SINOPSIS JANGAN PADAM RINDU

SINOPSIS JANGAN PADAM RINDU
Jangan padam rindu mengisahkan Elina  (Emma Maembong) menyangka Tuan Haji Mizan (Arash Mohd)melamarnya untuk dijadikan isteri. Sudah semestinya dia tidak mahu bersuamikan lelaki tua. Elina tidak mementingkan kebendaan meskipun dia sangat berkenan dengan telefon pintar yang Tuan Haji Mizan hadiahkan kepadanya. Tidak semudah itu Elina jatuh cinta dengan lelaki tua itu. Mujur Elina dan Tuan Haji Mizan tidak pernah bertemu, hanya berkomunikasi melalui aplikasi Whatsapp. Elina lebih rela Tuan Haji Mizan yang bertongkat itu menjadi bapa tirinya. Bagaimanapun, Elina tiada pilihan dan terpaksa akur dengan takdir itu. Tiba hari pertunangan, dia terkejut melihat bakal suaminya.
Arahan : Raja Ahmad Alauddin Raja Mohamed.
Penerbit : Rosyam Nor
Lakonan : Emma Maembong, Keith Foo, dan ramai lagi.
Tayangan : Saluran RTM 2018 / 20 episod
Kredit : HARIAN METRO - 14 Disember 2017 - Rap - m/s 8 & 9

Dan jika kau masih di sini, membaca hingga ke penghujung…
mungkin ini bukan sekadar tulisan…
mungkin ini adalah rasa yang akhirnya kau temui dalam diam.
Di Sini, Jiwa Yang Penat Boleh Berehat.
#JMBELOG

0 Comments:

Catat Ulasan