How To Redha In Everything..?

How To Redha In Everything..?

Untuk redha menerima setiap ketentuanNya,
menerima hal-hal yang kita tidak suka, pasti
akan mengambil masa tetapi itulah prosesnya..

Izinkan diri bersedih... 
Jangan paksa diri kita untuk sentiasa nampak
BAIK-BAIK sahaja... It's okey to not be OK... 
Andai perlu menangis, menangislah... 
Andai perlu bersendiri, ambillah masa untuk
bersendirian seketika... Take your time to 
process the PAIN..

Ingatkan diri bahawa ALLAH MAHA MENGETAHUI... 

Pasti ada hikmah pada setiap ujian, penangguhan
dan penolakan... Meski hati seperti di carik-carik,
bersangka baiklah bahawa Allah sedang membawa kita kepada hal-hal yang LEBIH BAIK...


Untukmu yang membaca hingga ke titik ini, semoga Allah memeluk hatimu dengan tenang, seperti kau selalu memeluk luka orang lain. Moga setiap langkah disertai tenang, dan setiap ujian membawa pulang hikmah. Semua tulisan berasal dari blog penulis. Kredit dan sumber akan dinyatakan apabila digunakan sebagai tanda hormat kepada asalnya. - Copyright - 2016 © #JMBELOG

0 Comments:

Catat Ulasan