Raya Tahun Ini: Jumaat atau Sabtu? Data Falak Menjawab

Raya Tahun Ini: Jumaat atau Sabtu? Data Falak Menjawab

Raya Tahun Ini: Jumaat atau Sabtu? Data Falak Menjawab

Ramai yang tertanya-tanya, adakah Raya jatuh pada Jumaat atau Sabtu tahun ini? Bolehkah kita menyambutnya pada Jumaat? Saya kongsikan secara ringkas data falak yang relevan.

1. Syarat Wajib Nampak Anak Bulan (Kriteria MABIMS)

Untuk sahnya penampakan anak bulan, ia mesti memenuhi dua syarat utama serentak ketika matahari terbenam:

  • Tinggi Hilal: Minimum 3° di atas ufuk.
  • Jarak Lengkung: Minimum 6° 24' (atau 6.4°) daripada matahari.

2. Fakta Anak Bulan Petang Khamis 19/3

Dari hujung timur (Labuan) hingga ke hujung barat Malaysia (Langkawi / Pulau Perak), kedudukan anak bulan sangat rendah:

Berdasarkan data di lokasi paling optimum Malaysia (Pulau Perak, hujung barat):
- Tinggi Hilal: 2° 42' (tidak lepas syarat 3°)
- Jarak Lengkung: 5° 17' (tidak lepas syarat 6.4°)

Maksudnya, anak bulan petang ini bukan sahaja rendah, malah terlalu rapat dengan matahari. Cahayanya terlalu nipis untuk dilihat dengan jelas.

3. Kenapa Tahun 2022 Boleh Raya Mengejut?

Tahun 2022 mempunyai profil yang berbeza. Walaupun jarak lengkungnya 5° 57', tinggi hilal masa itu sangat mencanak iaitu 5° 27°, cukup tinggi untuk bebas dari silau ufuk dan berjaya dicerap secara fizikal. Tahun ini, tinggi hilal cuma 2° 42%, kurang daripada separuh tahun 2022.

Kesimpulan

Berdasarkan data sains, hisab yang tepat, dan had fizikal cerapan, kebarangkalian untuk nampak anak bulan pada petang Khamis ini adalah menghampiri 0%. Dengan itu, sambutan Raya kemungkinan besar jatuh pada Sabtu.

Sumber & Rujukan



Penulis- Copyright - 2016 © #JMBELOG

0 Comments:

Catat Ulasan