Bukan setakat warganet, rakan-rakan artis pun turut ‘terkena’ dengan ending tersebut.
Selepas 15 episod ditayangkan, maka tamatlah drama Takdir Yang Tertulis.Amacam, puas hati tak ending dia? Siapa yang tonton drama ni mesti jangkakan penutup cerita ni akan tamat tanpa ada apa-apa spekulasi dan cerita tambahan lain. Namun jangkaan itu meleset apabila babak paling akhir kita dipertontonkan dengan satu adengan yang membuatkan penonton rasa nak menjerit.
The plot twist shit thing happen and the ending was really unexpected.. We need TYT2 #takdiryangtertulispic.twitter.com/KBV7RvHNXR
— Donnysidu (@Donnys9124) February 16, 2021
Sejurus habis drama tersebut, warganet terus membanjiri media sosial dengan komen seolah-olah rasa tertipu dengan plot twitstTakdir Yang Tercipta. Tak sangka rupanya Mika yang selama ini disangka anak Ean, rupanya anak Hakim. Bukan setakat warganet, rakan-rakan artis pun turut ‘terkena’ dengan ending tersebut.
Ending #takdiryangtertulis be like pic.twitter.com/4tBjCISUME
— Neelofa (@Neelofa) February 16, 2021
“Anak si setan tu rupanya. Kita tunggu season 2 pula. Tahniah, best cerit ni dan pelakon semua mantap termasuk mika,” tulis pelakon Zarina Zainudin.
Disebabkan ending yang macam tu, ramai penonton menjangkakan akan ada musim kedua. Tapi yang tu kena tunggu pengarahnya, Sharulezad umumkan dululah. Dalam pada itu, Sharulezad atau dikenali dengan nama Budak Ijat hanya mampu ketawa dengan babak plot twist tersebut.
View this post on Instagram
“Ampunkan patik penunggu gua” tulisnya seperti meminta maaf kepada penonton kerana menghasilkan ending drama seperti itu.
Apa-apa pun, memang ramai puji kehebatan drama tersebut dengan jalan cerita yang mantap dan tidak cliche. Barisan pelakon juga patut diberikan pujian atas lakonan yang berkesan. Moral drama juga jelas, dan segala teka-teki terjawab. Tapi, disebabkan plot twistyang macam tu, harap drama Takdir Yang Tertulis ni dapat dilanjutkan ke musim kedua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!