Pages

Jun 04, 2018

Bau Mulut Orang Berpuasa

Bau Mulut Orang Berpuasa

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قال النبي صلى الله عليه وسلم: وَالَّذِي نَفْسُ ‏ ‏مُحَمَّدٍ ‌‏ بِيَدِهِ ‌‏ لَخُلُوفُ ‌‏ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ

Dari Abu Hurairah RA, Bersabda Nabi SAW: Demi diriku berada ditangannya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih baik di sisi Allah pada hari kiamat daripada bau kasturi.  (HR Bukhari No: 1771) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Setiap kesusahan dan rasa kelaparan yang timbul kerana ketaatan akan memperolehi ganjaran yang manis di akhirat kelak.

2.  Pada hari kiamat, ketika manusia dibangkitkan dari kubur, ciri-ciri orang yang berpuasa adalah bau harum yang akan keluar dari mulut mereka, yang keharumannya melebihi harumnya minyak kasturi.

3.  Allah akan mengganti bau mulut orang yang berpuasa  dengan ganjaran yang besar di hari akhirat. Mengikut Ibnu Rajab, Segala sesuatu yang dianggap kurang di dunia menurut pandangan manusia namun jika disebabkan melakukan taat kepada Allah dan mencari redhaNya, maka hakikatnya kekurangan tersebut adalah  kesempurnaan di sisi Allah (Latoiful Maarif, hal 288).

4.  Allah lebih menghargai dan menghormati bau mulut orang berpuasa daripada bau mulut orang tidak puasa. Jadi maksud kalimat tersebut lebih merupakan penghormatan kepada orang yang berpuasa. Kerana orang yang berpuasa, baunya mulut adalah sesuatu yang sukar untuk dihindari.

5.  Menurut al-Qadhi Iyadh, di akhirat kelak Allah SWT akan membalas orang yang berpuasa dengan bau wangi di mulutnya yang mengalahkan wanginya minyak kesturi. Oleh kerana itu ulama mengatakan bahwa balasan wangi bau mulut untuk orang berpuasa berlaku di akhirat.

6.  Hal ini bukan bererti digalakkan kepada orang berpuasa agar mulut berbau tidak enak dengan tidak menggosok gigi. Menggosok gigi adalah amalan Rasulullah SAW setiap kali sebelum solat termasuk ketika berpuasa.

7.  Orang yang benar-benar berpuasa semestinya hati orang tersebut bersih dan suci dari segala kotoran dan niat jahat.

8.  Segala ucapan yang keluar dari mulut orang yang berpuasa tiada lain adalah yang baik, zikrullah dan perkataan menasihat serta mengajak orang lain kepada jalan Allah.

Orang yang berpuasa seperti itu, Allah memberi penghargaan  kepada bau mulut orang tersebut dengan darjat yang indah dan tinggi kerana di hari akhirat nanti bau mulutnya menjadi wangi lebih dari kesturi.

RAMADAN MUBARAK MEMBINA GENERASI RAHMAH

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!