Facebook Akan Tamatkan Sokongan SMS Dalam Aplikasi Messenger Berkuatkuasa 28 September

Facebook kini memaklumkan para pengguna, menyatakan sokongan SMS pada aplikasi Messenger akan ditamatkan berkuat-kuasa 28 September 2023 kelak.

Facebook SMS

Untuk makluman, pada 2016 lepas, Messenger telah dikemaskini dengan sokongan SMS. Ini sekaligus membolehkan pengguna menggunakan aplikasi Messenger di telefon Android untuk turut menguruskan mesej-mesej SMS – membuatkan tidak perlu pelbagai aplikasi berbeza untuk membaca mesej.

Apa pun, kini dengan penamatan sokongan ini, pengguna perlu memilih aplikasi permesejan lain dalam menguruskan SMS – termasuk dalam menerima dan menghantarnya. Google sendiri mempunyai aplikasi yang menguruskan SMS dinamakan dengan nama sama, iaitu Messenger.


Source Amanz


Cari monolog, puisi jiwa dan catatan hati di sini.

0 Comments:

Catat Ulasan

“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”