Februari 26, 2018

Tutorial 9Semak iklan Adsense


Semak iklan Adsense. Adakah blog atau website anda telah memasang iklan dari Google Adsense? Sudah pastikan ianya berfungsi atau pun tidak? Jika tidak pasti, disini ada perkongsian dimana anda boleh semak iklan Adsense yang dipasang di blog atau website anda.



Untuk info, semenjak Google menyenaraikan bahasa Melayu dalam sistemnya, maka semakin banyak blog dan website berbahasa Melayu membuat permohonan memasang iklan Adsense dari Google ini. Kebanyakannya telah pun berjaya disahkan oleh pihak Google. Ada yang telah disahkan untuk tempoh yang singkat. Ada juga mengambil masa sehingga sebulan untuk disahkan.


Oleh itu, disini anda akan dikongsikan bagaimana cara hendak semak iklan Adsense di blog yang telah dipasang tadi. Tujuannya adalah untuk memastikan iklan yang dipasang sesuai dan serasi dengan tema blog anda. Ini kerana walaupun blog anda telah disahkan oleh pihak Google, pasti anda akan tertanya-tanya kenapa tidak keluar iklannya. Biasanya perkara ini sering terjadi kepada blog-blog baru. Cara untuk menyemak adalah mengunakan Google Adsense Sandbox. Apa yang perlu anda buat ialah masukkan URL blog anda dalam ruangan yang disediakan di sini;



Menerusi cara ini juga, anda akan mengetahui bahawa jenis iklan atau saiz banner yang mempunyai iklan Adsense yang diiklankan di dalam blog anda. Untuk itu, jadikan ini sebagai panduan untuk memilih saiz banner Adsense yang bersesuaian dengan tema blog anda agar dapat memaksimumkan pendapatan sampingan atau buat duit dari Adsense anda.

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Pengikut