Penjelasan RASULULLAH Tentang Bayi dan Anak Kecil
– Arwah bayi dan anak kecil sering kali ditanya bagaimana kedudukan anak² kecil yang meninggal dunia, Rasulullah ﷺ menggambarkan mereka dalam 2 kelompok:-
.
(1) Bagi arwah anak² orang yang tidak beriman, mereka akan menjadi pelayan² di dalam syurga dan hidup bebas didalamnya tanpa mempedulikan ibu & bapak mereka.
(2) Kelompok anak² orang yang soleh, termasuk yang keguguran, akan ditempatkan didalam syurga Allah di gunung yang indah.
.
Di gunung itu terdapat pokok² thuba dan anak² ini dijaga oleh Nabi Ibrahim AS dan Sarah AS. Mereka senantiasa berada dalam kekenyangan dan tidak pernah berasa haus, malah senantiasa berdoa kepada Allah agar dapat berpimpinan tangan dengan kedua ibu bapak karena tidak berkesempatan melakukannya di dunia dahulu.
.
Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abi ad-Dunya:
“Di syurga terdapat sepohon pokok yaitu pohon thuba yang semuanya dapat menikmati susunya termasuklah bayi² yang meninggal dunia yang masih menyusu dan pengasuh mereka ialah Nabi Ibrahim Khalilullah.
.
Bagi anak² kecil yang tidak lagi menyusu, akan ditempatkan didalam perut burung² berwarna hijau dan berterbangan didalam syurga.”
.
Apabila tibanya waktu semua orang mula ditempatkan didalam syurga & neraka, anak² kecil tadi belum masuk ke syurga & apabila diminta oleh malaikat untuk berbuat demikian, mereka menjawab :
.
“Kami tidak akan masuk selagi tidak bertemu dengan arwah ibu & bapak kami, kami ingin masuk ke syurga bersama mereka.”
Apabila malaikat memberitahu anak² itu bahwa ibu bapak mereka berada di neraka, mereka terus menangis :
“Jika di dunia kami tidak sempat bersama² ibu & bapak kami, kenapa di akhirat juga kami tidak boleh bersama mereka? Izinkan kami memberi syafaat kepada ibu dan ayah kami, untuk kami masuk ke dalam syurga Allah.”
.
Mereka berterusan menangis sehingga turunnya rahmat Allah, dan kemudian memerintahkan malaikat supaya mengambil ibu bapak kepada anak² ini yang sedang berada didalam neraka, dengan syafaat yang diberikan oleh-Nya, lalu dibawa masuk ibu bapak bersama-sama anak² mereka ke dalam syurga.
.
Semoga kita semua ditempatkan dalam surga Allah. Amin
Copypaste
0 comments:
Catat Ulasan
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.