SINOPSIS DEMI RINDUMU
Nurhana pulang selepas dua tahun menyepi di luar negara apabila mengetahui abangnya, Nasrul ingin berkahwin dengan Rania, gadis yang pernah menjadi orang ketiga antara Nurhana dan bekas tunangnya Izlan.
Sebelum ini Rania ialah kawan karibnya, namun tidak disangka Rania berminat dengan apa yang dia miliki. Nurhana tidak mahu perkara yang sama terjadi ke atas abangnya.
Setibanya di tanah air, Nurhana ke rumah abangnya namun secara tidak sengaja mengetuk pintu rumah Haznik yang disangkakan rumah abangnya. Sejak itu, mereka bagaikan berjodoh kerana selalu berjumpa. Haznik juga cuba mendekati dan mengenali Nurhana, walaupun Nurhana seakan sudah patah hati untuk menerima sesiapa lagi.
Biarpun hanya mengenali masing-masing dalam waktu yang singkat, Rania merancang untuk berkahwin dengan Haznik sebagai alasan untuk hentikan perkahwinan abangnya dengan Rania.
DEMI RINDUMU 7 OKTOBER 2019 DI ASTRO RIA DAN ASTRO HD
Drama adaptasi novel 'Demi Rindumu' karya Diya Jamal akan datang di slot MegaDrama Astro Ria.
Lakonan Sean Lee, Janna Nick, Norman Hakim, Elvina Mohamad, Sherry Ibrahim, Riz Amin, Aleza Shadan, Mustapha Kamal, Azri Sabri, Raja Norbaizura, Hafeez Mikael, Fazli Daniel Ali, Qazem Nor, Naim Shamsul ...
Bertemu tidak sampai beberapa hari, Haznik sudah berani membuat pengakuan cinta. Katanya, mahu memikat Nurhana. Siapa yang akan percaya?
“Ada apa-apa ke kat muka saya ni?” - Nurhana
“Takde apa-apa.” - Haznik
“Habis tu, kenapa tenung muka saya?” - Nurhana
“Kat dalam mata awak, ada saya.” – Haznik
“Tolonglah jangan buat macam tu, Nik. Saya rasa tak selesa kalau awak asyik tenung saya. Nak makan pun susah.” – Nurhana
“Apa boleh buat? Mata saya tak boleh berhenti tengok orang yang cantik.”
Jiwa Nurhana hampir terpikat namun dia enggan cari nahas dengan terjerat dalam permainan lelaki buaya darat. Mulut sentiasa manis bergula. Apatah lagi, hatinya pernah terluka. Luka itu tidak mungkin akan sembuh sampai bila-bila. Dia serik! Lebih baik dia cabut lari.
Dia kembali bukan untuk mencari cinta. Semuanya gara-gara lelaki bernama Nasrul. Kerana lelaki ini, dia terbang pulang selepas dua tahun menyepi di luar negara. Ada urusan yang perlu dia selesaikan. Ada hutang yang perlu dituntut.
“Dah takde perempuan lain ke kat dunia ni, bang? Kenapa mesti dia yang jadi bakal isteri abang?” - Nurhana
Tetapi hati Nasrul begitu keras sehingga Nurhana menemui jalan buntu. Dia tiada pilihan selain meminta pertolongan Haznik.
“Na jangan mengarut!” - Nasrul
Mahukah Haznik, jejaka yang penuh dengan misteri itu memenuhi permintaan karut Nurhana? Apakah permintaan karut itu?
Siapa pula Suraya dalam hidup Haznik?
Tragedi demi tragedi. Siapakah dalangnya? Mampukah dua hati bersatu, menjejaki cinta yang berlari menjauh?Sejauh mana berlari, mampukah hati menipu diri?
0 comments:
Catat Ulasan
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!