Keganasan di rumah memberi isyarat meminta bantuan

Isyarat dilakukan dengan mengangkat tangan anda dengan ibu jari anda dimasukkan ke dalam tapak tangan anda, kemudian lipat jari anda ke bawah, secara simbolik memerangkap ibu jari anda di jari anda. Ia sengaja direka bentuk sebagai satu pergerakan tangan berterusan, bukannya tanda yang dipegang dalam satu kedudukan, yang boleh dilihat dengan mudah. _ google



HUKUM MEMOTONG DAN MENYIMPAN TALI PUSAT BAYI SELEPAS LAHIR

Definisi “tali pusat” ialah bahagian usus yangg menghubungkan bayi dengan urinya menurut Kamus Dewan Edisi Keempat. Ia boleh didapati pada bayi yang baru sahaja dilahirkan pada bahagian perutnya. Tali pusat inilah yang membekalkan nutrien berkhasiat yang diperlukan bayi semasa hamil yang disalurkan oleh ibunya. Kebiasaannya tali pusat ini akan dipotong sejurus kelahiran.

Menjadi sebahagian tradisi masyarakat kita untuk menyimpan tali pusat bayi dengan pelbagai matlamat tertentu:

  • Sebahagian menyimpannya untuk faedah perubatan, sama ada disimpan bersama dengan uri di makmal ataupun disimpan kering.
  • Sebahagian pula menyimpan kerana kepercayaan bahawa ingin ditanam bersama apabila meninggal dunia, atau ditanam bersama-sama dengan adik beradik yang lain, atau apa-apa kepercayaan.
  • Sebahagian lagi menyimpan bukan kerana faedah perubatan atau kepercayaan, tetapi hanya sebagai kenangan.

Imam al-Syirazi dalam al-Muhazzab menyebut: “Mengebumikan mayat ialah fardu kifayah kerana jika meninggalkannya di atas permukaan bumi akan mencemarkan kehormatan mayat itu dan mendatangkan mudarat kepada manusia disebabkan bau busuknya. Pengebumian di kawan perkuburan adalah afdal kerana Nabi SAW mengebumikan para sahabat yang mati di Baqi`, dan kerana ramai orang yang menziarahinya akan mendoakannya.”

Imam al-Nawawi dalam komentarnya menyebut bahawa hadis Nabi SAW mengebumi jenazah di Baqi` itu adalah hadis sahih lagi mutawatir dan hukum fardhu kifayah ini menjadi ijmak kesepakatan semua orang Islam. Rujuk al-Majmu` Syarh al-Muhazzab (5/282)

Kemudian ulama membahaskan hukum organ atau bahagian tubuh yang terputus semasa hidup. Imam Muhammad al-Syarbini al-Khatib Rahimahullahu, pengarang kitab Mughni Muhtaj (1/349) berkata: “Adapun sesuatu yang terpisah daripada sesuatu yang hidup atau ragu tentang kematiannya seperti tangan pencuri yang dipotong, kuku, rambut, darah (alaqah), darah bekam dan seumpamanya maka sunat ditanam kerana memuliakan tuannya. Disunatkan juga membungkus tangan dan seumpamanya dengan kain.”

Manakala kitab Hasyiah Qalyubi wa Umairah (1/395), telah berkata pengarang: “al-masyimah (uri) yang dinamakan sebagai al-khalas (tali pusat) adalah seperti anggota  (anak) kerana ia diputuskan daripada anak tersebut. Maka tali pusat sebahagian daripada tubuhnya.”

Adapun hukum mengerat tali pusat sejurus bersalin, maka berkata Syeikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fatani dalam Matla` al-Badrayn (1/346): “Wajib dikerat tali pusat kanak-kanak setelah dilahirkan dengan berlalu sedikit masanya.”

Dapat kita simpulkan daripada dua rujukan di atas, bahawa tali pusat dianggap sebahagian daripada bahagian tubuh bayi yang baru lahir. Justeru asal hukumnya adalah sunat menanam tali pusat itu sama seperti hukum kuku, rambut dan darah seperti darah bekam sebagai penghormatan kepada tubuh badan manusia.

Maka, kami katakan dalam hukum menyimpan tali pusat:

  • Makruh hukumnya menyimpan tali pusat bayi jika tanpa tujuan atau sebagai kenangan.
  • Harus sekiranya bagi tujuan perubatan yang terbukti oleh pakar perubatan, seperti kaedah rawatan stem cell (sel induk) yang boleh digunakan untuk merawat penyakit leukemia, thalassemia dan seumpamanya.
  • Haram jika disimpan atas tujuan kepercayaan dan khurafat yang tidak ada sandarannya di dalam Islam.

Wallahua’lam.

MuftiWP

Ai Team Subscribers: September 15 2023

 [ channel - subscriber - date joined]


ALIEFF IRFAN - 5.08m - 06/08/2016
BELLESTRELLE - 1.27m - 09/12/2017

***
AI TEAM  - 489k - 19/04/2014
AI ENTERTAINMENT  - 328k - 24/01/2023
AI MUKBANG - 201k - 17/01/2023
AI GARAGE - 230k - 28/05/2023

***
  1. El Riss - 740k - 01/01/2020 
  2. Aniq - 710k - 17/12/2021
  3. Boyraa - 687k - 16/12/2021
  4. Shahrul Niezam - 551k - 18/12/2021
  5. Laming - 488k - 26/01/2019
  6. Sulong - 478k - 30/12/2021
  7. Fiera - 474k - 25/08/2022
  8. Mimi - 469k - 07/06/2022
  9. Aiman Noah - 464k - 22/12/2021
  10. Afiq Jefri - 375k - 28/03/2020
  11. Isya - 327k - 24/01/2023
  12. Kekanda- 244k - 09/03/2023
  13. Fatin Razali - 164k - 12/04/2023
  14. Syahmie - 160k - 16/03/2023
  15. Faridah - 143k - 09/03/2023
  16. Nazrul- 141k - 31/10/2017
  17. Areesa - 138k - 09/03/2023
  18. Manis - 128k - 09/03/2023
  19. Madkhan - 118k - 28/04/2023
  20. Nisa  - 116k- 11/04/2023
  21. Pieya - 110k - 09/03/2023
  22. Ayra - 103k - 09/03/2023
  23. Atiqah - 100k - 09/03/2023
  24. Hafiz Hakim - 94.6k - 16/03/2023
  25. Emny Emyra - 78.2k - 29/04/2023
  26. Lukman Musa - 67.8k - 15/06/2023
  27. Adam Nazri - 65.2k - 09/05/2023
  28. Safwan - 61.4k - 28/04/2023
  29. Paih Geram - 58.5k - 16/03/2023
  30. Aufar - 56k - 02/05/2023
  31. Yana - 24.9k - 15/06/2023
***
Alam Alisya Channel - 246k - 13/12/2019
JR Family - 156k - 04/02/2023
Fatiya Rafi - 67.6k - 09/07/2023

Update _ 09/15/2023

Lirik Lagu Bukan Mudah - YAPH

bila ku berlalu

bila ku terlalu stressed out (4x)

perasaan, nak campak diri dari kesusahan
keluar dari norma berkurung sendirian
tak kenal erti alam
fikiran kecelaruan merubah rotasi minda
ku akui semua ni gila, firman nauzubillah
rasa nak jual maruah cara jalan yang mudah
ketakutan merubah segala persepsi
medikasi ku aksi, vaksinasi kuasai diri ini lemah
tak cerah masa depan terbuang ku rambah
tingkat 20 kakiku menyerah, jatuh ke bawah
hilang dunia sekelip mata ku serah, menyerah
siapa lihat aku cuma dalam media
mereka kata aku cuma siakan nyawa
jadi apa guna aku tuliskan
nota terakhir ini mungkin cuma cebisan

bila ku terlalu
bila ku terlalu stressed out (4x)

selesai subuh, ku mula ansur
dalam kocek ada sepuluh nak isi tujuh
sarapan ku tinggal tuk anak dan isteri
moga pagi mereka ceria macam di tv
tak fikir lain, nak coba hidup bahagia
tak fikir lain, nak jauh dari rasa duka
ku lalui lebuhraya
rezeki tumpah mengalirnya untuk kerja keras
ku juga sumpah, sumpah
siapa tak kenal nama, cari dalam instagram
mungkin ada berita, lagu sedih untuk fam
buat apa perlu, cari rezeki walau tubuh layu
aku mahu teruskan rasa hidup baharu
ku bukan yang senang tapi susah ku tahu

bila ku terlalu
bila ku terlalu stressed out (4x)

ku dalam kamar, ada sahabat yang diam
jadi aku tanya apa khabar
ku tahu kau dalam susah, tak perlu engkau resah
hidup kita sama tiada atas atau bawah
jadi apa kau perlukan? duit atau makan
jangan pilih jalan yang bisa menyesalkan
tiada guna patah balik, nyawa tu tiada carik
isi hidup ini kesudahannya perlu baik (woo)
semua yang pergi, tersimpan memori dulu
ku harap dalam duka walau tiada jumpa
semua yang ada, hargai segala-gala
ku masih kejar masa untuk kenal jiwa

bila ku terlalu
bila ku terlalu stressed out (8x)
ohhhh
bila ku terlalu stressed out
oooohhhh


Tayar Basikal Tanpa Angin Teknologi NASA Kini Boleh Dibeli

NASA membangunkan tayar tanpa angin yang boleh digunakan di permukaan bulan dan Marikh beberapa tahun yang lalu. Dengan misi ke bulan hanya akan dilakukan semula 2025 dan Marikh sebelum penghujung dekad berakhir, teknologi yang NASA bangunkan ini tidak digunakan secara meluas. Oleh itu NASA bekerjasama dengan Smart Tyre Company untuk menggunakan teknologi yang sama pada roda basikal.

Roda basikal Metl mempunyai gegelung logam NiTinol yang mengingati rupa dan bentuknya. Apabila diletakkan di dalam tayar, ia akan membekalkan bentuk seperti tayar angin biasa. Kerana ia tidak memerlukan angin untuk berfungsi, Metl tidak akan mempunyai masalah bocor jika permukaan tayar ditembusi objek yang tajam.

Menurut Smart Tyre Company, Metl hanya perlu ditukar selepas digunakan antara 8,000-13,000 kilometer. Selepas itu hanya bahagian bunga tayar sahaja perlu ditukar pada kos sekitar $10 (~RM89) sahaja. Metl sedang mengumpul dana di Kickstarter dengan ia dijual pada harga $500 (~RM2341) sepasang.

Amanz

Facebook Akan Tamatkan Sokongan SMS Dalam Aplikasi Messenger Berkuatkuasa 28 September

Facebook kini memaklumkan para pengguna, menyatakan sokongan SMS pada aplikasi Messenger akan ditamatkan berkuat-kuasa 28 September 2023 kelak.

Facebook SMS

Untuk makluman, pada 2016 lepas, Messenger telah dikemaskini dengan sokongan SMS. Ini sekaligus membolehkan pengguna menggunakan aplikasi Messenger di telefon Android untuk turut menguruskan mesej-mesej SMS – membuatkan tidak perlu pelbagai aplikasi berbeza untuk membaca mesej.

Apa pun, kini dengan penamatan sokongan ini, pengguna perlu memilih aplikasi permesejan lain dalam menguruskan SMS – termasuk dalam menerima dan menghantarnya. Google sendiri mempunyai aplikasi yang menguruskan SMS dinamakan dengan nama sama, iaitu Messenger.


Source Amanz

Lirik Lagu Orang Yang Salah - Luvia Band

Mungkin ini salahku tak bercermin muka

Aku menabur cinta di orang yang salah

Dan aku sadar bukan siapa siapa

Ku hanya punya cinta tak punya apa apa


Gayung tak bersambut

Cinta pun telah pupus

Terhempas ditelan dusta

Ku sudah mencoba tuk berikan bunga

Ku sudah berjuang dan bertahan karna cinta

Sadar aku sadar aku ini siapa

Orang biasa yang tak pantas dicinta

Biar kuterima dan berbaik sangka

Kau tercipta bukan untukku


Dan aku sadar bukan siapa siapa

Ku hanya punya cinta tak punya apa apa


Gayung tak bersambut

Cinta pun telah pupus

Terhempas ditelan dusta


Ku sudah mencoba tuk berikan bunga

Ku sudah berjuang dan bertahan karna cinta

Sadar aku sadar aku ini siapa

Orang biasa yang tak pantas dicinta


Ku sudah mencoba tuk berikan bunga

Ku sudah berjuang dan bertahan karna cinta

Sadar aku sadar aku ini siapa

Orang biasa yang tak pantas dicinta

Biar kuterima dan berbaik sangka

Kau tercipta bukan untukku


Biar kuterima dan berbaik sangka

Kau tercipta bukan untukku

DOA 5 PERKARA PALING PENTING


DOA 5 PERKARA PALING PENTING

"Ya Allah, ampuni aku, rahmati aku, , berilah petunjuk, 'afiyah (kesihatan dan keselamatan) dan rezeki kepadaku. "

HR. ABU DAUD & TARMIZI

Lirik Lagu Merayu Tuhan - Tri Suaka feat. Dodhy Kangen Band

Di saat ku menatap Langit
Apa engkau juga menatapnya
Cobalah kau pejamkan mata
Gerimis jatuh bagai air mata

Kuharap dirimu bisa menunggu
Besar harap aku ingin bertemu
Sumpah mati diriku sangat rindu

Aku coba merayu Tuhanku
Berdoa di dalam sujudku
Jika kita ditakdirkan bersatu
Betapa bahagianya aku

Memiliki kamu anugerah
Kau perhiasan yang ku punya
Kusebut namamu di dalam doa
Semoga kita bersama

Di saat ku menatap Langit
Apa engkau juga menatapnya
Cobalah kau pejamkan mata
Gerimis jatuh bagai air mata

Kuharap dirimu bisa menunggu
Besar harap aku ingin bertemu
Sumpah mati diriku sangat rindu

Aku coba merayu Tuhanku
Berdoa di dalam sujudku
Jika kita ditakdirkan bersatu
Betapa bahagianya aku

Memiliki kamu anugerah
Kau perhiasan yang ku punya
Kusebut namamu di dalam doa
Semoga kita bersama

Aku coba merayu Tuhanku
Berdoa di dalam sujudku
Jika kita ditakdirkan bersatu
Betapa bahagianya hatiku

Memiliki kamu anugerah
Kau perhiasan yang ku punya
Kusebut namamu di dalam doa
Semoga kita bersama

Kusebut namamu di dalam doa
Semoga kita bersama



September 14 2023: Good Morning

 

EVERY MORNING START A NEW PAGE IN YOUR STORY MAKE IT A GREAT ONE TODAY. 

GOOD MORNING

Vape Boleh Menyebabkan Sel Pertahanan Tubuh Lumpuh

Di zaman awal rokok elektronik ataupun vape dilancarkan di Malaysia ia dinobatkan sebagai pengubat ketagihan merokok yang berbahaya. Vape dilihat sebagai alternatif yang lebih sihat serta mesra alam. Namun begitu pelbagai kajian yang telah dilakukan membuktikan dakwaan ini adalah tidak benar sama sekali.

Kajian terkini daripada University of Birmingham, mendapati pendedahan kepada wasap vape menyebabkan sel pertahanan tubuh manusia lumpuh. Sampel darah daripada peserta kajian didedahkan kepada 40 hembusan wasap vape. Apabila sampel dikaji, sel neutrophils dalam darah yang menjadi barisan hadapan sistem pertahan tubuh didapati masih hidup tetapi lumpuh. Ini menyebabkan ia boleh melakukan tugasnya mempertahankan diri daripada serangan.

Vape mengandungi nikotin dan dengan nikotin didapati memberikan impak yang sama ke atas neutrophils. Pengkaji kini mengatakan keputusan mereka mengesahkan bahawa rokok elektronik tidaklah selamat seperti yang disangka selama ini.

Sebelum ini kami laporkan sesetengah cecair vape mempunyai kepekatan logam toksik yang sama seperti rokok dan turut boleh menyebabkan kemandulan.

Amanz

CARA CUCI PAPAN PEMOTONG HITAM

CARA CUCI PAPAN PEMOTONG HITAM





Bahan-bahan:

  • Limau nipis
  • Baking soda
  • Cuka
Cara-cara:

1. Belah limau nipis kepada dua bahagian.

2. Kemudian, taburkan baking soda ke atas permukaan papan pemotong.

3. Gosok papan pemotong menggunakan limau nipis yang sudah dipotong tadi. Biarkan seketika selama 10 minit.

4. Selepas itu, ambil potongan limau yang baru dan sambung gosok pada permukaan papan pemotong.

5. Seterusnya tuangkan cuka. Gosok lagi sehingga semua kotoran pada papan pemotong hilang. Boleh guna berus besi untuk menyental supaya kotoran cepat hilang.

6. Bilas sehingga bersih. Hasilnya papan pemotong akan kelihatan bersih dan seakan baru dibeli.

Semoga bermanfaat!

Harga Rasmi iPhone 15

Harga Rasmi iPhone 15

iPhone 15 Plus 
128GB : RM4,899
256GB : RM5,399
512GB : RM6,399

iPhone 15
128GB : RM4,399
256GB : RM4,899
512GB : RM5,899

Doa untuk rezeki yang tidak disangka-sangka

Doa untuk rezeki yang tidak disangka-sangka :


رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ

Robbi inni lima anzalta ilayya min khairin fakir 

"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kpd sebarang rezeki pemberian yg Engkau berikan". (Surah Al Qasas, Ayat 24)

Tak mintak banyak...


Tak mintak banyak, 
cuma nak minta maaf atas
segala kesilapan, 
semoga di akhirat nanti, 
kita tidak mencari sesama sendiri
hanya sekadar untuk
meminta maaf. 

sembunyi - sembunyi

Janganlah engkau menceritakan segala pemberian Allah kepadamu, kepada semua orang. Kerna ada segelintir manusia yang berhati busuk dan memiliki 'pandangn ain' yang beracun.

Lindungilah segala anugerah Allah itu, dengan syukur dan sembunyi - sembunyi.

(VIDEO) DAMIA DAN IPANK - SALING MERINDU ( OFFICIAL MUSIC VIDEO)


Lirik Lagu Saling Merindu - Damia & Ipank

malam malam aku sendirian
hanya berteman dengan hayalan
aku di sini mengharapmu sayang
dengan penuh sgala kerinduan

maafkan lah diriku sayang
saat ini ku belum bisa pulang
tunggu lah aku penuh kesabaran
sampai kita bertemu di pelaminan

dirimu...dan diriku .
kita sama2 saling merindu.

cintamu dan cintaku
takkan terkekang oleh waktu

hanya untuk mu sayang 
ku pertaruhkan jiwa dan raga 
rela ku berkorban.siap ku berjuang 
agar tercapai bahagia.

hanya cintamu ku dambakan.
demi impian hidup bersama.
karena hadirmu .yang aku inginkan.
semoga senang milik kita.
berdua

Resepi: Idea Lauk Tunggu Gaji



1. Resipi Ayam Masak Cili Hidup

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam – potong kecil (gaulkan dengan kunyit dan garam)
10 tangkai cili merah dan hijau
3-5 biji cili api
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
3 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos tiram
Sos ikan secukupnya
Sedikit serbuk perasa – optional
Air secukupnya
1 labu bawang besar dihiris bulat – hiasan
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara-cara memasak:

1. Satukan semua cili dan bawang di dalam pengisar. Kisar semuanya dengan sedikit air. Ketepikan.

2. Goreng ayam sehingga masak. Ketepikan. Buang lebihan minyak. Tinggalkan anggaran 1/2 senduk kecil.

3. Panaskan dan tumis bahan kisar dan sos tomato. Kacau rata. Baru perasakan dengan sos ikan dan serbuk perasa jika perlu.

4. Tambah air jika perlu. Kemudian, masukkan ayam goreng. Gaul rata. 

5. Akhir sekali, taburkan hirisan bawang. Siap!




2. Resipi Tempe Sambal Hijau

Bahan-bahan:

  • 4 keping tempe – hiris halus
  • 10 tangkai cili hijau
  • 2 genggam cili padi hijau
  • 2-3 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • Minyak untuk menumis
  • Garam dan serbuk perasa
  • 3 sudu makan sos tiram
  • Perahan limau nipis

Cara-cara memasak:

1. Goreng tempe sehingga garing. Angkat dan ketepikan. Satukan semua cili dan bawang dalam satu periuk. 

2. Tuang air separas cili dan bawang sahaja. Rebus dalam 1 hingga 2 minit. Angkat dan toskan. Ketepikan.

3. Panaskan minyak, tumis bahan kisar tadi selama 2 minit. Perasakan dengan sos tiram, garam dan serbuk perasa. Kacau rata hingga sambal kelihatan mengering sedikit.

4. Kemudian, tutup api. Biarkan dalam 5 minit. Baru masukkan tempe dan perahan limau.

5. Gaul rata dan sedia untuk dihidang.

MyResepi

Wadah Terkini