Doa Memohon Ilmu Bermanfaat
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا
Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu ilmu yang berguna, rezeki yang baik dan amal yang baik diterima. (H.R. Ibnu Majah)”
Doa Sampai ke Tempat Tujuan
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى سَلَمَنِى وَالَّذِى اَوَنِى وَالَّذِى جَمَعَ الشَّمْلَ بِ
Segala puji bagi Allah, yang telah menyelamatkan aku dan yang telah melindungiku dan yang mengumpulkanku dengan keluargaku.”
Doa Agar Memiliki Hati Yang Sejuk dan Menyejukkan
اللَّهُمَّ بَرِّدْ قَلْبِي بِالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَالْمَاءِ الْبَارِدِ ، اللَّهُمَّ نَقِّ قَلْبِي مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَدَّنَسِ
"Ya Allah, sejukkanlah hatiku dengan salju, embun, dan air sejuk. Ya Allah, sucikanlah hatiku dari segala kesalahan sebagiman Engkau menyucikan pakaian putih dari kotoran."
Doa Menghilang Kesusahan
لا إلهَ إلا أنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظّالِمِيْنَ
Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari pada orang-orang yang menganiaya diri sendiri.
Doa Memudah Urusan
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku, dan lancarkanlah lidahku supaya mereka faham ucapanku.
Doa Minta Ketenangan
رَبَّنَا أَخْرِجْنَا مِنْ هَٰذِهِ الْقَرْيَةِ الظَّالِمِ أَهْلُهَا وَاجْعَلْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ
Ya Allah, keluarkanlah kami dari tempat ini yang zholim penduduknya ini, dan berilah kami peluang dari sisi-Mu serta berilah kami penolong dari Mu” (QS. An-Nisa: 75)
Doa Keselamatan Dunia Akhirat
اَللهُمَّ اِنَّا نَسْئَلُكَ سَلاَمَةً فِى الدِّيْنِ وَعَافِيَةً فِى الْجَسَدِ وَزِيَادَةً فِى الْعِلْمِ وَبَرَكَةً فِى الرِّزْقِ وَتَوْبَةً قَبْلَ الْمَوْتِ وَرَحْمَةً عِنْدَ الْمَوْتِ وَمَغْفِرَةً بَعْدَ الْمَوْتِ. اَللهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا فِىْ سَكَرَاتِ الْمَوْتِ وَالنَّجَاةَ مِنَ النَّارِ وَالْعَفْوَ عِنْدَ الْحِسَابِ
"Ya Allah, mudahkanlah kami dalam menghadapi sakaratul maut, berikanlah kami keselamatan dari api neraka, dan ampunan pada saat hisab"
Doa Memohon Kekuatan Untuk Beribadah
اَللّٰهُمَّ اَعِنِّيْ عَلٰى ذِ كْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
Ya Allah, bantulah aku agar selalu mengingat-Mu, bersyukur kepada-Mu dan beribadah kepada-Mu dengan baik.”
Doa Supaya Mendapat Rahmat
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya" (A-li 'Imran : 8)
Doa Dimudahkan Urusan
رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلاَنَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir"
Doa Diberi Kesabaran
رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
"Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir"
Doa Buat Orang Yang Disayangi yang akan Bermusafir agar selamat daripada Ujian
فِيْ حِفْظِ اللهِ ، وَفِيْ كَنَفِهِ ، وَزَوَّدَكَ اللهُ التَّقْوَى ، وَغَفَرَ ذَنْبَكَ ، وَوَجَّهَكَ فِيْ الْخَيْرِ حَيْثُ تَوَجَّهْتَ
"Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa"
(Al-Furqaan : 74)
Doa Sebelum Membaca Quran
اَللّٰهُمَّ افْتَحْ عَلَىَّ حِكْمَتَكَ وَانْشُرْ عَلَىَّ رَحْمَتَكَ وَذَكِّرْنِىْ مَانَسِيْتُ يَاذَاالْجَلاَلِ وَاْلاِكْرَامِ
Ya Allah bukakanlah hikmahMu padaku, bentangkanlah rahmatMu padaku dan ingatkanlah aku terhadap apa yang aku lupa, wahai Dzat yang memiliki keagungan dan kemuliaan.”
Doa Setelah Solat Hajat
لَا إِلَهَ إِلاَّ اللهُ الْحَلِيْمُ الْكَرِيْمُ سُبْحَانَ اللهِ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ .اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. اَسْأَلُكَ مُوْجِبَاتِ رَحْمَتِكَ وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ وَالْعِصْمَةَ مِنْ كُلِّ ذَنْبٍ وَّالْغَنِيْمَةَ مِنْ كُلِّ بِرٍّ وَّالسَّلاَمَةَ مِنْ كُلِّ إِثْمٍ لَاتَدَعْ لِيْ ذَنْبًا إِلاَّ غَفَرْتَهُ وَلاَ هَمًّا إِلاَّ فَرَّجْتَهُ وَلاَ حَاجَةً هِيَ لَكَ رِضًا إِلاَّ قَضَيْتَهَا يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
“Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Penyantun lagi Mahamulia, Mahasuci Allah Tuhan yang memiliki Arsy yang besar. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Aku memohon kepada-Mu hal-hal yang mendatangkan rahmat-Mu dan hal-hal yang memastikan ampunan-Mu, dan terpelihara dari semua dosa yang menjarah setiap kebaikan dan selamat dari semua dosa. Janganlah Engkau tinggalkan suatu dosa pun bagiku, melainkan Engkau mengampuninya, dan tidak pula kesusahan melainkan Engkau berikan penawar kepadanya dan tidak pula suatu keperluan yang diridhai oleh-Mu melainkan Engkau memastikan buatku, wahai Yang Maha Penyayang diantara para penyayang.”
Doa Membasuh Anggota Ketika Wudhu
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِي جَعَلَ اْلمَاءَ طَهُوْرًا
Segala puji hanyalah bagi Allah yang telah menjadikan Air suci lagi mensucikan”
Doa Di Terangkan Fikiran
اَللّٰهُمَّ اجْعَلْ لِيْ نُوْرًافِيْ قَلْبِيْ وَنُوْرًافِيْ قَبْرِيْ وَنُوْرًافِيْ سَمْعِيْ وَنُوْرًافِيْ بَصَرِيْ وَنُوْرًافِيْ شَعْرِيْ وَنُوْرًافِيْ بَشَرِيْ وَنُوْرًافِيْ لَحْمِيْ وَنُوْرًافِيْ دَمِيْ وَنُوْرًافِيْ عِظَامِيْ. وَنُوْرًامِنْ بَيْنِ يَدَيَّ وَنُوْرًامِنْ خَلْفِيْ وَنُوْرًاعَنْ يَمِيْنِيْ وَنُوْرًاعَنْ شِمَالِيْ وَنُوْرًامِنْ فَوْقِيْ وَنُوْرًامِنْ تَحْتِيْ. اَللّٰهُمَّ زِدْنِيْ نُوْرًاوَاَعْطِنِيْ نُوْرًاوَاجْعَلْ لِيْ نُوْرًاوَاجْعَلْنِيْ نُوْرً
Ya Allah jadikanlah cahaya dalam hatiku, cahaya dalam kuburku, cahaya dalam pendengaranku, cahaya dalam penglihatanku, cahaya dalam rambutku, cahaya dalam kulitku, cahaya dalam dagingku, cahaya dalam darahku dan cahaya dalam tulang-tulangku. Dan cahaya di hadapanku, cahaya di belakangku, cahaya di sebelah kananku, cahaya di sebelah kiriku, cahaya di atasku dan cahaya di bawahku. Ya Allah tambahkanlah cahaya kepadaku, berikanlah cahaya kepadaku dan jadikanlah cahaya bagiku dan jadikanlah diriku cahaya.”
Doa Minta Ketenangan
رَبَّنَا أَخْرِجْنَا مِنْ هَٰذِهِ الْقَرْيَةِ الظَّالِمِ أَهْلُهَا وَاجْعَلْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ
Ya Allah, keluarkanlah kami dari tempat ini yang zholim penduduknya ini, dan berilah kami pelindung dari sisi‐Mu serta berilah kami penolong dari Mu” (QS. An-Nisa: 75)
Doa Memohon Kekuatan Untuk Beribadah
اَللّٰهُمَّ اَعِنِّيْ عَلٰى ذِ كْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
Ya Allah, bantulah aku agar selalu mengingat-Mu, bersyukur kepada-Mu dan beribadah kepada-Mu dengan baik.”
Doa Menumbuhkan Rasa Optimistik Dalam Hidup
اَللَّهُمَّ ياَحَيُّ يَاقَيُوْمُ يَافَرْدُ يَاوِتْرُ ياَصَمَدُ ياَسَنَدَ مَنْ اِلَيْهِ اسْتَنَدَيَا مَنْ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُوْلَدْ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا اَحَدٌ
"Wahai Tuhanku, wahai Zat Yang Hidup kekal, wahai Zat Yang Maha Tunggal, wahai Zat Yang Maha Ganjil, wahai Zat Tempat Bersandar orang-orang yang bersandar, wahai Zat Yang Tiada Beranak dan Tidak Diperanakkan dan tidak ada seorang pun yang setaraf dengan-Nya"
Doa Agar Menjadi Orang Yang Arif Dan Bijaksana
اَللَّهُمَّ افْتَحْ لَنَا فُتُوح الْعاَرِفِينَ وَافْتَحْ لَنَا فُتُوحَ اللأَنْبِيَائِكَ الْمُرْسَلِيْنَ وَانْصُر عَلَيْنَا وَذَكِّرنَا فِى مَا نَسِيْنَا إِنَّكَ عَلى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٍ
"Ya Allah, bukakan pintu kearifan penaakulan. Bukakan pintu kearifan sebagaimana para rasul-Mu yang Engkau utus. Tolonglah kami dengan rahmat-Mu. Ingatkanlah pada apa-apa yang kami lupa. Sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu."
Doa Berlindung Dari Berbagai-Bagai Kekhuatiran Dalam Hidup
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ اَعُوْذُبِكَ مِنَ اْلبِلاَءِ فِى النَّفْسِ وَاللأهْلِ وَالْمَالِ وَاْلوَلَدِ اللَّه اَكْبَرُ اللَّه اَكْبَرُ الَّله اَكْبَرُ مِمَّا يُخَافُ وَنَحْذَرُ. اللَّه اَكْبَرُ اللَّه اَكْبَرُ الَّله اَكْبَرُ عَدَدَ ذُنُوْبِنَا حَتَّى تَغْفَرُ.
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari bencana,baik dalam jiwa, keluarga, harta kekayaan, ataupun anak cucuku. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Aku berlindung kepada-Mu daripada apa saja yang aku takuti dan aku khuatirkan. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Sejumlah dosa-dosa kami hingga diampunkan."
Doa Agar Boleh Melakukan Kebaikan Setiap Masa
رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى. إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِينَ
Doa Agar Menjadi Orang Yang Selalu Disayangi
اللَّهُمَّ زِدْنَا وَلَا تَنْقُصْنَا، وَأَكْرِمْنَا وَلَا تُهِنَّا، وَأَعْطِنَا وَلَا تَحْرِمْنَا، وَآثِرْنَا وَلَا تُؤْثِرْ عَلَيْنَا، وَأرْضِنَا وَارْضَ عَنَّا
"Ya Allah, tambahkan rezeki kepada kami, jangan Engkau kurangi kami, muliakanlah kami, janganlah Engkau hinakan kami dan berilah kami. Janganlah Engkau halangi kami dan pilihlah kami. Jangan Engkau tinggalkan kami dan janganlah Engkau cegah kami."
Doa Agar Menjadi Orang Yang Berakhlak Mulia
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُوَسِّعُ بِهَا عَلَيْنَا الأَرْزَقَ وَتُحَسِّنُ بِهَا لَنَا اْلأَخْلاَقَ وَعَلَى الَهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّم
"Ya Allah, limpahkanlah selawat atas junjungan kami Nabi Muhammad dengan selawat yang dengannya Engkau limpahkanlah atasku rezeki dan Engkau hias untukku akhlak dan limpahkanlah pula selawat dan salam atas keluarga dan sahabatnya."
0 comments:
Catat Ulasan
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.