November 09, 2020

Kes Covid-19 seluruh dunia melebihi 50 juta

Kes Covid-19 seluruh dunia melebihi 50 juta

New York: Kes Covid-19 di seluruh dunia pada Ahad sudah melepasi 50 juta, menurut Johns Hopkins University lapor agensi berita Xinhua.

Jumlah kes mencecah 50,052,204, dengan angka kematian seramai 1,253,110 setakat 11.24 pagi waktu tempatan (1624 GMT).

Amerika Syarikat kekal negara paling banyak melaporkan kes dan kematian, masing-masing berjumlah 9,879,323 dan 237,192.

India mencatatkan 8,507,754 kes, di tempat kedua. Diikuti Brazil dengan 5,653,561 kes dan 162,269 kematian, jumlah korban kedua tertinggi di dunia.

Negara yang mencatatkan lebih 1.1 juta kes termasuk Rusia, Perancis, Sepanyol, Argentina, Britain dan Colombia, sementara negara dengan lebih 40,000 kematian termasuk India, Mexico, Britain, Itali dan Perancis.

Kes global meningkat 30 juta pada 17 September dan naik lagi menjadi 40 juta pada 19 Oktober. Hanya dalam tempoh 32 hari kes global meningkat dari 30 juta menjadi 40 juta, dan dalam masa 20 hari dari 40 juta bertambah ke 50 juta. - Bernama

_MyMetro_Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 November 2020 @ 10:23 AM


1 ulasan:

  1. MasyaAllah, hebatnya ujian Allah ni. Lebih sejuta orang dah pergi. Moga kita dijauhkan dari virus Covid19 ni. Aminnn

    BalasPadam

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!