Keutamaan Membaca Al-Quran.

Keutamaan Membaca Al-Quran.

Pesan ustaz, kita seringkali diingatkan agar penuhi masa terluang dengan membaca Al-Quran. Namun apa kata, mulai hari ini kita ubah daripada 'membaca Al-Quran diwaktu terluang' kepada luangkan dan peruntukkan masa khas setiap hari untuk baca Al-Quran. Sesungguhnya, ada hikmah yang besar bagi mereka yang mengutamakan masa membaca Al-Quran daripada sekadar untuk mengisi masa terluang... subhanallah.

Kredit

Word 162

Word 162

Isam : "Kak, kuih badak berendam ni jantan ke betina?"

Penjual Kuih : "Dua-dua ada Dik" yg kunyit pon ada kalau berkenan.

Gluppp😕...

Isam : “Boleh la kak, bagi kuih badak berendam RM2, kuih puteri mandi RM2, tepung pelita pun RM2”

Penjual Kuih : “Bungkus semua sekali ke dik?”

Isam : “Asing² la kak, nanti puteri geli nak mandi dengan badak tu pulak kan."

Penjual Kuih : "Tepung pelita ni?"

Isam : "Yang tu akak letak tepi puteri mandi, terang sikit saya nak tengok!"

Hampeh punya budak!  😁😁😁

#facebook
#jmbelog

SINOPSIS CETERA HATI DIYA

SINOPSIS CETERA HATI DIYA

Peristiwa hitam yang lalu membuatkan Diya fobia dan menutup hati kepada mana-mana lelaki ingin mendekatinya. Zahil yang mempunyai perasaan terhadap Diya mencuba segala-galanya untuk memenangi hatinya. Zahil nekad untuk melamar Diya dan bertanggugjawab kesalahan adik tirinya yang memperkosa Diya. Zahil juga ada menyembunyikan satu rahsia besar tentang masa lalunya dari Diya.

Drama Cetera Hati Diya adaptasi novel Isteri Aku Kalis Cinta karya Mawar Kamila akan disiarkan di slot Samarinda TV3 bermula 17 Jun nanti.

Lakonan Fattah Amin, Azar Azmi, Zila Bakarin, Azrel Ismail, Faye Kusairi, Raja Hakim, Asha Zainul, Melanie Tan, Mak Jah ...

Drama Curi Curi Cinta (Astro Ria)


Drama Curi Curi Cinta (Astro Ria)

Drama Curi-Curi Cinta menemui penonton bermula 29 April 2019, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di saluran Astro Ria 104 dan Astro Ria HD 123.

BIG WHY


BIG WHY
.
Lata Kare,
Seorang wanita tua yang berusia 67 tahun,
Tinggal di sebuah wilayah kecil, Baramathi.
Mereka suami isteri,
Hidup kais pagi makan pagi,
Kais petang makan petang,
Serba serbi kekurangan,
Miskin papa kedana,
Namun cinta mereka utuh walaupun di rumah usang yang tua.
Satu hari,
Suami Lata Kare jatuh sakit,
Dan kelihatan keadaannya sakitnya teruk dari biasa.
Late Kare,
Seorang isteri yang galau hatinya,
Melihat duit yang ada,
Untuk membawa suaminya ke hospital yang jauh lokasinya,
Namun tidak mencukupi.
Diketuk rumah-rumah jiran,
Mencari secebis bantuan,
Buat bekal belanja di perjalanan.
Dengan sumbangan jiran-jiran itu,
Lata Kare dan suami bergerak ke hospital,
Menaiki kenderaan.
Sesampai di hospital,
Suami Lata Kare di periksa dengan terperinci,
Lalu sang doktor memanggil si isteri,
Memaklumkan bahawa suami ini harus segera dirawati,
Dan kosnya menelan harga 5000 rupee.
Saat mendengar jumlah besar itu,
Berlari Lata Kare keluar dari hospital,
Menuju ke jalan besar,
Langkahnya penuh juraian air mata.
Di sisi jalan itu,
Dia meraung dalam kedukaan,
Dalam kesengsaraan,
Terduduk sambil tangannya di angkat ke langit tinggi,
'Oh Tuhan, mengapa aku yang disiksa ?
Tidak cukupkan selama ini aku disiksa '
Orang yang lalu-lalang melihat deraian airmata si tua,
Mendengar bait bicaranya,
Mengundang sebak di dada,
Malah ada yang turut mengalirkan air mata juga.
Dengan langkah longlai,
Diseka air mata tadi dengan hujung sarinya,
Lata Kare masuk semula ke hospital,
Menemui sang suami.
' Abang, marilah kita pulang. Aku tidak mampu menyediakan biaya rawatan untukmu '.
Terlihat 2 oang warga tua,
Saling berpimpinan tangan,
Melangkah satu demi satu,
Keluar dari hospital.
Berjalanlah mereka,
Meniti jalanraya yang sibuk,
Membawa haluan untuk pulang ke rumah.
Tiba-tiba,
Sang suami berkata,
Lata Kare, aku lapar. Aku belum makan lagi.
Bergegaslah sang isteri mencari sesuap makanan untuk suami,
Senilai dengan sisa wang yang masih ada,
Dapatlah dibeli 2 keping samosa,
Yang dibalut kemas di dalam bungkusan suratkhabar.
Duduklah dua orang tua di sisi jalan,
Si lelaki menikmati suapan samosa dari si isteri,
Dijamahnya penuh nikmat.
Si isteri,
Melihat suaminya,
Tulang belakangnya selama ini,
Sekarang sedang sakit dan tak mampu dirawat,
Si isteri rasa menjadi terlalu hiba,
Sehingga air mata menitis lagi,
Lagi dan lagi,
Menitis jatuh sehingga ke atas bungkusan suratkhabar samosa.
Si isteri berfikir,
Apakah harinya bersama suami bakal berakhir sikit masa lagi,
Bagaimana bisa dia menghadapi kehilangan ini ?
Lata Kare merenung samosa yang hampir habis,
Benarlah suaminya terlalu lapar,
Apakah ini suapan terakhir dari isteri,
Bertanya hati kecil bertubi-tubi.
Tiba-tiba,
Lata Kare melihat,
Di helaian suratkhabar kecil itu ada tertulis,
Larian Marathon,
Hadiah Grand Prize adalah 5000 rupee,
Dan tarikhnya adalah ESOK !
Wanita tua ini,
Terus bercahaya wajahnya,
Terukir senyuman tanpa dijangka.
Lata Kare bangkit awal pagi,
Menuju ke lokasi Marathon,
Di meja pendaftaran dia berdiri,
Untuk mendaftarkan diri.
Petugas di kaunter melihat Lata Kare dari kepala hingga ke kaki,
Wanita tua,
Uban banyak di kepala,
Kulitnya kedut sini sana,
Bersari lusuh,
Berkaki ayam.
Petugas marathon menolak permintaan Lata Kare.
Maka,
Menangislah si tua ini,
Lalu sujud di kaki petugas tadi,
Merayu dan merayu.
Akhirnya,
Lata Kare dibenarkan menyertai Marathon tersebut.
Si tua,
Akan bersaing dengan orang muda,
Yang penuh bergaya dengan pakaian sukan,
Bertopi dan berkasut.
Lata Kare menyingsing sarinya,
Mengikat di pinggang.
Penonton yang berada di kiri kanan,
Melihat Lata Kare seperti si badut,
Keberadaannya di situ umpama memberi satu jenaka,
ada menyindir,
ada mencela.
Apabila pistol dilepaskan,
Lata Kare berlari dan berlari.
Wartawan BBC yang pada ketika itu membuat liputan,
Mengatakan,
Lata Kare berlari seolah budak belasan tahun,
Berlari laju,
Memotong seorang demi seorang,
Walau peluh membasahi sari,
Walau luka berdarah di kaki,
Dia berlari tanpa henti.
Akhirnya,
Lata Kare berjaya menjadi orang pertama tiba di garisan penamat,
Mengalahkan semua orang muda.
Dan apabila ditemuramah oleh wartawan,
Apakah yang menyebabkan makcik sebegitu kuat untuk meneruskan marathon ini di usia begini,
Dalam sakit begini ?
Jawab Lata Kare,
Penuh bercucuran airmata,
Kerana bersama larian aku tadi,
Aku membawa harapan suamiku,
Kerana aku membawa nyawa suamiku.
Lata Kare mengajar kita,
Apabila jelas BIG WHY kita,
Yang mustahil pun akan mampu dicapai.
Kredit pada Penulis : Aqilah Nor





Sinopsis Drama Teduhan Kasih

Sinopsis Drama Teduhan Kasih
Teduhan Kasih mengisahkan tentang pasangan Iffa (Sherry Ibrahim) dan Ryzal (Shah Iskandar) yang hangat bercinta dan kemudian membuat keputusan untuk berkahwin, walaupun tidak direstui oleh ibu Ryzal, Puan Suraya. Sejak berkahwin, Iffa dan Ryzal sering bergaduh, adakalanya, wanita itu teruk dipukul oleh suaminya. Kebahagiaan yang diidam oleh Iffa berkecai apabila sahabat baiknya sendiri iaitu Ayu (Nabila Huda) menggoda Ryzal hanya untuk menyakiti Iffa. Ditambah pula, Puan Suraya yang tidak senang melihat perkahwinan mereka sering menabur fitnah terhadap Iffa.
Suatu hari, Iffa pergi ke klinik selepas mengalami pening kepala dan mual. Dia disahkan mengandung. Iffa gembira dengan berita tersebut namun diselubungi dengan rasa serba salah apabila mengenang hubungannya dengan Ryzal. Di dalam takut, dia tetap memberanikan diri untuk berkongsi berita berkenaan sambil berharap suaminya akan berubah. Pada waktu Iffa ingin berterus-terang dengan Ryzal, Ayu muncul di rumah mereka. Pengakuan Ryzal tentang hubungannya dengan Ayu disusuli lafaz cerai talak satu mengejutkan Iffa.
Tanpa hala tuju, Iffa pulang ke rumah ibu tirinya, Maimun selepas dihalau oleh Puan Suraya. Di rumah itulah dia telah diperlaku seperti hamba dan sejarah tersebut bakal berulang di hari mendatang. 9 bulan kemudian, Ayu dan Ryzal berkahwin pada hari Iffa dijangka akan melahirkan anak. Ayu sengaja memilih tarikh tersebut untuk menambah derita Iffa.
Iffa yang panik dan tidak tahan sakit menggagahkan diri keluar rumah bersendirian sebelum berselisih dengan Ehsan (Adi Putra). Atas rasa kasihan, Ehsan menghantar Iffa ke hospital dan menemani wanita tersebut sehingga Iffa melahirkan anak lelaki yang diberi nama Adam Ehsan. Lelaki asing ini melayan Iffa seperti seorang isteri, segala belanja dan keperluan Adam juga dipenuhi dengan ikhlas. Ehsan merupakan seorang CEO di sebuah syarikat, dia mempunyai segalanya termasuklah wanita-wanita cantik namun hidupnya kosong tanpa arah.
Pada waktu ini, Iffa merasa sangat terharu kerana masih ada insan yang sudi membantunya. Ehsan pula merasakan sesuatu yang sangat indah dengan kehadiran Iffa. Dua hari di hospital, jururawat memberitahu Iffa bahawa dia sudah boleh pulang pada hari itu. Iffa menyambut perkhabaran itu dengan serba salah. Pertanyaan di hatinya... di manakah dia hendak pergi? Ehsan kelihatan gelisah pada hari tu.
Ehsan menawarkan tempat tinggal untuk Iffa tetapi tidak memaksa jika Iffa menolak. Bagaikan tiada pilihan lain, Iffa mengangguk setuju. Dengan sifat Ehsan yang romantik, mengambil berat, manja dan kasihkan Adam membuatkan hati Iffa tercuit rasa sayang. Ehsan mengambil keputusan untuk menikahi Iffa demi Adam. Dalam kebahagiaan yang baru hendak dikecapi, sekali lagi Ayu datang untuk meruntuhkan kebahagiaan Iffa. Namun, kali ini Iffa nekad tidak akan berdiam diri dan membiarkan Ayu merampas kebahagiaan yang dimiliki bersama Ehsan.

Word 161

Word 161

KITA YANG TERLENA

Benar, dunia ini jika dipandang dgn mata yg sepasang ini,cukup indah .Tidak mnghairankan jika kita lihat ramai manusia yg terleka mngejar dunia.

     Terkadang kita melihat sekumpulan org muda yg begitu ashik mngejar dunia.Tidak kurang pula terkadang kita lihat org tua yg begitu rakus mngejar dunia.

       Tanpa mngira jantina , lelaki atau wanita , semuanya mngejar dunia .Bagi pecinta dunia ,tidak ada apa2 yg beraja dibenaknya melainkan dunia.

       Apabila celik mata ,yg difikirkannya dunia.Apabila hendak tutup mata pun, masih lgi mmikirkan perkara yg akan dilakukan esok utk dunia.

   Benar, kita tidak dpt dipisahkan dgn dunia.Bukankah skrg ini kita sedang hidup di dunia?.

        Jika kita tidak fikir dunia , apa ertinya hidup ini?... Namun ,sedarkah kita, kita bukan hanya ditakdirkan utk hidup di dunia ini sahaja , kita juga ditakdirkan utk hidup di akhirat sana.

   Benar,jasad kita berada di dunia , tetapi hidup di dunia ini merupakan serampang 2 mata . Hidup di sini adalah utk kesenangan di sini dan di sana .Pelik bukan?..Jasad di sini tapi digunakan utk di sini dan di sana.

     Ada org yg beranggapan ,hidupnya hanya utk dunia,maka seluruh tenaganya di curahkan utk dunia . Seluruh masanya di peruntukan utk dunia.Seluruh fikirannya dikerah utk dunia.

  Tidakkah dia tahu ,dia juga perlu mmperuntukan masa utk akhiratnya...

#facebook

Gadis Sg Petani singkir pemain ke-19 dunia, mara ke separuh akhir skuasy

Gadis Sg Petani singkir pemain ke-19 dunia, mara ke separuh akhir skuasy

S Sivasangari. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Langkah pemain remaja wanita negara, S Sivasangari berkelana di Amerika Syarikat sejak 5 bulan lalu tampak membuahkan hasil apabila menyingkirkan pemain pilihan ke-3, Joey Chan untuk layak ke separuh akhir Kejohanan Skuasy Individu Asia ke-20 hari ini.

Beraksi dalam gelanggang kaca di Arena Nicol David, Bukit Jalil, pemain berusia 20 tahun itu melakukan kejutan apabila mengambil masa 38 minit untuk mengalahkan pemain Hong Kong berusia 30 tahun itu dengan 11-7, 11-8, 14-17, 11-8.

Sivasangari membuktikan status ranking ke-50 dunia miliknya tidak menghalang pemain kelahiran Sungai Petani, Kedah itu mengalahkan pemain berpengalaman seperti Joey Chan yang kini menghuni ranking ke-19 dunia.

Pemenang pingat perak Sukan Asia 2018 itu akan membuat perhitungan dengan pemain pilihan ke-2, Joshana Chinappa dari India di separuh akhir esok.

Joshana turut mara ke separuh akhir apabila menundukkan rakan senegara, Tanvi Khanna, pilihan ke-14, 12-10, 13-11, 11-7 dalam masa 34 minit.

Sivasangari kini menuntut di Universiti Cornell di Ithaca, New York, sejak Januari lalu dan turut menyertai sirkit tempatan di negara itu.

Sementara itu, seorang lagi wakil negara, Low Wee Wern bangkit daripada ketinggalan 2 set untuk mara ke separuh akhir apabila menewaskan pemain Jepun, Satomi Watanabe 5-11, 5-11, 11-1, 11-8, 11-8 dalam pertarungan selama 46 minit.

Wee Wern, pilihan ke-4, bagaimanapun, bakal menghadapi tugas getir apabila bertemu pemain pilihan utama, Annie Au dari Hong Kong yang hanya mengambil masa 29 minit untuk menyingkirkan rakan senegara, Liu Tsz Ling 12-10, 12-10, 11-5.

Dalam acara lelaki, bekas juara remaja dunia 2 kali, Ng Eain Yow, satu-satunya wakil negara menjejak kaki ke pentas separuh akhir selepas Mohd Naffizwan Adnan dan Ivan Yeun Chee Wern tumpas di peringkat suku akhir.

Eain Yow, pemain pilihan ke-7, mengejutkan pemain pilihan ke-3, Max Lee Ho Yin dari Hong Kong 11-8, 8-11, 11-7, 11-7 dalam masa 50 minit untuk berdepan dengan pilihan utama, Saura Ghosal dari India, esok.

Saura mengambil masa 34 minit untuk mengesahkan tiket ke separuh akhir apabila mengalahkan Mohd Nafiizwan 11-4, 11-4, 11-3.

Ivan Yeun ditunjukkan jalan keluar oleh pemain Hong Kong, Leo Au Chun Ming dengan keputusan 6-11, 11-7 11-5, 11-7 dalam pertarungan selama 62 minit.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

Kredit : freemalaysiatoday.com

Nadi

Nadi Afif Tirmizie

Kau Pergi tanpa putus kata
Saat Ku tawa bahgia
Tanpa Ada duka mengapa kau pergi dariku

Kau Selimutkan saat ku yang dingin
Kau Payungkan titis hujan
Menemani Saatku kelam sunyi

Tapi Kini pedih nadiku merindukanmu
Dilantaian Kesedihanku
Luluh Hati ini tinggalku sendiri

Cinta Dengarlah rintihan hati
Tersirami Cinta suci
Moga Kau kembali

Ku Titipkan cinta sejati
Kau Selimutkan saat ku yang dingin
Kau Payungkan titis hujan
Menemani Saatku kelam sunyi

Tapi Kini pedih nadiku merindukanmu
Dilantaian Kesedihanku
Luluh Hati ini tinggalku sendiri

Kembalilah Kepadaku
Pedih Nadiku merindukanmu
Dilantaian Kesedihanku
Luluh Hati ini tinggalku sendiri

Pelajar tajaan JPA terima pengiktirafan tertinggi di Pennsylvania State University

Pelajar tajaan JPA terima pengiktirafan tertinggi di Pennsylvania State University

Muhamad Saiful Hakimi dianugerahkan Marshal Kehormat Kejuruteraan College of Earth and Mineral Sciences, di Pegula Ice Arena pada 3 Mei lalu.

PUTRAJAYA - Seorang pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menerima pengiktirafan tertinggi dalam bidang kejuruteraan di Pennsylvania State University, Amerika Syarikat.

JPA dalam satu kenyataan hari ini berkata, Muhamad Saiful Hakimi Daud, 24, dari Sungai Petani, Kedah, telah dianugerahkan Marshal Kehormat Kejuruteraan College of Earth and Mineral Sciences, di Pegula Ice Arena pada 3 Mei.

"Beliau merupakan pelajar Malaysia pertama yang dipilih untuk menerima anugerah itu dengan skor penuh Purata Nilai Gred Kumulatiff (PNGK) 4.0," katanya.

JPA berkata, wakil Pennsylvania State University telah memuji Muhamad Saiful Hakimi atas pencapaian akademiknya, serta kemahiran kepimpinan yang tinggi.

Muhamad Saiful Hakimi kini mengikuti Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Petroleum and Natural Gas Engineering Minor in Energy Business and Finance di Pennsylvania State University. - Bernama

 ~ Kosmo Online ~

Word 160

Word 160

Hikmah yang mengagumkan

Suatu hari seorang lelaki kaya memberikan sebuah bakul berisi makanan yang sudah basi kepada seorang fakir Lelaki fakir itu tersenyum, kemudian berlalu meninggalkan rumah mewah dengan membawa bakul berisi makanan basi itu. Sesampai di tempatnya, dia kosongkan bakul dari isinya dan dia bersihkan. Setelah itu dia isi dengan bunga yang cantik lalu dia kembali ke rumah mewah itu.
Dia memberikan bakul yang sudah berisi bunga itu kepada lelaki kaya tadi.  Orang kaya itu hairan....

"Aku beri kamu bakul berisi makanan yang sudah basi tetapi mengapa kamu mengembalikannya berisi bunga?"

Lelaki fakir menjawab: "Setiap orang memberikan apa yang ada di dalam hatinya"

#jmbelog
#whatsappgroup

Maksud atau makna bacaan dalam solat


Ada orang dah solat berpuluh tahun, tapi masih tak tahu maksud atau makna bacaan dalam solat yang diorang buat (ramai sebenarnya). Tak hairan la kalau tak khusyuk dalam sembahyang. Oleh itu, marilah kita renung-renungkan dan faham-fahamkan setiap rangkap yang kita sebut sewaktu kita solat

*Takbiratul-Ihram / Takbir:*
Allah Maha Besar.

*Doa Iftitah:*
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

*Al-Fatihah:*
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

*Bacaan ketika rukuk:*
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

*Bacaan ketika bangun dari rukuk:*
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

*Bacaan ketika iktidal:*
Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

*Bacaan ketika sujud:*
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

*Bacaan ketika duduk di antara dua sujud:*
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

*Bacaan ketika Tahiyat Awal:*
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

*Bacaan ketika Tahiyat Akhir:*
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Semoga bermanafaat utk kita bersama
Sahabat jika artikel ini bermanfaat silakan dikongsikan, sampaikan walau satu ayat.

Sabda Rasulullah SAW;
*"Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada."*
(Hadis Riwayat Muslim)


Word 159

Word 159




Syaitan dan nafsu.

Syaitan dan nafsu.
.
Syaitan adalah makhluk yang sering membisikkan sesuatu yang bersifat maksiat.
.
Meskipun tidak berjaya dengan cara jahat pertama, syaitan masih berusaha dengan cara jahat yang seterusnya. Asalkan maksiat itu berjaya dilakukan manusia.
.
Berbeza dengan nafsu.
.
Jika kita inginkan sesuatu, macam mana sekalipun kita perlu mendapatkannya.
.
Nafsu berkaitan dengan keinginan manusia dan tempat letaknya di dalam diri kita.
.
Sebab itu, jika kita ingin mengenali diri yang sebenar, bulan Ramadan adalah sebaik-baik bulan.
.
Kerana di bulan Ramadan, syaitan akan dirantai. Yang tinggal hanya nafsu bersama kita.
.
Jika kita adalah hamba nafsu, rosaklah diri kerana nafsu sepatutnya dikawal oleh kita.
.
Percayalah bahawa Ramadan mampu meningkatkan Takwa. Dan hanya Takwa dapat menekan hawa nafsu serendah-rendahnya.

Mohd Ridzwan Original
Sedang termenung.

Kredit

Word 158

Word 158


SINOPSIS MAAF DARI KHILAF (TV3)

SINOPSIS MAAF DARI KHILAF

Hasrat Bakar dan Salimah untuk memiliki zuriat tidak kesampaian apabila Salimah mengalami keguguran. Bakar nekad mencari angkara siapa yang mencampak sampah dari tingkat atas rumah flatnya yang mengakibatkan keguguran kandungan isterinya.

Telefilem Maaf Dari Khilaf disiarkan pada 12 Mei 2019, Ahad jam 10.00 malam di TV3.

Lakonan Zamarul Hisham, Tiz Zaqyah, Elly Mazlein, Indah Emeerlda, Ako Mustapha, Rosnah Mohd Aris ...

SINOPSIS TERIMA KASIH IBU (TV3)

SINOPSIS TERIMA KASIH IBU 

Kisah mengenai Nil, yang dikenali sebagai budak bermasalah di sekolahnya. Ibunya Zaitun pula tidak mempedulikan nasihat guru dan menyebelahi anaknya. Akhirnya Nil dimasukkan ke sekolah juvana beberapa bulan sebelum SPM kerana kes memukul Kimi, sehingga meninggal dunia. Walaupun telah dibebaskan daripada sekolah juvana, Nil tidak berubah malah sikapnya lebih teruk. Nil menjadi penjenayah diburu pihak polis.

Telefilem 'Terima Kasih Ibu' disiarkan pada Sabtu, 11 Mei 2019 pukul 10 malam di TV3.

Lakonan Nafiz Muaz, Adam Corrie, Azhan Rani, Sherie Merlis, Firdaus Ghufran, Nad Zainal, Idham Maulana ...

SINOPSIS DRAMA ANUGERAH CINTA AISYAH (RTM)

SINOPSIS DRAMA ANUGERAH CINTA AISYAH (RTM)

Mengisahkan Aisyah graduan dari Mesir dan bertugas sebagai ustazah guru sandaran sekembalinya ke Malaysia. Aisyah kemudian mengambil alih tugas ayahnya, Ustaz Saleh menggantikan tempatnya mengajar agama di rumah Dato’ Khaleed dan Datin Zariah. Mereka pernah ‘hanyut’ dan berhasrat untuk kembali bertaubat. Anak mereka, Zahril bersikap liar dan mempunyai teman wanita bernama Serena, penyanyi di kelab.

Sementara itu Aisyah sebenarnya menunggu kepulangan Syazwan, kekasihnya ketika mereka belajar bersama di Mesir dan berjanji akan berkahwin dengannya. Sikap liar Zahril ditegur oleh ayah ibunya yang mahukannya bertaubat. Ibunya meminta Zahril memutuskan hubungannya dengan Serena. Situasi tersebut telah mencetuskan konflik dalam keluarga Dato’ Khaleed.

Kedatangan Aisyah disambut mesra oleh Datin yang sukakan keperibadian Aisyah dengan ciri-ciri gadis muslimah. Serena mula bertekak dengan Zahril yang tidak menyokong tawaran nyanyian yang diterimanya ke Budapest. Perbalahan Zahril dengan ayah dan ibunya berterusan ditambah dengan kehadiran Aisyah yang tidak disukainya.

Perbalahan tercetus kerana keluarganya melarang Zahril menemani Serena ke Budapest bagi mengembangkan karier nyanyiannya. Serena meneruskan niatnya ke Budapest dan meninggalkan Zahril yang kecewa dengan keputusan Serena. Aisyah menasihati Zahril sebaliknya ia menaikkan lagi kemarahan Zahril padanya. Selepas insiden tersebut, Zahril mula membenci Aisyah dan akan bertekak apabila mereka bertemu di rumahnya.

Syazwan tiba di Malaysia setelah menamatkan pengajiannya di Mesir. Mak Yan, ibunya merancang menjodohkan Syazwan dengan Nadihah, sepupu yang menumpang di rumahnya. Nadihah sememangnya menyintai Syazwan. Datin meminta bantuan Aisyah untuk cuba mengubah sikap Zahril yang membuatkannya serba salah.

Zahril memberi amaran kepada Aisyah agar jangan datang lagi ke rumahnya. Zahril menyalahkan Aisyah tentang sikap ayah dan ibunya yang dikatakan berubah selepas kehadiran Aisyah mengajar ibunya mengaji agama di rumah. Zahril sering bergaduh dengan Aisyah selepas tertekan akibat terlalu memikirkan Serena yang ditemani Andre di Budapest.

Mak Yan kecewa apabila Syazwan menganggap Nadihah sebagai adik sahaja. Zahril panik apabila menerima panggilan telefon Serena dengan nada yang cemas sebelum talian telefon terputus. Serena cuba melarikan diri daripada Andre selepas merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Datin dan Dato’ semakin menyenangi sikap dan peribadi Aisyah yang banyak membantu keluarga mereka.

Zahril yang memandu dalam keadaan mabuk telah terlanggar Aisyah menyebabkannya lumpuh separuh badan apabila kakinya tidak dapat bergerak. Zahril segera menuduh Aisyah mereka cerita untuk mendapatkan wang pampasan. Zahril terkejut apabila keluarganya tidak menghiraukannya lagi. Sementara itu, Andre memaksa Serena terlibat dalam kegiatan pelacuran yang didalangi olehnya.

Aisyah mula menjalani rawatan fisioterapi dan Zahril sering menjenguknya atas arahan Datin. Semasa di hospital, Zahril mula membantu Aisyah bergerak. Syazwan hairan apabila Aisyah tidak bercakap panjang dengannya. Nadihah menjadi jururawat diupah oleh Datin untuk menjaga Aisyah. Aisyah terkejut apabila tiba-tiba Datin melamarnya untuk Zahril. Datin mahu Zahril bertanggungjawab dengan apa yang berlaku pada Aisyah. Aisyah tidak bersetuju untuk berkahwin dengan Zahril dan masih memikirkan Syazwan.

Zahril cuba memujuk Aisyah agar berkahwin dengannya. Dia berjanji menjaga Aisyah sebaiknya. Akhirnya Aisyah bersetuju dan pernikahan dilangsungkan di hospital. Sebenarnya Zahril merancang untuk menceraikan Aisyah sebaik sahaja beliau sembuh. Datin mengharapkan agar Zahril berubah dengan perkahwinan bersama Aisyah. Datin dan Dato’ gembira apabila melihat Zahril mula berbaik dengan Aisyah dan kaki Aisyah telah pun sembuh.

Nadihah berkongsi kisah dengan Aisyah tentang perasaannya pada Syazwan dan begitu juga halnya dengan Aisyah tanpa mengetahui identiti sebenar lelaki yang dimaksudkan mereka. Datin terkejut apabila melihat Zahril membantu Aisyah di dapur dan beliau juga mula bersolat.

Syazwan yang pada mulanya setuju berkahwin dengan Nadihah berubah fikiran sebaik bertemu semula dengan Aisyah. Syazwan kembali mengharapkan cinta Aisyah walaupun beliau sudah menjadi isteri Zahril. Aisyah mahukan Syazwan melupakan dirinya. Zahril terkejut apabila melihat Aisyah bertemu dengan Syazwan dan fikirannya mula terganggu. Zahril bertekak dengan Aisyah mengenai sikap curang beliau di belakangnya. Aisyah cuba menerangkan keadaan sebenar namun tidak dipedulikan Zahril.

Aisyah mengambil keputusan mengajak Zahril ke Budapest untuk mencari Serena tetapi Zahril tidak bersetuju dan menuduh Aisyah merancang untuk berkahwin dengan Syazwan selepas berjaya bertemu dengan Serena. Akhirnya Zahril akur dan mereka ke Budapest dengan misi mencari Serena. Syazwan terkejut apabila mendapat berita daripada Ustaz Saleh bahawa Aisyah berada di Budapest bersama Zahril. Syazwan turut ke Budapest untuk membawa Aisyah pulang.

Hubungan Zahril dengan Aisyah terus dingin ketika mereka berada di Budapest. Zahril mengajak Aisyah pulang ke Malaysia namun tidak dipersetujui Aisyah yang tetap mahu mencari Serena. Nadihah berkongsi dengan Dato’ dan Datin tentang rancangan Syazwan untuk mencari Aisyah. Zahril terkejut dan kecewa apabila Aisyah akhirnya mengaku yang dirinya mencintai Syazwan. Pengakuan Aisyah jelas memberi tamparan buat dirinya dan beliau mula terasa kehilangan cinta Aisyah. Antara Zahril dan Syazwan, siapakah yang menjadi pilihan Aisyah?

Drama bersiri 13 episod Anugerah Cinta Aisyah disiarkan mulai 8 Mei 2019, setiap hari, pukul 10.00 malam di TV Okey saluran 109 (RTM).

Lakonan Ruhainies, Idris Khan, PU Rizz (Haris Ismail), Hanna Aqeela, Lydia Saimon, Puteri Khareeza, Ali Reza, Aidit Noh ...

Tutorial: Cara Pasang Widget Read More Untuk Blogspot

Cara Pasang Widget Read More Untuk Blogspot

LETAK KOD DI BAWAH DI ATAS </head> ( Ctrl + F )

<script type='text/javascript'> var thumbnail_mode = &quot;no-float&quot; ; summary_noimg = 430; summary_img = 340; img_thumb_height = 100; img_thumb_width = 120; </script>
    <script type='text/javascript'>
    //<![CDATA[
    function removeHtmlTag(strx,chop){
    if(strx.indexOf("<")!=-1)
    {
    var s = strx.split("<");
    for(var i=0;i<s.length;i++){
    if(s[i].indexOf(">")!=-1){
    s[i] = s[i].substring(s[i].indexOf(">")+1,s[i].length);
    }
    }
    strx = s.join("");
    }
    chop = (chop < strx.length-1) ? chop : strx.length-2;
    while(strx.charAt(chop-1)!=' ' && strx.indexOf(' ',chop)!=-1) chop++;
    strx = strx.substring(0,chop-1);
    return strx+'...';
    }
    function createSummaryAndThumb(pID){
    var div = document.getElementById(pID);
    var imgtag = "";
    var img = div.getElementsByTagName("img");
    var summ = summary_noimg;
    if(img.length>=1) {
    imgtag = '<span style="float:left; padding:0px 10px 5px 0px;"><img src="'+img[0].src+'" width="'+img_thumb_width+'px" height="'+img_thumb_height+'px"/></span>';
    summ = summary_img;
    }
    var summary = imgtag + '<div>' + removeHtmlTag(div.innerHTML,summ) + '</div>';
    div.innerHTML = summary;
    }
    //]]>
    </script>
 </head>


CARI <data:post.body/>  YANG KE 2, GANTI DENGAN KOD DI BAWAH


<b:if cond='data:blog.pageType != &quot;item&quot;'>
<div expr:id='&quot;summary&quot; + data:post.id'><data:post.body/></div>
<script type='text/javascript'>createSummaryAndThumb(&quot;summary<data:post.id/>&quot;);
</script>
<span class='rmlink' style='float:right;padding-top:20px;'>
<a expr:href='data:post.url'> <b> readmore</b> &#187;&#187;&#160;&#160; </a></span>
</b:if>
<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'><data:post.body/>
</b:if>

SAVE.


Word 157

Word 157

YA ALLAH,

LET THIS RAMADHAN 

BE A TURNING POINT 

OF GOODNESS IN OUR

LIFE. 

AAMIIN. 

(RAMADHAN 03 1440)

Kenderaan awam dibenar bercermin gelap mulai esok (8 Mei 2019)

Kenderaan awam dibenar bercermin gelap mulai esok (8 Mei 2019)

PERATURAN baharu penggunaan cermin gelap diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkuatkuasa mulai esok (8 Mei 2019) - BERNAMA/Gambar hiasan

Juani Munir Abu Bakar

07 Mei 2019 2:08 PM

PUTRAJAYA 7 Mei - Kementerian Pengangkutan membenarkan penggunaan cermin gelap sepenuhnya pada bahagian cermin sisi kiri dan kanan penumpang serta belakang kenderaan persendirian berkuat kuasa esok.

ANTHONY LOKE SIEW FOOK

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, walau bagaimanapun kadar peratusan cermin gelap pada bahagian cermin depan kenderaan serta cermin sisi kanan dan kiri pemandu kekal seperti sedia ada.

Katanya, ia merupakan pindaan ke atas peraturan cermin gelap di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991 yang turut meliputi perkhidmatan e-hailing seperti Grab.

“Sehubungan itu, mereka yang ingin menggunakan cermin lebih gelap untuk kanan dan kiri pemandu serta depan kenderaan perlu memohon kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Setiap permohonan yang dikemukakan perlu atas dua faktor seperti keselamatan dan kesihatan dengan kelulusan diambil kira melalui dua sebab berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Di bawah peraturan sedia ada menetapkan penggunaan cermin gelap depan 70 peratus, cermin sisi pemandu (50 peratus) dan cermin sisi belakang dan cermin sisi belakang penumpang (30 peratus).

Pada masa sama, Anthony berkata, kerajaan memutuskan agar bayaran fil RM5,000 akan dikenakan kepada setiap kelulusan yang ingin menggunakan cermin lebih gelap.

Katanya, setiap kelulusan yang diberikan adalah untuk tempoh dua tahun dengan pemandu hendaklah memohon semula apabila tempoh sah laku tamat.

Katanya, namun mereka terlebih dahulu perlu membayar RM50 untuk setiap permohonan.

“Kelulusan akan diputuskan oleh satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah JPJ yang mengambil kira saman tertunggak dan latar belakang pemandu.

“Permohonan berdasarkan faktor kesihatan seperti penyakit kulit akan dikecualikan daripada sebarang fil dan mereka perlu dahulu mendapat pengesahan bertulis daripada pakar perubatan kerajaan,” katanya.

Menurut Anthony, pindaan peraturan yang dibuat itu menepati piawaian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sekali gus akan membolehkan orang ramai menggunakan cermin lebih gelap daripada peraturan semasa khususnya kepada penumpang.

Katanya, penggunaan cermin lebih gelap di bahagian kiri dan kanan serta depan pemandu akan menyukarkan pemandangan ketika pemanduan sekali gus mendatangkan risiko ketika hujan dan waktu malam. -

UTUSAN ONLINE

SINOPSIS 30 PESANAN SUARA

SINOPSIS 30 PESANAN SUARA

Mengisahkan tentang tiga sekawan yang sangat rapat, Iman, Syafira dan Izman. Suatu hari, dalam sibuk menyiapkan persiapan perkahwinan antara Syafira dan Iman, Syafira telah tersalah hantar pesanan suara kepada rakan lelakinya, Izman yang sepatutnya dihantar kepada tunangnya, Iman. Namun, jodohnya tidak kesampaian apabila Iman meninggal kerana serangan asma dan lemas di kawasan air terjun beberapa minggu sebelum majlis perkahwinan mereka.

Disebabkan sudah jatuh cinta dengan keayuan dan kelembutan Syafira melalui mesej yang disampaikan melalui pesanan suara tersebut, Izman telah mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Syafira demi rasa sayang dan tanggungjawab untuk menjaga Syafira

Drama  30 Pesanan Suara disiarkan setiap hari  bermula 6 Mei 2019, pukul 7 malam di TV3. (30 episod)

Lakonan Shukri Yahaya, Hannah Delisha, Saharul Ridzwan, Izzue Islam, Ain Edruce, Ruzana Ibrahim, Azhar Amir, Zarina Zainuddin, Farisha Irwayu, Badrul Muhayat, Riz Amin, Hanna Aqeela, Erwin Dawson, Shah Jaszle, Isaac Iman

SINOPSIS CARI AKU DI SYURGA

SINOPSIS CARI AKU DI SYURGA

Anas dan Lisa merupakan pasangan kekasih yang saling mencintai di antara satu sama lain walaupun mereka datang daripada dua latar belakang yang sangat berbeza. Ibu Lisa menentang hubungan mereka kerana merasakan Anaz tidak setaraf dengan mereka dan mahu menjodohkannya dengan Ariff. Lisa nekad melarikan diri dari rumah dan terus bernikah dengan Anas.

Perkahwinan mereka mula diuji apabila Lisa yang tidak biasa hidup susah terpaksa melalui kedaifan hidup. Setelah melahirkan anak mereka yang pertama, Suri, Lisa terus meminta cerai dari Anas kerana ingin kembali kepada kehidupan lamanya yang mewah.

Anas terus membesarkan Suri bersama isteri barunya, Mira. 6 tahun kemudian, Lisa yang sudah berkahwin dengan Ariff kembali menuntut hak penjagaan ke atas Suri. Pada masa yang sama, Anas telah mengalami kemalangan yang mengakibatkan ganguan kepada daya ingatannya. Kemuncak bermula apabila Suri terpaksa mengikut Lisa kerana Anas yang tidak mampu mengingati bahawa Suri merupakan anaknya.

Drama Cari Aku Di Syurga  disiarkan bermula 6 Mei 2019, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di TV3

Lakonan Ariel Zafrel, Janna Nick, Mimi Lana, Duerra Mitilda, Dalimawati, Maria Farida, Aishah Atan, Muaz Fitri, Hun Haqeem...

Drama Aku Yang Kau Tinggalkan TV1

Drama Aku Yang Kau Tinggalkan disiarkan setiap hari pada bulan Ramadan bermula 6 Mei 2019 jam 7 malam di TV1.


SINOPSIS AKU YANG KAU TINGGALKAN

Lakonan Ungku Ismail Aziz, Elizad Sharifuddin, Natasya Mahyan, Adam Shadan, Aedy Ashraf, Husna Mustaffa, Roy Azman, Laila Nasir, Safwan Nazri, Syaffiq Sahli, Dian P Ramlee, Datin Fadilah Mansor, Ku Zara Eryna, Liza Zain, Sharifah Husna, Azhar Amir, Amirul Faqeem, Izzat Mushtaq

Ramadhan 02 1440

Ramadhan 02 1440

Dah hari ke dua kita berpuasa

Alhamdulillah 

Word 156

Word 156


Wadah Terkini