Pages

Mei 07, 2019

SINOPSIS CARI AKU DI SYURGA

SINOPSIS CARI AKU DI SYURGA

Anas dan Lisa merupakan pasangan kekasih yang saling mencintai di antara satu sama lain walaupun mereka datang daripada dua latar belakang yang sangat berbeza. Ibu Lisa menentang hubungan mereka kerana merasakan Anaz tidak setaraf dengan mereka dan mahu menjodohkannya dengan Ariff. Lisa nekad melarikan diri dari rumah dan terus bernikah dengan Anas.

Perkahwinan mereka mula diuji apabila Lisa yang tidak biasa hidup susah terpaksa melalui kedaifan hidup. Setelah melahirkan anak mereka yang pertama, Suri, Lisa terus meminta cerai dari Anas kerana ingin kembali kepada kehidupan lamanya yang mewah.

Anas terus membesarkan Suri bersama isteri barunya, Mira. 6 tahun kemudian, Lisa yang sudah berkahwin dengan Ariff kembali menuntut hak penjagaan ke atas Suri. Pada masa yang sama, Anas telah mengalami kemalangan yang mengakibatkan ganguan kepada daya ingatannya. Kemuncak bermula apabila Suri terpaksa mengikut Lisa kerana Anas yang tidak mampu mengingati bahawa Suri merupakan anaknya.

Drama Cari Aku Di Syurga  disiarkan bermula 6 Mei 2019, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di TV3

Lakonan Ariel Zafrel, Janna Nick, Mimi Lana, Duerra Mitilda, Dalimawati, Maria Farida, Aishah Atan, Muaz Fitri, Hun Haqeem...

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!