Pelajar tajaan JPA terima pengiktirafan tertinggi di Pennsylvania State University

Pelajar tajaan JPA terima pengiktirafan tertinggi di Pennsylvania State University

Muhamad Saiful Hakimi dianugerahkan Marshal Kehormat Kejuruteraan College of Earth and Mineral Sciences, di Pegula Ice Arena pada 3 Mei lalu.

PUTRAJAYA - Seorang pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menerima pengiktirafan tertinggi dalam bidang kejuruteraan di Pennsylvania State University, Amerika Syarikat.

JPA dalam satu kenyataan hari ini berkata, Muhamad Saiful Hakimi Daud, 24, dari Sungai Petani, Kedah, telah dianugerahkan Marshal Kehormat Kejuruteraan College of Earth and Mineral Sciences, di Pegula Ice Arena pada 3 Mei.

"Beliau merupakan pelajar Malaysia pertama yang dipilih untuk menerima anugerah itu dengan skor penuh Purata Nilai Gred Kumulatiff (PNGK) 4.0," katanya.

JPA berkata, wakil Pennsylvania State University telah memuji Muhamad Saiful Hakimi atas pencapaian akademiknya, serta kemahiran kepimpinan yang tinggi.

Muhamad Saiful Hakimi kini mengikuti Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Petroleum and Natural Gas Engineering Minor in Energy Business and Finance di Pennsylvania State University. - Bernama

 ~ Kosmo Online ~


Cari monolog, puisi jiwa dan catatan hati di sini.

2 ulasan:

“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”