I remember when we still one Your laugh, your voice, and your bright eyes We're together in this love Promise we'll forever And now you left me alone Cause You find someone better You're in that way with her And one think I know
You break my heart, break my hope Make me so down in a loneliness You left me when I deep Thought you are my best scene Being my prince, but I was wrong Baby, you change a pink into the blue
And what does it mean all the things that we have written The great conversation and a beautiful future Perfect definition of sadly flower
You break my heart, break my hope Make me so down in a loneliness You left me when I deep Thought you are my best scene Being my prince, but I was wrong Oh baby, you change a pink into the blue
You break my heart, break my hope Make me so down in a loneliness You left me, you left me when I'm in love Thought you are my best scene Being my prince, (i was wrong) but I was wrong (i was wrong)
I was wrong (I was wrong) I was wrong (I was wrong) I was wrong (I was wrong) I do i fall in you
London: Pelakon Michael Gambon yang terkenal menerusi watak Albus Dumbledore dalam rangkaian filem Harry Potter meninggal dunia disebabkan penyakit pneumonia, semalam.
Gambon, 82, menghembuskan nafas terakhir dengan tenang di hadapan keluarga tercintanya di sebuah hospital.
Selain keluarga, pemergiannya nyata turut diratapi dunia termasuk pelakon utama Harry Potter, Daniel Radcliffe.
PayNet hari ini akhirnya mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan dengan caj transaksi DuitNow QR yang bakal berkuat-kuasa 1 Oktober 20231 November 2023 kelak, disamping memberikan penjelasan lanjut serta membetulkan beberapa laporan media lain yang kurang tepat sebelum ini.
Menurut PayNet, caj transaksi ini adalah terhadap penjual atau peruncit, dan bukannya terhadap pengguna awam. Caj ini adalah dalam usaha membolehkan rangkaian pembayaran tersebut dapat diselenggara dan diuruskan dengan baik, selain mengurangkan kos yang ditanggung bank dan penyedia perkhidmatan dalam pengurusannya.
Caj perkhidmatan ini sebelum ini disasarkan untuk diimplementasi lebih awal, tetapi ditangguhkan sehingga 1 November 2023 ini. PayNet menyatakan pengenalan caj ini tidak akan membawa kepada peningkatan harga barangan. Hal ini kerana medium pembayaran seperti kad kredit dan kad debit oleh penjual sedia membayar caj transaksi kepada penyedia perkhidmatan. Caj transaksi ini akan ditanggung oleh peniaga atau peruncit dan bukannya oleh pengguna awam.
Tambahan lagi, PayNet menjelaskan yang mana caj transaksi 50 sen untuk pemindahan lebih RM5000 adalah caj transaksi untuk pemindahan antara pengguna (P2P) dan bukannya untuk peruncit.
Menurut PayNet juga, terdapat beberapa bank yang akan meneruskan penawaran perkhidmatan secara percuma – terutamanya melibatkan peruncit dan penjual kecil. Namun, perkara ini adalah bergantung kepada bank atau penyedia perkhidmatan tersebut. Amanz
Maybank Dan Public Bank Tidak Akan Mengenakan Caj Transaksi DuitNow QR
Berita tular minggu ini ialah caj transaksi DuitNow yang dikenal oleh PayNet ke atas terhadap peruncit bermula 1 November depan. Rata-rata reaksi orang ramai adalah negatif kerana ini akan mengakibatkan kos kepada peruncit ini akan dirasai oleh pelanggan menerusi kenaikan harga barang.
Pagi ini Maybank dan Public Bank mengeluarkan kenyataan mereka tidak akan mengenakan caj transaksi DuitNow bermula 1 November. Hanya dua bank ini mengeluarkan kenyataan tidak akan mengenakan caj transaksi. CIMB pula mengeluarkan kenyataan akan hanya mengenakan caj bermula 1 Januari 2024.
Dalam siaran media yang dikeluarkan oleh PayNet yang mengendalikan sistem DuitNow, caj kadar diskaun peruncit (MDR) dikecualikan semasa pengenalan bagi meningkatkan penggunaan. Ia kemudiannya dilanjutkan lagi kerana pandemik Covid-19. Caj MDR pada waktu ini dikenakan pada setiap transaksi kad debit serta kredit. Amanz
BNM : Bank Utama Akan Mengecualikan Yuran Transaksi Ke Atas Perniagaan Mikro Dan Kecil Untuk DuitNow QR
Bank Negara Malaysia hari ini telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan DuitNow QR, sekaligus mengesahkan yuran transaksi akan diimplementasikan untuk DuitNow QR bermula 1 Oktober 2023. Ini adalah susulan daripada pengecualian yuran untuk tempoh terhad yang diperkenalkan sejak 2019.
BNM menjelaskan yuran transaksi ini adalah bertujuan untuk menampung kos menyenggara sistem pembayaran, termasuk sokongan keselamatan siber, dan beberapa perkara berkaitan lain. Seperti dimaklumkan sebelum ini, beberapa perkhidmatan pembayaran digital sedia mengenakan caj transaksi kepada penjual, termasuk untuk pembayaran kad debit dan kredit.
BNM turut menekankan yang mana pengguna individu tidak akan dikenakan sebarang caj tambahan apabila menggunakan DuitNow QR. Sebaliknya, untuk perniagaan, yuran transaksi DuitNow QR akan kekal rendah sama seperti untuk yuran pembayaran kad debit – atau lebih rendah daripadanya.
Pada masa yang sama, BNM turut mengatakan bank-bank utama dan juga penyedia perkhidmatan kewangan yang menguruskan 75% perniagaan yang menerima pembayaran secara DuitNow QR telah menyatakan akan mengecualikan yuran transaksi ke atas perniagaan mikro dan kecil.
Mengikut definisi KPDN, perusahaan mikro adalah dengan jualan tahunan dibawah RM300,000 atau kurang 5 pekerja, sementara perusahaan kecil adalah dengan jualan bawah RM15 juta atau kurang 75 orang pekerja.
Setakat ini, BNM tidak menyatakan bank-bank tersebut. Secara rasminya, Maybank dan Public Bank telah menyatakan tidak akan mengenakan caj transaksi berkenaan. Mungkin kita akan mendengar sokongan serupa oleh beberapa penyedia lain tidak lama lagi. Amanz
Seorang pendakwah dikenali sebagai Ustaz Mokhtar Yaakob telah meluahkan kekwatirannya apabila melihat trend sesetengah pihak yang berlumba-lumba pergi umrah namun tidak pula mempraktikkan ibadah tersebut selepas pulang ke Tanah Air.
Pergi umrah, masjid & surau di kampung sunyi
Menerusi perkongsian video di TikTok Pejuangsubuh, ustaz berkenaan menyatakan yang ada pihak kerap menceritakan tentang nikmat solat berjemaah di Tanah Suci, namun tidak pula mengimarahkan masjid atau surau di kawasan kediaman sendiri.
Sekarang ini trend pergi umrah, habis sekampung pergi umrah masjid tak datang. Ada benda tak kena.
Balik umrah bercerita ‘seronoknya sembahyang jemaah tapi 12 hari di sana itu sahajakah mereka berjemaah? ujarnya.
Pergi umrah bangun pagi nak berjemaah, tapi tak pula di Tanah Air
Dalam pada itu, beliau juga bercerita yang ramai jemaah gigih bangun di awal waktu untuk sama-sama berjemaah pada awal pagi bagi menunaikan solat subuh tetapi perkara tersebut berbeza selepas pulang dari mengerjakan ibadah haji atau umrah.
“Masa duduk sana, awal-awal pagi pukul 3 dah pergi sembahyang subuh siap ketuk pintu mutawwif.
Tapi bila naik atas kapal terbang, ustaz minta niat sembahyang jamak ada yang kata nak qada solat.
Itu baru atas kapal terbang belum sampai kampung lagi, tak peliklah kalau dekat masjid tak ada jemaah,” jelasnya lagi.
Teguran buat kita semua
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan teguran dibuat pendakwah berkenaan kerana melihat trend orang ramai yang berlumba-lumba pergi umrah.
Ada di antara mereka juga mendakwa sesetengah individu ke Tanah Suci atas alasan mengerjakan umrah seperti makan angin kerana lebih banyak memuat naik gambar di media sosial.
Durioo+ iaitu platform penstriman video memfokuskan kandungan Islam untuk kanak-kanak bakal hadir dengan animasi asli baharu bergenre sains fiksyen.
Bukan itu sahaja, siri animasi juga memfokuskan agama Islam dan diberi nama sebagai ILM – Kebangkitan Khalifah. Siri ini turut akan mempersembahkan aksi dan jalan cerita yang unik serta menarik.
Menurut Durioo+, siri ini menyasarkan kanak-kanak 8-12 tahun. ILM – Kebangkitan Khalifah ini turut menjadi siri animasi sains fiksyen Islam aksi pertama dunia dan menjamin boleh bersaing dengan animasi terkenal lain.
Siri ini dihasilkan sepenuhnya oleh studio Durioo+ dan dijadualkan untuk tiba di platform penstriman mereka pada bulan Ramadan 2024.
mati (jalan dan lain-lain), tertutup (pintu dan lain-lain), terhalang, tersekat; fikiran ~ tidak berfikir panjang lagi; jalan ~ a) jalan mati; b) tidak tercapai tujuan kerana tidak ada kata sepakat; usus ~ usus yang tersekat hujungnya;
Kucing adalah haiwan kesayangan yang sering menjadi sebahagian daripada keluarga kita. Kucing membawa kebahagiaan dan keceriaan kepada rumah kita dengan tingkah laku mereka yang comel dan sudah tentu ada kenakalannya.
Tetapi, sebelum kita memutuskan untuk memelihara kucing, penting untuk memahami jangka hayat kucing dan tanggungjawab yang berkaitan dengan pemeliharaan kucing.
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Jangka Hayat Kucing
Jangka hayat kucing bergantung kepada beberapa faktor utama:
1. Pemakanan
Pemakanan yang sihat adalah kunci kepada kesihatan kucing. Makanan berkualiti tinggi yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan adalah penting untuk memastikan kucing hidup dengan sihat dan aktif. Pastikan untuk memberi makanan yang sesuai dengan usia dan keperluan kucing. Boleh lihat di sini untuk Makanan Kucing Terbaik.
2. Penjagaan Kesihatan
Membawa kucing ke klinik veterinar untuk pemeriksaan berkala adalah penting. Vaksinasi, pemeriksaan gigi, dan rawatan anti-parasit adalah sebahagian daripada penjagaan kesihatan yang diperlukan untuk meningkatkan jangka hayat kucing.
3. Senaman dan Aktiviti Fizikal
Kucing yang aktif dan mendapat peluang untuk bermain dan bersenam cenderung hidup lebih lama. Berikan kucing peluang untuk bersenam dan main dengan mainan atau membolehkannya berjalan-jalan di luar dengan pengawasan.
4. Genetik
Jangka hayat kucing juga dipengaruhi oleh faktor genetik. Ada jenis kucing yang mungkin mudah dijangkiti penyakit tertentu yang boleh mempengaruhi jangka hayat.
Jangka Hayat Purata Kucing
Kucing domestik biasanya mempunyai jangka hayat purata antara 12 hingga 18 tahun. Walau bagaimanapun, banyak faktor boleh mempengaruhi jangka hayat kucing, dan ada kucing yang dapat hidup lebih lama daripada ini. Kucing tertua yang pernah di rekodkan adalah 38 tahun.
Jangka Hayat Kucing & Anggarannya Dengan Umur Manusia
Jika kucing anda sudah berusia lebih 10 tahun, sebenarnya mereka telah masuk ke kategori umur “warga tua”. Antara formula yang boleh di gunakan untuk menganggar umur kucing adalah 4X (umur kucing) + 16.
Untuk memastikan kucing hidup dengan baik dan lama, anda boleh mengambil langkah-langkah berikut:
Pemakanan Berkualiti Tinggi: Berikan makanan yang berkualiti tinggi dan sesuai dengan usia serta keperluan kucing anda.
Penjagaan Kesihatan Berkala: Pastikan untuk membawa kucing ke veterinar untuk pemeriksaan berkala dan vaksinasi yang diperlukan.
Senaman (Bermain): Berikan peluang kepada kucing untuk bersenam dan bermain setiap hari.
Berikan Kasih Sayang: Kasih sayang dan perhatian dari pemilik adalah penting untuk kesejahteraan emosi kucing.
Kawalan Parasit: Pastikan untuk mengawal parasit seperti cacing dan kutu.
Kawalan Stress: Hindari situasi yang boleh menyebabkan tekanan kepada kucing anda.
Kesimpulannya, jangka hayat kucing adalah perkara penting yang perlu dipertimbangkan sebelum anda memelihara kucing. Dengan penjagaan yang betul dan kasih sayang, anda boleh membantu kucing anda hidup lebih lama dan sihat.