Disember 31, 2018
Pedih
Bukan kecewa dipinggirkan
Aku kecewa tiada kejujuran
Bukan bersedih disakiti
Teramat pedih diri dikhianati
Sebelum kasih menjadi benci
Aku memilih berpisah di sini
Bila tiada kesetiaan
Tak mungkin teguh pendirian
Biar menangis di ketika ini
Tidak rela menangis
Kemudian hari
Hilang kekasih mungkin berganti
Yang ku harapkan teman sejati
Sebelum kasih menjadi benci
Aku memilih berpisah di sini
Pedih - Ella
Disember 30, 2018
Zaaim Juara Mentor 7
Naib Juara : Pasha
Ketiga : Lazarul
Keempat : Ranisha.
Mobile Legend Akan Dipertandingkan Di Sukan Sea 2019,
Untuk kaki-kaki gamer di luar sana, hari ini ada satu berita baik buat anda semua. Mobile Legends: Bang Bang yang amat popular di kalangan rakyat Malaysia bakal dipertandingkan di dalam kategori e-sukan pada Sukan SEA 2019 yang bakal dianjurkan di Manila, Filipina. _ Sumber
Biodata Fieya Julia
Anak
SINOPSIS SESAAT BAHAGIAKU
Disember 29, 2018
SINOPSIS HUJAN MANIK
SINOPSIS SYAITAN
Disember 28, 2018
Sejarah dan pemilik jenama kenderaan mewah
SINOPSIS REZEKI TANPA ALAMAT
SINOPSIS AKU CINTA DIA
Laila kecewa Ikhwan tidak hadirkan diri di majlis pernikahan. Lantas dia membawa diri ke luar negara seorang diri untuk mendapatkan ketenangan hati. Dia juga terpaksa menanggung malu tetapi bernasib baik kerana mendapat sokongan penuh daripada ibunya.
Tersalah membuat penempahan bilik adalah antara cabaran yang terpaksa dihadapi Laila setibanya di Amsterdam. Setelah mendapatkan tempat tinggalnya, dia keluar bersiar-siar.
Laila berkenalan dengan Sarina, seorang yang peramah dan popular di media sosial Instagram. Laila diberi kesempatan menyewa bilik di rumah penginapan Sarina setelah menceritakan apa yang telah berlaku.
Pertemuan Laila bersama Affan yang baru tiba dari Malaysia untuk melawat Sarina telah menemukan Laila dengan instacrushnya itu. Masing-masing tidak tahu sebab sebenar Laila di sana. Mereka bertiga semakin rapat.
Laila membuka cerita kedatangannya ke Amsterdam kerana suka melihat posting Instagram yang dimuat naik Affan. Tanpa diduga, Affan menawarkan diri untuk membawa Laila ke tempat-tempat tersebut.
Pelakon Aku Cinta Dia (TV3) Dan Waktu siaran
Affan menunaikan janjinya. Laila hampir lupa kisah yang telah ditinggalkannya di Kuala Lumpur dan dia berasa amat gembira dengan semuanya sehinggalah dikejutkan dengan berita perkahwinan Ikhwan bersama rakan serumahnya sendiri iaitu Nel. Berita ini mengundang sedih dan Laila akhirnya menceritakan perkara itu kepada Affan.
Perasaan suka mula timbul. Affan memutuskan untuk melamar Laila dan ingin bernikah secepat mungkin. Laila terkejut dengan lamaran itu. Mereka berkahwin di Amsterdam. Pada masa yang sama, Sarina ingin mencari ayah kandung mereka di Malaysia tetapi tidak mendapat persetujuan dari Affan.
Laila pula runsing memikirkan penerimaan keluarganya. Dapatkah Sarina berjumpa dengan ayah kandungnya? Bagaimanakah reaksi Dr. Azhar dan Puan Zaity tentang perkahwinan anak mereka di Amsterdam?
Pelakon Aku Cinta Dia (TV3) Dan Waktu siaran
Nota | Penakuan
Dalam hidup kita yang singkat ini, cuba renungkan kembali, apakah hidup kita selama ini
banyak memberi manfaat atau menyusahkan orang lain?
Sebenarnya, ALLAH SWT mencipta semua makhluk dengan taraf yang sama di sisi-Nya.
Tidak kiralah apa pun bangsa atau warna kulit kita.
Yang membezakannya hanyalah sama ada kita dimuliakan atau dihina oleh-Nya.
Siapakah yang terbaik dalam kalangan manusia?
Rasulullah SAW bersabda: "Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Berdasarkan hadis itu, manusia yang dimuliakan ALLAH SWT ialah yang sentiasa berbuat kebaikan dan perkara itu memberi manfaat kepada orang di sekelilingnya.
Daripada Ibnu Abbas RA, beliau berkata, "Rasulullah SAW ditanya, 'Siapakah orang terbaik?' Baginda menjawab, 'Yang paling bermanfaat bagi sesama manusia'."
Apa yang dimaksudkan dengan perkataan manfaat itu tidak terhad kepada memberi sesuatu seperti harta, barangan atau pertolongan sahaja.
Malah, ia mempunyai maksud yang begitu luas.
Contohnya, memberi tunjuk ajar dengan ilmu dan dipraktikkan pula di dalam kehidupan kita. Ia juga sesuatu yang bermanfaat.
Kita perlu ingat bahawa keperluan setiap orang adalah tidak sama.
Mungkin seseorang tidak memerlukan ilmu kerana sudah memiliki ilmu dan ada pula yang tidak memerlukan harta kerana dia sudah berharta.
Namun, dari segi aspek lain barangkali, individu itu berasa terasing walaupun sudah memiliki segalanya kerana dia tiada keluarga atau saudara-mara.
Dalam hal ini, individu itu sebenarnya memerlukan kasih sayang daripada kita iaitu orang yang berada di sekelilingnya.
Oleh itu, manfaatkanlah hidup kita dengan sebaik-baiknya. Biarlah apa yang kita lakukan turut memberi manfaat kepada orang lain.
(Sumber: Muhd Nasruddin Dasuki)
Sumber : Sinar Harian
KFC: Harga diselaras termasuk SST 6%
Disember 27, 2018
Pergi Selamanya
Malam kian melangkah
Dalam kelam hadir bayangmu
Bagai mengundang mimpi
Saat kau dan aku
Sayangnya kau tiada disisiku
Masih terbayang segalanya
Bagaikan semuanya mimpi belaka
Hilang tak mungkin kan kembali
Merubah yang tersurat dalam hidupku
Kau pergi tak kembali selamanya
Walau berkali kutangisi
Tak mungkin kau kan kembali
Ku tak berdaya mengharungi sendiri
Tanpamu hidupku tak bererti
Hari berlalu kau kian jauh
Di alam abadi dipusaramu oh....
Hanya doa yang kuiringkan
Dalam hiba aku tangiskan
Hilang tiada pengganti
Permata yang berharga dalam hidupku
Segalanya datang dan pergi
Kutahu sukar bagiku
Menelan kenyataan
Tapi telah tertulis untuk dirimu
Hari kian silih berganti
Masih aku sendiri termanggu dalam sepi
Dalam kepekatan malamku
Ku lihat lambaianmu dari syurgawi memanggilku
Word 90
Word 90
Disember 26, 2018
Mentor 7 : Akhir
Pasya, Ranisha, Zaaim dan Azmirul berentap di pentas akhir Mentor 7 pada 30 Disember 2018, 9 malam, di TV3.
Word 89
Dinda
Takut nanti lekas tua
Dinda setia orangnya
Takkan pernah mendua
Dari jutaan bintang
Kanda paling gemerlapan
Dari segenap jejaka
Kanda lah paling menawan
Kredit