September 30, 2023

Lirik Lagu Loneliness - Putri Ariani

I remember when we still oneYour laugh, your voice, and your bright eyesWe're together in this lovePromise we'll foreverAnd now you left me aloneCause You find someone betterYou're in that way with herAnd one think I know
You break my heart, break my hopeMake me so down in a lonelinessYou left me when I deepThought you are my best sceneBeing my prince, but I was wrongBaby, you change a pink into the blue
And what does it mean all the things that we have writtenThe great conversation and a beautiful futurePerfect definition of sadly flower
You break my heart, break my hopeMake me so down in a lonelinessYou left me when I deepThought you are my best sceneBeing my prince, but I was wrongOh baby, you change a pink into the blue
Ooh, ooh, ooh, ooh, ooh, oohOoh, ooh, ooh, ooh, ooh, oohOoh, ooh, ooh, ooh, ooh, ooh
You break my heart, break my hopeMake me so down in a lonelinessYou left me, you left me when I'm in loveThought you are my best sceneBeing my prince, (i was wrong) but I was wrong (i was wrong)
I was wrong (I was wrong)I was wrong (I was wrong)I was wrong (I was wrong)I do i fall in you




RESEPI: CARA BUAT SAMBAL BELACAN GUNA 3 BAHAN

CARA BUAT SAMBAL BELACAN GUNA 3 BAHAN





Bahan-bahan:

  • Cili padi/cili thai merah
  • Belacan
  • Air limau kasturi

Cara-cara:

1. Tumbuk cili padi dan belacan menggunakan lesung batu. Tumbuk sehingga kedua-dua bahan ini sebati dan lumat.

2. Kemudian masukkan air limau kasturi yang sudah diperah dan dibuang biji. Gaul sehingga rata.

3. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

MyResepi | Sutila

Lirik Lagu Ayah Aku Rindu - Tri Suaka

kau nampak tak perduli
kau nampak diam dan acuh
bagi kami anak anakmu
engkaulah ayahku

tak pernah terlihat engkau mengeluh
slalu kau tunjukan senyum di wajahmu
oh begitu besar tanggung jawabmu
untuk kami anak anakmu

ayahhhhh
peluk erat diriku
beriku semangat untuk menjali hidup
ku ingin hebat seperti dirimu
ajariku menjadi seper

ayahhhhh
ku rindu aroma tubuhmu
rindu kau peluk bagai masa kecilku dulu
kau lentera bagiku
menerangi hidupku
ayah aku rindu padamu

September 29, 2023

Ai Team Subscribers: September 29 2023

[ channel - subscriber - date joined]

ALIEFF IRFAN - 5.1m - 06/08/2016
BELLESTRELLE - 1.28m - 09/12/2017

***
AI TEAM  - 497k - 19/04/2014
AI ENTERTAINMENT  - 337k - 24/01/2023
AI MUKBANG - 204k - 17/01/2023
AI GARAGE - 238k - 28/05/2023

***
  1. El Riss - 750k - 01/01/2020 
  2. Aniq - 724k - 17/12/2021
  3. Boyraa - 694k - 16/12/2021
  4. Shahrul Niezam - 554k - 18/12/2021
  5. Laming - 493k - 26/01/2019
  6. Fiera - 486k - 25/08/2022
  7. Sulong - 484k - 30/12/2021
  8. Mimi - 484k - 07/06/2022
  9. Aiman Noah - 472k - 22/12/2021
  10. Afiq Jefri - 378k - 28/03/2020
  11. Isya - 331k - 24/01/2023
  12. Kekanda- 253k - 09/03/2023
  13. Syahmie - 180k - 16/03/2023
  14. Fatin Razali - 170k - 12/04/2023
  15. Faridah - 162k - 09/03/2023
  16. Nazrul- 152k - 31/10/2017
  17. Areesa - 147k - 09/03/2023
  18. Manis - 131k - 09/03/2023
  19. Madkhan - 127k - 28/04/2023
  20. Nisa  - 125k- 11/04/2023
  21. Pieya - 118k - 09/03/2023
  22. Ayra - 111k - 09/03/2023
  23. Hafiz Hakim - 108k - 16/03/2023
  24. Atiqah - 105k - 09/03/2023
  25. Emny Emyra - 84.3k - 29/04/2023
  26. Adam Nazri - 76.4k - 09/05/2023
  27. Aufar - 73.1k - 02/05/202
  28. Lukman Musa - 71k - 15/06/2023
  29. Safwan - 66.8k - 28/04/2023
  30. Paih Geram - 66.8k - 16/03/2023
  31. Yana - 25.9k - 15/06/2023
***
Alam Alisya Channel - 246k - 13/12/2019
JR Family - 161k - 04/02/2023
Fatiya Rafi - 68.5k - 09/07/2023

Update _ 09/29/2023

September 29 2023: Rindu


Rindu... 

Tak salah kalau nak rindukan seseorang

Tak dosa pun kalau nak rindukan seseorang. 

Letak tangan di dada dan baca surah Al-Fatihah, 

Dengan niat semoga Allah sampaikan rasa ini dekat dia. 

Inn Sya Allah

Sekolah Rendah/Menengah anda!?

Senaraikan nama Sekolah Rendah/Menengah dan tahun anda belajar di ruang komen... 

Mungkin boleh terjumpa kawan² lama atau yang sebaya... 

Michael Gambon yang terkenal menerusi watak Albus Dumbledore dalam rangkaian filem Harry Potter meninggal dunia.


London: Pelakon Michael Gambon yang terkenal menerusi watak Albus Dumbledore dalam rangkaian filem Harry Potter meninggal dunia disebabkan penyakit pneumonia, semalam.

Gambon, 82, menghembuskan nafas terakhir dengan tenang di hadapan keluarga tercintanya di sebuah hospital.

Selain keluarga, pemergiannya nyata turut diratapi dunia termasuk pelakon utama Harry Potter, Daniel Radcliffe.

MyMetro

September 29 2023: Tepuk Amai Amai

 

Tepuk amai-amai
Belalang kupu-kupu
Tepuk ramai-ramai
Emak upah susu
Susu lemak manis
Santan kelapa muda
Adik jangan menangis
Emak ada kerja

AMANZ: PayNet Mengesahkan Caj Transaksi DuitNow QR Terhadap Peruncit Bermula 1 November 2023

PayNet hari ini akhirnya mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan dengan caj transaksi DuitNow QR yang bakal berkuat-kuasa 1 Oktober 2023 1 November 2023 kelak, disamping memberikan penjelasan lanjut serta membetulkan beberapa laporan media lain yang kurang tepat sebelum ini.

Menurut PayNet, caj transaksi ini adalah terhadap penjual atau peruncit, dan bukannya terhadap pengguna awam. Caj ini adalah dalam usaha membolehkan rangkaian pembayaran tersebut dapat diselenggara dan diuruskan dengan baik, selain mengurangkan kos yang ditanggung bank dan penyedia perkhidmatan dalam pengurusannya.

Caj perkhidmatan ini sebelum ini disasarkan untuk diimplementasi lebih awal, tetapi ditangguhkan sehingga 1 November 2023 ini. PayNet menyatakan pengenalan caj ini tidak akan membawa kepada peningkatan harga barangan. Hal ini kerana medium pembayaran seperti kad kredit dan kad debit oleh penjual sedia membayar caj transaksi kepada penyedia perkhidmatan. Caj transaksi ini akan ditanggung oleh peniaga atau peruncit dan bukannya oleh pengguna awam.

Tambahan lagi, PayNet menjelaskan yang mana caj transaksi 50 sen untuk pemindahan lebih RM5000 adalah caj transaksi untuk pemindahan antara pengguna (P2P) dan bukannya untuk peruncit.

Menurut PayNet juga, terdapat beberapa bank yang akan meneruskan penawaran perkhidmatan secara percuma – terutamanya melibatkan peruncit dan penjual kecil. Namun, perkara ini adalah bergantung kepada bank atau penyedia perkhidmatan tersebut. Amanz

Maybank Dan Public Bank Tidak Akan Mengenakan Caj Transaksi DuitNow QR


Berita tular minggu ini ialah caj transaksi DuitNow yang dikenal oleh PayNet ke atas terhadap peruncit bermula 1 November depan. Rata-rata reaksi orang ramai adalah negatif kerana ini akan mengakibatkan kos kepada peruncit ini akan dirasai oleh pelanggan menerusi kenaikan harga barang.

Pagi ini Maybank dan Public Bank mengeluarkan kenyataan mereka tidak akan mengenakan caj transaksi DuitNow bermula 1 November. Hanya dua bank ini mengeluarkan kenyataan tidak akan mengenakan caj transaksi. CIMB pula mengeluarkan kenyataan akan hanya mengenakan caj bermula 1 Januari 2024.

Dalam siaran media yang dikeluarkan oleh PayNet yang mengendalikan sistem DuitNow, caj kadar diskaun peruncit (MDR) dikecualikan semasa pengenalan bagi meningkatkan penggunaan. Ia kemudiannya dilanjutkan lagi kerana pandemik Covid-19. Caj MDR pada waktu ini dikenakan pada setiap transaksi kad debit serta kredit. Amanz


BNM : Bank Utama Akan Mengecualikan Yuran Transaksi Ke Atas Perniagaan Mikro Dan Kecil Untuk DuitNow QR

Bank Negara Malaysia hari ini telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan DuitNow QR, sekaligus mengesahkan yuran transaksi akan diimplementasikan untuk DuitNow QR bermula 1 Oktober 2023. Ini adalah susulan daripada pengecualian yuran untuk tempoh terhad yang diperkenalkan sejak 2019.

BNM menjelaskan yuran transaksi ini adalah bertujuan untuk menampung kos menyenggara sistem pembayaran, termasuk sokongan keselamatan siber, dan beberapa perkara berkaitan lain. Seperti dimaklumkan sebelum ini, beberapa perkhidmatan pembayaran digital sedia mengenakan caj transaksi kepada penjual, termasuk untuk pembayaran kad debit dan kredit.

BNM turut menekankan yang mana pengguna individu tidak akan dikenakan sebarang caj tambahan apabila menggunakan DuitNow QR. Sebaliknya, untuk perniagaan, yuran transaksi DuitNow QR akan kekal rendah sama seperti untuk yuran pembayaran kad debit – atau lebih rendah daripadanya.

Pada masa yang sama, BNM turut mengatakan bank-bank utama dan juga penyedia perkhidmatan kewangan yang menguruskan 75% perniagaan yang menerima pembayaran secara DuitNow QR telah menyatakan akan mengecualikan yuran transaksi ke atas perniagaan mikro dan kecil.

Mengikut definisi KPDN, perusahaan mikro adalah dengan jualan tahunan dibawah RM300,000 atau kurang 5 pekerja, sementara perusahaan kecil adalah dengan jualan bawah RM15 juta atau kurang 75 orang pekerja.

Setakat ini, BNM tidak menyatakan bank-bank tersebut. Secara rasminya, Maybank dan Public Bank telah menyatakan tidak akan mengenakan caj transaksi berkenaan. Mungkin kita akan mendengar sokongan serupa oleh beberapa penyedia lain tidak lama lagi. Amanz

Pergi umrah, masjid & surau di kampung sunyi

Seorang pendakwah dikenali sebagai Ustaz Mokhtar Yaakob telah meluahkan kekwatirannya apabila melihat trend sesetengah pihak yang berlumba-lumba pergi umrah namun tidak pula mempraktikkan ibadah tersebut selepas pulang ke Tanah Air.

Pergi umrah, masjid & surau di kampung sunyi

Menerusi perkongsian video di TikTok Pejuangsubuh, ustaz berkenaan menyatakan yang ada pihak kerap menceritakan tentang nikmat solat berjemaah di Tanah Suci, namun tidak pula mengimarahkan masjid atau surau di kawasan kediaman sendiri.

Sekarang ini trend pergi umrah, habis sekampung pergi umrah masjid tak datang. Ada benda tak kena.
Balik umrah bercerita ‘seronoknya sembahyang jemaah tapi 12 hari di sana itu sahajakah mereka berjemaah? ujarnya.
@pejuangpondok8734

♬ bunyi asal – PejuangSubuh – PejuangSubuh

Pergi umrah bangun pagi nak berjemaah, tapi tak pula di Tanah Air

Dalam pada itu, beliau juga bercerita yang ramai jemaah gigih bangun di awal waktu untuk sama-sama berjemaah pada awal pagi bagi menunaikan solat subuh tetapi perkara tersebut berbeza selepas pulang dari mengerjakan ibadah haji atau umrah.

“Masa duduk sana, awal-awal pagi pukul 3 dah pergi sembahyang subuh siap ketuk pintu mutawwif.
Tapi bila naik atas kapal terbang, ustaz minta niat sembahyang jamak ada yang kata nak qada solat.
Itu baru atas kapal terbang belum sampai kampung lagi, tak peliklah kalau dekat masjid tak ada jemaah,” jelasnya lagi.

Teguran buat kita semua

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan teguran dibuat pendakwah berkenaan kerana melihat trend orang ramai yang berlumba-lumba pergi umrah.

Ada di antara mereka juga mendakwa sesetengah individu ke Tanah Suci atas alasan mengerjakan umrah seperti makan angin kerana lebih banyak memuat naik gambar di media sosial.

pergi umrah

Elok ke sana fokus ibadah dari media sosial

pergi umrah

Ada yang pergi sana macam melancong saja

pergi umrah

Nasihat & peringatan yang sangat berguna

pergi umrah

: TikTok pejuangsubuh

Ad test

SUMBER ASAL

Kredit

AKSIZ: Animasi Sains Fiksyen Islamik Aksi Pertama ILM – Kebangkitan Khalifah Akan Ke Durioo+

Durioo+ iaitu platform penstriman video memfokuskan kandungan Islam untuk kanak-kanak bakal hadir dengan animasi asli baharu bergenre sains fiksyen.

Bukan itu sahaja, siri animasi juga memfokuskan agama Islam dan diberi nama sebagai ILM – Kebangkitan Khalifah. Siri ini turut akan mempersembahkan aksi dan jalan cerita yang unik serta menarik.

Menurut Durioo+, siri ini menyasarkan kanak-kanak 8-12 tahun. ILM – Kebangkitan Khalifah ini turut menjadi siri animasi sains fiksyen Islam aksi pertama dunia dan menjamin boleh bersaing dengan animasi terkenal lain.

Siri ini dihasilkan sepenuhnya oleh studio Durioo+ dan dijadualkan untuk tiba di platform penstriman mereka pada bulan Ramadan 2024.

Aksiz

September 28, 2023

buntu

buntu

mati (jalan dan lain-lain), tertutup (pintu dan lain-lain), terhalang, tersekat;
fikiran ~ tidak berfikir panjang lagi;
jalan ~
a) jalan mati;
b) tidak tercapai tujuan kerana tidak ada kata sepakat;
usus ~ usus yang tersekat hujungnya;

membuntukan membuat buntu;

kebuntuan perihal (keadaan) buntu.


KBM

September 27, 2023

September 26, 2023

6 MITOS KESIHATAN YANG AGAK POPULAR ! - Dr Samhan

6 MITOS KESIHATAN YANG AGAK POPULAR ! 

1.  Nenas tidak mengakibatkan keguguran dan sebenarnya mampu melancarkan haid ! 

2. Kicap mengandungi garam tinggi tetapi ia tidak menyebabkan parut hitam ! 

3.  Mandi malam tidak akibatkan paru paru berair tetapi memberikan tidur yang lebih nyenyak! 

4.  Ketam berkhasiat dan kaya protein, tapi ia bukan rawatan denggi ! 

5.  Timun baik untuk hidrasi tubuh, ia tidak akibatkan masalah keputihan ! 

6.  Telur sumber protein yang baik, ia tidak akibatkan luka bernanah! 

7 tips simpan beberapa jenis sayur di rumah agar tidak cepat layi

7 tips simpan beberapa jenis sayur di rumah agar tidak cepat layu:

Wanita ini kongsi 7 cara simpan sayur tahan lama dalam peti ais
  1. Simpan tomato, limau, lobak merah, timun, brokoli, bunga kubis, kubis dalam bekas kedap udara berasingan
  2. Lapik dalam bekas dengan tisu dapur (untuk menyerap lebihan air)
  3. Tambahan, letak seulas bawang putih (sebagai anti kulat)
  4. Gunakan bekas tinggi (bekas spagetti) untuk simpan serai, daun sup, daun bawang. Masukkan air paras akar dan tutup bekas.
  5. Buang tangkai cili padi dan asingkan cili merah hijau. Keluarkan cili telah rosak.
  6. Potong lengkuas untuk sekali guna dan rendam dalam bekas bertutup. Sebaiknya, guna air penapis dan salin air setiap kali selepas ambil lengkuas.
  7. Kunyit dan halia simpan dalam bekas bertutup tanpa air.

Jangka Hayat Kucing: Berapa Lama Kucing Boleh Hidup?

jangka hayat kucing

Kucing adalah haiwan kesayangan yang sering menjadi sebahagian daripada keluarga kita. Kucing membawa kebahagiaan dan keceriaan kepada rumah kita dengan tingkah laku mereka yang comel dan sudah tentu ada kenakalannya.

Tetapi, sebelum kita memutuskan untuk memelihara kucing, penting untuk memahami jangka hayat kucing dan tanggungjawab yang berkaitan dengan pemeliharaan kucing.

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Jangka Hayat Kucing

Jangka hayat kucing bergantung kepada beberapa faktor utama:

1. Pemakanan

Pemakanan yang sihat adalah kunci kepada kesihatan kucing. Makanan berkualiti tinggi yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan adalah penting untuk memastikan kucing hidup dengan sihat dan aktif. Pastikan untuk memberi makanan yang sesuai dengan usia dan keperluan kucing. Boleh lihat di sini untuk Makanan Kucing Terbaik.

2. Penjagaan Kesihatan

Membawa kucing ke klinik veterinar untuk pemeriksaan berkala adalah penting. Vaksinasi, pemeriksaan gigi, dan rawatan anti-parasit adalah sebahagian daripada penjagaan kesihatan yang diperlukan untuk meningkatkan jangka hayat kucing.

3. Senaman dan Aktiviti Fizikal

Kucing yang aktif dan mendapat peluang untuk bermain dan bersenam cenderung hidup lebih lama. Berikan kucing peluang untuk bersenam dan main dengan mainan atau membolehkannya berjalan-jalan di luar dengan pengawasan.

4. Genetik

Jangka hayat kucing juga dipengaruhi oleh faktor genetik. Ada jenis kucing yang mungkin mudah dijangkiti penyakit tertentu yang boleh mempengaruhi jangka hayat.

Jangka Hayat Purata Kucing

Kucing domestik biasanya mempunyai jangka hayat purata antara 12 hingga 18 tahun. Walau bagaimanapun, banyak faktor boleh mempengaruhi jangka hayat kucing, dan ada kucing yang dapat hidup lebih lama daripada ini. Kucing tertua yang pernah di rekodkan adalah 38 tahun.

Jangka Hayat Kucing & Anggarannya Dengan Umur Manusia

Jika kucing anda sudah berusia lebih 10 tahun, sebenarnya mereka telah masuk ke kategori umur “warga tua”. Antara formula yang boleh di gunakan untuk menganggar umur kucing adalah 4X (umur kucing) + 16.

beza umur kucing dan manusia


Bagaimana Memanjangkan Jangka Hayat Kucing

Untuk memastikan kucing hidup dengan baik dan lama, anda boleh mengambil langkah-langkah berikut:
  1. Pemakanan Berkualiti Tinggi: Berikan makanan yang berkualiti tinggi dan sesuai dengan usia serta keperluan kucing anda.
  2. Penjagaan Kesihatan Berkala: Pastikan untuk membawa kucing ke veterinar untuk pemeriksaan berkala dan vaksinasi yang diperlukan.
  3. Senaman (Bermain): Berikan peluang kepada kucing untuk bersenam dan bermain setiap hari.
  4. Berikan Kasih Sayang: Kasih sayang dan perhatian dari pemilik adalah penting untuk kesejahteraan emosi kucing.
  5. Kawalan Parasit: Pastikan untuk mengawal parasit seperti cacing dan kutu.
  6. Kawalan Stress: Hindari situasi yang boleh menyebabkan tekanan kepada kucing anda.

Kesimpulannya, jangka hayat kucing adalah perkara penting yang perlu dipertimbangkan sebelum anda memelihara kucing. Dengan penjagaan yang betul dan kasih sayang, anda boleh membantu kucing anda hidup lebih lama dan sihat.