September 21, 2023

Rafflesia Diancam Kepupusan - Amanz

Kajian terkini yang dilakukan oleh sekumpulan saintis termasuk dari Botanic Garden University of Oxford Botanic Garden mendapati kesemua 42 spesis bunga Pakma (Rafflesia) diancam kepupusan. Sebanyak 25 atau 60% daripadanya kini menghadapi risiko kepupusan yang teruk, 15 dalam bahaya kepupusan dan dua lagi terdedah kepada kepupusan.

Laporan kajian telah diterbitkan dalam jurnal Plants, People, Planet. Sungguhpun begitu hanya satu spesis sahaja iaitu Rafllesia magnifica dimasukkan ke dalam senarai merah Union for Conservation of Nature (IUCN). Bunga Paksa hanya ditemukan di Malaysia, Brunei, Indonesia, Filipina dan Thailand dengan ia mempunyai reputasi sebagai bunga yang mempunyai bau busuk seperti tubuh manusia yang reput.

Saintis kini menyarankan kesemua 42 spesis bunga Pakma dimasukkan ke dalam senarai merah IUCN. Pihak berkuasa di negara-negara bunga ini tumbuh juga disarankan untuk memelihara habitatnya yang semakin terancam diakibatkan oleh penebangan hutan. Usaha untuk membiak bunga Paksa di luar habitat mereka juga perlu dilakukan sebelum terlambat. Pelbagai usaha untuk melakukannya di dalam taman botani dan rumah hijau menemui kegagalan setakat ini.

Sebagai antara bunga yang sinonim dengan Malaysia, membiarkannya pupus adalah tidak boleh dimaafkan. Kita sudahpun berhadapan dengan kepupusan Harimau Malaya dan Orang Utan pada waktu ini. Jika semuanya hilang dari muka bumi kelak, kesemua simbol negara akan hanya tinggal kenangan.

Amanz

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!