Pages

Mac 30, 2019

SINOPSIS TELAPAK WAKTU

SINOPSIS TELAPAK WAKTU

Mengisahkan seorang pemuda nakal bernama Syafiq yang terlibat dalam kemalangan kereta yang terhumbang ke dalam gaung dan koma ketika pulang dari disko.

Telefilem Telapak Waktu akan disirkan pada hari Sabtu, 30 Mac 2019, jam 9.30 malam di TV3. 

Lakonan Hazama, Rosnah Johari, Wanna Ali, Sharifah Shahora, Kodi Rasheed, Aman Graseka dan ramai lagi.





Mengisahkan mengenai Syafiq yang terlibat dengan kemalangan, tersedar dan berada di suatu perkampungan dan dirawat dengan baik oleh sebuah keluarga yang mempunyai anak gadis cantik. Syafiq pulang ke kampungnya sesudah sembuh namun tidak ramai yang mengenali dirinya.
Sebelum insiden ini berlaku, Syafiq merupakan anak yang derhaka terhadap ibubapa, cukup gemar bersosial, ke kelab malam dan bercampur dengan geng motor. Suatu hari Syafiq kemalangan dan terbabas ke gaung dan telah dijaga oleh seorang wanita dengan penuh kasih sayang. Apabila sembuh Syafiq kembali ke pangkuan ibubapanya dan menjadi anak yang baik dan mendengar cakap.
Syafiq ingin berkahwin dengan wanita itu dan mula mencari di kampung wanita tersebut tetapi kampung itu rupa rupanya tidak wujud. Sewaktu mahu beredar dari kampung tersebut, Syafiq nampak sesuatu melintas, dan cuba mengelak namun terbabas. Sedar sahaja dari koma, kedua ibubapanya disisi dan Syafiq bertanya apakah yang sudah terjadi. Syafiq diberitahu bahawa dia telah melanggar seorang perempuan sehingga mati, dan perempuan itu adalah orang yang merawatnya.

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!