Julai 27, 2019

Menghargai Pengorbanan Ayah

Menghargai Pengorbanan Ayah

1. Al-Mada'ini meriwayatkan kisah para Salaf terdahulu dalam menjaga ayah mereka. Menurut beliau, Umar ibn Zar sentiasa menjaga ayahnya ketika mereka hidup bersama. Ketika Umar meninggal, ayahnya memuji Umar dan berkata:

"ما مشى معي قط في ليل إلا كان أمامي، ولا مشى معي في نهار إلا كان ورائي، ولا ارتقى سقفاً كنتُ تحته".

Sesungguhnya (anakku ini) tidak pernah berjalan di malam hari bersamaku melainkan dia akan berada dihadapanku (untuk melindungiku). Dan pada siang hari dia akan berada dibelakangku (juga untuk melindungi). Dan dia tidak memanjant atap rumah ketika aku berada dibawahnya."

2. Begitu juga dengan Al-Fadl dan ayahnya Yahya. Mereka berdua dikatakan pernah ditahan di dalam penjara dan ayahnya Yahya tidak boleh mengambil wudu melainkan dengan air suam. Namun pengawas penjara tidak membenarkan kayu api dibawa masuk dalam penjara. Menurut kisahnya:

فلما نام يحيى قام الفضل إلى وعاء وملأه ماء، ثم أدناه من المصباح، ولم يزل قائماً والوعاء في يده حتى أصبح

Lalu pada malam hari ketika ayahnya telah tidur, Al Fadl mengisi air wudu di dalam bekas, lalu diletakkan air tersebut di atas pelita penjara tersebut dalam keadaan beliau berdiri sepanjang malam bagi memastikan air wudu tersebut terse dia suam ketika ayahnya ingin solat Subuh.

Semoga Allah merahmati mereka yang berbuat baik kepada ibubapanya.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Pengikut