialah denganku, uuuhhh

dengarkan lagu ini
biarkan aku pimpin jemari lembutmu
biarkan aku bawa kau bersamaku
biarkan satu dunia bangga padaku
kerna ku ada (kamu)

dengarkan lagu ini
biarkan aku pimpin jemari lembutmu
biarkan aku bawa kau bersamaku
biarkan satu dunia bangga padaku
kerna ku ada kamu, si cantik aku


Hanya Restu - Siti Sairah

Hanya Restu - Siti Sairah

kau bertanya makna cinta padaku
kata kata indah cuba ku titipkan
hanya restu kan membawa
cinta kita ke akhirnya

dengarlah kasih, sebenarnya
jujur dihati, kau teramat kusayangi

engkau permata, tiada pengganti
oh tanpamu keyakinan kan pudar
tak bererti

ho manisnya melayari hari
bimbang aku bimbang
takut kehilangan
kekasihku aku berdoa
cinta kita direstui

nafas cintaku selamanya
bergetar kerinduan
kau segalanya
anugerah terindah

dengarlah kasih, sebenarnya
jujur dihati, kau teramat kusayangi

engkau permata, tiada pengganti
oh tanpamu keyakinan kan pudar
oohooo... huhuhuu...

engkau permata, tiada pengganti lagi
tanpamu keyakinan pudar
tak bererti... tak bererti


Lavida Raya - Dato Seri Vida

Lavida Raya - Dato Seri Vida

Muah…muah
Muah…
Kita nyanyi sama-sama ye…

Yang jauh okay
Yang dekat okay
Di hari raya semuanya mesti okay
Ibu ayah okay
Anak-anak okay
Raya with my family feelingnya paling okay

Di hari raya ku putih jelita
Pinkishnya warna blink-blink shinning sini-sana
Lipstick dimuka merah menyala
Lavida raya unyuk sayang-sayang semua

Oo…ooo…ooo…oooo…oooo…ooo…oo mintaklah duit raya
Oo…ooo…ooo…oooo…oooo…ooo…oo…oo…ooo raya
Oo…ooo…ooo…oooo…oooo…ooo…oo bagilah duit raya
Oo…ooo…ooo…oooo…oooo…ooo…oo…oo…ooo raya
Oo…ooo…ooo…oooo…oooo…ooo…oo dapatlah duit raya
Oo…ooo…ooo…oooo…oooo…ooo…oo…oo…ooo raya
Oo…ooo…ooo…oooo…ooo…oo banyaknya duit raya

Raya memang happy happy happy
Tema warna warni sayang cantik sekali
Sedondon sehati
Duit seguni saya dah ready
Duit raya diberi…mari mari…mari mari

Di hari raya ku putih jelita
Pinkishnya warna blink-blink shinning sini-sana
Lipstick dimuka merah menyala
Lavida raya unyuk sayang-sayang semua

Oo…ooo…ooo…oooo…oooo…ooo…oo dapatlah duit raya
Oo…ooo…ooo…oooo…oooo…ooo…oo…oo raya
Oo…ooo…ooo…oooo…ooo…oo banyaknya duit raya

Ingatlah sayang-sayang semua ye
Beraya ikutlah kemampuan diri tau
Raya walau setahun sekali
Jangan berhabis belanja berjoli
Ingat tu tau…okay okay…okay tak
Hmmm good

Oo…ooo…ooo…oooo…oooo…ooo…oo…oo…ooo raya
Oo…ooo…ooo…oooo…oooo…ooo…oo mintaklah duit raya
Oo…ooo…ooo…oooo…oooo…ooo…oo…oo…ooo raya
Oo…ooo…ooo…oooo…oooo…ooo…oo bagilah duit raya
Oo…ooo…ooo…oooo…oooo…ooo…oo…oo…ooo raya
Oo…ooo…ooo…oooo…oooo…ooo…oo dapatlah duit raya
Oo…ooo…ooo…oooo…oooo…ooo…oo…oo…ooo raya
Oo…ooo…ooo…oooo…oooo…ooo…oo inilah lavida raya


Ayat Murah Rezeki dan Cepat Kaya

Ayat Murah Rezeki dan Cepat Kaya


Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis.

(Surah sad, 38:54)

Cara praktikkan :

Amalkam sebanyak 33x kali selepas solat

Inn Shaa Allah dikurniakan rezeki yang tidak akan pernah habis.


Anda mampu mengubah

NAK BERJAYA ATAU GAGAL?

SENANG saja.


Untuk berjaya, kita perlu melatih minda kita untuk MELIHAT PELUANG-PELUANG YANG ADA DI SEKELILILNG KITA
Untuk gagal, Kita perlu MELIHAT HALANGAN-HALANGAN yang ada di depan kita !

Bagi kita yang ada rezeki tambahan/lebihan, bagaimana nak GANDAKAN?


Puasa, Sedekah dan Qiamullail

Puasa, Sedekah dan Qiamullail

عَنْ مُعَاذٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَأُنَبِّئُكَ بِأَبْوَابٍ مِنْ الْخَيْرِ الصَّوْمُ جُنَّةٌ وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الْخَطِيئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ وَقِيَامُ الْعَبْدِ مِنْ اللَّيْلِ

Dari Mu'adz bin Jabal bahawa Nabi SAW bersabda; "Aku akan memberitahu kepadamu pintu-pintu kebaikan iaitu; puasa adalah perisai, sedekah meleburkan dosa seperti air memadamkan api, dan seorang hamba bangun di malam hari. (HR Ahmad No: 21116) Status: Isnad Hasan

Pengajaran:

1.  Ibadat puasa menjadi benteng atau perisai daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah

2.  Puasa adalah perisai yang akan melindungi dari kehancuran jiwa, kerosakan perjalanan hidup, melindungi diri dari terjerumus ke dalam golongan manusia yang tidak memiliki sifat sabar

3.  Puasa juga menjadi perisai memberikan keteguhan hati dalam bertakwa kepada Allah.

4.  Sedekah antara amalan yang boleh menjadi penghapus dosa

اِتَّقُوا النَّارَوَلَوبِشِقِّ تَمْرَةٍ

Hindarilah neraka meskipun dengan sebelah biji korma.  (HR Bukhari  no 5564) Status: Hadis Sahih

5.  Menghidupkan malam dengan Qiamullail merupakan antara amal kebaikan orang Mukmin untuk membina kekuatan rohani.

Ambillah kesempatan Ramadan ini untuk membina perisai diri, menghapuskan dosa dan menguatkan rohani.

RAMADAN MUBARAK MEMBINA GENERASI RAHMAH

Wadah Terkini