SINOPSIS HOLA HERMOSA
Rizuan melanjutkan pengajian seni bina di Mexico City dan meninggalkan Myza, isteri yang dinikahinya secara rahsia di Malaysia atas permintaan keluarga Rizuan. Myza diambil sebagai anak angkat oleh Rizuan setelah ibu dan ayahnya meninggal dunia.
Masa berlalu Rizuan mempunyai ramai kenalan di sana dan mengabaikan Myza. Myza pula berjaya diterima mengikuti kursus Bahasa Sepanyol selama enam bulan tajaan Kedutaan Mexico. Myza gembira dapat bersama dengan suaminya. Namun sebaliknya pula bagi Rizuan.
Dia menghargai kebebasan diri di sana dapat menguruskan projek syarikat Nuri Wijaya di Mexico dan kembali menjalin hubungan dengan Sheerin, anak Dato’ Nasir, pemilik syarikat tersebut. Pada masa sama turut mempunyai kekasih bernama Melissa, warga Mexico.
Syameel, kawan Rizuan seorang jurugambar berdedikasi cuba didekati Aliyah, model terkenal namun dia tidak menunjukkan minat. Usaha dilakukan Aliyah mendekatinya sia-sia. Muncul Rafiah, model yang berminat membantunya mendapatkan penaja bagi projek penggambaran di Mexico.
Sementara itu, Aaron kawan serumah Syameel terjebak dalam permasalahan bapa kekasihnya, Sarina yang berhutang dengan Along. Ibu Sarina kecewa dengan suaminya, Borhan memutuskan mereka bercerai tapi dihalang Sarina dan Aaron. Aaron cuba mendapatkan kerja untuk Borhan. Malangnya tidak lama kerana Borhan terjebak dengan skim pelaburan pula.
Sarina merancang menerbitkan novel namun malangnya ditolak penerbit. Syameel dan Aaron berjanji mahu membantu menukar novel Sarina kepada drama atau filem. Sarina tinggal bersama Rafiah kerana mahu menjauhkan diri daripada ayahnya.
Dato’ Nasir mendesak keluarga Rizuan menjodohkan Rizuan dengan Sheerin walaupun sedar isterinya Datin Sally mahu mengahwinkan anak mereka dengan Tengku Danny. Dato’ Nasir juga tersepit dengan desakan Rosmaria, pekerjanya yang merasakan dia lebih layak menguruskan projek di Mexico berbanding Sheerin.
Myza dilayan dingin oleh Rizuan. Namun dia menyembunyikan kebenaran daripada pengetahuan keluarga tentang layanan hambar suaminya itu. Rizuan cemburukan Myza keluar dengan rakan lelaki sekolejnya. Namun bila ditanya tentang Sheerin dia mengaku rapat dengan wanita itu dengan alasan keluarga Sheerin banyak membantunya selama ini.
Di Mexico, Myza terserempak dengan Sheerin yang memberitahunya dia akan berkahwin dengan Rizuan dalam masa terdekat. Myza cuba mendapatkan kepastian Rizuan. Rizuan menegaskan kepada Myza dia tidak mahu terikat dengan mana-mana perempuan namun tidak sekali-kali akan menceraikan Myza kerana menunaikan janjinya kepada emak dan ayahnya.
Drama Hola Hermosa yang bermaksud ‘Hello, Si Cantik’ mengisi slot Kejora (26 episod) di TV1 mulai 23 Januari 2019, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 11.30 pagi. Boleh juga menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my)
Lakonan Zahiril Adzim, Zara Zya, Miera Leyana, Ramona Zam Zam, Azrel Ismail, Nizen Ayob, Tunku Hanis, Maya Elzahra, Alejandra Herrera, Zila Bakarin, Marissa Yasmin, Arash Mohd, Jonas Vanreusel, Hector Caballero, Hasni Maulod, Kay Maria, Roy Azman, Sheila Mambo, Rashdan Baba, Fana Azizan dan ramai lagi
Sumber : MiT
0 comments:
Catat Ulasan
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.