Menteri Komunikasi dan Digital hari ini telah bertemu dengan pihak Foodpanda dan Grab, sekaligus membincangkan berkenaan beberapa perkara berbangkit – termasuk melibatkan penghantar makanan yang bertugas menggunakan lesen tamat tempoh serta motosikal tiada insuran.
Menteri mengatakan, ia difahamkan yang terdapat hampir 200,000 orang penghantar makanan pelbagai platform di Malaysia buat masa ini. Ini adalah termasuk di Grab dan FoodPanda.
Untuk mengatasi masalah melibatkan lesen dan insuran, Grab dan FoodPanda akan mengusahakan beberapa penyelesaian, termasuk memaparkan notifikasi peringatan kepada para penghantar.
Sebelum ini, pada tahun lepas, ia pernah diperkatakan kerajaan mempertimbangkan untuk keperluan “rider” memerlukan lesen vokasional dan had umur tidak kurang 18 tahun. Namun, hal ini masih tidak diimplementasikan buat masa ini.
0 Comments:
Catat Ulasan
“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”