Pages

Pengakuan

Disember 26, 2019

Gerhana Matahari berlaku di Malaysia.

Pada 26 Disember 2019, sebuah fenomena alam berlaku iaitu gerhana matahari. Lebih menarik lagi, fenomena ini dapat dilihat di keseluruhan Malaysia! Sebelum kita fikir apa yang perlu dilakukan, mari kita ulang kaji semula berkenaan fenomena ini.

1
Bagaimana gerhana matahari berlaku?

Fenomena gerhana matahari berlaku apabila Bulan berada di antara Bumi dan Matahari pada satu garis lurus. Oleh sebab bulan berada di tengah, maka bayang-bayang bulan akan menutupi sebahagian Bumi. Daripada bayang-bayang inilah yang kita namakan sebagai gerhana Matahari.

2
Bilakah gerhana matahari berlaku dalam satu hari?



Gerhana matahari hanya berlaku pada waktu siang, iaitu waktu antara matahari terbit dengan matahari terbenam. Hemisfera bumi yang berada pada waktu malam, tidak akan dapat melihat gerhana matahari di bahagian hemisfera siang.

3
Berapa kerapkah gerhana matahari berlaku?



Gerhana matahari berlaku sekitar 2 kali setahun. Namun gerhana matahari boleh berlaku lebih daripada 2 kali setahun, tetapi kebarangkaliannya adalah kurang. Gerhana matahari yang paling tinggi kekerapannya adalah pada tahun 1935 dengan 5 kali gerhana pada tahun tersebut.

4
Bagaimana wujud gerhana matahari yang berbeza?



Terdapat 4 jenis gerhana matahari iaitu gerhana matahari penuh, gerhana matahari separa, gerhana matahari cincin dan  gerhana matahari hibrid.
Gerhana matahari penuh berlaku apabila keseluruhan matahari ditutupi oleh bulan. Gerhana matahari separa berlaku apabila sebahagian matahari ditutupi bulan. Gerhana matahari cincin pula berlaku apa bila keseluruhan bulan menutupi matahari, namun tidak menutupi keseluruhan matahari. Gerhana matahari hibrid pula berlaku dengan gabungan matahari cincin dan matahari penuh.
Gerhana matahari pada 26 Disember akan datang ialah gerhana matahari cincin. Namun hanya bahagian selatan johor dan sebahagian sarawak sahaja yang dapat melihat gerhana matahari cincin. Manakala kawasan lain hanya dapat lihat gerhana matahari separa.

5 comments:

ejulz berkata...

kecoh group wasap pasal ni arini. hehe

Rubiah Kadir berkata...

Tanda kebesaran Allah.

Allah Maha Berkuasa

Wak Lat berkata...

x nmpk gerhana kat Masai bang., huhuhu

Umi Nazrah berkata...

Subhanallah. Kuasa Allah Taala. Terasa kerdil nya diri ini

Abam Kie berkata...

di kelate ni x jelas sgt cuma perasan hari tu mcm mendung je. hari mcm gelap nak hujan

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!