Pages

Jun 18, 2018

Al-Fatihah

Al-Fatihah

Al-Fatihah merupakan SURAH PERTAMA dalam AL Quran.

Merupakan induk bagi Al Quran.

Sangat penting untuk memahami setiap maksud ayat Al Fatihah kerana ianya merupakan surah yang kita baca dalam setiap solat fardhu kita.

Keistimewaan Surah Al Fatihah ianya merupakan surah yang Allah simpan khas untuk Umat Nabi SAW yang tiada dalam kitab-kitab Allah SWT yang lain. (Hadis Sahih)

3 Istimewa Al Fatihah :

1- Merupakan salah satu ayat Ruqyah.
2- Boleh juga dibuat ayat Ruqyah ketika anak tidak sihat.
3- Sampai di ayat "iyya kanaq budu wa iyya kanasta'in" niatkan apa yang kita inginkan.

Berusahalah untuk mentadabbur Surah Al Fatihah supaya :
- Untuk membolehkan kita hayati setiap ayat ketika membacanya dalam solat.
- Membolehkan kita lebih khusyuk dalam solat.
- Memahami Surah Al Fatihah dianggap telah memahami sebahagian dari Al Quran. MashaAllah.

[1] Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.
[2] Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.
[4]  Pemilik hari pembalasan.
[5]  Hanya kepada Engkau kami menyembah dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan.
[6] Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.
[7] (Iaitu) jalan orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

#jmbelog
#whatsappgroup 

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!