Ogos 18, 2023

Selit 3 Bacaan Doa Ini Ketika Masak Nasi

Dalam Islam, terdapat beberapa senarai doa memasak nasi seperti yang boleh dibaca. Antara kelebihan membaca doa yang dikongsikan di bawah adalah hubungan kekeluargaan kekal sejahtera.

Masih ramai lagi dalam kalangan kita yang tidak membaca sebarang doa dan hanya membasuh kosong beras tersebut. Apa kata, selepas ini amalkan doa di bawah. Baru lebih bahagia. 

CARA MEMASAK NASI ANDA BOLEH BACA

DOA MEMASAK NASI

Cara-caranya adalah:

1. Semasa membasuh beras, bacalah selawat ke atas Baginda Nabi Muhammad SAW.

2. Bila masukkan air untuk sukatan bacalah:

– Surah al-Insyirah (Alam Nasyroh) 

Menurut pesanan beberapa orang ustaz, tujuan membaca surah ini adalah untuk mengelakkan penyakit kronik kepada orang yang makan nasi tersebut.

– Surah al-Kauthar (Inna a’ Toina kal kauthar)

Surah al-Kauthar juga boleh dibaca adalah sebagai penerang hati, untuk menghindari daripada sebarang perkara negatif, sebagai pembuka rezeki dan boleh mengekalkan keharmonian dalam rumah tangga.

– Surah al-Qadr (Inna anzalna hufi lailatil qadr)

Fadhilat membaca al-Quran juga dapat difahami melalui umum Hadis Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud R.A.

Sabda Nabi SAW:

مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ ، وَالحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا ، لاَ أَقُولُ الْم حَرْفٌ ، وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلاَمٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ

Maksudnya: “Sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka baginya satu kebaikan. Satu kebaikan menyamai 10 gandaan. Tidaklah aku katakan yang ألم itu satu huruf. Bahkan Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.”

3. Zikirkan Ya Kareem, Ya Raheem

Baca beberapa kali zikir di atas dan hembus dalam nasi. Ini untuk menguatkan kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga.

InsyaAllah amalan ini boleh mengeratkan lagi hubungan antara keluarga.

Sirap Limau 


0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!