TIPS HILANGKAN STRESS DI TEMPAT KERJA
1. CARI KAWAN YANG RAPAT
Mungkin kita rapat dengan staf yang kebetulan satu kepala dan sama minat.
Jadi berada bersama mereka sedikit sebanyak menceriakan hari-hari kita sepanjang di ofis.
Stres kerja pun dapat dikurangkan apabila dikongsi bersama.
2. HIAS MEJA KERJA
Ofis menjadi rumah kedua kerana kita di situlah kita berada seharian.
Jadi hias meja kerja mengikut cita rasa, jadi setiap kali anda berada di tempat duduk, anda rasa gembira.
Tapi jangan over sangat sampai penuh hiasan di meja.
3. LAKUKAN SESUATU YANG ANDA SUKAI
Tidak semestinya berada di ofis sepanjang hari, anda tidak boleh melakukan apa yang minat misalnya pada waktu ‘break’, anda boleh mencari resipi-resipi menarik yang boleh dicuba malam nanti atau pada hujung minggu.
Cuma ingat, tips bekerja ini jangan pula dilakukan sampai leka hingga tidak membuat kerja!
4. BUAT BENDA BARU
Kesibukan kerja ada kalanya membuatkan kita tidak mengambil tahu apa yang terjadi di persekitaran.
Sesekali berkomunikasi dengan staf di luar jabatan dan anda akan seronok mengenali ramai orang dan mengetahui pelbagai info yang berlaku di ofis
Semua yang negatif memang boleh ‘membunuh’ keseronokan ketika di ofis, jadi elak mereka yang suka menimbulkan kontroversi, gosip dan mereka yang membawa aura negatif.
Dengan tips bekerja ini, anda akan sentiasa berada dalam keadaan positif.
6. ‘BUANG’ MASALAH PERIBADI
Biasanya apabila tertekan dengan isu peribadi, secara tak langsung boleh mempengaruhi emosi ketika berada di ofis.
Sebab itu, sebaik masuk di ofis, ‘buang’ semua masalah peribadi di luar.
Lupakan segala masalah di rumah dan fokuskan pada kerja. Baru semangat!
Suarakan hak anda sebagai pekerja
7. SELALU BERGERAK
Duduk sepanjang masa pun bukannya sihat, jadi sesekali bangun dan bergerak.
Mungkin berjalan keluar sekejap sambil merasai angin luar, bersenam ringan atau sebagainya
0 comments:
Catat Ulasan
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.