Pages

Februari 28, 2023

Bismillah

Bismillah atau Basmalah (Arab: بسملة) ialah sebuah perkataan Arab yang digunakan sebagai nama pengumpulan pada keseluruhan frasa Islam secara berulangan. Frasa ini merupakan ayat pertama pada "surah" (atau bab) dalam Al-Qur'an, dan digunakan dalam berbilang konteks oleh umat Islam. Ia disebut beberapa kali dalam solat dan sering dijadikan frasa mukadimah dalam segala urusan rasmi bagi beberapa negara Islam.


Frasa "Bismillah" ditulis dengan seni Khat.
Sebuah bentuk kesenian Bismillah dalam bentuk buah jambu.

Dalam Al-Qur'an, ia sering dinomborkan sebagai ayat pertama surah pertama, tetapi menurut pandangan Al-Tabari, ia adalah pendahuluan sebelum ayat pertama. Ia juga terletak di semua permulaan surah kecuali surah kesembilan iaitu At-Taubah, tetapi tidak dinomborkan kecuali di surah pertama tadi. Frasa ini juga muncul dua kali dalam Surah An-Naml, iaitu di permulaan dan pada ayat ke-30.

بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Sebutan Arab: [bismi-llāhi ar-raḥmāni ar-raḥīmi]
"Dengan nama Allah, Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani"

Perkataan "basmalah" sendiri terbit dari sebutan empat konsonan pertama bagi bismi-llāhi... yang akarnya adalah b-s-m-l (ب س م ل). Akar konsonan abstrak ini digunakan untuk menerbitkan kata nama basmalah, begitu juga bentuk kata kerja yang bermaksud "baca basmala". Perlakuan memberikan nama bagi perkataan yang lazim disebut atau zikir juga berlaku seperti frasa "Allahu Akbar", yang dirujuk sebagai "Takbir" (juga Ta'awwudh dll.); dan kaedah mengambil empat huruf konsonan juga seperti berlaku seperti kata nama "Hamdala" bagi Alhamdulillah.

Doa buat ayah bonda tercinta

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Ya Allah ya Tuhan ku,
Aku menghulurkan kedua tanganku yang hina ini, memohon Engkau limpahkan rahmat dan hidayahMu.
Terasa terlalu lemah diri ini tanpa pertolonganMu ya Allah.
 
Ya Allah
Segala pujian bagiMu Tuhan Sekelian Alam.
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Tuhan Pemerintah hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan kepadaMu kami memohon pertolongan
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
Jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat keatas mereka
Bukannya jalan orang yang Engkau murkai dan bukan pula orang-orang yang sesat.
 
Ya Allah Ya Zaljalaaliwalikrom
Ampunkan dosa-dosa ku kepada Mu ya Allah.
Aku terlalu lemah dengan godaan syaitan, aku masih melakukan maksiat walaupun ku tahu ianya Engkau murkai, aku masih lalai dalam ibadat walaupun ku tahu ianya Engkau tuntuti.

Ya Allah, teguhkanlah iman ku, kuatkanlah hatiku, kurniakanlah kepadaku hidayahMu, taufiqMu dan lindunganMu

Jauhilah aku dari segala laranganMu, dekatkanlah aku dengan segala suruhanMu, tanamlah rasa benci dihatiku kepada maksiat, tanamlah rasa cinta dihatiku kepada ibadat.
 
Ya Allah, Ya Rahim Ya Karim,
Jadikanlah aku hambaMu dan umat Muhammad SAW yang beriman kepadaMu dan berbakti kepada kedua ibubapaku.
 
Ya Allah, 
ampunkanlah dosa kedua ibubapaku,
kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku ketika aku kecil,
bukakanlah pintu hati mereka untuk beriman kepadaMu.
Aku terlalu banyak terhutang budi kepada mereka ya Allah,
terlalu banyak budi mereka yang ku balas dengan menyakiti hati mereka,
kasih sayang mereka kubalas dengan kata-kata menentang,
sedangkan ku tahu,
Englau melarang menyebut walaupun perkataan "huh" kepada mereka.
Didikan dan asuhan mereka aku ambil ringan.
Aku lupa Ya Allah, berkat usaha, asuhan dan didikan merekalah aku berjaya kini,
keselesaan sanggup dilupakan ketika mengandungkan aku,
kesakitan yang amat sangat sanggup dilalui ketika melahirkan aku,
tidur malam mereka aku ganggu,
titik peluh mereka basah kering demi membesarkan aku,
tidak pernah mereka mengadu letih,
tidak pernah mereka mengadu sakit,
lauk yang dimulut sanggup mereka luah untuk diberikan kepadaku,
harta yang dikumpul sanggup dilepaskan untuk pendidikanku,
namun selama ini aku lupa semua itu ya Allah,
kerana mereka tidak pernah merungut kepadaku ya Allah,
kerana mereka tidak pernah mengadu kepadaku ya Allah

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
dimalam ini aku terkenang semua itu,
dimalam ini aku mengadu kepadaMu ya Allah,
dimalam ini aku memohon sepenuh hati kepadaMu ya Allah,
rahmatilah mereka, ampunilah dosa-dosa mereka,
dan sekiranya ketika ini mereka Engkau siksa didalam kubur ya Allah,
aku memohon agar Engkau hentikanlah ya Allah,
aku memohon agar jangan Engkau siksa ibubapaku ya Allah,
aku tahu ya Allah mereka terlalu lemah dan tidak mungkin dapat menahan siksaanMu yang amat pedih itu ya Allah
 
Perkenankanlah doa ku ini dan jadikanlah ini doa anak yang soleh,
yang Engkau janjikan akan diperkenankan ya Allah ya Tuhanku.

Maha Suci Allah Yang Maha Besar,
Engkau jadikanlah anak-anak ku dari orang-orang yang soleh, yang mendoakan keampunanku daripadaMu ya Allah, jadikanlah mereka sebagai anak kunci pintu syurga ku ya Allah dan jangan Engkau jadikan mereka anak kunci ku ke nerakaMu.
Teguhkanlah iman mereka ya Allah, jauhilah mereka dari siksaMu ya Allah. Tuhan Sekelian Alam.

Aamiin Ya Rabbal Alamin.

LENALAH - SHUIB






Sejarah Perkembangan dan Asal Usul Bahasa Melayu

Sejarah Perkembangan dan Asal Usul Bahasa Melayu

1. Untuk mengetahui asal usul Bahasa Melayu kita perlu mengetahui asal usul penutur aslinya terlebih dahulu, iaitu orang Melayu. Asal usul bangsa Melayu sehingga kini masih kabur tetapi beberapa sarjana Eropah seperti Hendrik Kern (Belanda) dan Robert von Heine Geldern (Austria) telah melakukan penyelidikan secara kasar tentang latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno.

2. Teori mereka menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal daripada kelompok Austronesia, iaitu kelompok manusia yang berasal dari daerah Yunan di China yang kemudiannya berhijrah dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia dan akhirnya menduduki wilayah Asia Tenggara.
3. Gelombang pertama dikenali sebagai Melayu-Proto dan berlaku kira-kira 2500 tahun Sebelum Masehi
4. Kira-kira tahun 1500 tahun Sebelum Masehi, datang pula gelombang kedua yang dikenali sebagai Melayu-Deutro. Mereka mendiami daerah-daerah yang subur di pinggir pantai dan tanah lembah Asia Tenggara. Kehadiran mereka ini menyebabkan orang-orang Melayu-Proto seperti orang-orang Jakun, Mahmeri, Jahut, Temuan, Biduanda dan beberapa kelompok kecil yang lain berpindah ke kawasan hutan dan pedalaman. Golongan Melayu-Deutro ini dikatakan nenek moyang masyarakat Melayu yang ada pada masa kini.

5. Bahasa Melayu berasal daripada rumpun bahasa Austronesia, manakala bahasa-bahasa Austronesia ini berasal daripada keluarga bahasa Austris. Selain daripada rumpun bahasa Austronesia, terdapat rumpun bahasa Austro-Asia dan rumpun bahasa Tibet-Cina.

6. Ahli bahasa telah membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu:
a. Bahasa Melayu Kuno,
b. Bahasa Melayu Klasik dan
c. Bahasa Melayu Moden.

Bahasa Melayu Kuno
1. Bahasa Melayu tergolong dalam keluarga bahasa Nusantara di bawah golongan bahasa Sumatera. Bahasa Melayu kuno digunakan pada abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya. pada waktu itu, BM kuno telah menjadi lingua franca dan bahasa pentadbiran kerana sifat bahasa Melayu yang bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar. Bahasa Melayu juga tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat dan mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.

2. Oleh sebab agama Hindu menjadi pegangan orang Melayu ketika itu, bahasa Melayu banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit yang menyumbang kepada pengayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu. Bahasa Sanskrit dianggap sebagai bahasa sarjana dan digunakan oleh bangsawan. Bahasa Melayu juga mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.

3. Bukti penggunaan Bahasa Melayu kuno boleh dilihat pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Palawa iaitu:

a. Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)
b. Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M)
c. Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M)
d. Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)

4. Berpandukan isinya, penulisan di batu bersurat tersebut dibuat atas arahan raja Srivijaya, sebuah kerajaan yang mempunyai empayar meliputi Sumatera, Jawa, Semenanjung Tanah Melayu, Segenting Kra dan Sri Lanka. Oleh itu, ini menunjukkan bahawa Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa rasmi dan bahasa pentadbiran kerajaan Srivijaya, sekaligus meluaskan penyebaran Bahasa Melayu ke tanah jajahan takluknya . Walaupun bahasa pada batu bersurat itu masih berbahasa Sanskrit, akan tetapi masih terdapat pengaruh Bahasa Melayu Kuno di dalamnya.

5. Istilah “Melayu” timbul buat pertama kali dalam tulisan Cina pada tahun 644 dan 645 Masehi. Tulisan ini menyebut mengenai orang “Mo-Lo-Yue” yang mengirimkan utusan ke Negeri China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi keada Raja China. Letaknya kerajaan “Mo-Lo-Yue” ini tidak dapat dipastikan tetapi ada yang mencatatkan di Semenanjung Tanah Melayu dan di Jambi, Sumatera.

6. Selain bukti penggunaan bahasa Melayu kuno di atas,batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri.

7. Bahasa Melayu kuno mempunyai beberapa ciri iaitu;

a. Terdapat unsur-unsur pinjaman daripada bahasa Sanskrit.
b. Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan – wulan)
c. Tidak wujud bunyi e pepet (Contoh dengan – dngan atau dangan)
d. Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas)
e. Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat – niparwuat)
f. Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta)
g. Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya)

Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik

1. Pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13 turut memberi kesan kepada perkembangan bahasa Melayu. Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah banyak mengubah sistem bahasa Melayu terutama dari aspek kosa kata, struktur ayat dan sistem tulisan.

2. Terdapat tiga batu bersurat yang penting:
a. Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356)- ditulis dalam huruf India dan
mengandungi prosa Melayu kuno dan beberapa baris sajak Sanskrit. Bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.
b. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380)- masih memakai abjad India dan buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat
c. batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)- ditulis dalam tulisan Jawi dan membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.

3. Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kuno kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.

Bahasa Melayu Klasik

1. Abad ke –13 merupakan waktu bermulanya zaman peralihan di Kepulauan Melayu dengan berkembangnya agama Islam ke rantau ini. Ini telah mempengaruhi bangsa dan bahasa di sini, terutamanya bangsa dan bahasa Melayu. Pengaruh India sedikit demi sedikit mula digantikan dengan pengaruh Islam dan Arab. Kegemilangannya bahasa Melayu klasik boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting iaitu zaman kerajaan Melaka, zaman kerajaan Acheh dan zaman kerajaan Johor-Riau

2. Zaman penting bagi Bahasa Melayu ialah pada zaman Kerajaan Melayu Melaka. Kerajaan Melayu Melaka yang telah menerima Islam dan berjaya membina empayar yang luas telah dapat meningkatkan kemajuan dan perkembangan Bahasa Melayu di rantau ini. Bahasa Melayu telah digunakan dalam pentadbiran dan aktiviti perdagangan serta menjadi “lingua franca” para pedagang. Bahasa Melayu juga telah menjadi alat penyebaran agama Islam ke seluruh Kepulauan Melayu. Bahasa Melayu telah mendapat bentuk tulisan baru iaitu tulisan Jawi. Perbendaharaan kata juga telah bertambah dengan wujudnya keperluan untuk mengungkapkan idea-idea yang dibawa oleh peradaban Islam. Keagungan Kesultanan Melaka jelas tergambar di dalam “Sejarah Melayu” oleh Tun Seri Lanang, sebuah karya dalam Bahasa Melayu yang sangat tinggi nilainya.

3. Kedatangan orang-orang Eropah dan kejatuhan Kesultanan Melaka ke tangan Portugis pada tahun1511 masehi tidak menamatkan pengaruh Bahasa Melayu. Ramai di antara mereka yang menjalankan penyelidikan dan menyimpan catatan mengenai bahasa dan kesusasteraan Melayu. Beberapa contoh usaha mereka ialah :

a. Pigafetta, seorang ketua kelasi berbangsa Itali dalam pelayarannya bersama Magellan, telah menyusun kamus Melayu-Itali semasa singgah di Pulau Tidore pada tahun 1521. Kamus ini merupakan daftar kata daripada bahasa yang dituturkan oleh orang-orang di pelabuhan itu dengan lebih 400 patah perkataan dan merupakan daftar kata Melayu-Eropah yang tertua. Kedudukan Pulau Tidore yang terletak jauh daripada tempat asal Bahasa Melayu menggambarkan betapa luasnya Bahasa Melayu tersebar.
b. Jan Hugen Van Linschotten, seorang bangsa Belanda pernah tinggal di Indonesia antara tahun 1586 hingga 1592 dan berkhidmat sebagai pegawai kepada pemerintah Portugis. Beliau ada mencatatkan dalam bukunya bahawa Bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa yang paling dihormati antara bahasa-bahasa negeri timur.

c. Pada awal abad ke-18, Francios Valentijn, seorang pendeta dan ahli sejarah bangsa Belanda yang banyak menulis menganai wilayah Kepulauan Melayu, telah menggambarkan kepentingan Bahasa Melayu seperti berikut :
“Bahasa mereka, Bahasa Melayu, bukan sahaja dituturkan di daerah pinggir laut, tetapi juga digunakan di seluruh Kepulauan Melayu dan di segala negeri-negeri Timur, sebagai suatu bahasa yang difahami di mana-mana sahaja oleh setiap orang.”

4. Satu bukti tentang tingginya martabat Bahasa Melayu dan luas penggunaanya di wilayah ini adalah pada surat-menyurat antara pentadbir dan raja-rja di Kepulauan Melayu. Antaranya ialah :
a. Surat Sultan Acheh kepada Kapitan Inggeris, James Lancester (1601)
b. Surat Sultan Alauddin Shah dari Acheh kepada Harry Middleton (1602)
c. Surat Sultan Acheh kepada raja Inggeris, King James (1612)
(Ketiga-tiga surat ini tersimpan di perpustakaan Bodelein, London)

5. Dalam abad ke-17, terdapat banyak usaha oleh sarjana-sarjana Eropah untuk menyusun kamus dan daftar kata, yang kemudiannya diteruskan kepada bidang morfologi, sintaksis dan fonologi.

6. Tokoh-tokoh tempatan juga tidak ketinggalan memberikan sumbangan. Kebanyakan usaha mereka berkisar tentang agama dan sastera. Palembang dan Acheh telah menggantikan Melaka sebagai pust keintelektualan Melayu. Tokoh-tokoh di Acheh antaranya ialah :
a. Sheikh Nuruddin Al-Raniri (“Bustanul Salatin”)
b. Shamsuddin Al-Sumaterani (“Mirat Al-Mukmin”)
c. Abdul Rauf Singkel (“Mirat Al-Tullab”)
d. Hamzah Fansuri (“Syair Perahu”)

7. Di Palembang pula terdapat Abdul Samad Al-Falambani dengan kitab “Hikayat Al-Salakin”.

8. Selain daripada Acheh dan Palembang, beberapa tokoh juga timbul di tempat-tempat lain. Di Brunei, Pengiran Syahbandar Muhammad Salleh (Pengiran Indera Muda) telah menghasilkan “Syair Rakis”, manakala di Banjarmasin pula terkenal dengan Arshad Al-Banjari dengan kitab “Sabil Al-Muhtadin”. Sheikh Mohd Ismail Daud Al-Fatani di Pattani pula menghasilkan “Matla’al Badrain” dan “Furu’ Al-Masail”.

Ciri-ciri bahasa Melayu klasik:

1. Ayatnya panjang, berulang, berbelit-belit dan banyak menggunakan struktur ayat pasif.
2. Menggunakan bahasa istana: contoh tuanku, baginda, bersiram, mangkat dsb.
3. Kosa kata arkaik dan jarang digunakan ; ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)
4. Banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula, alkisah, hatta, adapun.
5. Banyak menggunakan ayat songsang: pendepanan predikat
6. Banyak menggunakan partikel “pun’ dan `lah’

Perkembangan Bahasa Melayu Moden

1. Bahasa Melayu moden dikatakan bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden kerana sifatnya yang dikatakan agak menyimpang dengan bentuk bahasa Melayu klasik. Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.

2. Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan.

3. Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang menyebut bahawa, “Bahasa Kebangsaan negara ini adalah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukan dengan undang-undang Parlimen”.
4. Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa rasmi negara (bahasa yang digunakan dalam semua urusan rasmi kerajaan persekutuan, negeri, tempatan dan badan berkanun).
5. Laporan Razak 1956 mencadangkan agar bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara dan menjadi alat utama perpaduan antara kaum.

SUMBER : bmstpm.blogspot.com

FEBRUARI 28 2023

 


Februari 27, 2023

#doauntukkeluargaku

 



Cik Lang Swe, Sempurnakah Cinta Kita, Penggali Kubur & Miss Sleepwalker, Pontianak 100kg...

Drama seram komedi (10 episod) Cik Lang Swe akan ditayangkan di tonton/TV3

Drama (18 episod) Sempurnakah Cinta Kita akan disiarkan di Awesome TV.

Drama (10 episod) Penggali Kubur & Miss Sleepwalker akan datang di platform penstriman video tonton/TV3.

Supertele seram komedi 'Pontianak 100kg' akan datang di platform penstriman video tonton/TV3.


Februari 26, 2023

ZULKIFLY HJ ALI

SUPPORT YOUTUBE ZULKIFLY HJ ALI

SEPTEMBER 07 2012 - 2.34K

MAAFKANLAH ORANG-ORANG YANG BUAT SALAH KEPADA KITA #jmbelog


Jaga Aku Selamanya, Imam Instant Ustazah Scammer, Kami Budak Band, Limbai Cinta musim 2, Isteri Halal, Bukan Puteri Lindungan Bulan...

Drama Jaga Aku Selamanya akan datang di slot Lestary TV3. (Mac 2023)

Drama Imam Instant Ustazah Scammer akan mula bersiaran pada 5 Mac 2023, setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di Astro Ria.

Drama (13 episod) Kami Budak Band bakal mengisi slot Lestary TV3 bersiaran bermula 18 Februari 2023, pada setiap Rabu hingga Sabtu pukul 9.00 malam di TV3 atau strim di tonton.com.my

Drama (13 episod)  Limbai Cinta musim 2 bersiaran mulai 18 Februari 2023 pukul 7:00 malam di TV1.

Drama (60 episod) Isteri Halal akan membuka tirai slot Tiara di Astro Ria akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula 27 Februari 2023, jam 6.00 malam melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.

Drama Bukan Puteri Lindungan Bulan akan datang pada bulan ramadan ini di slot Samarinda TV3.

BOLA SEPAK MALAYSIA 2023




senarai penuh semua pasukan yang bertanding pada Liga Super 2023:

Johor Darul Ta’zim (JDT)
Terengganu FC
Sabah FC
Negeri Sembilan FC
Selangor FC
Kuala Lumpur City FC
Sri Pahang FC
Kedah Darul Aman FC
Penang FC
Kelantan FC
Kuching City FC
Kelantan United FC
PDRM FC
Perak FC


84 juta serangan siber sehari


Malaysia mencatatkan purata 84 juta serangan siber setiap hari pada suku keempat 2022, menurut penyedia penyelesaian keselamatan siber global Fortinet. Naib Presiden Fortinet Asia Tenggara dan Hong Kong Peerapong Jongvibool berkata serangan itu termasuk virus, botnet dan eksploitasi yang dikesan oleh penyelesaian keselamatan siber FortiGuard Labs, menjadikan negara ini salah satu lokasi yang paling terdedah di rantau ini. Menurut FortiGuard Labs, ancaman siber di Malaysia mencatatkan sejumlah 61.1 juta pengesanan virus, 50.2 juta serangan botnet dan 7.5 bilion pengesanan eksploitasi sepanjang suku keempat 2022. “(Sebagai perbandingan), ancaman siber pada skala global pada suku keempat 2022 merekodkan sekitar 200 bilion serangan setiap hari. “Fortinet dapat mengesan ancaman dan meneutralkannya dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) kami serta keupayaan pembelajaran mesin,” katanya kepada Bernama dalam temu bual eksklusif baru-baru ini. Jongvibool berkata bahawa eksploitasi telah menjadi teknik terkini yang digunakan oleh penyerang siber apabila mereka meletakkan perisian hasad pada peranti sasaran mereka sambil menunggu masa yang sesuai untuk melaksanakan serangan itu. “Trend serangan siber pastinya meningkat setiap hari kerana lebih ramai orang menggunakan pendigitalan dalam urusan harian mereka, menjadikan mereka lebih terdedah. “Ringkasnya, penyerang kini lebih bijak (dan) mereka kini lebih bersedia dalam perancangan mereka dengan menggunakan AI kerana ia bukan untuk keseronokan lagi tetapi untuk perkara yang serius,” katanya. Jongvibool berkata cabaran ketara yang dihadapi oleh industri keselamatan siber hari ini akan termasuk kerumitan persekitaran digital tempat aplikasi diedarkan, pengguna bekerja dari mana-mana sahaja, lebih banyak peranti yang dihubungkan pada aplikasi, dan kekurangan kemahiran keselamatan siber. Beliau menekankan bahawa Fortinet kini merupakan penyedia hampir separuh daripada penggunaan tembok keselamatan di seluruh dunia, satu pencapaian dan peningkatan yang ketara sepanjang tahun lepas. “Tahun lepas kami hanya bercakap tentang satu pertiga daripada keseluruhan penggunaan tembok keselamatan di dunia milik kami, kini kami hampir mencapai paras 50 peratus dan kami dapat mengesan lebih banyak serangan siber dalam pasaran. “Dari perspektif global, kami dapat menunjukkan data yang sangat terperinci tentang teknik baharu yang digunakan oleh penyerang dan cara mereka merancang serangan mereka, dengan jenis perisian hasad atau eksploitasi yang mereka gunakan sekarang,” katanya. Melangkah ke hadapan, Jongvibool berkata bahawa rancangan Fortinet bukan sekadar melangkaui inovasi teknologi malah ia menetapkan sasaran untuk mencapai masyarakat yang mampan dan merapatkan jurang kemahiran keselamatan siber dalam pasaran. Beliau berkata syarikat itu menyasarkan untuk menjadi neutral karbon menjelang 2030, dengan penggunaan cipset litar bersepadu khusus aplikasi kecekapan kuasa yang lebih tinggi pada reka bentuk mereka yang secara amnya menggunakan kurang kuasa semasa beroperasi. “Fortinet juga berjanji untuk menyediakan latihan kepada sejuta orang dalam keselamatan siber menjelang 2026, kerana kami telah mencapai sasaran awal kami iaitu sejuta orang yang disahkan dengan Pakar Keselamatan Rangkaian Fortinet (NSE) sebelum 2023,” katanya. — BERNAMA 

Bertih Jagung & Mawar Berduri tersingkir di Konsert Mingguan The Masked Singer Malaysia 3 Minggu 9 (17 FEBRUARI 2023), Minggu 10 (24 FEBRUARI 2023)

BERTIH JAGUNG = Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil (dilahirkan pada 23 Januari 1985) atau lebih dikenali sebagai Zizi Kirana ialah seorang penyanyi wanita Malaysia.

Beliau merupakan bekas peserta Akademi Fantasia pada 2009. Selain itu, beliau juga menyertai rancangan televisyen realiti Indonesia, D'Academy Asia musim kedua di mana beliau mewakili Malaysia.


MAWAR BERDURI = Nur Farah Idayu binti Yaakob atau lebih dikenali sebagai Idayu (lahir 17 Februari 1985) merupakan pelajar Akademi Fantasia Musim 3. Beliau berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Beliau tersingkir pada minggu ke-empat ketika mendendangkan lagu Tiada Lagi Tangisan nyanyian asal Misha Omar dan dinyanyikan semula oleh Aishah.

Pada tahun 2017, netizen menyaksikan kemunculan semula (comeback) beliau yang akhirnya menjuarai rancangan Akademi Fantasia Megastar yang turut disertai oleh alumni (bekas) pelajar AF yang lepas.

DOA UNTUK IBU #jmbelog


 

Februari 25, 2023

FEBRUARI 25 2023


Februari 24, 2023

3 QUL







FEBRUARI 24 2023

 


سُبْحَانَ اللهِ ، وَالْحَمْدُ ِللهِ ، وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ ، وَاللهُ أَكْبَرُ لاَحوْلَ وَلاَ قُوَّة اِلاَّبِاللّهِ الْعَلَيِ الْعَظَيْم

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Selawat dan Salam ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. keluarga dan para sahabatnya.

Alhamdulillah kami bersyukur kepada-Mu Ya Allah atas setiap nikmat yang Engkau kurniakan.

Ya Allah jadikanlah setiap langkah kami sentiasa dalam kebaikan. Jadikanlah hidup kami hari ini penuh dengan keberkatan. Lindungilah kami hamba-Mu dengan kasih sayang-Mu.

Ya Allah jadikanlah kami hari ini penuh bersemangat, dipermudahkan rezeki, tubuh badan yang sihat, mendapat ilmu yang bermanfaat, keimanan yang teguh dan terlepas dari segala kesulitan.

Ya Allah jadikanlah kami orang yang tidak pernah lupa untuk bersyukur kepada-Mu atas semua nikmat dan anugerah-Mu.

Ya Allah bimbinglah kami untuk mensyukuri segala nikmat-Mu yang memungkinkan kami mencapai redha-Mu.

Ya Allah bantulah kami untuk mentaati-Mu dan melazimkan ibadah pada-Mu, memastikan ganjaran-Mu dengan kurnia pertolongan-Mu.

Ya Allah kasihanilah kami, palingkanlah kami dari melakukan maksiat pada-Mu, tuntunlah kepada kami apa yang bermanfaat bagi kami.

Ya Allah sempurnakanlah kebaikan-Mu pada kami, pada seluruh sisa umur kami, seperti Engkau telah berbuat baik pada umur kami dimasa yang telah lalu.

Ya Allah ingatkan kami bahawa sehari berlalu, umur kami berkurang sehari dan jika kami lewati hari ini dengan berbahagia, ingatkanlah kami bahawa kami sangat beruntung. Oleh itu doronglah kami untuk berbuat baik dan selalu mengucap syukur, kerana kami tidak tahu bila kami akan dipanggil ‘pergi’.

Ya Allah sedarkanlah kami supaya kami selalu merasa cukup dan mensyukuri apa yang kami punya supaya kami merasa bahagia dan pasti bersyukurlah dengan apa yang kami ada.

Ya Allah sedarkanlah kami bahawa harta, kekayaan, pangkat, kedudukan, kehormatan itu hanyalah sementara, hanya pinjaman dari-Mu. Yang terbaik dan terpenting adalah perilaku yang Baik, sentiasa membantu orang, tidak berbuat hal-hal tercela dan sentiasa mengawal diri.

Ya Allah muliakanlah kami, lapangkanlah hati kami, bahagiakanlah keluarga kami dan luaskan rezeki kami seluas lautan yang Engkau ciptakan, mudahkan segala urusan kami, kabulkan cita-cita kami.

Wahai Tuhan yang Maha Pemberi keampunan dan penerima Taubat dan yang Maha Penyayang, terimalah taubat kami dan sayangilah kami.

اَللّٰهُمَّ اغْفِرْلِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَاكَمَارَبَّيَانِيْ صَغِيْرَا

َYa Allah..ampunilah dosa-dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, pasangan hidup kami, anak-anak kami, saudara-saudara kami, sahabat-sahabat kami, guru-guru kami, pemimpin-pemimpin kami serta seluruh kaum Muslimin dan Mukminat sama ada yang masih hidup atau telah meninggal dunia.

Ya Allah selamatkan lah diri kami, keluarga kami, saudara-saudara kami, rumah tangga kami, kejiranan kami, kampung kami, negeri kami dan negara kami, dari sebarang ancaman luar dan dalam. Engkaulah Ya Allah tempat sebaik-baik perlindungan.

اَللهُمَّ اِنَّا نَسْأَلُكَ سَلاَمَةً فِى الدِّيْنِ وَعَافِيَةً فِى الْجَسَدِ وَزِيَادَةً فِى الْعِلْمِ وَبَرَكَةً فِى الرِّزْقِ وَتَوْبَةً قَبْلَ الْمَوْتِ وَرَحْمَةً عِنْدَ الْمَوْتِ وَمَغْفِرَةً بَعْدَ الْمَوْتِ

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

آمِيْنُ… آمِيْنُ… آمِيْنُ… يَا رَبِّ الْعَالَمِين


#jmbelog

Februari 23, 2023

#zamandulu

ZAMAN DULU- DULU

Pergi Kampung Hulu
jumpa Tok Besah
zaman dulu- dulu
hidup serba susah

Ayah sakit gigi
emak kena jaga
bangun pagi- pagi
mandi air telaga

Makan nasi minyak
lauk gulai lembu
malam nyamuk banyak
emak gantung kelambu

Berdiri tepi kolah
pakai kain selepang
adik pergi sekolah
bawa dua kupang

Budak nama Awang
kawan dengan Maryam
kalau tiada wang
bawa telor ayam

Beli berus gigi
beli di kedai Ali
sekolah waktu pagi
petang main guli

Suami kakak Midah
tanam ubi keledek
pergi sekolah rendah
pakai seluar pendek

Isteri tok penghulu
sangat ramah tamah
makanan orang dulu
ada keliling rumah

Masak sayur bayam
jamu orang marhaban
teringin makan ayam
tangkap dalam reban

Ayah baru pergi
pergi Sungai Puyu
sarapan waktu pagi
makan ubi kayu

Asyik tengok Esah
kupas buah jering
kerana hidup susah
makan tamban kering

Berniaga sangat maju
jual barang- barang
kalau gosok baju
guna seterika arang

Kena kejar perompak
pecut laju- laju
sabun cap kapak
buat basuh baju

Kenduri Kampung Gelam
tetamu sangat banyak
bila waktu malam
pasang pelita minyak

Bungkus buah cermai
bungkus dengan kertas
emak cabut semai
ayah tajak batas

Makan pulut tanak
makan dengan Salmah
isteri nak beranak
bidan datang rumah

Isteri nama Asyikin
suami nama Che Pa
pakai kain cukin
kait buah kelapa

Mangsa kena kelar
kelar di dada
orang perempuan loklaq
kain ketang kedada

Askar kena serang
serang dalam hutan
ayah sangat garang
tibai dengan rotan

Berdiri tepi beranda
orang minta sedekah
umur masih muda 
ayah suruh bernikah

Kaki terpijak duri
jalan terhoyong- hoyong
kalau buat kenduri
pakat gotong royong

Emak beli gelas
beli dari Pak Wi
umur lapan belas
baru masuk jawi

Cabut duri semilu
cabut dengan tangan
suasana dulu- dulu
kini tinggal kenangan

#zamandulu

#ujianhati


#februari232023


Februari 22, 2023

JAGALAH MEREKA...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Ya Allah, jagalah mereka dikala penjagaanku tidak sampai pada mereka, sayangi mereka sepertimana mereka menyayangiku, perhatikan mereka kala perhatianku tak terangkum dalam kata yang sahaja.. kerana Engkau punya segala yang ku tak punya, ku pohon pada-Mu ya Allah, moga ukhuwah kami teguh buat selama-lamanya, kerana ku ingin mereka selalu menjadi sahabatku di dunia dan harap berkekalan sehingga ke Syurga Mu. Aamiin Ya Rabbal Alamin.

FEBRUARI 22 2023

 


Februari 21, 2023

3DOA

Allahumma inni as’aluka husnal khotimah

Ertinya: “Ya Allah aku meminta kepada-MU husnul khotimah”

Allahummarzuqni taubatan nasuha qoblal maut

Ertinya: “Ya Allah berilah aku rezeki taubat nasuha (atau sebenar-benarnya taubat) sebelum wafat”

Allahumma yaa muqollibal quluub tsabbit qolbi ‘ala diinika

Ertinya: “Ya Allah wahai sang pembolak balik hati, tetapkanlah hatiku pada agama-MU”

Februari 20, 2023

Site management in AdSense is changing

Starting 20.03.2023, we're making the Sites tab in AdSense more user friendly and removing the subdomains feature



#selamatmalam #februari202023


Surah at-Taubah, ayat 34-35

“…Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya di jalan ALLAH, maka berikanlah khabar gembira kepada mereka, (bahawa mereka akan mendapat) azab yang pedih, (ingatlah) pada hari ketika emas dam perak dipanaskan di dalam neraka Jahanam, lalu dengan itu diselar dengan dahi mereka, rusuk dan punggung mereka (sambil dikatakan) kepada mereka, “Inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri, maka rasakanlah (akibat daripada) apa yang kamu simpan itu.” (Surah at-Taubah, ayat 34-35)

SEGMEN | Pencarian Model Lukisan Digital by Cuya #jmbelog

Pencarian Model Lukisan Digital by Cuya #jmbelog


Klik untuk join

FEBRUARI 20 2023


 

Februari 19, 2023

Orang takkan rasa apa yang kita rasa


Orang takkan rasa apa yang kita rasa

Selagi dia tak duduk dalam cerita kita

Semua orang boleh mendengar,

Tapi tak boleh rasa yang sama.

Semua orang boleh mengangguk tanda faham,

Tapi tak semua orang menghayati.

Semua orang boleh turut menangis,

Tapi takkan sama dengan air mata kita yang kita sendiri hadapi.



#februari192023

 



Februari 18, 2023

FEBRUARI 18 2023



Februari 17, 2023

SEGMEN | Thrice The Charm Giveaway by Atiqah, Nabilah Samsudin dan NHHM (15 Februari 2023 - 15 Mac 2023) #jmbelog

Thrice The Charm Giveaway by Atiqah, Nabilah Samsudin dan NHHM (15 Februari 2023 - 15 Mac 2023) #jmbelog



Semoga diberkati umurnya oleh Allah SWT

Barakallahu fii umrik...

Semoga diberkati umurnya oleh Allah SWT.

(BUAT SEMUA TERUTAMA YANG MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN)

Sabda Rasulullah : 

‎خيركم من طال عمره حسن عمله 

Sebaik-baik kamu ialah yang panjang umurnya serta baik amalannya...

Semoga dengan bertambahnya usia menjadikan insan yg mulia , semakin disayangi Allah dan menyayangi Allah , semakin berkah umurmu , pahalanya bertambah dan semoga segala urusan dipermudahkan oleh Allah SWT 

‎آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ

‎بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

‎اَللهُمَّ اِنَّا نَسْأَلُكَ سَلاَمَةً فِى الدِّيْنِ وَعَافِيَةً فِى الْجَسَدِ وَزِيَادَةً فِى الْعِلْمِ وَبَرَكَةً فِى الرِّزْقِ وَتَوْبَةً قَبْلَ الْمَوْتِ وَرَحْمَةً عِنْدَ الْمَوْتِ وَمَغْفِرَةً بَعْدَ الْمَوْتِ 

Ya Allah kami memohon kepadaMu keselamatan dalam agama, dan kesejahteraan/kesegaran pada tubuh dan penambahan ilmu, dan keberkahan rezeki, serta taubat sebelum mati dan rahmat di waktu mati, dan keampunan sesudah mati.

‎ آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَا رَ بَّ العَـــالَمِيْن

FEBRUARI 17 2023

 



Februari 15, 2023

FEBRUARI 15 2023



Februari 14, 2023

Tercipta satu senyuman

Benar hatiku hancur dan ku bersendirian
Tiba-tiba kau muncul untuk menjadi teman
Benar kita pernah bertemu tapi dulu
Dua ke tiga tahun lalu

Aku tertanya
Aku rasa macam tidak percaya
Adakah ini benar-benar cinta
Rasa macam cinta pandang pertama
Adakah ini mimpi saja

Katanya tolong jangan menangis
Aku di sini bersama dirimu
Akan ku di sisimu
Sehingga sehingga matiku

Tercipta satu senyuman
Saat engkau hadir dalam hidupku
Seperti bunga yang layu
Kini mekar kembali

Beginikah rasa cinta
Setelah hatiku hancur tersiksa
Oh bahagianya rasa telah pun tiba

Katanya tolong jangan menangis
Aku di sini bersama dirimu
Akan ku di sisimu
Sehingga sehingga matiku

Tercipta satu senyuman
Saat engkau hadir dalam hidupku
Seperti bunga yang layu
Kini mekar kembali

Beginikah rasa cinta
Setelah hatiku hancur tersiksa
Oh bahagianya rasa telah pun tiba
Oh bahagianya rasa telah pun tiba
Oh bahagianya rasa telah pun tiba

Surah Al-Kauthar 108:3

#Malam adalah kesempatan indah untuk #berdoa, #beristirehat, #memaafkan, #melupakan, dan memulai hari esok yang #lebihbaik. #Selamattidur. #SELAMATBERISTIREHAT DAN #SELAMATMALAM. #ASSALAMUALAIKUM. #jmbelog

Allah berfirman, "Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya)."
(Surah Al-Kauthar 108:3)

BLOG PALING RAMAI PENGIKUT DI MALAYSIA

https://www.lyssasecret.com/ - 52450 - last update blog mac 24 2022

https://honeykoyuki.blogspot.com/ - 49228 - last update blog januari 08 2020

https://inibelogsaya.blogspot.com/ - 40854 - last update blog april 02 2015

https://peliks.blogspot.com/ - 37397 -  AKTIF


https://zackzukhairi.blogspot.com/ - 21672 - last update blog ogos 02 2013

https://jejariruncing.blogspot.com/ - 21412 - last update blog jun 28 2020

https://theotherkhairul.blogspot.com/ - 16588 - last update blog mei 12 2022

https://fatinsuhana.blogspot.com/- 10919 - last update blog oktober 01 2018


https://nurulbadiah.blogspot.com/ - 9701 - last update blog ogos 25 2016

_ update February 14 2023

PEDULI INSAN MALAYSIA

 

SCAN QR CODE

PENGULAS TERATAS

ULASAN

SEGMEN | La gourmet® Hydration Bottle Giveaway by anies.

La gourmet® Hydration Bottle Giveaway by anies.




TARIKH & MASA TAMAT GA: 28 FEBRUARI 2023 @ 11.59PM.

Sinopsis Filem Pulau

Sinopsis Filem Pulau

Percutian sekumpulan anak muda bertukar menjadi mimpi ngeri yang tidak berkesudahan selepas kalah dalam pertaruhan. Memaksa mereka bermalam di sebuah pulau terpencil. Ketika mereka terjumpa sebuah perkampungan terbiar yang misteri di sana, mereka secara tidak sengaja mematahkan mantera lama yang diletakkan untuk menahan semangat jahat yang terperangkap di pulau itu. Seorang demi seorang menderita akibat yang mencengkam dan mengerikan dari kesilapan mereka, menimbulkan kemarahan makhluk jahat yang memerlukan darah manusia untuk terus hidup. Satu-satunya jalan keluar berada di tangan seorang gadis yang perlu menggunakan kuasa ghaibnya untuk menguraikan sejarah yang meresahkan yang berkaitan dengan kisah cinta berbeza budaya.

Malam Zulaika, Cinta Ke Dua, Misteri Flat Kirana, Irama Kita, Pulau...

Drama Malam Zulaika bakal menemui penonton di slot Samarinda TV3.

Drama Cinta Ke Dua akan mengisi slot Akasia TV3.

Drama Misteri Flat Kirana yang bakal disiarkan di TV3 pada bulan ramadan nanti.

Filem Tonton Original berjudul 'Irama Kita' akan datang...

Filem Pulau ditayangkan di pawagam pada 9 Mac 2023.


Terus Hidup Lagu oleh Aina Abdul

Ku menyingah hati iniTak pernah ku menyangkaSekuat iniDebaran hangat ragamu
Kau merubah segalanyaTernyata aku kalahBetapa kuatnya rasaBiar kau tiada di sisi
Takkan mati jiwakuYang ada hanyalah rinduSungguh tak kuduga rasa ini
Meski takdir kita tak pastiKu setia disiniDoaku mengiringi kamu
Kau merubah segalanyaSekeras hati iniMenolak untuk merasaTapi tidak cintamu
Takkan mati jiwakuYang ada hanyalah rinduSungguh tak kuduga rasa ini
Meski takdir kita tak pastiKu setia disiniDoaku mengiringi kamu
Walau deritaMimpi yang tiada penyudahAkan aku abadikan cinta yang menjarak antara kita
Biar berdarah air mata membisaKu menjanji aku disini
Takkan mati jiwakuYang ada hanyalah rinduSungguh tak kuduga rasa ini
Meski takdir kita tak pastiKu setia disiniDoaku mengiringi kamu
Takkan mati jiwakuYang ada hanyalah rinduSungguh tak kuduga rasa ini
Meski takdir kita tak pastiKu setia disini

FEBRUARI 14 2023

 


Februari 13, 2023

PEMENANG AJL37

PEMENANG AJL37

Penyanyi Pilihan Popular Alha Alfa : Khai Bahar

Persembahan Terbaik : Irama (Shiha Zikir)

Vokal Terbaik : Aina Abdul (Terus Hidup)

Tempat Ketiga : Anugerah Terindah (Alif Satar & The Locos)

Tempat Kedua : Satu Malam Di Temasek (Joe Flizzow & Sonaone)

Juara : Terus Hidup (Aina Abdul)

FEBRUARI 13 2023



Februari 12, 2023

MR. PARROT tersingkir di Konsert Mingguan The Masked Singer Malaysia 3 Minggu7 (10 FEBRUARI 2023)

MR. PARROT tersingkir di Konsert Mingguan The Masked Singer Malaysia 3 Minggu7 (10 FEBRUARI 2023)

MR. PARROT - AJAI

Mohd Faizal bin Maas atau lebih dikenali sebagai Ajai merupakan seorang penyanyi, pemuzik, penggubah lagu dan penerbit album yang cukup popular di Malaysia. Anak kelahiran Masai, Johor Bahru, Johor ini mula membabitkan diri dalam bidang muzik sejak tahun 1991 lagi sebagai pemain keyboard kumpulan Exists untuk empat album pertama mereka. Selepas keluar daripada Exists pada tahun 1998, Ajai kemudianya membina kerjaya sebagai penyanyi duet terkenal bersama isterinya pada ketika itu dengan gelaran Ajai & Nurul.

Buah Hati

Untukmu yang telah lama ditunggu


Sayangku

'Kan kujaga oh dirimu hingga tua nanti
'Kan kusayangi, kulindungi dari kerasnya dunia
'Kan kujaga oh dirimu hingga tua nanti
Itu tugasku, kau buah hatiku

'Kan kujaga oh dirimu hingga tua nanti
'Kan kusayangi, kulindungi dari kerasnya dunia
'Kan kujaga oh dirimu hingga tua nanti
Itu tugasku, kau buah hati

Oh, dirimu hingga tua nanti
'Kan kusayangi, kulindungi dari kerasnya dunia
'Kan kujaga oh dirimu
Itu tugasku, tanggung jawabku
Itu tugasku, kau buah hatiku


Februari 11, 2023

MUSLIM BLOG : http://jawi123.blogspot.com/

MUSLIM BLOG : http://jawi123.blogspot.com/
CIK MATAHARIKU : https://cikmatahariku.blogspot.com/