Mufti WP jawab isu suami tak bekerja

Mufti WP jawab isu suami tak bekerja

“KAMI cenderung menyatakan hukum suami menjadi suri rumah adalah tidak digalakkan jika tidak diredai oleh isteri. Namun jika isteri meredainya, maka itu dibenarkan seperti mana diharuskan untuk suami memakan mahar isteri sekiranya dibenarkan,” kata Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Beliau berkata demikian menjawab persoalan netizen berhubung hukum suami menjadi suri rumah dan isteri menanggung perbelanjaan keluarga.

Menurutnya, terdapat banyak dalil dalam al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW menjelaskan kewajipan suami untuk memberi nafkah isteri serta anak.

Beliau berkata, antaranya di dalam Surah al-Nisa’, ayat 34, Allah berfirman maksudnya “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) ke atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian daripada harta mereka.”

“Daripada Jabir RA yang diriwayatkan Muslim, katanya Rasulullah bersabda, maksudnya: Bertakwalah kepada Allah dalam mengendalikan urusan kaum wanita. Kamu mengambil mereka dengan amanah Allah... Kewajipan kamu pula ialah memberikan nafkah dan pakaian yang sepatutnya kepada mereka. “Sesungguhnya, aku tinggalkan satu perkara yang kamu tidak akan sesat selama-lamanya, selagi kamu berpegang dengannya, iaitu kitab Allah,” katanya.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, wajib bagi suami untuk berusaha sebaik mungkin menafkahkan keluarganya dengan segala upaya tanpa berharap kepada pendapatan isteri.

“Sekurang-kurangnya hendaklah lelaki itu berusaha menyediakan atau menyumbang tempat tinggal yang selamat dengan peralatan asas seperti tempat tidur, duduk dan memasak, makanan dan minuman, pakaian yang sesuai dan menutup aurat, dan alat dan bahan kebersihan, untuk isteri dan anak-anaknya.

“Kegagalan menyediakan atau berusaha membantu keluarga akan merendahkan martabat seorang lelaki yang dipertanggungjawabkan dalam Syarak untuk menjaga keluarganya.

“Sekiranya seorang lelaki itu enggan dan tidak mahu berusaha memberi nafkah keluarga dalam keperluan asas, maka isteri memiliki hak untuk (menuntut) fasakh perkahwinan dan itu tidak termasuk perkara dosa,” katanya.

Ulasan penuh beliau mengenai isu ini boleh diikuti di laman web rasminya di http://www.muftiwp.gov.my.

Zulkifli berkata, tindakan seorang isteri membantu keluarga adalah tindakan terpuji dan pengorbanan itu wajib dihargai oleh suami.

“Pada asalnya wajib suami memberi nafkah isteri dan anak-anaknya. Namun jika isteri memberi nafkah suami dan anak-anaknya, maka itu adalah ihsan dan pahala yang besar ke atasnya,” katanya.

Sumber

Dah Kerja Dari Pagi Sampai Ke Tengahari, Baru Aku Perasan Yang Aku Salah Tempat Kerja

” Dah Kerja Dari Pagi Sampai Ke Tengahari, Baru Aku Perasan Yang Aku Salah Tempat Kerja… “

Perkongsian Lelaki Ini Buat Ramai Yang TERHIBUR. Serius Kelakar Wehhh !!

Netizen di media sosial tergelak membaca kisah lelaki ini yang melakukan ‘kesilapan’ di hari pertama dia bekerja. Ezalaq yang sepatutnya bekerja di kedai Mi Bandung, secara tidak sengaja bekerja di kedai roti canai. Yang kelakarnya, pemilik kedai roti canai itu pula tidak mengesyaki apa-apa.

Tak sangka ada juga kes seperti ini. Hahaha!

HARI ini, hari pertama aku bekerja. Aku salah kedai. Yes! Aku kerja di kedai yang salah dan aku baru tahu bila kedai itu dah ditutup!

Ceritanya begini. Aku kerja di warung makan biasa sahaja. Jadi, semalam aku dah WhatsApp owner kedai nak kerja apa semua. Dia suruh datang kerja pagi ini jam 7 pagi.

Jadi, aku pun turun dan sampai di warung itu jam 7 pagi. Bila aku sampai, aku tanyalah pakcik yang buat roti canai itu.

“Ha, sayalah semalam yang WhatsApp nak kerja tu.”

Muka pakcik itu dah pelik semacam, lalu dia pun bertanya.

“Kau WhatsApp siapa?”

“Saya pun tak sure saya WhatsApp siapa.”

Kemudian dia panggil isteri dia dan mereka berbincang seketika nak atau tidak ambil aku bekerja. Aku tak adalah ‘petak’ ke apa tapi macam peliklah, kenapa baru sekarang nak berbincang? Bukan semalam dah setuju ke?

Kemudian diorang pun kata, “Okeylah, boleh mula kerja hari ini.”

Gaji semua sama, kerja pun sama. Tetapi aku mula berasa pelik bila pakcik itu kata, kedai ini dibuka jam 7 pagi hingga 12 tengah hari sahaja. Tetapi kalau tak silap aku, yang WhatsApp dengan aku itu kata kerja sampai jam lima petang. Ah, aku buat tak tahu sajalah.

Bila dah kerja semua, dah kemas-kemas tutup kedai. aku pun on the way pulang ke rumahlah. Jalan depan sikit nampak kedai, Kedai Mi Bandung. Dan masa itulah aku baru tahu yang aku dah f*cked up!

Aku baru teringat dalam WhatsApp semalam orang itu ada cakap signboard kedai dia ialah Mi Bandung. Hahahahahahahhaahhahahahahaha! Patutlah aku rasa pelik. Aku datang jam 7 pagi, dia ada WhatsApp aku lagi dan tanya aku di mana.

Jadi itulah cerita aku hari ini.

Hmm, pishang gais! Hahaha! Yang kelakarnya dia ambil juga aku bekerja. Kalau dia reject tu, bolehlah aku tahu yang aku dah tersalah kedai.

Aku pun ceritalah perkara yang sebenar kepada owner kedai Mi Bandung. Dia just gelak saja dan tanya aku nak kerja di mana selepas ini. Aku buat keputusan untuk kerja di kedai roti canai itu je. Hahaha!

Sumber

Word 111


Word 111

Sebelum anda memiliki sahabat yang baik hati,

terlebih dahulu jadilah sahabat yang baik hati bagi orang lain.

Tuhan Tolong Tutup Auratku

Hasil Perkongsian Ahmad Fedtri Yahya “Tuhan Tolong Tutup Auratku” Dari Seorang Ustazah Buka Mata Netizen, Insafi Diri.

Awal semalam, hos dan penulis lirik, Ahmad Fedtri Yahya ada berkongsi mengenai pengalaman seorang ustazah yang dikenali sebagai Syadiya Abbas yang berhadapan situasi getir saat berada di wad kecmasan selepas terlibat dalam kemlangan.

Kata Syadiya seperti yang dipetik antara lain membayangkan, dia berdoa agar Allah sentiasa menjaga auratnya, meski dalam apa sahaja situasi sekalipun.

fedtriyahya: Perkongsian Ustazah @shadiyaabbas : TUHAN, TOLONG TUTUP AURATKU.

Semasa kemlangan itu berlaku, aku mendengar seorang jururawat berkata kepada temannya yang aku mesti ditukarkan baju. Jubah dan tudung penuh drah. Jururawat tu berkata kepadaku; “Dik, kita gunting baju awak ni ye.” Saya akur. Kini badan saya ditutup dengan sehelai kain.

Kemudian seorang jururawat menarik stokin saya. Saya kata; “Nurse, jangan. Kaki saya sejuk.” Sebenarnya, itu sahaja aurat yg mampu saya jaga. Dalam ICU tu saya tidak tahu keadaan wajah saya. Tapi saya tahu cdera sahaja. Saya boleh bercakap, walaupun saya tak tahu bibir kanan saya dah koyak.

Saya tahu rambut saya terdedah. Doktor lelaki dan perempuan bergilir-gilir meninjau keadaan saya. Sehingga seorang doktor lelaki mengambil gambar saya dan menunjukkannya kepada saya. “Maaf ye. I terpaksa tunjuk muka U. Cedra teruk. Kita kena buat plastic surgery hari ni juga.” Saya merenung skrin telefonnya. “Doktor, nanti kasi hidung saya macam U.

” Saya katakan kepada seorang Dr perempuan India yang memberi kata-kata kekuatan kepada saya. Ketawa Dr India tu. Manis. “You kan sakit, boleh buat joke.” Dalam keadaan mata saya berbalam melihat cahaya lampu, saya disorong keluar. Saya dengar suara-suara manusia yg kebanyakannya lelaki. Hati saya galau.

Kemudian saya disorong masuk ke dalam sebuah bilik. Saya seorang diri. Sunyi dan sejuk di dalam bilik. Saya merintih. Bukan kerana sakit, tetapi kerana saya tidak terdaya. “Tuhan, aku tidak berdaya. Aku redha tapi aku malu kerana auratku terdedah. Tutuplah kepalaku Ya Allah.” Sedang saya berbisik-bisik tanpa suara, datang seorang jururawat.

“Ustazah, saya tutup kepala ustazah dengan tuala ye. “ jururawat yg saya tak nampak wajahnya, meletakkan kain atas kepala saya. Dia mengemaskannya sehingga menutup leher saya.

Saya sebak. Tuhan… Engkau Maha Memelihara. Engkau Maha Penjaga. Dalam keadaan aku berkuasa aku berusaha taat kepadaMu

Dalam keadaan aku tiada daya ampunilah aku Engkau Tidak Akan Menghampakan HambaMu Walau beribu derhaka, Berjuta peluang engkau buka agar kembali kepadaMu. Aku tak boleh hidup tanpaMu.

Imbasan Peristiwa; Shadiya, Hospital Besar Ipoh, April 2018. Komen netizen
ukhty_faezzalung: Walaupun tgh skit msih pk kan psal aurat msih berdoa pd allah agar aurat kite terjaga ketika skit..tp kite yg sihat walafiat ni sempurna sifat dgn bangga nye umum bukak aurat…iman tk kuat sbb tk cari iman tu tk manfaatkn iman yg allah bagi slma ni..*ingatan tuk diri sendiri jgk..insyaallah 😊

asha.zaki: Bila ckp pasal aurat . sy pn rasa sedih sbb kdg2 nurse di Hosp mengikut sop sgt2 takut kena mrh mungkin.. Sbb ketika sy kena tahan di CCU..sy keadaan Segar. Bukan lemah..sy boleh buat sendiri. Dorg masih nk suruh tangkal semua2 depa mereka.masa nak salin baju.kita malu la sbb kita masih mampu buat. Saya harap sy Saya xsakit Dan xmasuk lagi Hosp. 😥😥

nurraysaperak_: 😭😭😭. Sy pernah lalui. Lepas keluar bilik bedah, berusaha nk tutup rambut dgn penutup rambut yg disediakan tu walaupun masih ada rambut yg keluar. Suami cakap takpe darurat . But still rasa sedih tak dapat tutup

Sumber

JANGAN PANDANG HINA IKAN CUCI CERMIN

JANGAN PANDANG HINA IKAN CUCI CERMIN....

Semalam tayar motosikal tua saya pancit jadi saya menolak motosikal saya.
Ketika saya lalu di kawasan sebuah sungai saya lihat beberapa orang sedang menjalani ikan di situ.
Boleh dikatakan banyak ikan yang mereka dapat di sungai itu, ikan yang mereka dapat ialah seperti ikan lampam, talapia serta harwam. Ikan cuci cermin yang masuk dalam jala mereka buang begitu saja.

Saya tanya" kenapa buang ikan ini bang".
Jawab mereka ikan tu tak boleh dimakan dengan selamba sahaja mereka membuang ikan cuci cermin itu"
Jawab mereka ambillah kalau hendak.
Lalu saya bertanya kepada mereka" boleh saya ambil anak tu bang"....
Dengan pendek mereka menjawab " ambillah"..

Saya pun mengambil semua ikan yang mereka buang itulah dan ikan itu akan saya gunakan untuk membantu kepada seorang budak yang bermasalah dengan penyakit kulit Aczema.

Tahukah anda ikan cuci cermin boleh merawat penyakit eczema?...
Caranya sungguh mudah carikan ikan cuci cermin dalam enam atau tujuh ekor kemudian bersiang kulitnya yang kasar itu dan ambil isinya untuk dijadikan sup dan makan sup serta isi ikan tersebut In Sha Allah kalau selalu diamalkan selalu penyakit kulit azcema akan pulih dengan cara rawatan ini.

Jangan anda terkejut bila memakan isi ikan cuci cermin nanti kerana rasanya cukup sedap dan tak perlu dirisaukan kerana ia halal untuk dimakan.
Kalaulah dan bermacam ubat anda gunakan untuk merawat penyakit azcema tak juga sembuh cuba anda menggunakan cara ini pula mana le tahu kalau ia serasi dengan anda....

Sumber : Md Rusdi Hassan

Nasi bungkus milo ais

Nasi bungkus milo ais 

Inilah resepi bujang 

Mudah dan senang 

Balik kerja singgah gerai makan tepi jalan. 

😉




Daiyan Trisha, Artis Malaysia Yang Pertama ‘Cover’ Lagu Bersama Sam Tsui

Daiyan Trisha, Artis Malaysia Yang Pertama ‘Cover’ Lagu Bersama Sam Tsui

Daiyan Trisha, seorang artis yang aktif dalam bidang lakonan di kaca televisyen malah beliau juga sering menyanyikan lagu dilaman sosial yang mendapat tontonan pelbagai lapisan penggemar muzik.

Terbaru, melalui perkongsian di laman instagramnya, Daiyan telah membuat ‘cover’ llagu duet bersama Sam Tsui iaitu seorang Youtuber terkenal. Bukan calang-calang penyanyi yang dapat peluang sebegini dan Daiyan merupakan artis Malaysia yang pertama. Tahniah diucapkan.

Mempunyai 3 juta subscribe di YouTube, Sam Tsui sememangnya terkenal sebagai seorang penyanyi lagu cover, dan sering mengubah lagu popular seperti Without me, Fake love dan banyak lagi kepada sebuah medley dan mashup.

Daiyan Trisha yang dijemput sebagai penyanyi jemputan, berduet bersama Sam Tsui telah mendapat respon positif dari peminat tempatan dan antarabangsa.

Sumber

Ranking Alexa 08 Februari 2019

Ranking Alexa 08 Februari 2019

Global Ranking : 2,728,614
Rank in Malaysia : 35,792

Sumber : Alexa

Kisah Ku Inginkan

Kisah Ku Inginkan


Telah ku tentukan arah

Yang akan ku tempuh di sisa hidupku
Karena telah ku temukan
Kisah yang ku inginkan dan ku impikan



Sudah ku tambatkan hati
Yang selama ini berlayar tak pasti



Kini telah ku temui
Kasih yang aku cari
Cinta yang pasti



Berakhir sudah pencarian jalan cinta
Berlabuh di ikatan suci kita
Berhenti sudah keresahan dalam jiwa



Kini aku dan kamu
Tak terbatas oleh waktu
Tak terlarang tuk menyatu
Karena kau resmi milikku



Kita akan menjaga
Janji suci yang telah terikrar
Dan saling setia selamanya



Berakhir sudah pencarian jalan cinta
Berlabuh di ikatan suci kita
Berhenti sudah keresahan dalam jiwa
Berhenti sudah keresahan dalam jiwa



Kini aku dan kamu
Tak terbatas oleh waktu
Tak terlarang tuk menyatu
Karena kau resmi milikku



Kita akan menjaga
Janji suci yang telah terikrar
Dan saling setia selamanya



Aku dan kamu
Tak terbatas oleh waktu
Tak terlarang tuk menyatu
Karena kau resmi milikku



Dalam ikatan
Janji suci yang telah terikrar
Dan saling setia selamanya



Taetap ku harus bersama
Meski raga mendua
Didalam cinta
Selamanya



Kisah Ku Inginkan - Dato Siti Nurhaliza ft Judika - OST Lelaki Kiriman Tuhan

Burger RM51 sebiji

Burger Ramly terkenal di New York, dijual RM51 sebiji

Sumber photo google 

Malaysia memang terkenal dengan pelbagai jenis makanan untuk golongan yang suka makan lewat malam. Semakin lewat malam, semakin ramai pula membanjiri gerai makan yang masih dibuka hingga awal pagi.

Boleh dikatakan ramai suka makan burger apabila lapar tengah malam kerana ia sedap dan mudah didapati.

Kini, burger special yang kita sering makan dikenali seluruh dunia! Ia semakin popular setelah Insider Food memuatnaik video penyediaan video burger special berasal dari Malaysia.

Mereka teruja kerana daging burger itu dibungkus oleh sebiji telur dan diletakkan sos di bahagian dalam daging burger yang dibungkus telur tadi.

Selain itu, video itu juga menyatakan rahsia keenakan burger itu datang daripada pelbagai rempah ratus Malaysia dan perasa kari khas serta mayonis pedas.

Mungkin cara daging burger itu dibungkus dengan telur membuatkan mereka teruja melihatnya kerana burger di luar negara tak sama seperti burger special Malaysia (walaupun timun diganti dengan salad).

Jualan burger Malaysia itu diadakan bersempena The Malaysian Project di Queens International Night Market, The Meadows Music & Arts Festival dan festival lain sekitar bandar New York.

Sumber

Hukum cekak pinggang?

Hukum Cekak Pinggang, 4 Sebab Mengapa Nabi Melarang Kita Berbuat Demikian. Pasti Ramai Yang Belum Tahu!

Hukum cekak pinggang?

Mungkin ada yang akan katakan bercekak pinggang pun tak boleh? Kenapa? Peliklah, tak pernah dengar dan kita buat apa-apa, cuma cekak pinggang saja, pun tak boleh?

Apa itu bercekak pinggang?

Mungkin sesetengah daripada kita tak tahu apa itu bercekak pinggang.

Bercekak pinggang adalah tindakan kita sendiri dengan meletakkan tangan kita di pinggang. 

Mungkin masih ramai daripada kita tidak pernah tahu apa hukum cekak pinggang ini. Dan mungkin juga ada antara kita yang tidak pernah menyangka yang bercekak pinggang ini adalah MAKRUH hukumnya.Nampak remeh dan biasa saja tapi sebenarnya MAKRUH

Secara jujurnya saya sendiri pun baru tahu, dan tak pernah tahu pun selama ini. Ingin sekali saya kongsikan informasi yang amat baik ini tentang hukum bercekak pinggang yang saya dapat daripada mendengar ceramah dari Ustaz favorite saya, tak lain tak bukan mestilah Ustaz Kazim Elias Al-Hafiz.

Mengapa Kita Dilarang Cekak Pinggang?

1. Ini adalah perbuatan Iblis
Rasulullah SAW melarang kita bercekak pinggang ketika di dalam solat. Perkara ini disebabkan kerana bercekak pinggang ialah perbuatan iblis ketika dia diturunkan ke dunia.

Ketika iblis diturunkan ke dunia ada dua hal yang dia lakukan iaitu bersiul dan juga bercekak pinggang. Bercekak pinggang ialah makruh kerana itu adalah perbuatan iblis laknatullah. Bercekak pinggang ini bagi kita biasa sahaja, asal nak bergaduh cekak pinggang, asal cekak pinggang je nak bergaduh.

Tak sah kalau bercekak pinggang ketika sedang marah mahu pun bergaduh, sehingga kita sendiri pun tahu kalau seseorang itu bercekak pinggang dengan muka yang agak tegang, ha confirm la tu tengah marah dan panas.

2. Kegemaran Yahudi bercekak pinggang

Yang kedua bercekak pinggang itu juga adalah cara orang Yahudi. Nabi Muhammad SAW berkata orang Yahudi ni kegemarannya ialah bercekak pinggang.

3. Sifat Orang Yang Bongkak & Sombong

Yang ketiga Nabi berkata bercekak pinggang itu makruh kerana itu adalah perangai orang-orang sombong atau bongkak.

4. Cara Ahli Neraka Duduk

Yang keempat ialah cara-cara ahli neraka duduk di dalam neraka, hal ini kerana ahli-ahli neraka, mereka duduk di dalamnya dalam keadaan bercekak pinggang.

Sebab itulah Nabi melarang kita bercekak pinggang ketika sembahyang dan juga Nabi melarang walaupun saja-saja kita bercekak pinggang sewaktu berjalan dan pastinya akan dipandang orang.
Wallahu’alam.

Jadi, sekarang sedikit sebanyak kita sudah jelas mengapa kita dilarang berbuat demikian seperti yang dikongsikan saudari Asiah Kuzaiman. Semoga kita akan menjadi insan yang lebih baik dan berubah untuk kebaikan disamping mencari pahala untuk dunia dan juga akhirat.

Semoga bermanfaat kepada semua.

Sumber : MediaMaklumat

Dia Jual Air Tepi Jalan Dapat RM81k Sebulan.

Dia Jual Air Tepi Jalan Dapat RM81k Sebulan. Peniaga Dedah Rahsia Buat Ramai Teruja

Dia tampak selekeh je dengan tshirt lusuh tapi ramai tak tahu yang incomenya adalah RM81,000 sebulan hanya dengan jual air tepi jalan. Wartawan berjaya bongkar rahsianya. Semoga jadi inspirasi.


RAHSIA JUAL AIR TEPI JALAN

Ali seorang warga Indonesia yang hanya dilihat sebagai peniaga air jalanan di Kuala Lumpur.

Tiada apa yang istimewa. Setiap cawan dijual dengan harga RM1.

Mampukah Ali untuk survive dengan perniagaan seperti ini di Malaysia?

Target Ali hanya menjual sekurang-kurangnya 300 cawan setiap hari.

Bila musim panas, jumlah yang dijual lebih banyak daripada itu.

Keuntungan kasar Ali setiap hari adalah minima RM300.

Dalam masa yang sama, Ali mempunyai 9 buah gerai lain di merata kawasan tumpuan di bawah jagaan pekerjanya.

Setiap gerai tetap sama mempunyai target minima 300 cawan sehari yang membawa keuntungan kasar RM300 untuk setiap satu gerainya.

RM300 sehari x 30 hari = RM9000.

RM9000 x 9 gerai lain miliknya = RM81,000.
Ini bermakna untung kasar Ali hanya dengan menjual air di jalanan untuk setiap bulan adalah RM81,000.

Ditolak modal dan kos, baru berapa sahaja. Dalam tempoh 12 bulan, Ali telahpun bergelar Jutawan Senyap yang hanya berniaga di tepi jalan.

Ini bermakna Ali mampu survive di negara ini malah jauh lebih kaya daripada majoriti rakyat Malaysia sendiri.

Itu baru menjual air di tepi jalan, apalagi dengan perniagaan dengan keuntungan harian yang lebih besar.

Itulah kuasa sebuah perniagaan. Di manakah anda hari ini? Sudah mula berniaga? Renung-renungkan.


Sumber: Oh Media

5 Kepentingan Pemasaran Bagi Meningkatkan Penjualan Dalam Sesebuah Bisnes

Setiap bisnes sudah pastinya hadir dengan jenamanya yang tersendiri. Kekuatan jenama ini memain peranan yang penting bagi menaikkan identiti sesebuah bisnes serta kepercayaan prospek.

Dalam sesebuah perniagaan, pemasaran merupakan tunjang utama bagi memastikan sesebuah syarikat terus berkembang. Melalui cara pemasaran yang efektif serta pengurusan yang sistematik, anda bakal berpeluang untuk melebarkan jaringan bisnes dengan menjual jenama kepada dunia luar.

Ada apa dengan pemasaran?

Pemasaran merupakan sebuah langkah bagi memperkenalkan servis atau produk kepada orang ramai dan difokuskan kepada prospek yang berminat. Tidak cukup sekadar teknik penawaran produk yang hebat, mensasarkan iklan kepada prospek yang tepat juga haruslah diambil kira.

Pemasaran bukan sahaja sesuai buat syarikat-syarikat yang masih baru, malah produk yang sudah dikenali ramai seperti Coca-Cola juga tetap konsisten dalam melahirkan minda bawah sedar produk mereka buat prospek.

Pemasaran yang berkesan juga bakal menjamin penjualan sesebuah syarikat. Berikut merupakan lima sebab mengapa pemasaran dikatakan nadi utama dalam sesebuah bisnes.

1. Membolehkan prospek mengenal produk anda kepentingan pemasaran

Sekiranya anda mahukan bisnes anda terus berkembang, servis atau produk yang ditawarkan haruslah dikenali oleh orang ramai.Bisnes tanpa pemasaran juga bakal membuatkan orang ramai skeptikal untuk mencuba disebabkan tiada info mengenai jenama yang mereka pilih.

Oleh yang demikian, sesebuah bisnes haruslah peka dengan pemasaran bagi mewujudkan kesederan mengenai produk yang dikeluarkan kepada orang ramai sekaligus menarik perhatian prospek yang berminat.

2. Meningkatkan penjualan sesebuah syarikat
Sejurus selepas anda melakukan kempen pemasaran sudah pastinya peningkatan penjualan syarikat antara yang diharapkan. 

Disinilah perlunya anda memantapkan skil penjualan yang bukan sahaja membolehkan orang ramai mengenali produk anda malah menjadi pelanggan anda.

Melalui cara yang pemasaran yang berkesan sudah pastinya angka penjualan syarikat bakal meningkat. Pastikan anda susun gaya pemasaran yang efektif terlebih dahulu sebelum mensasarkan iklan bagi meningkatkan brand awareness atau penjualan produk atau servis.

3. Meningkatkan reputasi syarikat

Pernahkah anda menonton iklan daripada syarikat Apple? Syarikat ini bukan sahaja memaparkan kualiti produk yang baik dan berjaya menarik perhatian orang ramai namun berjaya mewujudkan ekosistem yang menunjukkan iklan mereka berada di kelas yang tersendiri.

Mengapa reputasi syarikat sangat penting?

Syarikat yang mempunyai nama yang besar atau reputasi yang tinggi bakal menarik perhatian orang ramai dan secara tidak langsung meningkatkan penjualan sesebuah syarikat.

Selain daripada gaya pemasakan melalui pengiklanan seperti yang dilakukan Apple, anda juga berpeluang untuk meningkatkan reputasi syarikat dengan menghadiri seminar atau aturcara bisnes bagi memperkenalkan imej bisnes anda kepada orang ramai.

4. Mewujudkan persaingan sihat sesama syarikat

Pemasaran juga turut menawarkan persaingan yang sihat dalam sesebuah industri. Mengapa ianya dikatakan cara yang sihat? Pemasaran yang berkesan sekaligus bakal meningkatkan orang ramai untuk mendapatkan produk tersebut sekaligus meningkatkan penjualan produk niche tersebut.

Syarikat juga akan lebih bebas dan terbuka dalam menawarkan USP atau unique selling point buat para pelanggan. Contohnya, harga yang lebih rendah, penggunaan material yang berkualiti atau servis waranti yang lebih lama. Anda boleh lihat contoh yang sama melalui syarikat yang menawarkan air kopi atau smartphone.

Tanpa persaingan pemasaran yang sihat, syarikat yang menguasai industri sesebuah bisnes bakal terus berkuasa tanpa memberikan peluang buat pelanggan mendapatkan pilihan yang lain.

5. Apa yang perlu difikirkan sebelum melakukan pemasaran

Meskipun pemasaran memain peranan penting dalam sesebuah bisnes, anda haruslah peka bahawa pemasaran juga bakal melibatkan kos yang tinggi khususnya bagi mencapai bilangan prospek yang tinggi. Malah tidak mengejutkan sekiranya terdapat syarikat yang berbelanja hampir separuh daripada untung tahunan hanya buat pemasaran pada tahun awal penubuhan.

Apa yang dilakukan ini haruslah bertujuan bagi mengelakkan daripada sesebuah syarikat melakukan pemasaran yang kurang efektif sekaligus menjadi pembaziran kepada sesebuah syarikat.

Selain itu, para usahawan haruslah kreatif dalam merancang pelan pemasaran buat sesebuah syarikat. Tidak hanya bergantung kepada sebuah platform, anda juga berpeluang untuk meneroka lebih banyak platform lain melibatkan pembangunan laman web, penggunaan media sosial yang kreatif, serta perhubungan awam sesama prospek dan industri bisnes.

Drama Syurgaku Tak Sempurna 2

Drama Syurgaku Tak Sempurna 2 di Unifi TV. Dibintangi oleh Raja Ilya, Shah Iskandar, Haliza Misbun, Eizlan Yusof, Arja Lee, Zarina Zainoordin, dan ramai lagi. Drama terbitan Darkwave Pictures Sdn Bhd dibawah arahan Raja Mukhriz. Akan ditayangkan pada bulan Mac nanti.

SINOPSIS MISTERI DILAILA

SINOPSIS MISTERI DILAILA

Pasangan suami isteri, Jefri dan Dilaila bercuti di sebuah rumah banglo di Fraser Hill, Pahang milik arwah bapa Dilaila. Malam pertama di rumah tersebut, Jefri telah diganggu dengan kejadian-kejadian aneh. Keesokan harinya, Jefri mendapati isterinya sudah hilang. Jefri yang risau dengan keselamatan isterinya terus menghubungi pihak polis untuk mengesan Dilaila. 

Imam Aziz muncul dengan berita gembira memaklumkan Dilaila sudah dijumpai dan berada dalam keadaan selamat. Jefri yang pada mulanya berasa lega kini terkejut dengan kepulangan isterinya kerana wanita yang muncul bersama Imam Aziz adalah orang lain yang mengaku dirinya adalah Dilaila, isteri Jefri. Persoalannya siapakah yang betul dan siapakah yang salah dalam situasi ini? 

Filem Misteri Dilaila arahan Syafiq Yusof akan menemui penonton di pawagam pada 21 Februari 2019

Lakonan Zul Ariffin, Sasqia Dahuri, Elizabeth Tan, Rosyam Noor, NamRon, Mas Khan, Iz Sulaini, Kenji Sawahii, Nafiez Zaidi dan ramai lagi.

SINOPSIS TITI KAYU

SINOPSIS TITI KAYU 

Kisah Cheong Ah Ling atau Alim, adalah seorang pemuda lurus bendul yang bersahabat baik dengan seorang kanak-kanak, Umar. Rumah Alim dan Umar berhampiran namun dipisahkan oleh sebatang sungai. Oleh itu, Alim terpaksa berkayuh basikal menggunakan jalan raya yang agak jauh setiap hari untuk menemui Umar.    Alim dan Umar memikirkan alternatif untuk membina sebuah titi kayu untuk menyeberangi sungai yang memisahkan rumah mereka.

Telefilem Titi Kayu, disiarkan sempena Tahun Baru Cina pada Sabtu, 9 Februari 2019 jam 9.30 Malam di TV3.
Lakonan Michael Ang, Syed Ali Murtadha, Rahim Omar, Riz Amin, Margaret Gan, Jaja Iliyes, Iqram Dinzly dan ramai lagi.

Ditakdirkan kita bersama

Ditakdirkan kita bersama 

Tak pasti siapa yang tersentuh
Bila terserempak tempat kita bertemu dulu
Adakah ku yang khayal kehadiranmu
Atau sememangnya kau di sini
Kedatangan ku ini sekadar menyisip suasana
Dan bukan untukmu semula...

Untukkah siapa yang bersalah
Tertanya-tanya siapakah yang lebih luhur setia
Hanya pandai berjanji sewenang-wenang
Untuk semalam dan hari esok
Tapi engkau terlupa
Engkau yang terlalu kecewa
Sehingga berhari di sini

Pedih melihat engkau begini
Penawar tidak berguna lagi
Sedih sekilasnya engkau menoleh aku
Riak duka yang tergambar
Kau menyesali
Tingkahmu
Tinggalkanku di waktu senangmu

Simpati jiwa bukannya alasan
Kala mata kita bertentangan
Ku sedari aku pun begitu
Merindui belaian kasihmu
Sedari dulu andai pasti
Ditakdir kita bersama



Andainya kita ditakdirkan berdua

Ditakdirkan kita bersama - Mac Ruhayu 

Dr Amalina: Dari 17A1 ke Pentas Dunia — Kisah Anak Malaysia Yang Tak Pernah Mengalah

Dr Amalina: Dari 17A1 ke Pentas Dunia | Kisah Inspirasi Anak Malaysia

Dr Amalina: Dari 17A1 ke Pentas Dunia — Kisah Anak Malaysia Yang Tak Pernah Mengalah

“Ada orang berjaya kerana mereka bernasib baik. Tetapi ada juga yang berjaya kerana mereka tidak pernah berhenti berusaha walaupun penat, kecewa dan diuji.”

Nama Dr Nur Amalina Che Bakri bukan sekadar nama biasa. Beliau adalah simbol bahawa usaha, disiplin dan kesabaran mampu membawa seseorang ke pentas dunia.

🌟 Permulaan Luar Biasa: 17A1 SPM

Pada tahun 2004, Dr Amalina mencipta sejarah apabila memperoleh 17A1 dalam peperiksaan SPM. Kejayaan ini menjadikan beliau ikon pelajar cemerlang Malaysia.

🎓 Perjalanan Ke United Kingdom

Beliau menyambung pengajian dalam bidang perubatan di United Kingdom, berdepan cabaran besar dalam persekitaran kompetitif global.

🏆 Darzi Academic Clinical Fellowship

Pada tahun 2019, beliau dipilih sebagai penerima Darzi Academic Clinical Fellowship di Imperial College London., satu pengiktirafan berprestij dalam bidang klinikal dan penyelidikan.

“It was an honour to be awarded Darzi Academic Clinical Fellowship… I’ll continue my hard work and make Malaysia proud.”

🌍 Antara Doktor Terbaik UK

Dr Amalina turut tersenarai sebagai antara Top 10 doktor pelatih surgikal terbaik di United Kingdom.

💔 Cabaran & Ujian

Di sebalik kejayaan, beliau turut berhadapan dengan kecaman di media sosial walaupun niatnya hanya untuk berkongsi ilmu kesihatan.

✨ Inspirasi Untuk Semua

Kisah ini membuktikan bahawa kejayaan bukan tentang siapa paling hebat, tetapi siapa yang tidak berhenti.

💙 Setiap usaha yang ikhlas, lambat-laun akan menemukan jalannya sendiri.

❓ Soalan Lazim (FAQ)

Siapakah Dr Amalina?

Dr Amalina ialah doktor Malaysia yang terkenal dengan pencapaian 17A1 SPM dan kejayaan dalam bidang perubatan di UK.

Apa itu Darzi Academic Clinical Fellowship?

Ia adalah program berprestij yang diberikan kepada doktor cemerlang dalam bidang klinikal dan penyelidikan.

Di mana Dr Amalina belajar?

Beliau melanjutkan pengajian di United Kingdom termasuk di Imperial College London.

Kenapa Dr Amalina menjadi inspirasi?

Kerana beliau membuktikan bahawa usaha berterusan mampu membawa kejayaan di peringkat antarabangsa.

Apa pengajaran utama dari kisah ini?

Kejayaan datang daripada konsistensi, disiplin dan tidak mudah berputus asa.

📌 Sumber Rujukan

9 barangan harian dengan idea reka bentuk seperti tiada fungsi yang sebenarnya mempunyai tujuan

9 barangan harian dengan idea reka bentuk seperti tiada fungsi yang sebenarnya mempunyai tujuan

Kita biasa menggunakan barangan harian, tetapi mungkin tidak pernah terfikir kadangkala ia direka bentuk dengan ciri atau fungsi tersembunyi yang tidak diketahui kebanyakan orang. Beberapa butiran pada barangan itu kelihatan seperti idea reka bentuk tetapi sebenarnya ia mempunyai tujuan tertentu.

Di bawah adalah 9 barangan harian dengan idea reka bentuk yang kelihatan seperti tiada fungsi tetapi sebenarnya ia mempunyai tujuan.

#1. Lubang dan butang pada penutup minuman

ymaxsmile / Pikabu

Jika anda melihat pada penutup cawan kopi atau minuman yang lain, anda akan ternampak satu lubang kecil di atasnya. Lubang tersebut sebenarnya berfungsi sebagai penebat suhu panas daripada minuman. Wap panas perlu dilepaskan supaya ia tidak terkepung di dalam cawan minuman.

Butang-butang kecil itu juga mempunyai tujuan. Di restoran makanan segera, pekerja restoran akan memahami minuman apa yang mereka hidangkan sama ada teh, kopi atau cappuccino dengan melihat butang gelembung itu. Terdapat nama minuman di atasnya, dan kerja mereka akan menjadi lebih mudah tanpa perlu memeriksa minuman apa yang terdapat di dalam cawan.

#2. Penyandar kepala di tempat duduk kereta

aceksdemeshko / Depositphotos

Fungsi penyandar kepala di tempat duduk kereta lebih kepada melindungi pemandu dan penumpang daripada brek mengejut dalam kemalangan. Ia menjadi fungsi tambahan keselamatan selain beg udara dan tali pinggang keledar. Dan terdapat satu lagi fungsi tersembunyi bagi penyandar kepala.

Sekiranya anda mengalami situasi kecemasan seperti telah terkunci dari dalam kereta atau kereta terlibat dengan kemalangan dan terperangkap di dalam air, anda boleh menggunakan penyandar kepala sebagai pemecah cermin kereta. Caranya dengan menarik penyandar kepala dan pasakkan besi penyandar di tepi tingkap dan tolak dengan kuat penyandar kepala di tingkap itu untuk memecahkan cermin tingkap kereta. 

#3. Sudu persegi ais krim McDonald’s

aneta_rut / Instagram   / joan_foodnlife / Instagram

Bentuk sudu persegi ais krim McDonald’s telah menimbulkan banyak persoalan. Mengapa ia berbentuk persegi dan mempunyai cangkuk? Cangkuk itu sebenarnya berfungsi untuk disambungkan terus ke mesin ais krim, yang kemudian ia akan berputar bagi mencampurkan ‘topping’ pada ais krim. Dengan ciptaan ini, para pekerja tidak menghabiskan banyak masa untuk membuat pencuci mulut ini dan mesin ais krim tidak perlu dicuci dengan kerap.

#4. Pembungkus makanan dan gulungan foil

Bright Side

Terdapat rekaaan seperti kepak atau pengibas pada hujung kotak pembungkusan makanan atau foil aluminium. Sebenarnya ia direka sedemikian rupa untuk kemudahan pengguna. Jika anda menolaknya ke dalam, gulungan akan berfungsi dengan baik dan lancar di dalam kotak, dan kerja anda untuk membalut makanan akan menjadi lebih mudah.

#5. Filem hitam yang melitupi pintu ketuhar gelombang mikro

Luis Dantas / Wikimedia Commons   / Mike Mullins / Youtube

Pintu ketuhar gelombang mikro mempunyai filem hitam yang sangat penting. Ia berfungsi sebagai perisai yang dipanggil sangkar Faraday. Ia berfungsi untuk menyekat medan elektromagnet. Contoh seperti dalam gambar di atas, melihat seorang wanita di dalam sangkar Faraday. Cas elektrik yang kuat akan menyerang dari luar tetapi tidak membahayakan nyawanya kerana dia berada di dalam sangkar itu.

Perisai gelombang mikro berfungsi dengan cara yang sama. Sinaran elektromagnet tidak dapat keluar. Jadi anda tidak perlu memakai topi kerajang timah apabila setiap kali menggunakan ketuhar gelombang mikro.

#6. Baju bayi dengan rekaan tepi bahu seperti sayap atau kepak

Buntwit / Deposit Foto

Pengeluar pakaian kanak-kanak sudah tahu ibu bapa pasti mengalami cabaran apabila menukar pakaian bayi yang lasak. Untuk satu kehidupan yang lebih mudah, mereka telah mencipta kepak tepi bahu di pakaian bayi untuk membantu ibu bapa atau penjaga menyalin pakaian bayi.

Rekaan seperti kepak ini berfungsi sebagai penurun pakaian bayi ke bawah untuk menjadikan keadaan bayi lebih selesa. Pakaian yang dibuka akan ditolak dan dilurutkan ke bawah melalui kaki dan bukan menariknya ke atas melalui kepala bayi.

#7. Kotak pizza

 themodeltypee1 / Twitter

Kotak pizza itu sebenarnya telah direka untuk berdiri. Anda hanya perlu melipat kotak mengikut arahan pada kotak dan ia boleh berdiri tanpa perlu meletakkan apa-apa alas pendiri lain.

#8. Lubang-lubang kecil pada bekas coklat

Bright Side

Bagi penggemar coklat, anda perlu tahu bahawa lubang-lubang kecil yang terletak di tepi bekas coklat itu ada gunanya. Tolak atau tekan lubang itu ke dalam dan coklat akan melompat keluar dengan mudah.

#9. Gelung atau kelok pada kemeja

 ArturVerkhovetskiy / Depositphotos  / Depositphotos

Gelung  atau kelok di belakang baju bawah-butang diperkenalkan pada tahun 1960-an. Kemeja jenis boleh digantung pada “pasak loker” untuk mengelakkan kemeja menjadi kusut. Tetapi gelung atau kelok ini juga mempunyai rahsia.

Di masa lalu, para pelajar di Amerika menggunakan gelung atau kelok ini sebagai penanda untuk memberitahu bahawa mereka berada di dalam perhubungan dengan seseorang dan orang di sekeliling dapat menentukan bahawa seorang lelaki itu tidak lagi “bebas”.

Sumber : Bright Side

Kredit : EraBaru

Wadah Terkini