Pages

April 29, 2020

Apa itu MITI dan MATRADE?

Apa itu MITI dan MATRADE?



   MITI merupakan sebuah kementerian dalam persekutuan Malaysia. organisasi ini bertanggungjawab dalam menyelia kegiatan perdagangan yang dijalankan seperti eksport dan import di Malaysia. organisasi ini juga menyelaras kegiatan dan dasar-dasar perindustrian negara. organisasi ini ditubuhkan bermodelkan kementerian yang sama di jepun.
 Peranan MITI
1.    Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar2 pelaburan, pembangunan perindustrian dan perdagangan luar negara.
2.    Merangka dasar dan strategi pembangunan perindustrian
3.    Menggubal dan menggalakkan hubungan perdagangan dua hala dan pelbagai hala serta kerjasama perdagangan serantau
4.    Merancang dan menggalakkan pembangunan prestasi eksport Malaysia di pasaran antarabangsa   
5.    Merancang, menyelaras dan mengesan pembangunan perusahaan2 kecil dan sederhana.
6.    Memaju dan membaiki kemahiran pengurusan, penyeliaan dan keusahawanan amnya kepada golongan swasta dan bumiputera
7.    Memastikan negara mendapat faedah yang maksimum daripada institut pembuatan




2. MATRADE
ü Ditubuhkan pada 1 Mac 1993
ü Ditubuhkan di bawah Kementerian Perindustrian Dan Perdagangan Antarabangsa ( MITI )
ü Merupakan satu agensi ( badan berkanun ) promosi perdagangan luar negara.

Peranan MATRADE
1.    Memperkenalkan, mewujudkan dan membangunkan perdagangan luar negara dengan penekanan kepada eksport barang siap dan separuh siap.
2.    Memastikan keupayaan bersaing di peringkat antarabangsa bagi keluaran Malaysia
3.    Merangka dan melaksanakan strategi pemasaran
4.    Menyediakan sistem maklumat pasaran yang menyeluruh
5.    Membangunkan, mempromosikan dan memberikan khidmat nasihat berkaitan dengan perdagangan
6.    Mewakili Malaysia dalam forum antarabangsa berkaitan dengan perdagangan
7.    Menasihati kerajaan kepada perkara yang berkaitan dan bertindak sebagai agen kepada kerajaan, individu atau organisasi berkaitan perdagangan luar negara.

Sumber

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!