Perbezaan Sambutan Hari Raya Zaman Dulu Dan Sekarang ~ #JMBELOG #JMBELOG: Perbezaan Sambutan Hari Raya Zaman Dulu Dan Sekarang

Perbezaan Sambutan Hari Raya Zaman Dulu Dan Sekarang

Perbezaan Sambutan Hari Raya Zaman Dulu Dan Sekarang

Eh korang perasan tak hari ni dah masuk hari ke 25 kita berpuasa. Cepat kan masa berlalu? Mesti korang dah beli persiapan untuk raya. Al maklum lah, hari raya setahun sekali.. Nak menyambut hari kemenangan mesti lah dengan penuh bergaya!
Tapi dalam kemeriahan untuk menyambut hari raya ni, korang perasan tak makin lama makin advance. Kalau dulu kat rumah tunggu 4 hari posmen datang bagi surat kot-kot ‘crush’ ada bagi kad raya ke kan.. Haa tu baru satu, banyak lagi perbezaan kalau korang nak tau!

1) Dulu wish hari raya guna kad hari raya tapi sekarang..



Dulu beberapa hari sebelum raya memang kita happy bila dapat kad raya dari member-member. Lagi happy kalau dapat kad raya dari ‘crush’ korang. Tapi tu dulu..
Sekarang ni zaman dah moden.. kalau nak bagi ucapan hari raya Facebook dengan Twitter kan ada? Nak lagi kreatif upload gambar selfie kat Instagram dan letak ucapan raya kat kapsyen. Eh macam takde kena mengena je?

2) Dulu baju raya cantik, normal je, tapi sekarang.. MasyaAllah!




Amboii pelik bebenoo fashion baju melayu sekarang ni. Kalau iya pun nak hipster biar la bertempat. Ada yang baju melayu yang tanpa lengan, baju macam power rangers.. eh macam-macam lagi lah! Dulu takde pun macam tu. Hmm..

3) Almond london? Corn flakes? Biasa sangat!



Setiap kali raya kuih wajib yang akan ada di setiap rumah yang korang beraya mesti kuih Almond London dengan corn flakes kan? Sekarang ni macam-macam jenis kuih dah ada beb! Kuih cinta sayang la, kuih chocolate marble, chocolate cheese cookies. Fuhh!

4) Dulu tangkap gambar guna kamera kodak, tapi sekarang..



Dulu bila tiba masanya nak bergambar mesti korang pose pun tertib je kan? Sekarang ni kalau nak ambil gambar pun dah macam-macam gaya. Monopod tu mesti ada! Nak selfie pun senang kan? Tak pun sekarang guna camera droll yang boleh terbang-terbang tu.

5) Duit raya RM2 je? mana cukup!



Zaman kita budak-budak dulu kalau dapat duit raya 50sen pun memang dah bersyukur habis! Tapi sekarang ni budak-budak pun dah pandai nak complain dapat duit sikit. Syukur lah dik.. jangan tamak haloba sangat.

6) Dulu terpacak depan tv tunggu umum raya, sekarang..



Dulu dua hari sebelum raya mesti satu keluarga terpacak depan television nak tunggu pengumuman raya. Korang pun mesti kenal pakcik yang selalu bagi pengumuman tu kan? Tapi sekarang tak payah tengok tv pun takpe, korang boleh tahu raya bila kat Twitter je.

Kredit : OhBulan / google

KONGSIKAN, SEMOGA BERMANFAAT !!! "Note : Ada artikel yang JM perkongsikan dari hasil blog lain. Sila rujuk sumber / kredit pada akhir artikel ya." Terima kasih.