Seorang pendakwah dikenali sebagai Ustaz Mokhtar Yaakob telah meluahkan kekwatirannya apabila melihat trend sesetengah pihak yang berlumba-lumba pergi umrah namun tidak pula mempraktikkan ibadah tersebut selepas pulang ke Tanah Air.
Pergi umrah, masjid & surau di kampung sunyi
Menerusi perkongsian video di TikTok Pejuangsubuh, ustaz berkenaan menyatakan yang ada pihak kerap menceritakan tentang nikmat solat berjemaah di Tanah Suci, namun tidak pula mengimarahkan masjid atau surau di kawasan kediaman sendiri.
Sekarang ini trend pergi umrah, habis sekampung pergi umrah masjid tak datang. Ada benda tak kena.
Balik umrah bercerita ‘seronoknya sembahyang jemaah tapi 12 hari di sana itu sahajakah mereka berjemaah? ujarnya.
@pejuangpondok8734
Pergi umrah bangun pagi nak berjemaah, tapi tak pula di Tanah Air
Dalam pada itu, beliau juga bercerita yang ramai jemaah gigih bangun di awal waktu untuk sama-sama berjemaah pada awal pagi bagi menunaikan solat subuh tetapi perkara tersebut berbeza selepas pulang dari mengerjakan ibadah haji atau umrah.
“Masa duduk sana, awal-awal pagi pukul 3 dah pergi sembahyang subuh siap ketuk pintu mutawwif.
Tapi bila naik atas kapal terbang, ustaz minta niat sembahyang jamak ada yang kata nak qada solat.
Itu baru atas kapal terbang belum sampai kampung lagi, tak peliklah kalau dekat masjid tak ada jemaah,” jelasnya lagi.
Teguran buat kita semua
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan teguran dibuat pendakwah berkenaan kerana melihat trend orang ramai yang berlumba-lumba pergi umrah.
Ada di antara mereka juga mendakwa sesetengah individu ke Tanah Suci atas alasan mengerjakan umrah seperti makan angin kerana lebih banyak memuat naik gambar di media sosial.
Elok ke sana fokus ibadah dari media sosial
Ada yang pergi sana macam melancong saja
Nasihat & peringatan yang sangat berguna
: TikTok pejuangsubuh
0 comments:
Catat Ulasan
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!