Di zaman awal rokok elektronik ataupun vape dilancarkan di Malaysia ia dinobatkan sebagai pengubat ketagihan merokok yang berbahaya. Vape dilihat sebagai alternatif yang lebih sihat serta mesra alam. Namun begitu pelbagai kajian yang telah dilakukan membuktikan dakwaan ini adalah tidak benar sama sekali.

Kajian terkini daripada University of Birmingham, mendapati pendedahan kepada wasap vape menyebabkan sel pertahanan tubuh manusia lumpuh. Sampel darah daripada peserta kajian didedahkan kepada 40 hembusan wasap vape. Apabila sampel dikaji, sel neutrophils dalam darah yang menjadi barisan hadapan sistem pertahan tubuh didapati masih hidup tetapi lumpuh. Ini menyebabkan ia boleh melakukan tugasnya mempertahankan diri daripada serangan.
Vape mengandungi nikotin dan dengan nikotin didapati memberikan impak yang sama ke atas neutrophils. Pengkaji kini mengatakan keputusan mereka mengesahkan bahawa rokok elektronik tidaklah selamat seperti yang disangka selama ini.
Sebelum ini kami laporkan sesetengah cecair vape mempunyai kepekatan logam toksik yang sama seperti rokok dan turut boleh menyebabkan kemandulan.
0 Comments:
Catat Ulasan
“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”