Manis Agnes Jam 5 di TV Okey setiap hari bermula 12 Januari pukul 10 malam

Manis Agnes Jam 5

Drama bersiri 13 episod 'Manis Agnes Jam 5' bermula 12 Januari ini, disiarkan setiap hari pukul 10 malam di TV Okey.

Lakonan Fadlan Hazim, Lia Natalia, Azwan Kombos, Didi Astillah, Dilla Ahmad, Asmidar, Den Wahab, Izzat Mushtaq, Vicha Barbie, Faris Fitri ...

SINOPSIS MANIS AGNES JAM 5

Dua sahabat lama, bertemu semula di Sandakan setelah 10 tahun terpisah, masih menyimpan perasan dalam diam. Namun kini seorang sudah bertunang dan tanpa mereka sedar, kenangan setiap petang di Agnes Keith Tea House mengembalikan kemanisan perasaan sesama mereka yang sebenar.

Kamal Adli dan Hannah Delisha dalam Drama Bukan Kahwin Paksa

Bukan Kahwin Paksa

Drama (13 episod) adaptasi novel 'Bukan Kahwin Paksa' karya Syamnuriezmil akan mengisi slot Lestary TV3, Februari 2020.

Lakonan Kamal Adli, Hannah Delisha, Danial Dashuki, Alya Iman, Oktovia Manrose, Afiq Muiz, Husna Mustaffa, Jasper Supayah, Ziela Jalil, Shah Rezza, Liza Abdullah, Watie Sadali , Dhia Irdina, Qistina Khaled ...

SINOPSIS BUKAN KAHWIN PAKSA

Pada mulanya, mereka dipertemukan dalam situasi yang tidak menyenangkan yang menyebabkan mereka ditakdirkan menjadi musuh. Disebabkan tersalah e-mel, mereka kemudian menjadi kawan baik di alam maya. Sehinggalah mereka ditakdirkan jatuh cinta melalui panggilan telefon.

Izz Rizqin mengorbankan cintanya demi keluarganya. Membawa diri selepas kekasihnya, Ariyana ditunangkan dengan abang long Azz Rizqin. 

Dara Safiya pula tidak percaya kepada cinta selepas dia dicurangi Ryan. Dia mahu membujang sampai ke tua menjaga mama dan papanya. 

Kedua-dua keluarga mereka mencadangkan calon pilihan dan mereka bersetuju. Tanpa mengenali mereka hanya akan berjumpa di hari pernikahan.