Pemuda Gua yang digelar sebagai Ashabul Kahf
Kenapa Ashabul Kahf?
Kerana mereka tertidur dan berlindung didalam gua selama 309 tahun bersama anjing mereka.
Dikenali juga sebagai 7 Pemuda Gua. Bersama seekor anjing.
Mereka tak mati.
Mereka tak makan.
Mereka tak bangun selama 309 tahun tetapi bukan koma ya.
Koma tu tak sedar diri.
Ni mereka bernafas macam biasa.
Tubuh badan mereka bergerak ke sana sini ketika tidur.
Tetapi mereka tidur tak sedarkan diri.
Kisahnya bermula apabila seorang raja yang sangat zalim mahu berjumpa dengan rakyatnya.
Kebetulan anak-anak muda ini. Adalah anak-anak pegawai kerajaan.
Maka anak-anak pegawai inipun dijemput ke istana.
Tujuan penjemputan itu adalah untuk mengiktiraf sang raja menjadi Tuhan. Sama la kes macam si Firaun dan Qarun tu.
Pemuda-pemuda ini tak mahu pergi ke Majlis tersebut.
Jadi mereka berpakat untuk menentang raja tersebut.
Mereka berjumpa sang raja.
Bagi dalil macam-macam untuk melawan sang raja dan mengatakan tidak layak bagi manusia untuk menggelar diri sebagai Tuhan.
Lalu mereka pun hendak dibunuh oleh sang raja kerana tidak mahu mengakui bahawa raja itu adalah Tuhan.
Tetapi disebabkan mereka ini adalah anak pegawai kerajaan mereka diberi tempoh untuk berfikir.
Jika mereka masih dengan pendapat mereka, maka mereka akan dipenggal.
Akhirnya 7 pemuda beriman ni. Berpakat untuk melarikan diri untuk selamatkan iman dan diri masing-masing.
Mereka masuk ke dalam Gua untuk bersembunyi.
Dengan izin Allah. Anak-anak muda 7 orang ini. Tertidur didalam Gua selama 309 tahun.
Mereka tak mati.
Mereka tetap hidup.
Cahaya Matahari sentiasa menerangi gua tersebut.
Sang raja mencari mereka tetapi tak jumpa. Mereka terjumpa Gua. Tetapi mereka tak masuk gua tersebut, kerana laluan untuk masuk Gua tu sempit dan amat mustahil manusia boleh lalu.
Sebab itu Pemuda Gua atau Ashabul Kahf ini tidak dijumpai oleh sang raja yang zalim.
Akhirnya selepas 309 tahun.
Allah hidupkan mereka semula. Dimana zaman telah berubah.
Sang raja yang zalim telah mati.
Digantikan oleh Raja yang Beriman.
Mereka pun terbangun dari lena yang panjang.
Mereka saling bertanya sesama mereka.
Berapa lama kita dalam gua ni. Kata salah seorang dari mereka.
Yang lain menjawab, mungkin hanya sehari atau setengah hari.
Lalu. Mereka terasa lapar.
Mereka mewakilkan seorang dari mereka untuk pergi beli makanan tetapi bila orang tanya, jangan bagi tahu tentang diri mereka yang sebenar.
Dengan izin Allah. Orang yang diwakilkan pun pergi beli makanan.
Bila dia hendak bayar. Orang tu terkejut kenapa duit dia guna adalah duit zaman lama bukan duit zaman tu.
Maka hebohlah.
Sampai ke pengetahuan Raja yang beriman. Wakilpun dijemput ke istana. Untuk Sang Raja bertanya perihal mereka.
Ada dalam riwayat yang lain.
Pemuda yang diwakilkan itu terus balik, dan memberitahu sahabat-sahabatnya tentang keadaan zaman dah berubah.
Hingga akhirnya Allah wafatkan mereka didalam Gua tersebut juga. Dan mereka dikuburkan disitu.
Lalu Sang Raja yang mengetahui kisah mereka, akhirnya membuat kan tugu peringatan untuk mengingati kisah pemuda-pemuda yang beriman.
Yang menyelamatkan iman mereka dan tertidur didalam Gua selama 309 tahun.
Begitulah.
Apa kaitan dengan akhir zaman.
La ni. Pemerintah lah yang akan menindas rakyat bawahan.
Iman dan Aqidah akan tergadis sampai habis licin dengan pelbagai kaedah dan tipu daya.
Sebagai seorang yang beriman.
Selamat kan lah diri masing-masing jadilah Ghuraba seperti Pemuda-pemuda Al Kahfi ini.
Insya Allah ..
Semoga Allah melindungi kita semua di dunia dan akhirat.
Aamiin
0 comments:
Catat Ulasan
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!