Mei 27, 2023

Jadi, apa kita nak buat?

Dalam hidup ini,
Jangan kita dengki dengan orang,
Jangan buat orang sakit hati dengan kita,
Jangan buat orang derita,
Jangan buat orang menangis sebab kita.

Jangan pulak kita rasa bahagia bila dapat buat orang jadi susah dengan perbuatan kita, kata-kata kita.

Sebab satu hari nanti, Allah akan balas balik, Allah akan tarik balik nikmat yang kita ada tu, DIA akan uji kita lebih hebat daripada apa yang kita dah buat dekat orang lain tu.
.
Jadi, apa kita nak buat?
Kalau nampak orang lain lebih dari kita, berlapang dada, itu rezeki dia.
Kalau nampak orang lain kurang dari kita, bersyukurlah, doakan dia.
Kalau kita ada dengar apa-apa berita tentang orang lain, jangan sebar.
Kalau kita ada salah dengan sesiapa, minta maaf, sebab lambat laun, Allah akan balas untuk setiap apa yang kita buat, buat baik dibalas baik, buat jahat?

Tiba satu saat pasti kau akan dikembalikan pada Allah.
Kau akan diberi balasan sempurna dengan setiap apa yang telah kau kerjakan.

Untuk jiwa yang rasa gundah.
Untuk hati resah kerana ujian hidup yang tidak nampak cahaya di hujungnya, bersabar lah.
Allah sentiasa ada untuk hambanya yang sabar.

Ingatlah Setiap perbuatan samada baik atau pun buruk,
Zahir mahu pun tersembunyi, semuanya akan mendapat pembalasan setimpal dari Allah samada di dunia mahupun akhirat.

Di dunia mungkin ada yang boleh berlakon dengan pura-pura menjadi baik demi untuk menyembunyikan segala keburukannya dan sanggup menyalahkan orang-orang yang telah berbuat baik padanya hingga ada yang terpedaya.

Namun Allah itu Maha Adil..

Pembalasan Allah itu setimpal dengan setiap perbuatan manusia. Takutlah pada azab Allah dan ingatlah sesungguhnya doa orang-orang yang dizalimi itu sungguh mustajab.

Ayat ini buat saya terasa sayu dan mata berkaca.
Allahu tertusuk dengan pujukan dari langit sebelum hamba hamba kesayangan-NYA pulang ke pangkuanNya.

Dan takutlah pada hari kamu semua dikembalikan kepada Allah. KEMUDIAN SETIAP ORANG DIBERI BALASAN YANG SEMPURNA sesuai dengan apa yang TELAH DILAKUKANNYA, dan mereka tidak dizalimi (dirugikan)” Al Baqarah:281

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Pengikut