Pages

September 15, 2023

Tayar Basikal Tanpa Angin Teknologi NASA Kini Boleh Dibeli

NASA membangunkan tayar tanpa angin yang boleh digunakan di permukaan bulan dan Marikh beberapa tahun yang lalu. Dengan misi ke bulan hanya akan dilakukan semula 2025 dan Marikh sebelum penghujung dekad berakhir, teknologi yang NASA bangunkan ini tidak digunakan secara meluas. Oleh itu NASA bekerjasama dengan Smart Tyre Company untuk menggunakan teknologi yang sama pada roda basikal.

Roda basikal Metl mempunyai gegelung logam NiTinol yang mengingati rupa dan bentuknya. Apabila diletakkan di dalam tayar, ia akan membekalkan bentuk seperti tayar angin biasa. Kerana ia tidak memerlukan angin untuk berfungsi, Metl tidak akan mempunyai masalah bocor jika permukaan tayar ditembusi objek yang tajam.

Menurut Smart Tyre Company, Metl hanya perlu ditukar selepas digunakan antara 8,000-13,000 kilometer. Selepas itu hanya bahagian bunga tayar sahaja perlu ditukar pada kos sekitar $10 (~RM89) sahaja. Metl sedang mengumpul dana di Kickstarter dengan ia dijual pada harga $500 (~RM2341) sepasang.

Amanz

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!