Pages

Ogos 31, 2018

Munafik 2 atasi HKL

Munafik 2 atasi HKL

TAYANGAN awal filem Munafik 2, semalam berjaya menewaskan kutipan tayangan awal filem Hantu Kak Limah (HKL) dengan jumlah kutipan sebanyak RM2.05 juta berbanding RM650,000 untuk HKL.
Kutipan itu juga sekaligus lebih tinggi daripada tayangan hari pertama HKL yang mengutip RM1.1 juta sebelum ini.

Sinopsis Munafik 2

Sinopsis Munafik 2
Dua tahun selepas peristiwa dalam filem pertama, lautan kehidupan Ustaz Adam (Syamsul Yusof) kembali tenang selepas dihantu oleh kematian isteri dan anaknya. Dia mula menjadi pendakwah bebas dan meneruskan tanggungjawab membantu golongan yang terkena gangguan sihir/jin di serata tempat. Ujian yang menimpa sebelum ini telah mengajarnya untuk lebih tawadhu pada Ilahi. Namun apa yang mengelirukan, Adam sentiasa dihantui dengan imbasan-imbasan silam tentang kematian Maria. Adam juga sering didatangi seorang wanita misteri yang mempersoalkan tentang keimanan dan takdir Tuhan. Dalam masa yang sama, di seberang kampung tinggal seorang wanita bernama Sakinah (Maya Karin) dan anak perempuannya, Aina.

Sakinah terpaksa menjaga anaknya yang mengidap penyakit misteri. Kehidupan Sakinah yang daif memberi tekanan padanya ditambah pula dia dan anaknya beberapa kali diganggu syaitan. Sakinah percaya apa yang dihadapinya berpunca dari Abu Jar (Nasir Bilal Khan), seorang munafik dan ketua ajaran sesat di kampung yang sama. Abu Jar mempunyai pengikut yang ramai dan digeruni penduduk kampung. Sakinah atau sesiapa sahaja yang masih berpegang pada Islam adalah musuh Abu Jar.

Abu Jar menggunakan sihir/jin untuk menghancurkan sesiapa yang tidak mengikut ajarannya. Ini memaksa Sakinah untuk mencari Ustaz Adam. Kedatangan Ustaz Adam ke kampung seberang telah menimbulkan kemarahan Abu Jar. Adam bukan sahaja terkejut dengan apa sebenarnya berlaku pada keluarga Sakinah tetapi juga dengan ajaran sesat Abu Jar yang memesongkan akidah orang Islam di kampung itu.

Tarikh tayangan30 Ogos 2018 (Malaysia)

Pelakon

SINOPSIS Diari Abah 2018 (Istimewa Merdeka)


SINOPSIS Diari Abah 2018  (Istimewa Merdeka)

Kisah Rahmat, dipulaukan oleh tiga anaknya setelah dia bernikah lagi dengan Ashikin, janda anak satu. Khalijah redha kerana dia juga sakit dan mahu anak-anaknya juga redha.

WAKTU SIARAN : Khamis, 30 Ogos 2018, 10:00 malam
SIARAN TV : TV3 (Istimewa Merdeka)
PENULIS SKRIP : Wan Mahani Wan Hassan
PENGARAH : Bade Hj. Azmi
TERBITAN : A. Aida Production Sdn Bhd
PELAKON : Syazuwan Hassan, Nad Zainal, Arash Mohd, Amyza Aznan, Watie Sadali, Ariff Aziz, Silfeny Osman


Hari Merdeka 2018 , Hari Kebangsaan Malaysia Google Doodle


Hari Merdeka 2018 , Hari Kebangsaan Malaysia Google Doodle


Jumaat, 31 Ogos
Hari Kebangsaan Malaysia 2018

Hari Kebangsaan Malaysia disambut di seluruh negeri pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511 hingga tahun 1957.


Sukan Asia 2018 : Emas ke Lima

Sukan Asia 2018 : Emas ke Lima 

Azizulhasni Awang dalam acara pecut individu menewaskan pelumba Jepun, Fukaya Tomohiro.

Hoki Malaysia ke perlawanan akhir bertemu Jepun .

Separuh akhir :

Malaysia (2) 7 - 6 (2) India 
Jepun 1 - Pakistan 0

UTUSAN ONLINE

Word 33 : Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 61

Word 33 : Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 61



Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 61

Ogos 30, 2018

Geng Tebuk maut

Empat penjenayah warga Vietnam dikenali sebagai Geng Tebuk maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan pihak polis berhampiran Plaza Tol Lunas, Lebuh Raya Butterworth - Kulim (BKE), Kulim, dekat sini, pagi tadi. _fb

Search 

Mimpi Yang Berulang - NoVa (OST Cintaku Di Bumi Izmir)

Mimpi Yang Berulang - NoVa (OST Cintaku Di Bumi Izmir)

Kau hadir menyunting kembali rasa
Ku yang telah mati
Dan akan menerangi jalanku
Hadirmu yang membawa erti
Dan meniupkan kembali nafasku
Yang telah lama terhenti

Selamanya akan ku cintai
Seperti mimpi yang berulang lagi
Kembalilah
Kembalilah untuk mencintai aku
Lepaskanlah
Lepaskanlah rasa cinta untukku
Seandainya
Seandainya kau masih menginginkan ku
Bukakanlah
Bukakanlah ruang dihatimu
Selamanya akan ku cintai
Seperti mimpi yang berulang lagi
Kembalilah
Kembalilah untuk mencintai aku
Lepaskanlah
Lepaskanlah rasa cinta untukku
Seandainya
Seandainya kau masih menginginkan ku
Bukakanlah
Bukakanlah ruang dihatimu
Selamanya akan ku cintai
Seperti mimpi yang berulang lagi

SINOPSIS CINTAKU DI BUMI IZMIR

SINOPSIS CINTAKU DI BUMI IZMIR

Usahawan muda, Aidid mewarisi perniagaan eksport dan import makanan di Malaysia yang diusahakan keluarganya. Masih bujang, dia dibesarkan oleh ibu saudaranya Haryati selepas kematian ibu bapa. 

Aidid perlu ke Turki bagi memenuhi undangan sebuah persidangan. Di sana, dia bertemu Suzan Sevgi yang membantunya dari segi komunikasi bersama orang tempatan. Aidid turut meminta Suzan menjadi pemandu pelancong dan penterjemah sepanjang dia berada di negara itu bagi memudahkan kerja.

Lama-kelamaan, perasaan profesional itu bertukar menjadi sayang. Namun, pada masa sama Aidid berdepan konflik apabila ibu saudaranya meminta dia berkahwin dengan anak teman baiknya.


JUMLAH EPISOD : 30 episod
TARIKH TAYANGAN : 27 Ogos 2018
WAKTU SIARAN : Isnin & Selasa, 9.00 malam
SIARAN TV : Unifi TV (Hyppsensasi 116)
PENULIS SKRIP : Nieza Nahar & Raja Azidah
PENGARAH : Idora Abdul Rahman
TERBITAN : Creative Skill Solution Sdn Bhd
PELAKON : Hefny Sahad, Raysha Rizrose, Nabila Razali, Syafie Naswip, Noniswara, Ieka Zulkifli, Wanna Ali, Alif Hadi, GeorginaByl, Syafnida Shuhaimi, Sharifah Kamariah, Zera Hariz, Fathil Dani, Zainab Othman, Helvera Susanti 

Ogos 29, 2018

SIHIJO | BERKONGSI CERITA

WORDLESS WEDNESDAY : AUGUST 29 2018

Kalau pemberian wang tunai "BR1M" itu sogokan, hentikan juga ‘bonus’ dan ‘duit raya’ untuk kakitangan awam

Kalau pemberian wang tunai "BR1M" itu sogokan, hentikan juga ‘bonus’ dan ‘duit raya’ untuk kakitangan awam


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, yang membantah sebarang pengurangan atau pemansuhan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), sebaliknya mencadangkan penambahbaikan bantuan rakyat itu.
Beliau juga menyifatkan kenyataan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang beranggapan BR1M sebagai bentuk sogokan, adalah dangkal.
“Pemberian wang tunai satu dasar yang diamalkan oleh banyak negara lain. Ia sangat membantu menanggung beban sara hidup bagi golongan pendapatan rendah B40.
“Kalau pemberian wang tunai itu sogokan, hentikan juga ‘bonus’ dan ‘duit raya’ untuk kakitangan awam. Konsisten.
“Saya bantah pengurangan atau pemansuhan BR1M. Alasan @AzminAli sangat dangkal. BR1M boleh dikukuh dari segi pengesahan penerima yang layak dan perbelanjaan bersyarat iaitu hanya boleh guna untuk beli barangan tertentu saja,” katanya menerusi status yang dimuatnaik di laman Twitter.
Sebelum ini, Azmin berpendapat langkah kerajaan untuk menghapuskan BR1M tidak memberi kesan negatif kepada rakyat.
Malah, kerajaan beranggapan sebarang bentuk sogokan tunai untuk mendapat sokongan politik perlu dihentikan kerana ia mempunyai unsur rasuah.
Sementara itu di Marang, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menggesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengekalkan BR1M serta terus membantu golongan berpendapatan rendah dan miskin negara.
Katanya, konsep membantu rakyat miskin termasuk pemberian BR1M hasil inisiatif kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini perlu dikekalkan menggunakan kaedah yang lebih sistematik.
"Jangan mansuhkan BR1M, kerajaan perlu terus berusaha menyelesaikan masalah kemiskinan rakyat dan ini BR1M adalah satu daripadanya yang boleh dilakukan kerajaan," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran program unjam di Jeti Pelancongan Marang, di sini, hari ini. _ www.bharian.com.my

Perkahwinan Oleh The Everly / Weddings By The Everly


Perkahwinan Oleh The Everly / Weddings By The Everly

Pernikahan, itu semua tentang mencari tempat yang sempurna untuk merayakan permulaan hidup anda bersama-sama. Marilah kita membawa perkahwinan impian anda ke kehidupan. Dengan seni bina yang direka dengan ballroom tanpa tunggangan yang unik dan menawan yang menampung sehingga 1000 orang dengan pemandangan nafas taman dan tasik, suasana itu akan menjadi latar belakang yang menakjubkan untuk majlis perkahwinan.

Dengan kakitangan dan kakitangan jamuan berpengalaman kami, kami akan memastikan setiap saat akan menjadi pengalaman romantis yang bernilai.Terdapat pilihan tiga pakej perkahwinan yang boleh anda pilih, iaitu orang Melayu, Cina dan India sama ada dengan pakej perkahwinan Muhibah dan makan malam; set kubah dan bufet. Pakar pernikahan kami juga boleh membuat menu buatan khusus yang sesuai dengan anggaran anda.

Pakar pernikahan kami akan bekerjasama dengan anda dari awal hingga akhir, mengendalikan setiap detail untuk menjadikan perkahwinan impian anda menjadi kenyataan dan dengan gembira!

Wedding, it’s all about finding the perfect venue to celebrate the beginning of your life together. Let us bring your dream wedding to life. Architecturally designed with a truly unique and captivating pillarless ballroom that accommodates up to 1000 persons with a breath-taking view of the park and the lake, the setting will be a stunning backdrop for weddings.
With our experienced event and banquet staffs, we will make sure that each moment will be a romantic experience worth cherishing. There are choices of three wedding package which you can choose from, which is the Malay, Chinese and Indian with either, Muhibah lunch and dinner wedding package; dome set and buffet. Our wedding specialist could also work a tailor-made menu that suits your budget.
Our wedding specialist will work with you from beginning to the end, handling each and every detail to make your dream wedding come true and to happily ever after!



The Everly Putrajaya - Where business meets pleasure

Word 32

Word 32


Yang BENAR : ASSALAAMU'ALAIKUM

BUKAN : ASSALAAMU'ALAIKUUUUUM

Yang BENAR : WA'ALAIKUMUS SALAAM

BUKAN : WA'ALAIKUM SALAAM

Sukan Asia 2018 : Rafiq Ismail Emas Boling Master Lelaki

Pemain boling tenpin negara, Rafiq Ismail, bukan sahaja mencipta keterujaan dengan menambah pingat emas ketiga kontinjen Malaysia dalam Sukan Asia Jakarta-Palembang, malah turut melakar sejarah menjadi rakyat Malaysia pertama memenangi acara masters lelaki di pentas ini sejak 1978.

Lawannya adalah peserta Korea Selantan, Park Joo Woo.

Rafiq melakukan balingan terakhir dengan membuat 534 jatuhan pin manakala Joo Woo sekadar melakukan 511 jatuhan pin.

Sumber  

Berbasikal ke Makkah

Berbasikal ke Makkah 

Selepas dua tahun berlatih, bapa kepada enam anak, Suliman Abd Lah, 47, dari Padang Serai, Kulim, hari ini memulakan kayuhan solo ke Makkah bagi menunaikan ibadat haji.
Beliau akan menjelajah lapan negara dengan kayuhan sejauh 10,000 kilometer (km) bermula dari Changlun di sini, dan dijangka tiba di Makkah pada 16 Julai tahun ini. _ Sumber
Saya reda walaupun tidak dapat menunaikan haji namun Allah memberi peluang saya menunaikan umrah pada Ramadan baru-baru ini," kata pengayuh basikal solo 10,000 kilometer (km) ke Makkah, Suliman Abd Lah.
Suliman, 48, berkata dia yang sepatutnya menunaikan haji pada 17 Julai hingga 31 Ogos ini terpaksa pulang lebih awal selepas kerajaan Arab Saudi tidak meluluskan visa haji kepada pengayuh basikal berikutan kebimbangan ancaman Daesh.
Berjaya berkayuh selama 133 hari untuk sampai ke Makkah, dia berkata, biarpun tidak ditakdirkan menunaikan haji namun dikurniakan dengan sejuta pengalaman yang jarang dilalui oleh orang lain._ Sumber 


Menunggu - Mahesya

Menunggu - Mahesya 

di sini aku menunggu
cintamu terus ku tunggu
tapi aku tak tahu
kemana akan dirimu

kau yang ku cinta kini telah tiada
membawa semua luka cinta antara kita
dan sekarang semuanya berbeda
kau pergi entah kemana

tak ada kabar, tak ada berita
hingga diriku ingin untuk mencarinya
ku bertanya kepada siapa
kemana aku mencari

di sini aku menunggu, cintamu terus ku tunggu
tapi aku tak tahu kemana akan dirimu
di sini aku menanti, cintamu terus ku nanti
hingga ragaku mati, kau selalu akan ku nanti


dan sekarang semuanya berbeda
kemana aku mencari

di sini aku menunggu, cintamu terus ku tunggu
tapi aku tak tahu kemana akan dirimu
di sini aku menanti, cintamu terus ku nanti
hingga ragaku mati, kau selalu akan ku nanti
hingga ragaku mati, kau selalu akan ku nanti

Ogos 28, 2018

Sukan Asia 2018, Kemarau emas sepak takraw selama 24 tahun berakhir

Kemarau  emas sepak takraw selama 24 tahun berakhir apabila pasukan regu negara menewaskan tuan rumah, Indonesia di pentas akhir.

Kemenangan manis itu diraih penuh dramatik apabila skuad yang dikendali jurulatih Abdul Talib Ahmad  bermula lesu apabila tewas 18-21.

Kelesuan berterusan dan kelihatan berada di ambang kekalahan apabila ketinggalan 11-15, namun keajaiban berlaku selepas itu apabila mereka bangun untuk kembali memberi tentangan hingga berjaya mengungguli set kedua dengan mata 22-20.

Kebangkitan Syahir Rosdi, Zulkifli Abdul Razak, Norhaffizi Abdul Razak, Farhan Adam dan Azlan Alias itu sekaligus meruntuhkan moral lawan, sehingga mata akhir set ketiga diperoleh untuk menamatkan perlawanan 21-11,

Ia juga mengubat luka kekalahan di final regu berpasukan pada Rabu kepada Thailand.

Dalam pada itu, tekong skuad sepak takraw negara Syahir yang bersyukur dengan kemenangan itu akui tidak bersedih apabila ditukar pada pertengahan permainan dengan diganti oleh rakan sepasukannya Muhammad Zulkifli Abd Razak.

"Saya tidak kecewa kerana ini adalah sebahagian daripada strategi jurulatih.

"Dari awal kita tengok memang servis saya orang dah boleh baca," katanya ketika ditemu bual wartawan penyiaran Astro Arena, Adam Abdul Karim di Bandar Sukan Jakabaring, Palembang.

Untuk rekod, kali terakhir skuad sepak takraw memenangi pingat emas pada 1994 semasa Sukan Asia di Hiroshima, Jepun.

Sumber 

"Nak Tanya Sikit La Timing Belt, Fuel Filter Tahan Berapa Lama Yer" Semalam Saya Ditanya Oleh Sahabat Saya

"Nak Tanya Sikit La Timing Belt, Fuel Filter Tahan Berapa Lama Yer" Semalam Saya Ditanya Oleh Sahabat Saya.

Berikut Adalah Sedikit Maklumat Yang Ingin Kami Kongsikan

Semoga Bermanfaat

1> Minyak hitam

Minyak hitam yg bukan sintetik tu setiap 5,000 km @ 3 bulan whichever is earlier. Kalu yg sintetik - mungkin 7,500 km atau 10,000 km.

2> Oil Filter

Sama seperti minyak enjin. Minyak mineral biasa - 5,000 km. Minyak Synthetic - 7,500 km hingga 10,000 km. Dalam ertikata lain, bila tukar minyak enjin tu, maka tukar juga la filter minyak tu sekali (oil filter)

3> Spark plug

20,000 km ikut schedule maintenance book Tapi kau boleh pakai sampai 30k-40k takde hal...benda ni bukan critical sangat! Tapi kalau dah lebih 40k tak tukar, dia nya electrode pun dah nipis, elok tukar aje...Harga sekitar Rm 20-25 untuk 4 biji.

4> Bateri kereta

18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara penggunaan...kalau kita selalu topup air suling tu, ianya boleh tahan sampai 2 tahun. Kalau selalu lupa topup dan selalu kering. 6 bulan pun bateri boleh kong!

Free maintenance battery lain pulak ceritanya...tak payah top up air, harga lebih mahal dari bateri biasa. Bila beli bateri, jangan main hentam aje, ini kerana di Malaysia banyak barang tipu...so, beli bateri dari jenama yg boleh dipercayai. BOSCH, CENTURY... tapi ada juga jenama yang tak terkenal tapi elok!

Bateri yang baik biasanya lebih berat dari bateri yang kurang baik. Bandingkan bateri tersebut dalam kategori yang sama. Kalau NS50 tu anda kena compare dengan NS50 dari jenama yg lagi satu! Kalau kancil tak silap aku pakai NS40 atau NS40L...begitu la citernya!

5> Timing belt

60,000km untuk kereta Proton Wira, Saga. Waja boleh tahan sampai 90,000 km dan Honda CRV tahan sampai 160,000 km. Jadi timing belt ni ikut jenis kereta. Banyak orang tak tahu, depa sampai aje 60,000 km terus tukar tak kira la dia pakai apa kereta pun! Mekanik pun sengeh aje la, buat apa tolak rezeki dari duit orang!

6> Clutch plate

Clutch plate ni ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman, hanya tukar bila ada simptom "clutch slipping" berlaku sewaktu pemanduan kita. Ni perkara yang susah nak terangkan, sebab tu mereka kata bila 100,000 km baru tukar clutch!

7> Fuel Filter

Tukar aje la sekitar 40,000 km sekali. Benda ni pun murah Rm 15-20 je.

8> Air Filter

Ditukar setiap 20,000 km. Tapi pada mereka yang tukar kepada K&N type, benda ni tak payah tukar, tapi mampu dibersihkan sudah cukup.

9> ATF (Automatic Transmission Fluid)

Minyak ni memang penting bagi yang pakai AUTO. Dalam manual dia ada sebut setiap 20,000 km tukar. Tapi boleh la extend hingga 30,000 km kepada mereka yang nak jimat. Minyak ni memang penting ditukar...jangan abaikan (contohnya tak tukar lebih dari 30,000 km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlu perbelanjaan yg besar. Kalau kita rajin tukar, kereta tak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 litre. Ini membazir untuk kita, tapi bukan pada pihak yang bikin servis. Caj hanya sekitar Rm 200++. Kalau anda selalu tukar ATF, hanya tukar biasa aje, yang budget kurang dari Rm 100...ikut saiz kereta anda!

10> Gear Oil

Untuk mereka yg pakai manual gearbox. Kereta anda tak perlu pakai ATF, tetapi sebaliknya pakailah Gear Oil. Benda ni boleh la tukar 60,000km sekali.

11> Brake Fluid & Power Steering Fluid

Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.

12> Radiator Coolant

Sebotol Rm 15-20... selalunya warna hijau! 60,000 km boleh la tukar sekali! Kalau air radiator korang warna clear aje. Maknanya air paip biasa aje tu! Pakai coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!

13> Air-Cond Belt / Alternator Belt

Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt. Kalau kita terlupa tukar sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt Air-Cond & juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian "ribs"nya dah ada "crack-crack" yang halus...maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini. Akhir sekali, ingin admin ingatkan maintenance schedule yang ikut "km" atau masa "3 bulan" "6 bulan" & seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan @ dalam English nya lebih dikenali sebagai "Preventive Maintenance"

14> Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar. Preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan datang! Tapi dalam dunia ni, mana ada yang perfect! Preventive Maintenance Schedule ni kalau kita ikut tanpa mengetahui sedikit sebanyak tentang fungsi atau sebab mengapa setiap alat ganti tu perlu ditukar. Ianya boleh juga menjadi suatu pembaziran!

15> Contohnya, kalau kita buta-buta ikut apa yg di syorkan oleh pembuat alat ganti. Contohnya "shock absorber" perlu diganti setiap 20,000 km, tentu kita tidak mampu mengikutnya! Jadi anda perlu ada asas ilmu seperti yang diterang kan di atas.

16> Minyak hitam mineral untuk 5,000 km / 3 bulan, minyak semi-sintetik utk 10,000 km / 6 bulan, minyak fully sintetik utk 15-20,000 km / 1 tahun. Kalau boleh hati-hati beli minyak hitam di kedai spare sebab banyak minyak cap ayam yang disediakan khas untuk tipu orang. Botol mungkin ada cap Castrol, Shell, Petronas, Eneos & lain-lain. Tetapi dalam tu sebenarnya adalah minyak murah made in China. Dalam satu hari ada beribu-ribu botol minyak hitam kosong wujud di bengkel-bengkel tertentu. Bos mereka ini sentiasa mengarahkan pekerja untuk mengambil botol-botol kosong ini dan refil serta bubuh seal baru supaya dapat mengaut keuntungan dari duit orang. Elok beli minyak di stesen minyak - confirmed genuine. Unless kalau betul-betul yakin dengan kedai spare part yang kita beli tu.

17> Minyak gear manual ditukar setiap 40,000 km untuk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000 km untuk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat. Paling bagus untuk kereta lama - bubuh gearbox treatment. Minyak gear ATF - ditukar setiap 20,000 km. Sama macam di atas.

18> Flush? kalau dalam buku takde kata - maka tidak perlu. Air filter pun sama - 20,000 km. Coolant - tukar tiap-tiap 20,000 km. Nak tukar tiap-tiap 50,000 km pun boleh dengan syarat guna AIR SULING @ RO water. Timing belt - ditukar setiap 80,000 km. Tapi pernah terjadi stretch sampai 110,000 km(Wira 1.6) tanpa masalah sebab menggunakan timing original Mitsubishi & ia selalu inspect timing belt keretanya. Merekah takda, gigi still elok - tak perlu tukar. Aircond belt, alternator belt, power steering belt - tukar semasa tukar timing belt @ apabila nampak crack.

19> Water pump

Ditukar apabila menukar timing belt untuk kali ke-2. Let's say kita tukar timing belt setiap 80,000 km, maka apabila kita menukar timing belt untuk kali kedua pada 160,000 km, elok tukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba. Nak tukar water pump kena bukak timing belt. So kalau buat sekali, tiada extra labor charge.

20> Spark plug

Every 20,000 km @ selagi plastik kat tengah tu masih putih & tiada kesan terbakar. So kena check spark plug. Kalau spark plug berminyak - engine dah agak uzur & kena overhaul sebab piston ring dah haus. Asap biru kat ekzos jugak adalah tanda piston ring haus - minyak hitam terbakar. BTW, ini bukan service biasa. Dah kira major work jugak. Head gasket - tukar apabila minyak leaking kat area tu @ sekiranya berlaku coolant loss akibat dari blown head gasket. Buat grind valve sekali. Orang panggil nie top-overhaul.

21> Biasanya top overhaul tidak diperlukan kepada kereta bawah 7 tahun atau 200,000 km. Tapi ada gak yang 80,000 km kurang 5 tahun dah kena top overhaul sebab suka lenjan engine. Dok main red line manjang. Ini pun major work la jugak skit.

22> Brake pad

Tukar bila haus @ bila rasa brake kurang mengigit. Biasanya kereta 3-4 tahun sekali. Minyak brake pun sama. Anyway brake belakang tahan lebih lama dari brake depan biasanya double. Bercakap tentang timing belt (juga dipanggil cam belt kerana ia memacu camshaft), ianya berbeza antara satu pengeluar ke pengeluar yang lain.

23> Pada asalnya, enjin pembakaran dalam menggunakan camshaft yang di letak di dalam blok enjin. Secara standardnya pertukaran timing belt pada setiap 100,000 km ikut ketetapan pengeluar Jepun tetapi Jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di Malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan proses wear & tear timing belt yang dibuat dari adunan getah, plastik & fibre glass. Maka itu, adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 90,000 km. Bagi alat ganti timing belt berkualiti rendah, kita perlu menukar lebih awal, maybe 60,000 km. Admin tak begitu pasti tentang ini.

24> Sesetengah pengeluar seperti Alfa Romeo mencadangkan pertukaran timing belt pada jarak hanya 30,000 km bagi semua enjin straight 4 twin spark & juga enjin V6 bagi model sebelum tahun 1999. Pada tahun 1996 dahulu, ada juga pemilik yang kerek & cakap timing belt boleh tahan sampai 100,000 km. Tak perlu tukar pada 30,000 km. Then, keta dia kena tarik masuk sebab timing belt putus & enjin kena overhaul. Bacaan odometer ketika itu = 35,000 km. Maka moralnya adalah kita perlu patuhi spesifikasi service & penyelenggaraan pengeluar. Banyak kenderaan zaman sekarang telah menggunakan timing chain sebagai ganti kepada timing belt. Ini termasuk Nissan, Honda & Toyota. Toyota misalannya menggunakan timing chain bagi semua kenderaan penumpangnya.

25> Model seperti CRV pada mulanya menggunakan timing belt, tetapi untuk CRV baru generasi kedua, Honda juga kembali memperkenalkan timing chain melalui enjin i-VTEC. Ianya tidak memerlukan pertukaran biarpun sudah mencecah 500,00 km lantas menjimatkan kos dan menjaga alam sekitar. Sekiranya mekanisme rantai mengeluarkan bunyi, hanya perlu tukar tensioner bearing dan segalanya pulih seperti sedia kala.

Kredit to FB Limau Ais :)

#whatsappgroup 

Rumah Makan Inthan



Rumah Makan Inthan

3, Jalan Cekur Manis, Taman Cekur Manis, 09600 Lunas, Kedah

Waktu perniagaan 6 petang - 1 pagi.

Photo Peta Sumber

Hantu Judi Oktober Ini Di Astro Citra

Hantu Judi Oktober Ini Di Astro Citra

A post shared by Alvin Chong (@alvinchong123) on

Big Stage

Rancangan Big Stage yang ditaja oleh Vivo dan ditrendkan oleh Tik Tok ini akan disiarkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria(104) dan Ria HD (123).

Channel : Astro Ria(104) dan Ria HD (123)
Mula Tayangan : 5 Ogos 2018
Masa: [Setiap Ahad, 9.00 mlm]

Pengacara: Alif Satar dan Sherry Al Hadad
Juri Tetap: Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir
Jumlah Episod : 8


MENUMPANG HIDUP DENGAN ANAK YANG TIDAK BERJAYA DI PENGHUJUNG USIA

MENUMPANG HIDUP DENGAN ANAK YANG TIDAK BERJAYA DI PENGHUJUNG USIA

Ketika memasukkan barang yg dibeli dari sebuah supermarket,saya ternampak seorang yg saya kenali di kampung saya di parking motor.Dia kelihatan membawa beberapa beg pampers yg dibeli dan nampak berusaha mengikat bungkusan besar pamper di motor separuh usianya.Saya menegurnya dan kami berbual sekejap.

Lelaki 40an ini bercerita,"Cikgu,saya anak bongsu,saya mengaji tak tinggi, kerja kampung saja.Tak seperti kakak dan abang yg emak ayah saya bagi mengaji sampai universiti. Ganjarannya mereka hidup mewah dibandar,emak yang telah 80an mereka tinggalkan kepada saya kerana saya tidak mengaji tinggi,tidak banyak urusan hidup,tak banyak kerja, kata mereka.Emak saya dah lumpuh,berak kencing dalam pampers,makan pun kekadang kena disuap."

Bila ditanya tidakkah abang dan kakaknya balik melihat emak mereka,dia membalas."Abang dan kakak serta ipar saya hanya balik menjengok emak bila raya,itupun sekedar menjengok.Sayalah juga mengurus emak walau mereka ada.Katanya geli geleman nak buka pampers emak, anak menantu emak lagilah menjauh"Matanya mula merah dan berair."Lihatlah cikgu,dengan motor ini saya kena membeli keperluan emak, mereka kata saya takda kerja,sedangkan saya kena berhempas pulas dikebun untuk sesuap nasi.Mereka lupa emak yg membasuh berak mereka dulunya, mereka lupa emak yg membuka napkin mereka yg penuh taik atau air kencing suatu masa dulu.Hari ini mereka geli geleman pada pampers emak.Mereka lupa suatu masa dulu emak yg menyuap mereka makan,hari ini mereka tak bertanya pun emak dah makan atau tidak berbimbang kena menyuap."Dia berhenti bercakap,air matanya menitis dibaju lalu disapu dg hujung baju lusuhnya.Saya hanya menepuk bahunya lalu mendakapnya dan membisikkan agar dia bersabar.Lalu saya ambik semua bungkusan pampers yg dibelinya dan saya bawa kekereta saya.

Begitulah satu hakikat hidup.Ibubapa berhempas pulas mahu anak berjaya dalam hidup,menjawat jawatan besar, hidup senang tetapi mereka langsung tidak memikir bahawa kesenangan hidup anak akan menyebab mereka tiada masa untuk ibubapa.Mereka hanya memikir untuk boleh menumpang hidup dg anak.Anak yg berjaya dibangga, anak yg kurang berjaya dimarah, diherdik.

Tetapi akhirnya anak yg tidak berjaya dlm hidup yg akhirnya terpaksa hidup dg ibubapa itulah yg membela ibubapa hingga ke akhirnya hayat.Anak yg dibangga kejayaannya, sibuk dg hidup,sibuk dgn kerja dan tiada masa menjengok ibu ayah apa lagi mengurus berak kencingnya. Bukankah sepatutnya anak yg berjaya yg memelihara ibubapa dan memberi ruang kpd anak yg kurang berjaya menerus hidup kais pagi makan pagi dg lebih selesa.

Ingatlah kpd anda yg ada anak,jangan dibangga berlebihan pada anak yg berjaya dan dicemuh yg gagal, kerana setiap anak yg Allah anugerahkan ada kelebihan dan kekurangannya.Anak yg gagal pada ukuran kejayaan didunia,mungkin berjaya pada ukuran akhirat bila dia menumpah bakti memelihara ibu ayah hingga ke matinya mereka.

Saya mengajak pembaca yg masih ada ibu ayah,jangan mengambil sikap membiar ibuayah dipelihara oleh seorang saudara kita sahaja,kita sekadar menjengok sekali sekala. Sepatutnya direbut usaha menjaga ibubapa untuk membalas jasa mereka biar bagaimana keadaannya sekalipun.Penuhilah keperluan ibubapa, jangan jadi seperti beberapa orang ansk yg datang meminta sjmbangan kerusi roda utk ibubapa,sedangkan mereka datang memandu Honda Civic.Ada yg datang minta katil hospital,sedangkan mereka mrmandu CRV.Nabi berpesan,ibuayah membela kita supaya membesar dan berjaya,tetapi kita membela ibubapa untuk menunggu hari matinya.Itupun tak boleh?

Pada anda yg masih muda,berazamlah intuk menjaga ibubapa hingga ke akhir hayatnya kerana syurga itu tergantung pada redha ibubapa.Jangan akhirnya ibubapa menitis air mata bila mengrnang anak anaknya ketika mereka lanjut usia,biarlah wajah tua mereka tetap nengukir senyum dan berbangga pada setiap anak-anaknya.Wallahua'lam

JIKA TUAN PUAN MASIH ADA IBU BAPA DI KAMPUNG... DOALAH UNTUK MEREKA.. BALIKLAH JIKA ADA KELAPANGAN..

Nasihat untuk diri sendiri juga.. ZIZAN KL

#whatsappgroup