Jangan Terhalang Daripada Kebaikan

Jangan Terhalang Daripada Kebaikan

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ دَخَلَ رَمَضَانُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ هَذَا الشَّهْرَ قَدْ حَضَرَكُمْ وَفِيهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ مَنْ حُرِمَهَا فَقَدْ حُرِمَ الْخَيْرَ كُلَّهُ وَلَا يُحْرَمُ خَيْرَهَا إِلَّا مَحْرُومٌ

Dari Anas bin Malik RA ia berkata, "Ketika datang bulan ramadan, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya bulan ini telah hadir kepada kalian. Di bulan ini ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa diharamkan darinya, maka dia telah diharamkan kebaikan semuanya. Dan tidak diharamkan kebaikannya kecuali bagi yang terhalang dari kebaikan. " (HR Ibnu Majah No: 1634) Status: Hasan Sahih

Pengajaran:

1.  Dalam bulan Ramadan terdapat satu malam (lailatul Qadar) yang barang siapa beramal soleh pada malam tersebut, seumpama  dia telah melakukan amal soleh melebihi 1000 bulan

2.  Barang siapa yang terhalang daripada beribadah pada malam lailatul qadar, sungguh ia telah terhalang dari kebaikan seluruhnya, dan tidaklah terhalang dari kebaikan malam itu kecuali orang yang mahrum (terhalang dari kebaikan).

3.  Setiap muslim sangat dianjurkan untuk menghidupkan lailatul qadar dengan penuh iman dan mengharap pahala yang dijanjikan. Sehingga apabila ia ikhlas melaksanakannya, dosa dan kesalahan yang pernah dilakukan pada masa lalu akan diampunkan  Allah.

4.  Rebutlah peluang untuk beribadat seperti solat berjemaah di masjid, solat terawih dan solat sunat yang lain, bersedekah, tilawah al- quraan, berzikir dan sebagainya. Jangan sampai kita tergolong dari kalangan yang terhalang melakukan amal ibadat khususnya di sepuluh malam akhir Ramadan.

JANGAN biarkan masjid kita lengang dan kosong
JANGAN biarkan kita disibukkan untuk persiapan Hari Raya
JANGAN biarkan kita buat tak tahu je...

RAMADAN MUBARAK MEMBINA GENERASI RAHMAH

COMMENT IS YOUR OWN RESPONSIBILITY. THANK YOU.

Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama