Siapa Mohamad Al Bahloul ?
Seorang wali Allah yang mahsyur bernama Mohamad Al Bahloul.
Beliau adalah abang kepada Sultan Harun Al Rasyid, iaitu salah seorang daripada khalifah pada zaman pemerintahan Islam satu masa dulu.
Ini video tentang lawatan sekumpulan ahli rombongan daripada Singapura ke makam Mohamad Al-Bahloul ini di Syria. Lydsunshine / Grafik Selangor Ikram
Perkataan ‘Bahlul’ sering kita dengar diucapkan oleh masyarakat setempat terutamanya untuk menyatakan seseorang itu bodoh atau lurus bendul.
Tapi tahukah anda asal usul perkataan Bahlul itu sendiri?
Tahukah anda yang sebenarnya asal-usul orang-orang terdahulu melemparkan perkataan ‘Bahlul atau Bahlool’ kepada seseorang itu adalah sebagai satu doa yang baik?
Bahlul merupakan satu perkataan yang berasal dari arab dan ia berasal dari satu nama jolokan yang diberikan kepada seseorang yang bernama Wāhab ibn Amr.
Wahab ibn Amr atau Bahlul hidup pada zaman Khalifah Harun Al-Rasyidin.
Sebenarnya Wāhab ibn Amr terkenal sebagai seorang hakim dan juga ilmuan Islam pada zamannya.
Dia dikenali sebagai Bahlul kerana dia telah meninggalkan kekayaannya dan hidup dengan gaya yang selekeh.
kredit : TheDream
0 comments:
Catat Ulasan
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!