Julai 25, 2022

Negaraku - Faizal Tahir, SonaOne, Joe Flizzow, Altimet



Negaraku, negaraku
Kuberi sepenuhnya, kuberi sepenuhnya
Ini negaraku oh darahku
Hiduplah sepenuhnya dirgahayu semua

Kalau kata itu kota kami bina tamadun
Lihat rangkap-rangkap pantun hidup beratus tahun
Bangkit seribu pewira selamat sejuta insan

Gelap dalam matahari insan juga bisa insaf
Mana cerita panglima yang wujud benar
Awang hitam kaji awan putih bila berlayar
Hamba keliling dunia tuannya yang terkenal
Nak merdeka dijasad harus bebas diakal

Hatiku tetap hanya padamu
Keranamu aku berdiri
(Tanpamu cita-cita hanya kekal sebagai mimpi)
(Semuanya bermula dari sini)

Negaraku, negaraku
Kuberi sepenuhnya, kuberi sepenuhnya
Demi negaraku, oh darahku
Hiduplah sepenuhnya dirgahayu semua

Dan dari ′57 jalannya telah disuluh
Bangkit seakan subuh rebung dilentur buluh
Terus ke '63 kami menjadi kita
Jangan dipersia akibat titik-titik nila
Biar hujan batu turun selebat tengkujuh
Selagi kami mampu semangat tak pernah lumpuh
Selagi ada tubuh untuk kamu, aku memburuh
Usaha yang aku bubuh semua petir tiada guruh

Hatiku tetap hanya padamu
Keranamu aku berdiri
(Tanpamu cita-cita hanya kekal sebagai mimpi)
(Semuanya bermula dari sini)

Negaraku, negaraku
Kuberi sepenuhnya, kuberi sepenuhnya
Demi negaraku, oh darahku
Hiduplah sepenuhnya dirgahayu semua

Ini untuk kamu yang terima undi aku
Try′na change the world bagi dunia suara baru
Ini bukan negara aku, Ini Negara Kita
Buat je cara kita, buat je cara kita

Negaraku...

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Pengikut