Memaparkan catatan dengan label JIWA TENANG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JIWA TENANG. Papar semua catatan

Saat Hati Hampir Lelah

Monolog Jiwa Khas #4 – Saat Hati Hampir Lelah

Tarikh: 9 April 2026 | Masa: 9:00 malam

Ada waktu kita hanya mahu diam. Bukan kerana tidak peduli, tetapi kerana hati sudah terlalu penat menjelaskan rasa.

Rehatlah seketika. Jiwa juga perlukan ruang untuk sembuh.

Bertahan Walau Perlahan

Monolog Jiwa Khas #2 – Bertahan Walau Perlahan

Tarikh: 26 Mac 2026 | Masa: 9:00 malam

Hidup bukan perlumbaan siapa paling cepat sembuh.

Ada jiwa yang memerlukan masa panjang hanya untuk kembali tersenyum seperti dulu.

Tidak mengapa jika langkahmu perlahan. Yang penting, kamu tidak berhenti.

Kerana bertahan itu juga satu bentuk kemenangan.

Bersederhana Itu Bentuk Menghormati Diri

Bersederhanalah dalam berbelanja.
Jangan mewah berlebihan.
Berbelanjalah mengikut kemampuan,
bukan menurut nafsu.

Kerana tidak semua yang kita inginkan
perlu kita miliki.
Ada perkara yang jika ditahan,
jiwa jadi lebih lapang.

Dalam hidup, kita sering melihat orang lain berjalan laju,
memakai kasut yang kelihatan sama.
Namun seperti yang pernah disentuh dalam tulisan
“Kasut Sama, Jalan Berbeza”,
yang membezakan kita
bukan apa yang dipakai,
tetapi bagaimana kita melangkah.

Mengurus diri bukan soal menunjuk kemampuan,
tetapi tahu bila perlu berhenti.
Tahu bila cukup.
Tahu bila perlu mendahulukan ketenangan
daripada kepuasan sementara.

Kerana bersederhana
bukan tanda kekurangan,
tetapi tanda kita sedang menjaga diri.

Bila Rasa Kita Saja Yang Betul

💭 Monolog Jiwa – Bila Rasa Kita Saja Yang Betul

Tag: Refleksi Diri, Kesedaran, Jiwa Tenang


Kadang-kadang…
kita terlalu sibuk melihat apa yang orang lain buat salah,
sampai kita lupa…
untuk melihat ke dalam diri sendiri.

Kita rasa kita saja yang betul.
Kita fikir hanya kita yang faham.
Dan orang lain semua tak mengerti.

🌿 Mungkin… bukan mereka yang salah.
Mungkin hati kita yang belum sembuh.
Mungkin emosi kita yang masih keliru.
Dan mungkin...
kita sendiri pun pernah menyakitkan, tanpa kita sedar.


Kita manusia, adik...
Dan manusia kadang ego, kadang lelah, kadang terlampau ingin difahami.
Tapi kebenaran itu tak pernah duduk dalam satu pihak saja.
Ia duduk di antara kesabaran dan kejujuran untuk mengakui:

"Ya, aku pun pernah silap. Aku pun bukan sempurna."

💬 Belajar melihat diri.
Belajar menunduk.
Belajar minta maaf walau hati kita juga luka.
Itu bukan kalah. Itu jiwa yang dewasa.

Dan bila kita mula belajar…
Dunia perlahan-lahan menjadi lebih tenang.
Dan kita pun tak lagi perlu rasa sentiasa benar.


🌸 Kadang bukan dunia yang keras,
tapi hati kita yang belum lembut.
Dan bila hati mula belajar redha… semuanya akan terasa ringan.


✨ #JMBELOG – Setiap sunyi punya suara. Setiap jiwa punya cerita.

📍 Label: Refleksi Diri, Jiwa Tenang, Kesedaran, Monolog Jiwa

Jika Takdir Tak Seindah Harapan

Jika Takdir Tak Seindah Harapan

Jika takdir ini tak seperti yang kau harapkan,
jangan buru-buru kecewa.

Mungkin…
Allah sedang menyusun sesuatu
yang jauh lebih kau perlukan,
lebih dari apa yang selama ini kau minta.

Kadang yang kita mahu,
hanya sebatas keinginan.
Tapi yang Allah beri,
itulah sebenar-benar keperluan —
untuk jiwa kita belajar reda,
untuk hati kita belajar kuat.

Prinsip 90/10 – Bukan Hari Kau Yang Teruk, Tapi Cara Kau Reaksi

Prinsip 90/10 – Bukan Hari Kau Yang Teruk, Tapi Cara Kau Reaksi

Kadang-kadang, satu kejadian kecil boleh rosakkan seluruh hari.

Tengah breakfast, anak tertumpah kopi atas baju kau.
Kau marah.
Anak menangis.
Isteri disalahkan.
Bergaduh.
Anak terlepas bas sekolah.
Kau hantar dia, kau laju, kena saman.
Sampai kerja lewat, barang tertinggal.

Hari kau jadi teruk.

Tapi semua tu bukan sebab kopi. Bukan sebab anak. Bukan sebab polis trafik.

Sebab cara kau reaksi.


Prinsip 90/10

Dalam hidup ni,

  • 10% adalah benda yang kau tak boleh kawal.
  • 90% adalah bagaimana kau pilih untuk bertindak balas.

Kalau kau sabar…
Kalau kau tenang…
Kalau kau kata, “Takpe, sayang. Lain kali hati-hati ya.”
Kau tukar baju. Anak sempat naik bas.
Kau sampai kerja on time. Hari kau okay.


Hidup Akan Selalu Ada Ujian Kecil

Kadang orang potong queue. Kadang orang cakap kasar. Kadang plan tak jadi.

Tapi kau ada pilihan:

  • Nak marah atau sabar.
  • Nak serabut atau bertenang.
  • Nak salahkan orang atau teruskan hidup.

Belajar Kawal Diri, Bukan Dunia

Kau tak boleh kawal semua benda.
Tapi kau boleh kawal diri sendiri.

Tukar cara kau respon,
dan hidup pun akan ikut berubah.

Tak percaya? Cuba hari ni. Tenang je… Dan tengok macam mana hari kau rasa lebih baik. 🌿

#JMBELOG – Setiap Jiwa Punya Cerita