Bila Kita Mahu Memahami, Bukan Menghakimi

Bahagian 4 – Bila Kita Mahu Memahami, Bukan Menghakimi

Perubahan bukan datang dari orang lain. Ia lahir dari keberanian dalam diri untuk berkata, "Mungkin aku pun ada salahnya."

Aku mula mendengar dengan hati,
Bukan sekadar dengan telinga.

Aku mula melihat dengan kasih,
Bukan dengan curiga.

Dan di situ aku sedar —
Dunia ini luas, Dan manusia itu… bukan hanya tentang aku.

Bila kita berhenti rasa kita saja betul, kita akan mula nampak bahawa dunia ini tidak berpusing mengikut kemahuan kita seorang. Dan saat itu… kita jadi lebih tenang.

Dan jika kau masih di sini, membaca hingga ke penghujung…
mungkin ini bukan sekadar tulisan—mungkin ini adalah rasa yang akhirnya kau temui dalam diam.
Di Sini, Jiwa Yang Penat Boleh Berehat

#JMBELOG

0 Comments:

Catat Ulasan