SURAH AL MULK TERJEMAHAN BAHASA MELAYU

Surah Al Mulk ( الملك‎) Terjemahan Bahasa Melayu
Ialah surah ke-67 dalam al Quran dan terdiri atas 30 ayat. Surah ini tergolong surat Makkiyah. Dinamakan Al Mulk yang bererti Kerajaan diambil dari kata Al Mulk yang yang terdapat pada ayat pertama surat ini. Surat ini disebut juga dengan At Tabaarak yang bererti Maha Suci.

AL MULK

[1] Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;

[2] Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);

[3] Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan – (mu) – dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?

[4] Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia).

[5] Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang.

[6] Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.

[7] Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak.

[8] Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya. Tiap-tiap kali dicampakkan ke dalamnya sekumpulan besar (dari orang kafir), bertanyalah penjaga-penjaga neraka itu kepada mereka: “Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)?”

[9] Mereka menjawab: “Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan serta kami katakan (kepadanya): Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu (wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan yang besar! “

[10] Dan mereka berkata: “Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka”.

[11] Akhirnya mereka mengakui dosa-dosa mereka (sebagai orang-orang yang kufur ingkar), maka tetaplah jauhnya rahmat Allah dari ahli neraka.

[12] Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.

[13] Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.

[14] Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!

[15] Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).

[16] Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)?

[17] Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu?

[18] Dan demi sesungguhnya! orang-orang (kafir) yang terdahulu daripada mereka telah mendustakan (rasul-rasulnya lalu mereka dibinasakan); dengan yang demikian, (perhatikanlah) bagaimana buruknya kesan kemurkaanKu.

[19] Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

[20] Bahkan siapa dia yang menjadi tentera bagi kamu, yang akan menolong kamu selain dari Allah Yang Maha Pemurah? (Sebenarnya) orang-orang yang kafir tidak lain hanyalah berada dalam keadaan terpedaya.

[21] Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya? (Tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang musyrik itu) kekal terus dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri (dari kebenaran).

[22] Maka adakah orang yang berjalan (melalui jalan yang tidak betul, yang menyebabkan dia selalu jatuh) tersungkur di atas mukanya: boleh mendapat hidayah – atau orang yang berjalan tegak betul, melalui jalan yang lurus rata?

[23] Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur”.

[24] Katakanlah lagi: “Dia lah yang mengembangkan kamu di bumi, dan kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan”.

[25] Dan mereka (yang ingkar) berkata: “Bilakah datangnya (hari kiamat) yang dijanjikan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar?”

[26] Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya ilmu pengetahuan (tentang masa kedatangannya) hanya ada pada sisi Allah, dan sesungguhnya aku hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran yang terang nyata”.

[27] Kemudian apabila (datang kiamat dan) mereka melihat (azab) yang dijanjikan itu secara dekat, muramlah muka orang-orang yang kafir itu, serta dikatakan (kepada mereka): “Inilah dia yang dahulu kamu kerap kali minta disegerakan kedatangannya!”.

[28] Tanyalah (wahai Muhammad, kepada mereka): “Bagaimana fikiran kamu, jika Allah binasakan daku dan orang-orang yang bersama-sama denganku (sebagaimana yang kamu harap-harapkan), atau Ia memberi rahmat kepada kami (sehingga kami dapat mengalahkan kamu), – maka siapakah yang dapat melindungi orang-orang yang kafir dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?”.

[29] Tegaskan (wahai Muhammad, kepada mereka): “Allah Dia lah Yang Maha Pemurah, yang kami beriman kepadaNya, dan yang kepadaNya kami berserah diri; oleh itu kamu akan mengetahui kelak siapakah yang berada dalam kesesatan yang nyata”.

[30] Katakanlah lagi: “Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?”.

Labels: ,

INI RAHSIA KAYA TANPA MODAL.

INI RAHSIA KAYA TANPA MODAL.

Tolong sebarkan rahsia ini supaya ramai lagi dapat buat duit dengan mudah di rumah masing-masing.

Saya bagi step, anda cuma kena ikut saja. Saya pesan sekali lagi; TIADA MODAL!

✅ Klik link ini https://bit.ly/3ymh8Wc

✅ Dah register, anda boleh lock in

✅ Cari lambang Whats in the Box. Klik dan buka kotak tu. Anda akan dapat hadiah.

✅ Setiap hari anda boleh klik lambang Whats in the Box ni untuk dapat hadiah.

✅ Cari my account. Klik. Cari share referral link. Copy referral link tadi dan letak di mana saja yang anda suka.

✅ Orang yang register sebagai shopper di PG Mall menggunakan link anda, akan jadi customer anda.

✅ Setiap kali dia buat belian di PG Mall, dia dapat cash back. Anda pun dapat cash back.

✅ Setiap kali anda buat belian, anda pun akan dapat cash back.

✅ Cash back akan dimasukkan ke dalam cwallet anda di PG Mall pada setiap 25hb berikutnya.

✅ Install apps pgmall. 

✅ Cari lambang bumi warna merah. Klik dan goncang (shake) handphone anda. Anda akan dapat duit.

✅ 2 kali sehari anda boleh goncang. Sebelum dan selepas jam 12 tengahari. Anda akan dapat duit.

✅ Duit yang anda dapat dari Shake the World atau Whats in the Box pun akan masuk cwallet tersebut.

✅ Anda dah boleh bina empayar PG Mall anda sendiri dengan mula share referral link anda kepada semua.

Tanpa modal pun dah boleh mula. Mudah je. Kunci utama adalah rajin, rajin dan rajin.
Labels:

AL-QURAN MELAYU | http://quran-melayu.blogspot.com/

Labels: ,

SURAH AL FATIHAH TERJEMAHAN BAHASA MELAYU

SURAH AL FATIHAH TERJEMAHAN BAHASA MELAYU




Surah Al Fatihah (الفاتحة) Terjemahan Bahasa Melayu

1. Al Fatihah


[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.

[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


Ini adalah Surah Al-Fatihah (سورة الفاتحة) - Pembukaan - surah yang diturunkan di Makkah dan diturunkan selepas Surah Al-Muddathir. Surah ini mempunyai 7 ayat dan inilah surah pertama yang diturunkan lengkap keseluruhan ayat bagi sebuah surah dan termasuk dalam golongan surah Makkiyyah.
Surah ini dinamakan Al-Fatihah (Pembukaan) kerana ia dijadikan sebagai pembuka dan permulaan Al-Quran.
Surah ini juga dinamakan Ummul Quran (ام القــرآن - Ibu Quran) atau Ummul Kitaab (ام الكتاب - Ibu Kitab) kerana ia merupakan ibu atau induk kepada semua isi Al-Quran dan menjadi inti sari dari kandungan Al-Quran itu sendiri.
Surah ini turut dinamakan As-Sab'ul Matsaani yang bermaksud tujuh yang berulang-ulang kerana ayat ini diulang-ulang bagi setiap solat.
Read More....

AL-QURAN MELAYU
Labels: ,

BEBAS PALESTINE LIRIK LAGU

BEBAS PALESTINE LIRIK LAGU

ﻻَ ﺇِﻟَﻪَ ﺇِﻻَّ ﷲ
ﻣُﺤَﻤَّﺪَ ﺭَّﺳُﻮْﻝُ ﷲ
Hidup mati kerana Allah
Berjuang fi sabilillah
Wahai para pejuang maralah ke hadapan
Kerahkanlah tenagamu dan juga fikiran
Korbankanlah hartamu sekalipun jiwa raga
Berjuang membebaskan Palestin yang tercinta
Wahai para pejuang maralah ke hadapan
Kerahkanlah tenagamu dan juga fikiran
Korbankanlah hartamu sekalipun jiwa raga
Berjuang membebaskan Palestin yang tercinta
Wahai para pencinta keadilan
Jangan gentar berjuang bersama
Kezaliman yang bermaharajalela
Kita gempur hingga ke hujungnya
Ayuh bersatu demi Palestin
Bersama kita berjuang untuk Palestin
Tak kira walau diancam senjata
Kerana Allah kita mara
Wahai para pejuang maralah ke hadapan
Kerahkanlah tenagamu dan juga fikiran
Korbankanlah hartamu sekalipun jiwa raga
Berjuang membebaskan Palestin yang tercinta
Wahai para pencinta keadilan
Jangan gentar berjuang bersama
Kezaliman yang bermaharajalela
Kita gempur hingga ke hujungnya
Hentikanlah penderitaan dan juga kezaliman
Kembalikanlah keamanan di bumi anbiya'
Berdoa kepada Illahi agar Palestin akan merdeka
Kekal sentosa selamanya
Wahai para pejuang maralah ke hadapan
Kerahkanlah tenagamu dan juga fikiran
Korbankanlah hartamu sekalipun jiwa raga
Berjuang membebaskan Palestin yang tercinta
Ayuh bersatu demi Palestin
Bersama kita berjuang untuk Palestin
Tak kira walau diancam senjata
Kerana Allah kita mara (ooh)
Kerana Allah kita mara (ooh)
Kerana Allah kita mara (ooh)



Labels:

Bila kali terakhir makan bersama keluarga tersayang?

Bila kali terakhir makan bersama keluarga tersayang? 

Waktu PKP ni lagi payah kita nak bersua muka. Cari lah waktu terluang untuk bersama keluarga tercinta.

Anda boleh eratkan hubungan kekeluargaan bersama coklat Yuukiss. Kelazatan coklat ini
memang tak dapat dinafikan lagi. Ia mampu mengukirkan senyuman di bibir anda. 

Jom beli Coklat Yuukis dengan harga promo. Limited time offer sahaja ya. Hah, lagi satu, sekarang ada coklat Edisi Istimewa Raya tau. 

Klik link dibawah & daftar PERCUMA p
https://hq.yuukiss.com/order/form/yuukiss/382

#MakanYuukissBarulahManiss #YuukissLove #Chocolate #Coklat #jmbelog

ig.me/yuukiss382




Labels:

Atouna El Toufoule (Beri Kami Masa Kecil)

Jeena N'ayedkon Bel-Eid Mnes'alkon
Lesh Ma Fee 'Enna La 'Ayyad Wula Zeineh

Ya 'Alam Ardhi Mahroo'a
Ardhi Huriyyeh Masroo’a

Samana 'Am Tehlam 'Am Tes'al El-Ayam
Wein Esh-Shames El-Helwe W-Rfouf El-Hamam

Ya 'Alam Ardhi Mahroo'a
Ardhi Huriyyeh Masroo’a

Ardhi Zgheere Metli Zgheere
Atouna Es-salam 'Atouna Et-Tufoole

A'touna Et-Tufoole
A'touna Et-Tufoole
A'touna Et-Tufoole
A'touna, 'Atouna, 'Atouna Es-Salam

I am a child
With something to say
Please listen to me
I am a child
Who wants to play
Why don't you let me

My doors are waiting
My friends are praying
Small hearts are begging
Give us a chance
Give us a chance

Give us a chance
Give us a chance
Give us a chance
Please, please, give us a chance

A'touna Et-Tufoole
A'touna Et-Tufoole
A'touna Et-Tufoole
A'touna, 'Atouna, 'Atouna Es-Salam

Jeena N'ayedkon Bel-Eid Mnes'alkon
Lesh Ma Fee 'Enna La 'Ayyad Wula Zeineh





Kami datang untuk mengucapkan selamat bercuti
Kenapa tiada hiasan percutian di tempat kami

Wahai alam semesta, bumi kita telah musnah
Tanah kita telah dilucutkan kebebasan

Langit kita bermimpi, bertanya hari
Di manakah matahari yang indah dan di mana kepak merpati itu?

Wahai alam semesta, bumi kita telah musnah
Tanah kita telah dilucutkan kebebasan

Tanah saya kecil, seperti saya kecil
Beri ketenangan, berikanlah masa kecil kami

Beri kami masa kecil
Beri kami masa kecil
Beri kami masa kecil
Memberi, memberi, memberi kedamaian

Saya seorang kanak-kanak
Siapa yang mahu mengatakan sesuatu
Tolong dengarkan saya
Saya seorang kanak-kanak
Siapa yang mahu bermain
Mengapa anda tidak membiarkan saya

Pintu saya sedang menunggu
Kawan-kawan saya sedang solat
Hati kecil ini memohon
Beri kami peluang
Beri kami peluang

Beri kami peluang
Beri kami peluang
Beri kami peluang
Tolong, tolong, tolong beri kami peluang

Beri kami peluang
Beri kami peluang
Beri kami peluang
Tolong, tolong, tolong beri kami peluang

Beri kami masa kecil
Beri kami masa kecil
Beri kami masa kecil
Memberi, memberi, memberi kedamaian

Kami datang untuk mengucapkan selamat bercuti
Kenapa tiada hiasan percutian di tempat kami


Labels:

Sekadar perkongsian pandangan

Bismillah.

Sekadar perkongsian pandangan,bukan untuk percaya bulat2,hanya bagi mereka yang mahu berfikir,dalam masa sama menyiapkan diri dengan iman dan taqwa kepada Allah, terima atau tidak, terpulang, jika ada yang ingin memberikan pandangan boleh kongsikan bersama.. 

Petang ni kita cuba rungkai pendapat maksud hadis rasulullah, sebahagian ulama berpendapat "umat ku tidak sampai 1500 tahun," dan "setiap 100 tahun pemerintahan islam akn kembali."

Kita mula kiraan, 

1) 1500 hijrah - 1442 hijrah = 58 tahun hijrah

* bermakna ada lagi 58 tahun usia umat nabi Muhammad. 

1442 h = 2020 tahun gregori
2020 + 58 = 2078

* bermakna umat islam hidup di dunia tak sampai tahun 2078.

2) khilafah islam terakhir yakni uthmaniah jatuh pada tahun 1924. 

1924 + 100 = 2024

* bermakna tahun 2024 cukup 100 tahun akan muncul khalifah islam, boleh jadi time ni imam mahdi akan muncul. 

Ada padangan yg mengatakan imam mahdi akan bersama kita selama 7 ke 9 tahun, kita ambiklah 9 tahun .

2024 + 9 = 2033

Ada pandangan yang mengatakan imam mahdi akan wafat tahun ke 9 dia memerintah, selepas tu nabi isa akan memerintah dunia selama 40 tahun dgn aman, jadi

2033 + 40 = 2073

* jika dibanding dgn hasil yg kita dpt tadi, umat islam di dunia tak sampai 1500 tahun, yg jatuh tahun 2078, di bandingkan dgn 2073, ini spt menunjukkan kiraan kita tu tepat..  

Jika benar jangkaan ini, sekitar 2024 hingga 2033, lingkungan 9 tahun tu, time tulah dajjal keluar, nabi isa turun, yakjuj makjuj dibunuh Allah, ini yg Rasulullah katakan, ia akan berlaku cepat spt bijih tasbih berjatuhan terputus talinya.. 

Jika benarlah ilham yg sy dapat, tanda besar sebelum kiamat ni kita lah yang bakal melaluinya.. Fuh... Kecut perut jg memikirkan nasib ummah..  

Cuma bila dilihat keadaan semasa, 5G, bill gates, c19, persiapan singgahsana diisrael, sapi merah utk korban ritual penyembahan yg sdh sedia, tanda bintang berekor melintasi bumi di bulan ramadhan pada tahun 1982, ini biasa berlaku setiap kelahiran khalifah agung Allah, jika benar imam mahdi lahir tahun tu, umur 40 tahun dia akan dibaiat, ia jatuh tahun 2022.. 

Lebih kurang dgn kiraan dari kerajaan uthmaniah jatuh.. Jadi imam mahdi berkemungkinan akan muncul 2022-2024.. 

Hati saya kuat mengatakan bahawa masanya sudah dekat, sgt dekat..  

Apapun Allah jua yg maha mengetahui.. Ini bukan menilik ya, dlm islam kita boleh menjejaki time line Allah, supaya kita nampak hala tuju kita dihadapan.. Sebab tu Rasulullah bersabda, "awaslah dgn firasat org mukmin."

Jadi bila dapat ilham, relate kan dgn quran, hadis, dgn pandangan ulama yg ahlinya, lepas tu relate kan dgn keadaan semasa, macam tu la kita mencari jalan kemenangan dalam agama dan keselamatan dari musuh.. 

Sesungguhnya ajal kalian dan ajal umat-umat yang telah lalu hanyalah seperti masa antara shalat ashar dan tenggelamnya matahari.” (HR. Al-Bukhari no. 3459)

“Mereka bertanya tentang hari kiamat: kapan terjadinya? Katakanlah wahai Muhammad: yang mengetahuinya hanyalah Allah, tiada yang menjelaskannya kecuali Dia” [Al-A’rof: 187]

Manusia bertanya kepadamu tentang hari berbangkit. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang hari berbangkit itu hanya di sisi Allah”. Dan tahukah kamu (hai Muhammad), boleh jadi hari berbangkit itu sudah dekat waktunya.” 
(QS. al-Ahzab: 63)

hadis dari Umar tentang kedatangan Jibril, dinyatakan bahwa Jibril bertanya kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tentang kapan kiamat. Jawaban Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,
مَا المَسْئُولُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ السَّائِلِ
“Yang ditanya tidak lebih tahu dari pada yang bertanya..” (HR. Bukhari 4777 dan Muslim 106).

Semoga bermanfaat, jika ada yg sudi berkongsi pandangan, sgtlah dialu²kan, semoga kita bertemu dgn kebenaran yg hakiki.. Amiin ya Allah..

Kukuhkan lah Tauhid kita semua,Dekatkanlah diri kepada Allah dengan melaksanakan perintahnya dan meninggalkan larangannya.
Amal Makruf Nahi Munkar

Wahyu pertama ayat ke 5
Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.

#KitaJagaAmal
#AllahJagaKita
#cnp
Labels:

Kumpulan Doa Nabi dari Alquran dan Hadits Shaih

Kumpulan Doa Nabi dari Alquran dan Hadits Shaih

DOA MOHON AMPUN (DOA NABI ADAM)


رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

“Robbana zholamna anfusana wailam tagfirlana watarhamana lana kunnana minal khosirin“

(Ya Allah, kami telah mendholimi pada diri kami sendiri, jika tidak engkau ampuni kami dan merahmati kami tentulah kami menjadi orang yang rugi (QS. Al-Arof:23)

DOA NABI IBRAHIM


رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ

وَ تُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ

“Robbana taqobal minna innaka anta sami’ul alim wa tub alaina innaka antat tawwaburrokhim“

Ya Tuhan kami terimalah amalan kami sesungguhnya Engkau maha mendengar dan Mengetahui, dan termalah taubat kami, sesungguhnya Engkau penerima taubat lagi Maha Penyayang. (QS Al Baqarah; 128-129)

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ
رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

“Robbi ja alni muqimas sholati wa min dzuriyyati, robbana wa taqobal doa, Robbannagh firli wa li wa li dayya wa li jamiil mukminina yauma yaqumul hisab“

Ya Tuhanku jadikanlah aku dan anak cucuku orang – orang yang tetap mendirikan sholat, ya Tuhanku perkenankanlah doaku , ya Tuhanku beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan seluruh orang mukmin, pada hari terjadinya hisab.(QS Ibrahim; 40-41)

DOA NABI YUNUS


لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

“Lailaha illa anta subhanaka inni kuntum minadh dholimin“

Artinya: Tidak ada Tuhan Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau sesungguhnya aku orang yang dholim. (QS Al Anbiya; 87)

DOA DITETAPKAN DALAM KEIMANAN DAN HIDAYAH

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ ٱلْوَهَّابُ

“Robbana latuzig qullubana ba’daidz haddaitana wahabblana miladunka, rohmatan innaka antal wahab”

Artinya: Ya Tuhanku janganlah Engkau palingkan hati kami setelah Engkau beri petunjuk, dan berilah kami rahmat, sesungguhnya Engkau adalah dzat yang banyak pemberiannya.


يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِى عَلَى دِينِكَ

“Yaa muqollibal qulub tsabbit qolbi ‘ala diinik”

Wahai Zat yang membolak-balikkan hati teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu” [HR. Tirmidzi, Ahmad, Dan Hakim]

اللَّهُمَّ إنِّي أسْألُكَ الهُدَى ، والتُّقَى ، والعَفَافَ ، والغِنَى

“Allahumma inni as-alukal huda wat tuqo wal ‘afaf wal ghina

Ya Allah, aku meminta pada-Mu petunjuk, ketakwaan, terjaga kerhormatan dan kekayaan

DOA TERBEBAS DARI HUTANG

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ، وَقَهْرِ الرِّجَالِ

“Allâhumma innî a‘ûdzu bika minal hammi wal hazan. Wa a‘ûdzu bika minal ‘ajzi wal kasal. Wa a‘ûdzu bika minal jubni wal bukhl. Wa a‘ûdzu bika min ghalabatid daini wa qahrir rijâl”

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kebingungan dan kesedihan, aku berlindung kepada-Mu dari kelemahan dan kemalasan, aku berlindung kepada-Mu dari ketakutan dan kekikiran, aku berlindung kepada-Mu dari lilitan utang dan tekanan orang-orang.

اللَّهُمَّ اكْفِنِى بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِنِى بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ

“Allahumak-finii bi halaalika ‘an haroomik, wa agh-niniy bi fadhlika ‘amman siwaak”

Ya Allah cukupkanlah aku dengan yang halal dan jauhkanlah aku dari yang haram, dan cukupkanlah aku dengan karunia-Mu dari bergantung pada selain-Mu (HR. Tirmidzi)

DOA KEBAIKAN KELUARGA

رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ

“Robbi habli miladunka duriyattan, thoyibatan innaka sami’ud du’a“

Artinya : Ya Tuhan berilah aku seorang anak yang baik dari sisiMu, sesungguhnya Engkau

maha pendengar Doa. (Qs;ali imron;38)

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

“Robbana hab lana min azwajina wa dzurriyatina qurrota a’yun, waj’alna lilmuttaqina imamaa.”

(Wahai Robb kami, karuniakanlah pada kami dan keturunan kami serta istri-istri kami penyejuk mata kami. Jadikanlah pula kami sebagai imam bagi orang-orang yang bertakwa) (QS. Al Furqon:74)

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي

“Robbi Awzi’ni An Asykuro Ni’matakallati An ‘Amta ‘Alayya. Wa ‘Ala Waalidayya Wa An A’mala Sholihan Tardhoh, Wa Ashlih Lii Fi Dzurriyatiy”

Wahai Robbku, ilhamkanlah padaku untuk bersyukur atas nikmatmu yang telah Engkau karuniakan padaku juga pada orang tuaku. Dan ilhamkanlah padaku untuk melakukan amal sholeh yang Engkau ridhoi dan perbaikilah keturunanku) (QS. Al Ahqof:15).

DOA MEMOHON RIZKY

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً

Allahumma innii as-aluka ‘ilman naafi’a, wa rizqon thoyyibaa, wa ‘amalan mutaqobbalaa.

“Ya Allah, sungguh aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat (bagi diriku dan orang lain), rizki yang halal dan amal yang diterima.

رَبِّ اغْفِرْ لِي ، وَارْحَمْنِي ، وَاجْبُرْنِي ، وَارْفَعْنِي ، وَارْزُقْنِي ، وَاهْدِنِي.

“Robbighfirlii warahmnii, wajburnii, warfa’nii, warzuqnii, wahdinii”

Ya Allah ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah aku, tinggikanlah derajatku, berilah rezeki dan petunjuk untukku).” (HR. Ahmad 1: 371)

اللَّهُمَّ أكْثِرْ مَالِي، وَوَلَدِي، وَبَارِكْ لِي فِيمَا أعْطَيْتَنِي وَأطِلْ حَيَاتِي عَلَى طَاعَتِكَ، وَأحْسِنْ عَمَلِي وَاغْفِرْ لِي

Allahumma ak-tsir maalii wa waladii, wa baarik lii fiimaa a’thoitanii wa athil hayaatii ‘ala tho’atik wa ahsin ‘amalii wagh-fir lii.”

 “Ya Allah perbanyaklah harta dan anakku serta berkahilah karunia yang Engkau beri. Panjangkanlah umurku dalam ketaatan pada-Mu dan baguskanlah amalku serta ampunilah dosa-dosaku.”

اللَّهُمَّ أَعِنِّى عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

“Alloohumma a’inni ‘ala dzikrika wa syukrika wa husni ‘ibaadatika”

(Ya Allah, tolonglah aku agar bisa berdzikir kepada-Mu, dan bersyukur kepada-Mu, serta beribadah kepada-Mu dengan baik)” (HR. Abu Daud)

Labels: ,

Hikmah Istighfar

Hikmah Istighfar


  1. Taubat, Mohon Keampunan Allah & Keselamatan dari AzabNya.

    Siapakah antara kita yang tidak berdosa..? Sedangkan Rasulullah s.a.w sendiri (yang tidak berdosa) pon berIstighfar memohon ampun tiap-tiap hari 70 - 100 kali.

    Surah an-Nisaa (4) ayat 106
    "Dan hendaklah engkau memohon ampun kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah adalah amat Pengampun, lagi amat Mengasihi" [Al Quran 4 : 106] 
     Surah Muhammad (47) ayat 19
    "Dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan, dan bagi dosa orang-orang yang beriman (lelaki dan perempuan)." [Al Quran 47 : 19] 
    Surah An Nashr (110) ayat 3
    “Maka barangsiapa memuji Tuhanmu, dan memohon ampunan kepada-Nya, sungguh Dia Maha penerima Taubat.” (Al Quran 110 : 3]
    Nabi s.a.w bersabda maksudnya
    "Barangsiapa mengucapkan 'Astaghfirullahal Adzim aladzi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaihi' akan diampuni dosa-dosanya, meskipun pernah lari dari medan peperangan" [Hadis Riwayat Al Hakim]
  2. Mengharapkan Syurga Allah

    Allah S.W.T menyeru kita memohon ampun, dan Dia berjanji akan mengampunkan dosa kita, maka apakah balasan yang akan Allah anugerahkan nanti setelah kita diampunkan - Syurga.
     Surah Ali Imran (3) ayat 135
    "Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui." [Al Quran 3 : 135] 
     Surah Ali Imran (3) ayat 136
    Mereka itu balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka dan syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal.” [Al Quran 3 : 136]
  3. Penolak Bala, Bencana & Sebagai Penyelamat.

    Kerap dinyatakan oleh para ustaz, adanya golongan orang yang soleh, maka dengan doa-doa mereka setiap hari maka aman sejahteralah suatu kaum dan daerah tersebut.
     Surah Anfaal (8) ayat 33
    "Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun." [Al Quran 8 : 33]
  4. Mohon Hajat Kepada Allah & Sebagai Doa Mustajab.

    Diriwayatkan Saiyidina Ummar Al Khattab r.a. pernah berdoa hanya dengan berIstighfar, hingga para sahabat bertanya. Maka dijawabnya, beliau pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda berkenaan Istighfar mampu memenuhi hajat.
    Surah Nuh (71) ayat 10, 11, 12
    "maka aku katakan kepada mereka: 'Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun," [Al Quran 71 : 10]
     "nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat," [Al Quran 71 : 11]
     "dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai." [Al Quran 71 : 12]
  5. Istighfar menurunkan hujan kurniaan Allah.

    Hujan yang turun adalah hujan Rahmat yang memberi manfaat.
     Surah Nuh (71) ayat 11
    "nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat," [Al Quran 71 : 11]
  6. Istighfar mendatangkan rezeki, harta, memperoleh zuriat.

    Ini janji Allah..
     Surah Nuh (71) ayat 12
    "dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai." [Al Quran 71 : 12]
    Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:
    "Barang siapa memperbanyakkan Istighfar maka Allah akan membebaskannya dari kedukaan, dan memberinya jalan keluar bagi kesempitannya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak diduga-duga." [Hadis Riwayat Abu Dawud]
Labels: ,

Ucapan Aidilfitri 2021

Ucapan Aidilfitri 2021

Untuk juadah aidilfitri,
Nak hantar kad raya posmen dan cuti,
SMS sahaja pengganti diri,
Maaf Zahir dan Batin.

Bakar lemang sambil berdiri,
Satu syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun diminta di hari mulia,
Selamat hari raya maaf zahir dan batin.

Cahaya ramadhan berlalu pergi,
Menyambut tibanya Aidilfitri,
Ampun maaf segala peri,
Semoga ikatan kekal dihati,
Selamat hari raya maaf zahir batin.

Sungai disusur sehari-hari,
Dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.

Ramadhan bakal beransur pergi,
Syawak menjelma di Aidilfitri,
Seikhlas hati menyusun jari,
Memohon dimaaf kekhilafan diri,
Salam aidilfitri maaf zahir batin.

Pelita indah lagi berseri,
Menjadi hiasan di Aildilfitri,
Whatsapp dikirim pengganti diri,
Tanda ingatan tak layu dihati,
Selamat hari raya Aidilfitri,
Maaf zahir dan batin.

Bulan ramadhan bulan yang mulia,
Disambut dengan hati yang gembira,
Kini syawal semakin menjelma,
Tangan ku hulurkan maaf dipinta.

Disisir andam dengan cekap,
Potong rambut pelbagai gaya,
Puasa sebulan sudahlah lengkap,
Kita menyambut hari raya.

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Makan sudah bersalam pun sudah,
Duit raya takkan dah lupa.

Labels: