Hukum menderma rambut berbeza hukumnya mengikut keadaan. Sekiranya rambut itu diberikan untuk disambungkan dengan rambut yang lain maka haram hukumnya. Ini berdasarkan sabda Nabi SAW: لَعَنَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم الْوَاصِلَةَ وَالْمُسْتَوْصِلَةَ، وَالْوَاشِمَةَ وَالْمُسْتَوْشِمَةَ Maksudnya “Nabi SAW telah melaknat wanita yang menyambung rambut dan meminta disambungkan rambut, wanita yang bertatu dan minta untuk ditatukan”.Riwayat Al-Bukhari Perkataan laknat di dalam hadis di atas membawa maksud pengharaman dan sebab pengharaman adalah kerana berlakunya penipuan serta mengaburi pandangan orang lain dengan mengubah ciptaan Allah SWT. Oleh itu, segala perkara yang boleh membawa kepada penyambungan rambut meskipun dengan menderma rambut tersebut, maka ianya diharamkan. Tiada keperluan menderma rambut kepada pesakit kanser, jika sekiranya sembuh penyakitnya, rambutnya yang gugur akibat rawatan boleh tumbuh semula. Wallahu a’lam.
1 comments:
thank you for sharing..
Catat Ulasan
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!