Mac 31, 2023
Cakap baik atau diam
UMAT Islam kini diuji Allah SWT berada pada zaman fitnah yang sangat besar. Hampir setiap hari kita terdedah dan tidak terlepas daripada membicarakan perihal orang lain.
Sebagai contoh, ia boleh terjadi melalui mesej yang dihantar menerusi pelbagai saluran media sosial.
Oleh itu, kita perlu berpegang kepada peringatan Allah SWT seperti yang dinyatakan dalam Surah An-Nuur, ayat 19.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebahkan tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).”
Perbuatan seperti itu pernah dilakukan seorang wanita pada zaman Nabi SAW bernama Ummu Jamil. Dia adalah isteri kepada Abu Lahab.
Apa yang dilakukan Ummu Jamil adalah dia pergi ke tempat wanita berhimpun untuk menceritakan buruknya Nabi SAW.
Akibat perbuatan itu, Allah SWT petik namanya di dalam al-Quran iaitu Surah Al-Masad.
“Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab dan binasalah ia bersama! Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya. Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang. Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. Di lehernya sejenis tali, daripada tali-tali yang dipintal.”
Kisahnya itu akan terus dibaca dan Allah SWT melaknat mereka sehingga ke hari kiamat.
Jelas kepada kita, semua kelebihan dan nikmat yang diperoleh di dunia ini boleh ‘terpadam’ akibat keceluparan lidah tak bertulang.
Lebih malang, amalan itu dilakukan sesama umat Islam. Seolah-olah perbuatan itu menjadi keseronokan apabila dapat memburukkan orang lain.
Malah, apa yang diperkatakan itu tidak diketahui sama ada ia benar atau tidak. Maka ketika itu, tanpa disedari perkara itu menjadi fitnah terhadap agama.
Nabi SAW turut menyatakan, golongan paling ramai berada di dalam neraka adalah disebabkan lidah mereka.
Atas sebab itu, Islam menggalakkan umatnya lebih banyak berdiam diri daripada banyak berkata-kata. Berdiam diri bukan bermakna mengalah atau tidak mampu melawan, tetapi mengelak berlakunya fitnah serta menyebarkan keaiban.
Daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata baik atau diam...” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Sebagaimana kita tidak suka orang lain membicarakan hal peribadi kita, begitu juga orang itu tidak suka kita bercakap hal berkaitan dirinya.
Sehubungan itu, setiap kali rasa hendak membicarakan hal keaiban orang lain, ingatlah kita turut ada aib sendiri.
Nabi SAW sangat marah kepada golongan yang membuka aib saudaranya.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim lainnya, dia tidak menzaliminya dan tidak membiarkannya untuk disakiti. Siapa yang membantu keperluan saudaranya maka Allah akan membantu keperluannya. Siapa yang menghilangkan satu kesusahan seorang Muslim, maka Allah menghilangkan satu kesusahan baginya daripada kesusahan-kesusahan hari kiamat. Dan siapa yang menutupi (aib) seorang Muslim maka Allah akan menutup aibnya pada hari kiamat.” (Riwayat Bukhari)
Kita juga perlu ingat, pahala yang kita kumpul sepanjang hidup ini tidak diketahui ia sebanyak mana.
Jika ada, sanggupkah kita lihat semua pahala itu ‘dipindahkan’ kepada orang lain yang pernah kita fitnah atau diaibkan ketika hidup di dunia ini?
Kita perlu sentiasa ingat satu hadis menyatakan mengenai golongan yang muflis pada hari akhirat.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?”
Sahabat Nabi menjawab: “Bagi kami orang yang muflis ialah orang yang tidak memiliki wang mahupun harta benda.”
Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: “Sebenarnya orang yang muflis dalam kalangan umatku ialah mereka yang pada hari kiamat datang dengan membawa pahala amal solat, puasa, zakat dan haji tetapi ketika di dunia mereka pernah mencaci maki orang, menuduh tanpa bukti, memakan harta dengan zalim, membunuh dan memukul sesuka hati. Lalu pada hari kiamat, orang yang dizalimi akan menerima pahala amal si penzalim. Jika pahala amalnya sudah habis (diberikan) sedangkan kesalahan dan dosanya ketika di dunia kepada orang yang tidak berdosa masih banyak, maka Allah SWT akan memberi pula dosa orang yang dizalimi itu kepadanya sehingga semakin berat bebannya, lalu Allah SWT campakkan dia ke dalam neraka.” (Riwayat Muslim)
sumber
Berpuasa tidak solat hanya sia-sia
Apakah hukum orang yang berpuasa tetapi tidak solat?
Menurut pendapat Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi melalui kitabnya, Fatawa Muasirah: “Orang Islam dituntut melakukan semua ibadat iaitu mendirikan solat, membayar zakat, berpuasa pada bulan Ramadan dan mengerjakan haji jika berkemampuan. Sesiapa yang meninggalkan salah satu ibadat ini tanpa keuzuran, dia telah melampaui batas terhadap Allah.”
Ulama Islam mengeluarkan pelbagai pendapat, sesetengahnya berpendapat kufur jika meninggalkan salah satu ibadat berkenaan.
Ada pula yang mengkafirkan orang yang meninggalkan solat dan enggan membayar zakat.
Sebahagian lain pula berpendapat, hanya orang yang meninggalkan solat sahaja menjadi kufur kerana kedudukan solat itu tinggi di dalam Islam.
Satu hadis yang diriwayatkan Muslim menjelaskan: “Di antara hamba dan kekufuran itu ialah meninggalkan solat.”
Ulama yang mengkafirkan orang meninggalkan solat dengan sengaja berpendapat bahawa puasa orang itu juga tidak diterima kerana orang kafir itu sendiri amalannya tidak diterima.
Sesetengah ulama masih lagi mengiktiraf keimanan dan keislamannya selagi orang itu masih mempercayai kebenaran Allah dan Rasul-Nya serta tidak membangkang atau mencela apa yang dibawa Rasulullah SAW.
Mereka menyifatkan orang seperti ini sebagai fasik. Mudah-mudahan pendapat itu lebih benar dan adil.
Jika dia mengurangkan sebahagian daripada ibadatnya yang wajib kerana malas atau mengikut hawa nafsu tanpa mengingkari atau mempermain-mainkannya dan dia juga melakukan ibadat lain, dia dikira Muslim yang tidak sempurna.
Imannya lemah dan jika berterusan meninggalkannya, Allah SWT tidak mensia-siakan amalan kebaikannya.
Pahala terhadap apa yang dilakukannya tetap ada, sebaliknya dia berdosa di atas ketelanjurannya itu.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan segala urusan yang kecil mahupun yang besar adalah tertulis.” (Surah al-Qamar, ayat 53)
Dalam satu lagi Firman-Nya yang bermaksud: “Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat pembalasannya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, nescaya dia akan menerima balasannya pula.” (Surah al-Zalzalah, ayat 7-8)
Berikut adalah rumusan pendapat ulama berkenaan orang yang puasa tetapi tidak solat, antaranya:
Pendapat pertama: Mereka dianggap sebagai keluar daripada Islam dan tidak sah puasa mereka.
Mereka perlu bertaubat kepada Allah SWT dan kembali mengerjakan solat. Itu pendapat mazhab Hambali dan sebahagian ulama masa kini.
Pendapat kedua: Mereka yang tidak solat tetapi berpuasa dianggap puasa mereka sah, tetapi tidak diberi pahala.
Itu pendapat kebanyakan ulama Azhar seperti ‘Atiyyah Saqar, Dr Ahmad Syarbashi, Dr Muhemmed al-Bakri Ismail dan lain-lain.
Hal itu kerana Rasulullah SAW bersabda mafhumnya: “Siapa yang meninggalkan ucapan yang keji dan beramal dengannya, maka tiada keperluan bagi Allah dengan sebab dia meninggalkan makan dan minumnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kami lebih cenderung kepada pendapat mengatakan puasa seorang itu sah, tetapi tidak diberi pahala kerana menafikan rukun Islam yang sangat penting iaitu solat.
Itu sebahagian daripada Ahkam al-Siyam yang ingin dibentangkan kepada masyarakat Islam supaya ia difahami dengan jelas untuk menjadikan puasa benar-benar menepati syariat.
Sumber: Irsyad Fatwa, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, MyMetro
HUKUM ORANG YANG BERPUASA TETAPI TIDAK SEMBAHYANG
Apakah hukum orang yang berpuasa tetapi tidak sembahyang?
JAWAPAN
Untuk menjawab soalan ini, sebagai muqaddimah saya nukilkan pendapat Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi melalui kitabnya, Fatawa Muasirah: “Orang Islam dituntut melakukan semua ibadat, iaitu mendirikan sembahyang, membayar zakat dan berpuasa pada bulan Ramadan dan mengerjakan haji jika berkemampuan. Sesiapa yang meninggalkan salah satu ibadat ini tanpa keuzuran, dia telah melampaui batas terhadap Allah.”
Ulama Islam telah mengeluarkan berbagai-bagai pendapat, sesetengahnya berpendapat kufur jika meninggalkan salah satu ibadat ini. Ada pula yang mengkafirkan orang yang meninggalkan sembahyang dan enggan membayar zakat. Sebahagian berpendapat yang lain pula hanya orang yang meninggalkan sembahyang sahaja menjadi kufur kerana kedudukan sembahyang yang tinggi di dalam Islam.
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim menjelaskan: “Di antara hamba dan kekufuran itu ialah meninggalkan sembahyang.”
Ulama yang mengkafirkan orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, dengan sendirinya berpendapat bahawa puasa orang itu juga tidak diterima kerana orang kafir itu sendiri amalannya tidak diterima.
Sesetengah ulama masih lagi mengiktiraf keimanan dan keislamannya selama mana orang itu masih mempercayai kebenaran Allah dan Rasul-Nya serta tidak membangkang atau mencela apa yang dibawa Rasulullah SAW. Mereka menyifatkan orang seperti ini sebagai fasik.
Mudah-mudahan pendapat ini lebih benar dan adil. Jika dia mengurangkan sebahagian daripada ibadatnya yang wajib kerana malas atau mengikut hawa nafsu, tanpa mengingkari atau mempermain-mainkannya dan dia juga melakukan ibadat-ibadat yang lain, dia dikira Muslim yang tidak sempurna, imannya lemah dan dan jika berterusan meninggalkannya, Allah tidak mensia-siakan amalan kebaikannya.
Pahala terhadap apa yang telah dilakukannya tetap ada, sebaliknya dia berdosa di atas ketelanjurannya. Allah SWT berfirman:
وَكُلُّ صَغِيرٍ وَكَبِيرٍ مُّسْتَطَرٌ
Maksudnya: “Dan segala urusan yang kecil mahupun yang besar adalah tertulis.”
(Surah al-Qamar: 53)
Firman-Nya lagi:
فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ ﴿۷﴾ وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرَّا يَرَهُ
Maksudnya: “Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat pembalasannya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, nescaya dia akan menerima balasannya pula.”
(Surah al-Zalzalah: 7-8)
Dalam hal ini saya cuba merumuskan pendapat ulama berkenaan dengan orang yang puasa tetapi tidak solat, antaranya:
- Pendapat pertama: Mereka dianggap sebagai keluar daripada Islam dan tidak sah puasa mereka. Hendaklah mereka bertaubat kepada Allah dan kembali mengerjakan solat. Inilah pendapat mazhab Hambali dan sebahagian ulama masa kini.
- Pendapat kedua: Mereka yang tidak solat tetapi berpuasa dianggap puasa mereka sah tetapi tidak diberi pahala. Inilah pendapat kebanyakan ulama Azhar seperti ‘Atiyyah Saqar, Dr. Ahmad Syarbashi, Dr. Muhemmed al-Bakri Ismail dan lain-lain. Hal ini kerana Rasulullah S.A.W bersabda mafhumnya: “Siapa yang meninggalkan ucapan yang keji dan beramal dengannya, maka tiada keperluan bagi Allah dengan sebab dia meninggalkan makan dan minumnya”.
Riwayat Bukhari & Muslim
Kami lebih cenderung kepada pendapat yang mengatakan puasa sah tetapi tidak dipahalakan kerana menafikan rukun Islam yang sangat penting iaitu solat.
Inilah sebahagian daripada Ahkam al-Siyam yang ingin dibentangkan kepada masyarakat Islam agar difahami dengan jelas untuk menjadikan puasa benar-benar menepati syariat.
Ada 3 sebab kenapa Allah menurunkan ujian pada hamba-Nya
Mac 30, 2023
Mac 29, 2023
jom tag entri terbaru blog masakkan
jom tag entri terbaru blog masakkan
- https://linapg.blogspot.com/2023/03/resepi-pucuk-paku-goreng-budu.html
- https://embunrosaliza.blogspot.com/2023/03/taugeh-goreng-ala2-chicken-rice-shop.html
- https://syapex.blogspot.com/2023/03/bingka-pandan.html
- https://salamisimon1.blogspot.com/2023/03/udang-goreng-salut-tepung-air-tangan.html
- https://saranur74.blogspot.com/2023/03/4-kuih-lama-yg-kena-buat-di-bulan.html
Kewajipan Zakat Fitrah Seorang Perempuan
Abu Hurairah r.a menyatakan: “Rasulullah saw telah mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadan kepada orang yang merdeka, hamba sahaya, lelaki dan perempuan, anak-anak, dewasa, fakir atau kaya – daripada kalangan kaum muslimin,” (H.R Ahmad, Bukhari dan Muslim)
Dari sudut sirah atau sejarah, zakat mula difardukan kepada umat Islam pada tahun kedua selepas hijrah Nabi Muhammad S.A.W ke Madinah. Kewajipan berzakat telah dinyatakan dalam ayat-ayat atau surah Madaniyah. Surah-surah Madaniyah banyak menekan aspek hukum dan syariat Islam berbanding aspek akidah.
Banyak dalil naqli (dalil Al-Quran dan Al-Hadis) yang menyatakan kewajipan zakat, di antaranya firman Allah di dalam surah An-Nur, ayat 56 yang bermaksud:
“Dan dirikan oleh kamu akan sholat serta berikanlah zakat” (An-Nur, 56)
Sekarang, dah jelas akan kepentingan zakat fitrah ini buat seorang Islam? Ia adalah rukun Islam ketiga dan dalam Al Quran kepentingannya sangat jelas bila digandingkan bersama sholat sepertimana dalam ayat 56 surah An-Nur tadi.
Bagi perempuan yang sudah berkahwin, tanggungjawab lunaskan zakat fitrah adalah terletak pada suaminya. Jika suami meninggal dunia, maka wajib keluarkan zakat atas dirinya sendiri.
Ibu TunggalPerempuan dalam kategori ibu tunggal adalah juga wajib membayar zakat; selagi ia tidak memberikan kebebanan buatnya.
Zakat fitrah adalah zakat tubuh, ia untuk menyucikan diri, maka sangat perlu bagi perempuan yang tidak ditanggung oleh sesiapa, membayar zakat buat dirinya dan jika ada tanggungan, membayar zakat di bawah tanggungannya. Dan ini terpakai buat si ibu tunggal.
Perempuan Bekerja
Zakat fitrah bagi anak yang sudah bekerja sendiri, sama ada lelaki dan perempuan, maka mereka lebih berhak mengeluarkan sendiri zakat fitrahnya. Bahkan, jika mereka mahu mengeluarkan zakat fitrah ibu bapa juga boleh, dan mereka perlu memaklumkannya kepada ibu bapa.
Namun, jika perempuan bekerja membayar zakat dirinya, dan pada masa sama bapa juga membayar zakat buat dirinya, tiada menjadi kesalahan. Zakat yang dikeluarkan itu boleh dianggap sebagai sedekah maka ganjaran pahala in Sha Allah akan dapat pada si anak perempuan bekerja.
Suami Tidak Bekerja, Isteri Bekerja dan Gaji LumayanSelalunya berlaku bila si suami terpaksa ikut isterinya bertugas di luar negara, dan si suami terpaksa bercuti tanpa gaji, iaitu tanpa pendapatan; maka boleh si isteri keluarkan zakat untuk dirinya dan tanggungan yang lain, termasuk juga suaminya. Apabila si isteri bayar zakat untuk diri sendiri, maka gugurlah tanggungjawab suami membayar zakat buat isterinya kerana ketiadaan kemampuan diri untuk melakukannya.
Adakala ayah (jika perempuan belum bernikah) atau suami liat nak bayar zakat, atau bertangguh membayarnya, boleh juga bayar zakat untuk diri sendiri supaya tidak terbeban hutang zakat atas diri sendiri.
Ia Kewajipan Individu
Saya rasa perkongsian di atas cukup jelas untuk menjawab persoalan-persoalan berkaitan kewajipan zakat fitrah bagi seorang perempuan. Zakat fitrah adalah tanggungjawab individu itu sendiri apabila dia sendiri mampu untuk membayarnya atau tidak berada di dalam tanggungan.
Nilai bayaran zakat fitrah terlalu kecil iaitu bersamaan dengan segantang beras dan tidak salah jika seorang perempuan ingin membayar zakat dirinya walaupun suami atau ayah juga melakukan perkara yang sama.
Anggap sahaja bayaran yang dibuat selepas bayaran pertama sebagai sedekah kerana balasan Allah berikan kepada muslimin dan muslimat yang bersedekah pada Ramadhan sangat berlipat ganda, apatah lagi jika dibuat bagi meringankan beban mereka yang sedang berpuasa.
Bagi saya, lebih afdal jika sesiapa jua, tak kiralah kecil besar, tua muda, miskin kaya, perempuan lelaki, OKU atau cukup sifat bayar zakat untuk diri sendiri jika sudah ada pendapatan sendiri dan boleh tanggung diri sendiri, selagi tidak merasa terbeban olehnya.
Semoga bermanfaat.
Air Katira
Cara Qada Solat Yang Tertinggal
" Cara Qada Solat Yang Tertinggal "
Akhbar Online
Pengasas bersama Intel meninggal dunia
San Francisco: Pengasas bersama Intel Corp, Gordon Moore, perintis dalam industri semikonduktor yang 'Moore's Law' meramalkan peningkatan kuasa pengkomputeran, meninggal dunia pada usia 94 tahun.
Intel dan yayasan kebajikan keluarga Moore berkata, Moore meninggal dunia di samping ahli keluarganya di Hawaii.
Bersama-sama melancarkan Intel pada 1968, Moore berperanan dalam kejayaan pemproses 'Intel Inside' yang ada dalam lebih 80 peratus komputer di dunia.
Dalam satu artikel ditulis pada 1965, Moore menyatakan, dengan kemajuan teknologi, bilangan transistor pada mikrocip menjadi dua kali ganda setiap tahun sejak litar berintegrasi dicipta sejak beberapa tahun lalu.
Ramalannya bahawa trend itu akan berterusan kemudian dikenali sebagai Moore's Law.
Susulan artikel ditulis Moore, cip menjadi semakin eisien dan kurang mahal, sekali gus memacu perkembangan teknologi dunia, sekali gus 'membuka jalan' kepada pengenalan komputer peribadi, internet dan gergasi Lembah Silikon seperti Apple, Facebook dan Google.
CARA SEMAKAN TARIKH LAHIR KALENDAR ISLAM JAKIM
CARA SEMAKAN TARIKH LAHIR KALENDAR ISLAM JAKIM
Anda boleh membuat semakan tarikh lahir kalender Islam Jakim seperti berikut:
- Layari website Kalkulator Umur Miladi JAKIM: https://www.e-solat.gov.my/index.php?siteId=27&pageId=39
- Masukkan tarikh lahir anda dalam haribulan Masihi
- Klik Tukar.
- Selesai, paparan akan menunjukkan tarikh hari lahir anda dalam bulan Islam atau Takwim Hijrah.
- Contoh: Sekiranya Tarikh lahir anda 14 Mei 1975, setelah ditukar tarikh kelahiran bulan Islam adalah 3 Jamadilawwal 1395 Hijrah.
Mac 28, 2023
GIVEAWAY RAYA 2023 #FaktawRaya2023 #jmbelog #jmbelog
GIVEAWAY RAYA 2023 https://youtube.com/shorts/adOXCVOJsr8?feature=share #FaktawRaya2023#faktaw #jmbelog
Mac 26, 2023
Apa Itu Zakat Harta?
Apa Itu Zakat Harta?
Zakat harta ialah zakat yang merangkumi Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Wang Simpanan, Zakat Emas & Perak, Zakat Pelaburan & Saham, Zakat KWSP, Zakat Tanaman Padi, Zakat Penternakan, Zakat Takaful, Zakat Harta Galian dan Harta Karun.
Genggam - Aliff Aziz
Ternyata hati tak bisa berdusta
Sulit kulupakan kenangan kita
Rindu yang meragut separuh nyawa
Andainya kau rasa
Prechorus:
Jika bisa Undur Waktu
mungkin semua berbeda
Chorus:
Genggam Erat Jiwaku
genggam sampai engkau merasakan
disaat ku terluka
Mampukah Aku
Bertahan Tanpa dirimu sayang
Cukup sekali Aku merasa
Takkan Kali kedua
Bridge:
Berharap Kau Kan tahu
Tidak Sekali Pun ku Membenci dirimu
Apakah kau turut merasakan
bahwa aku merindu...
Genggam Erat Jiwaku
genggam sampai engkau merasakan
disaat ku terluka
Mampukah Aku
Bertahan Tanpa dirimu sayang
Cukup sekali Aku merasa
Takkan Kali kedua